Saturday, January 17, 2009
BARANG LAMA TAK BERGUNA?
Oleh mamat.com
Penggemar Tempe
Aku punya sepasang kasut lama, cap buaya. Barang lama. Seminggu sekali aku meng’kiwi’nya agar ia segar dek mata orang yang memandangnya. Sampai sekarang aku masih memakainya. Ada orang mengatakan barang lama tidak berguna dan tidak sesuai dengan zaman. Saya tidak menafikan tetapi bukan semua.
Dalam gerakan Islam, ada kelompok baru yang menyifatkan diri mereka pengislah atau reformis. Kedatangan kelompok ini amat kita alukan tetapi perubahan yang dibawa jangan melupakan asas-asas penting yang benar, sahih dan tepat yang telah dibina. Ada sesetengah golongan ini memperlekeh idea-idea Imam Hasan al banna yang dikatakan lama dan tidak sesuai dengan zaman dan suasana Malaysia. Benar tetapi kebanyakkan idea Imam Hasan al banna masih sesuai dipakai oleh penggerak gerakan islam.
Ikhwanul Muslimin dan Imam Hasan al Banna adalah ‘barang lama’ yang berkualiti dan telah teruji serta benar ilmunya. Tak usah kita mengatakan Rukun Baiah itu tidak sesuatu yang tak sesuai dan lapuk tetapi kita boleh menambah rukun dengan beberapa rukun yang sesuai dengan zaman dan suasana kita. Bagi penulis, Rukun Baiah adalah unsur kekal dalam sesuatu gerakan dakwah. Setakat pengetahuan penulis, rukun baiah ini dicipta dengan hidayah Allah, ayat yang padat tetapi penuh dengan makna iman, ilmu dan akhlaq didalamnya.
Sama juga kita membaca kitab Imam syafie dan Imam Nawawi, mereka dan kitab mereka adalah barang lama, tetapi mereka dan kitab mereka ada kualiti, benar dan sahih, kita masih membaca dan mengamalkan apa yang dikaji dan ditulis oleh mereka.
Jadi, saya mengharapkan reformis kita membuahkan idea dan amal bagi menyegarkan perjuangan bukannya membuang idea dan asas-asas amal yang benar, berkualiti dan telah teruji.
Saya terus memakai kasut cap buaya lama yang berkualiti itu. Cuma saya perlu meng’kiwi’nya agar ia kelihatan terus segar dan mantap.
Reformis, kamu adalah pembina bukan pemusnah.
17.1.2009
Taman Fajar, Sandakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment