Friday, May 13, 2011

Mencari KeWIBAWAan Dalam Kepimpinan PAS.


Oleh Agus Salim II

PAS menjadi kuat dan maju seumpama sekarang kerana dasarnya Islam, sistem tarbiah dan pimpinan utamanya ialah ulama selaras dengan era kepimpinan ulama. Ulama yang kita bicarakan disini bukanlah agamawan biasa lulusan universiti tetapi ulama yang mempunyai wibawa. Wibawa ini bukanlah datang daripada pelabelan media massa semata-mata tetapi pengiktrafan masyarakat terhadap keilmuan dan praktis agama dalam kehidupan seseorang ulama. Tanpa watak ulama, PAS tidak akan segagah sekarang. Bahkan siapa berani menjamin PAS akan maju jika para profesional mentadbirkannya. Persoalannya sekarang, adakah lagi ulama pelapis/muda yang berWIBAWA dalam PAS?.

Sidang perwakilan muktamar PAS perlu memikirkan persediaan mereka dalam menyediakan barisan kepimpinan PAS yang berwibawa pada masa hadapan. Dalam DAP, kita telah melihat sudah ada pemimpin yang berwibawa iaitu Lim Guan Eng yang berupaya memimpin DAP dalam masa 10 tahun akan datang manakala dalam PAS dan PKR, Saudara Azmin Ali [tanpa tongkat dan kasih Anwar] dan Ustaz Nasharudin Mat Isa[tanpa tongkat pimpinan ulama] belum lagi mampu menonjolkan kekuatan dalam meningkatkan kewibawaan mereka sebagai pimpinan berpengaruh dalam parti dan peringkat nasional.

Kita tidak boleh mengharapkan tuah pimpinan sebagaimana Allah mengurniakan YB IR Muhamad Nizar yang tiba-tiba muncul dengan bakat dan pengaruh yang besar di Perak. Kemunculan ikon seperti Ir Nizar bersifat kadang-kadang. Atau kemunculan Ustaz Nik Aziz Nik Mat selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, tiba-tiba diberi peluang Menteri Besar Kelantan dan meningkatkan kewibawaannya sebagai ulama yang disegani dan berpengaruh. Oleh itu, perwakilan muktamar PAS perlu menganjakkan pemikiran agar kepimpinan PAS lebih stabil pada masa hadapan.

PAS Pasca Haji Hadi.

Penulis berpendapat PAS pasca TGHH adalah ‘zaman hudaybi’ jika Ustaz Nasharudin Mat Isa terpilih sebagai Presiden. Pertama, paling kurang dalam 2 muktamar kemungkinan besar Ustaz Nasha akan berdepan dengan pertandingan daripada pihak-pihak tertentu terutama daripada golongan senior. Kedua, ustaz nasha perlu membina ‘wibawa’nya yang tersendiri seumpamanya wibawa TGHH dan TGNA. Ketiga, Ustaz Nasha perlu mencari kem yang mendokonginya. Keempat, paling penting Ustaz Nasha perlu mendapat dokongan muktamar, AJK Pusat dan MSU.

Tokoh-tokoh yang berpengaruh seperti Tuan Guru Tuan Ibrahim dan ‘musuh’ tradisi seperti Dato Husam dan Saudara Mohamad Sabu serta pendatang baru umpamanya YB Ir Nizar dan YB Dr. Mujahid akan mencabar Ustaz Nasha. Jika Ustaz Nasha berjaya menyerap tekanan ini, ia merupakan satu kekuatan dalam usaha membina kewibawaan beliau.

Dalam kes Imam Hudaybi, kekuatan beliau ialah sokongan Muktamar dan Syura. Dengan kekuatan inilah Imam Hudaybi dapat mengekang pengaruh senior Ikhwan dan puak pelampau yang taksub dengan pendapat Sayyid Qutb. Setakat ini, Ustaz Nasha masih menjadi pilihan muktamar.

Wibawa

TGHH dan TGFN antara pimpinan muda yang berwibawa sejak zaman Dato Asri. Kedua-duanya terdidik dalam ABIM dan PMRAM. Semasa pimpinan TG Yusuf Rawa, sememangnya kedua-dua ikon ini bersama Ustaz Nakhaie disediakan untuk menjadi pimpinan PAS pada masa depan. TG Yusof Rawa yang sudah berusia dilihat pimpinan peralihan kuasa dalam memastikan kestabilan kepimpinan ulama.

Pengaruh anak muda, Ustaz Abdul Hadi Awang pada tahun 1980an melangkaui pengaruh TG Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Nor dan Ustaz Nik Aziz. Ustaz Hadi ditarbiah oleh pimpinan Ikhwan di Universiti Madinah kemudian tarbiah di Mesir dan pulang memimpin ABIM dan PAS. Anak muda ini bukan sahaja memiliki kehebatan pidato berhujah al Quran, ilmu yang tinggi, keberanian, karisma menarik audien, jaringan yang luas peringkat antarabangsa dan keberanian. Beliau juga diduga dengan pelbagai dugaan termasuk ditahan polis. Elemen-elemen ini antaranya yang membina kewibawaan TGHH.
Dari keilmuan Tuan Guru dalam PAS mempunyai kemampuan dan latar belakang ilmu yang cukup hebat. Para pimpinan pelapis termasuk Ustaz Nasha mempunyai latar belakang keilmuan yang baik. Cuma ilmu ini perlu digunakan untuk mendidik dan berani berhujah untuk kebenaran.

Selain keilmuan, dugaan hidup dan kesusahan bersama jemaah menambahkan penghormatan ahli kepada pimpinannya. Ramai pimpinan PAS dulunya hidup susah demi jemaah. Ada yang menjual kain, membawa van, menanam lada dan lain-lain.

Seorang pemimpin yang berwibawa perlu menjadi idealog jemaah dimana buah fikirannya dikaji dan diteliti oleh ahli jemaah. Dalam PAS antara idealog terkenal ialah TGHH dan Ustaz Nakhaie. Selain itu, TG Yusof Rawa sendiri mempunyai banyak idea baru di luar usia beliau. Lontaran idea daripada ideologis ini dipaparkan dalam buku, kertas kerja, cermah dan pembentangan dalam seminar. Pada masa sekarang, antara yang berbakat menjadi ideologis jemaah ialah Dr Mujahid Yusof dan Dr Dzulkifli Ahmad.
Kewibawaan juga terhasil apabila benih-benih seseorang murabbi melebar luas dalam masyarakat. Disinilah kita melihat kekuatan TGHH, TGNA, TG Haron Taib[dalam Dewan Ulama] dan TG Yahya Othman. Kita akan lihat dalam struktur kuasa PAS, benih-benih tarbiah mereka kebanyakkan menguasai struktur jemaah.

Media massa juga mempunyai pengaruh dalam membina kewibawaan sesorang tokoh dalam masyarakat. Contoh, Ustaz Ismail Kamus, TG Tuan Ibrahim, TG Haron Din merupakan produk ulama selebriti yang popular sebelum menonjol dalam PAS. Ini antara kelebihan mereka. Media PAS telah mengetokgurukan Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz. Kemudian kedua-dua orang telah diiktiraf dan disahkan wibawa mereka sebagai TOK GURU oleh masyarakat PAS.

Aura karismatik yang semula jadi seperti kebolehan TGHH berpidato dengan hujah-hujah al Quran. Tokoh-tokoh besar PAS seperti TGHH, TGNA, TGFN, TGHT, TGHD telah menggunakan al Quran dalam penghujahan mereka. Al Quran dijadikan sumber pencerahan mereka.

Watak mereka seperti mesra rakyat, berani menyatakan kebenaran dan sifat mahmudah dapat meningkatkan lagi kewibawaan seseorang. Unsur-unsur kebapaan dan keuztazan perlu dimiliki oleh sesiapa yang bakal memimpin. Ada pimpinan ulama sukar untuk mesra dengan sasaran, oleh itu pengaulan dengan masyarakat bukan kelompok suci perlu disantuni. Mereka juga tidak perlu segan berpakaian ulama.

Tapak peningkatan kewibawaan ialah kubu kuliah ilmu seseorang tokoh. Contoh, TGHH di Masjid Rusila dan TG Tuan Ibrahim pada setiap hari selasa di Masjid Lama Rantau Perintis.

Saya menakrifkan fasa kewibawaan pimpinan TGHH seumpama masjid Rusila daripada zaman kayu, separa siap dan cantik pada akhir jawatan Timbalan Presiden dan Presiden PAS. Begitu juga berlaku juga pembinaan wibawa separa masak umpama kewibawaan Ustaz Ghazali Ahmad, mantan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, pewaris utama Tuan Guru Haji Mat Shafie. Lihatlah nasib beliau senasib dengan Masjid Pondok Losong Haji Mat Shafie. Dan bakal Presiden yang dikatakan layak seperti TG Tuan Ibrahim. Lihat Masjid Lama Rantau Perintis masih bermaterial kayu bakal mengubah wajah setelah pendakian TG Tuan Ibrahim ke jawatan yang lebih tinggi. Insya Allah.

Kelemahan utama pimpinan PAS ialah kelunturan jaringan antarabangsa pimpinan Baru. Kebiasaannya, perhubungan antarabngsa diuruskan oleh Dr Syed Azman. Kita tidak mengetahui sejauh mana kekuatan Ustaz Nasha dalam alumni murid al Qaradhawi atau rakan-rakan beliau semasa di Jordan. Abang Mat Sabu ada sedikit. TG Tuan Ibrahim seakan-akan tiada jaringan yang baik di peringkat antarangsa. TGHH, TGFN dan TG Yahya Othman mempunyai pengaruh yang baik di peringkat antarabangsa. Keberadaan tokoh dalam jaringan pengaruh antarabngsa dapat meningkatkan lagi kewibawaan seseorang tokoh.

Solusi

Kewibawaan antara aspek penting dalam kepimpinan. Kewibawaan perlu seiring dengan tanggungjawab/bekerja untuk meningkatkan kualiti kepimpinan.

2 comments:

awang kualaberang said...

Timbalan Presiden PAS hari ini mempunyai jaringan networking yang baik dengan tokoh tokoh koperat dan penaja dari UBN. Ini juga penting dalam usaha penubuhan UG selepas PRU 13 nanati.

Hamba Allah said...

1. isu UG sudah tamat. Tidak perlu kita disihir dengan UG kerana ia bukan menjadi agenda PAS.

2. kalau ada yang cuba hangatkan kembali, memang ia tidak akur arahan jemaah.

3. Pada waktu ini, hilangkanlah dendam, dengki. Taut kembali ukhwah.

4. sangkaan tuan hanyalah sangkaan buruk. mungkin beliau dapat pimpin lebih baik.

5. perjuangan PAS adalah berjemaah bukannya individu. Saya tak lihat individu.

6.korparat rapat dengan UMNO. Ramai pimpinan PAS ada hubungan dengan UMNO. tiada masalah. Bermasam muka kerana politik, itu budaya kampungan..kikiki

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...