Monday, May 30, 2011

Kritikan Qaradhawi Terhadap Anggota Ikhwanul Muslimin



Prof. Dr. Yusof al Qaradhawi dikatakan menolak sebanyak 2 kali jawatan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin. Dalam sebuah kitab, beliau mengkritik beberapa perkara dalam Ikhwan secara khusus dan secara amnya gerakan Islam.

Antaranya, gerakan Islam kurang memikirkan bagaimana mereka dapat melatih dan mendidik para pendakwah membuat persiapan dan memilih bahan bacaan yang sesuai dalam ceramah atau pertemuan mereka.

Gerakan Islam gagal memupuk matlamat keilmuan dalam kalangan anggotanya. Anggota gerakan Islam kurang membaca bahan daripada luar lingkungan pemikiran mereka. Membaca bahan luar lingkungan pemikiran dapat menambah tahu, membina tapisan, membina hujjah dan berwacana dimana pengambilan elemen-elemen positif.

Program muhasabah ini wajar diperbanyakkan setiap 3 bulan, enam bulan atau setahun sekali. Seminar ala seminar memperkasakan parti oleh PAS boleh dijadikan wadah muhasabah. Seminar ini perlu dihadiri oleh pendakwah dan perwakilan bahagian bagi menyatukan pemikiran dan tindakan serta mengislahkan kelemahan.

Wacana , diskusi atau forum adalah makanan aqal. Adanya aqal dan ruang memilih membuka peluang bagi ahli memilih idea-idea baru. Kelahiran pemikiran baru tidak perlu dirisaukan bahkan ia idea itu perlu diwacanakan. Idea itu dirancang, diseminar dan didokumentasi serta dikemukakan sebagai usul dalam Majlis Syura atau muktamar. Fenomena wacana ini perlu mengantikan fenomena aku taat, aku patuh. Penghujahan perlu diraikan dan akhir keputusan diputuskan dalam mesyuarat atau muktamar. Keputusan mesyuarat perlu dipatuhi dan dilaksanakan. Adab berjemaah biasanya disaksikan selepas mesyuarat atau pelaksanaan keputusan mesyuarat. Forum-forum perlu diperbanyakkan dan disertai oleh tokoh-tokoh utama termasuk Presiden.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...