JANGAN BOIKOT BARANG PELOBI ISRAEL
Oleh mamat com
Pengemar Tempe
Seorang Melayu-Islam yang tinggal di Kuala Lipis amat sukar membeli barang-barang di Kedai milik muslim kerana Bandar Kuala Lipis yang didominasi oleh peniaga Cina. Akhirnya beliau terpaksa membeli barangan yang diperlukan di kedai cina.
Cacian terhadap penulis, penulis rela dicaci dan memang patut dicaci tetapi penulis berpasak pada realiti yang penulis alami. Penulis tidak dapat meninggal daging ayam KFC yang mengiurkan itu. Penulis juga tak dapat meninggal produk nestle; milo, Nescafe dan susu anak penulis Nan 2 itu.
Penulis minta maaf, penulis tidak akan boikot barangan pelobi Israel, kalian nak boikot silakan.
Dari dulu penulis mengetahui kita semua akan dibunuh secara perlahan-lahan oleh produk pelobi Israel dan sukar kita nak nyah produk pelobi Israel yang menghantui dan mengelilingi kehidupan kita. Barang produk pelobi Israel akan menyusutkan nilai kesihatan kita, contoh maggi dan milo.
Produk pelobi Israel juga membunuh masa kita dengan Tuhan kita, contoh filem Hollywood, Nokia dan google mengurangi masa beribadah kita, zikir lima minit dan tertonggek depan PC dan TV selama 3 jam. Teknologi komunikasi sekarang mempornografikan minda kita dan anak muda yang lain.
Cuba kita fikir, mampukah kita tidak gunakan google, tidak menonton filem holyywood, tidak memakai telefon nokia atau paling hebat tidak menggunakan window ciptaan Microsoft ini.
Janganlah kita hipokrit, sahabat. Jangan nak tunjuk hero la.
Teringat dulu ketika, restoran Mcdonald’s hendak dibuka dalam kampus UM, ramai mahasiswa yang menentang tetapi di luar kampus, merekalah yang mensardinkan diri mereka dalam restoran segera tersebut.
Akuilah Boikot ini bermusim dan hangat-hangat tahi ayam.
Israel menyerang Palestin bukan setakat hari ini bahkan sejak duluan lagi mereka berperang.
Semenjak bani Israel wujud sampailah bangsa arab palestin memeluk Islam. Legasi Jalut-Thalut akan terus berperang sampai kiamat.
Perjuangan Palestin adalah perjuangan semasa dan berterusan, ia bukan bermusim.
Sahabat, aku minta maaf, aku juga minta keampunan dari Allah, Aku membunuh saudaraku dan diriku sendiri. Aku kagum dengan kalian yang berusaha memboikot. Aku tahu ia tidak berjaya tetapi aku harap kalian boikot sampai kalian mati.
Aku kesal tak berjaya memboikot barangan pelobi Israel, aku kesal juga tak dapat menyokong kempen kalian. Aku memang bersalah.
21/1/09
Taman Fajar, Sandakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
1 comment:
assalamualaikum
tak dapat semua jangan tinggal semua. boikot boleh dilakukan beransur2. sedikit demi sedikit. perlahan2.
kita bangga jadi mahasiswa yg menggugat. tapi kenapa kita tidak mahu jd MUSLIM yg menggugat.
sekadar renungan bersama
maaf byk2
Post a Comment