Friday, May 27, 2011

Mat Sabu sebagai Presiden PAS yang baru?



Timbalan Presiden adalah bakal Presiden. Secara kasarnya, pemenangnya adalah Presiden PAS akan datang. Inilah tertib kebiasaan yang digunakan dalam sistem organisasi ini. Timbalan Presiden PAS bukan sahaja watak pembantu tetapi pewaris kuasa. Secara peribadi, penulis berpendapat perebutan jawatan timbalan presiden banyak merosakkan sesebuah organisasi. Semoleknya, Majlis Syura melantik Presiden dan Timbalan Presiden.

Majlis Syura Melantik Presiden dan Timbalan Presiden

Majlis Syura perlu diformatkan dalam bentuk persidangan. Persidangan ini diadakan 4 kali setahun selama 3 hari meluluskan usul-usul dan segalam permasalahan dalam PAS. Anggota seramai 101 orang termasuk Mursyidul Aam. Keanggotaan Masjlis syura ialah 60 peratus adalah ahli agama dan 40 peratus profesional atau cerdik pandai. Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Non Muslim, Dewan Ulama dan Muktamar perlu menghantar wakil mereka. Syaratnya mesti Islam, mempunyai akhlak yang baik, autoriti dalam keilmuan. Merekalah yang layak memilih pimpinan.

Demokrasi Dalam PAS

Pun begitu, demokrasi dalam PAS dianggap rahmat. Dengan demokrasilah puak pro perubahan berjaya menjatuhkan kepimpinan Dato Asri.
Demokrasi memberi ruang kepada aqal untuk memilih kepimpinan dan aliran pemikiran politik yang diingini oleh ahli. Oleh itu, ahli jemaah perlu membuat keputusan dengan tepat.

Cuma ada sesetengah ahli PAS mabuk dengan demokrasi ala Amerika yang terdapat dalam PKR seumpamanya kewujudan kem, lobi, pemilihan oleh semua ahli. Kewujudan unsur ini memerlukan PAS memecahkan dirinya antara jemaah Islam dan parti politik.

Calon Timbalan Presiden

Ustaz Nasharudin Mat Isa mempunyai latarbelakang ilmu yang bermaqam tinggi. Kembara ilmu beliau cukup menarik. Pengalaman belajar di UiTM, Darul Ulum Lukcnow, belajar undang-undang Syariah di Jordan dan kemudian di Universiti Glasgow, Scotland. Beliau juga berkemahiran dalam beberapa bahasa seperti Urdu dan Arab. Beliau juga alumni murid Dr Yusof Qaradhawi dan Abu Hassan an Nadwi. Kita tercari-cari kenapa TG Fadzil Noor sangat berminat kepada Ustaz Nasha yang dianggap pemimpin masa depan PAS?. Apa yang dapat saya simpulkan ialah Pemikiran sederhana dan hubungan antarabangsa yang dimiliki oleh Ustaz Nasha.

Pengalaman sebagai EXCO Antarabangsa dalam Dewan Pemuda dan pengalaman berkelana di Eropah dan Jordan membolehkan beliau mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam antarabangsa. Dari segi pemikiran, beliau dikatakan adunan integrasi pemikiran al Qaradhawi dan an Nadwi yang dimasyhorkan sebagai pemikiran sederhana dan kontemporari. Beliau juga dilihat seorang PROTAZ dimana bidang beliau adalah undang-undang. Penguasaan beliau dalam perundangan sangat penting dalam situasi sekarang yang sangat memerlukan seseorang ‘pakar’ dalam bidang undang-undang dan perlembagaan.
Kelemahan ustaz Nasha ialah prestasi beliau sebagai Timbalan Presiden dan SUA tidak menyengat pada pandangan ramai orang.

Muhammad Sabu merupakan ikon popular dalam masyarakat PAS. Kemesraan beliau tiada tolak bandingnya. Beliau juga seorang pejuang marhaen dan demokrat. Jiwa aktivis dan hubungan antarabangsa adalah baik. Abang Mat juga popular dalam kalangan anak muda. Pengalaman penulis, anak muda profesional menggemarinya kerana mesra rakyat dan dikenali ‘orang bertindak’. Dugaan fitnah dan dipenjara sudah dilazimi oleh abang Mat.

Kelemahan abang mat ialah peribadi beliau yang dilihat syiah. Latar belakang ilmu beliau tidak semantap ustaz nasha. Mampukah PAS menghadapi fitnah dikatakan syiah sedangkan khalayak penganut Islam di Malaysia adalah sunni.
Kehadiran Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka menghangatkan suasana pertandingan ini. Dato Tuan mantan pensyarah UiTM yang popular dalam kalangan masyarakat massa PAS. Sifatnya yang mesra dan pemikiran sederhana disenangi oleh ramai orang. Pada peringkat antarabngsa, beliau kurang berpengaruh.

Sorotan

Jika dimbas dari segi politik dalaman, pertandingan antara mat sabu dengan ustaz nasha dilihat memberi keupayaan kepada mat sabu menewaskan ustaz nasha. Kemenangan ustaz nasha pula bakal melemahkan kumpulan pro perubahan pasca muktamar kekuatan dan kestabilan politik peribadi ustaz nasha. Ini menambah kesukaran pihak pro perubahan mencabar ustaz nasha pada pemilihan akan datang. Kemenangan mat sabu memudahkan kumpulan berkenaan mencabar pada ustaz nasha.

Persamaan mat sabu dengan TGTI mempunyai dalam bab populariti. Cuma populariti dan kemesraan TGTI berasaskan keuztazan dan kebapaan berbanding mat sabu lebih keabangan. Dengan ilmu dan wajah politik TGTI lebih mendekati TGNA zaman muda, beliau boleh dikatakan Nik Aziz ‘Muda’.

Walau bagaimanapun, keputusan akhir diserahkan kepada perwakilan. Pemimpin pemegang amanah yang boleh dinaik-turunkan. Manakala perwakilan adalah pemilih pemegang amanah.

Saya sangat bersetuju, pemilihan perlu berasaskan tanggungjawab/amanah untuk berkhidmat/bekerja bukannya berasaskan pengiktirafan terhadap jasa, popular dan ilmu seseorang. Kebolehan berkhidmat dan bersifat penyatu dalam jemaah antara ciri terpenting untuk pertimbangan perwakilan.

Adakah Mat Sabu sebagai Presiden PAS pasca TGHH? Atau kemenangan Ustaz Nasha memantapkan lagi sokongan akar umbi kepada beliau walaupun dilihat tidak popular dalam pencaturan politik nasional?. Atau adakah kemenangan Dato Tuan Ibrahim membawa perubahan baru dalam PAS?

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...