Tuesday, January 27, 2009
Orientasi tarbiiyah
Orientasi Tarbiyyah Dalam Perjuangan
Walaupun politik itu penting dan diakui wadah utama dalam menegakkan Islam; penulis amat mempercayainya tetapi penulis masih bersikap seperti jalur Abu Zar iaitu menjauhi politik kepartian atau kepuakkan ini. Penulis masih bersikap ummatik iaitu mengakui kepelbagaian jemaah dalam mencapai matlamat yang satu dan Islam itu syumul. Jika orang bertanya tentang wala’, ikut jemaah yang paling dominan dalam diri saudara dan carilah murabbi yang terbaik dalam jemaah.
Kelemahan utama jemaah Islam sekarang, kemaraan pembuntut-pembuntut politik tegar yang menguntungkan kekuasaan sahaja. Dalam PMI dan PAS, golongan ini semakin meningkat naik pengaruhnya sehingga menepis sedikit demi sedikit akan unsur-unsur tarbiiyah. Pemimpin Islam seperti Nabi Muhammad SAW, asas politiknya ialah tarbiyyah bukannya kekuasaan. Begitu juga TG Nik Aziz. Tetapi kita lihat generasi muda sekarang, orientasi politik telah mengakari mereka.
Pimpinan muda yang sedang meningkat naik dalam suasana jemaah Islam menang, harus muhasabah dan kembali kepada tarbiyyah. Mana politik dakwah dan tarbiyyah kita? Setakat mana orientasi tarbiiyah yang tertanam dalam jiwa menjelma ke dalam tindakan politik?. Muhasabah diri.
Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
"Berkilau di pandang orang"
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina"
(almrm Ustaz Rahmat Abdullah, Murabbi PKS)
Jangan kita bongkak dengan jawatan ahli parlimen, exco atau ketua sesebuah pertubuhan. Kita bangga kitalah seorang yang bekerja untuk Islam. Kita maki orang yang nak menasihati kita. Kita jawab tanpa adab dengan melupakan bahawa beliau itu berpuluh tahun berbakti berjuang untuk jemaah. Masa kalian baru menyunat anumu itulah beliau tersebut bergelut dengan pihak thaghut. Jawablah dengan hikmah, berkasih sayang. Biarlah kelihatan berada dalam pihak yang kalah asalkan hubungan ukhwah itu terus terjalan. Jika tidak kalian akan menjadi asap yang terasa hebat dan tinggi, tetapi dirinya masih rapuh akan perjuangan.
Inilah bahana jika politik kekuasaan menjadi mainan. Kita sombong dengan jawatan dan kuasa. Mendidik menjadi segan. Wahai pembuntut politik kekuasaan, kembalilah memimpin politik tarbiyyah; marilah didik kami dan berusrah dengan kami, beribadah dengan kami. Kami masih rindukan setelah kamu meninggalkan cinta kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment