Saturday, January 31, 2009

Gerak Perubahan Dalam Jemaah


Gerak Perubahan Dalam Jemaah Islam.

Dalam setiap organisasi pasti ada konflik dalaman antara puak A dengan puak B, antara kaum tua dengan kaum muda atau puak memegang kuasa dengan reformis. Bagi saya, konflik dalaman ini perlu diraikan dalam ruang keterbukaan dan saling menghormati antara satu sama lain. Kita perlu jelas, politik itu harus bersifat budiman dan penyelesaian perlukan kebersamaan. Takwilan diluar mesyuarat harus dielakkan. Kerahsiaan dalaman perlu dijaga dan tangan –mulut perlu dibisukan dalam upacara ruang awam. konflik dalaman ini harus bersifat intelektual dengan hujah bukan menjurus ke arah perpecahan dengan pegangan emosi. Kita harus galakkan perbedaan dan kita harus tangani perbedaan dengan hikmah.
Jauhi kesombongan
Si tua, sayangilah si muda
Si muda, hormatilah si tua

Halangan si tua kerana sifat berhati-hati
Kehendak si muda kerana semangat membara
Dua perbedaan jika bersatu ikatan sakti jawabnya

Rendah dirimu
Jangan disangka dirimu bijak
Bijaknya bukan di situ tapi disana
Jauh ke depan dengan teropong sejarah, bukan sekeping semangat

Selesai kita bukan disini
Selesai kita dengan musyawarah dan bersyura
Selesai kita menyanggupi solusi syura
Buang segala pendapat peribadi
Junjung kita semangat disolusi

Dalam organisasi, ada kelompok reformis. Kebiasaannya golongan reformis membawa agenda perubahan dan baru. Mereka ada ilmu, ada hujah, ada semangat dan kurang pengalaman(walaupun mendakwa sudah cukup pengalaman). Kehadiran mereka mengelisahkan kelompok tua dalam organisasi yang biasanya memegang kuasa. Kaum tua ini menyatakan reformis perosak fikrah, mabuk semangat ketergesa-gesaan. Manhaj kita dah bagus, Cuma kamu perlu laksanakannya, bilang kaum tua kepada reformis.

Sewajarnya kaum tua membuka ruang kepada kaum reformis untuk membentang hujah. Dalam ruang ini kaum tua perlu berhujah bukannya mematikan hujah dengan ‘ini telah diputuskan’ atau memaksa kaum reformis menerima keputusan yang telah diputuskan. Kaum reformis ini memerlukan hujah rasional daripada kaum tua sebelum mereka bertindak. Saya percaya jika hujah itu baik, kaum reformis tiada masalah untuk menerimanya.

Jika penyelesaian tidak dapat diputuskan, saya mencadangkan pihak bertentangan berperanglah dalam ruang demokrasi. Berkelahi secara bertanding dalam muktamar pemilihan. Biar majority ahli memilih sama ada mahu perubahan atau kekal di takuk lama.

Pada awal 1980an, PMIUM pernah mengalami krisis besar apabila Anwar Ibrahim mengkhianati perjuangan gerakan Islam. Kesedihan melanda kampus. Pada waktu itu, ABIM yang bersyumulkan Islam itu lebih berselera bersama Anwar dan UMNO. Akhirnya ramai pimpinan ABIM berhijrah ke dalam PAS. Di kampus, kumpulan pro ulama muncul bagi menangani kaum tua ABIM. Akhirnya, syura tidak dapat berfungsi, keputusan diputuskan dalam ruang demokrasi. Kaum tua ABIM telah tewas, kumpulan pro ulama Berjaya menguasai PMIUM sehingga ke hari ini. Dendam kesumat ini sampai sekarang masih menyengat sehingga menjadi fobia dalam hubungan ABIM, PKPIM, PKPIM-UM dengan PMIUM-GAMIS.

Saya secara peribadi, manhaj perjuangan sudah ada. Dari zaman nabi sehingga zaman sekarang, ia sentiasa dikemas-kini oleh para mujaddid. Reformis muda boleh melakukannya selagi tidak menyalahi al Quran dan hadith. Ia ibarat rumah. Rumah itu tidak perlu diroboh tetapi perlu dibaiki agar sentiasa segar dan cantik.

Gerak perubahan dalam jemaah harus ditangani dengan baik. Pertama syura dan kedua ruang demokrasi. Bersediakah reformis berjuang dalam ruang demokrasi?. Kita tunggu dan lihat.


Tambahan

a. Proses interaksi di antara kaum tua dengan kelompok reformis harus dipertingkatkan. Jangan sesekali ada lompang di antara mereka. Siapakah yang memulakan langkah komunikasi ini?. Jawapannya mestilah kaum reformis sebagai tanda mereka menghormati kaum tua.
b. Suara kaum reformis dalam PMIUM sebagai contoh sangat bersinergi. Jika tidak silap, mereka mempunyai 4 wakil dalam MSK jika dikira daripada amir, amirah, mantan amir dan mantan amirah mereka. Gerak perubahan dari zaman saudara Nazree hingga kini seharusnya menjadikan kelompok ini lebih perkasa suaranya. Jangan mengaum di luar tetapi mengaum dalam MSK dengan hujah rasional dan kuat.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...