Saturday, January 31, 2009
Gerak Perubahan Dalam Jemaah
Gerak Perubahan Dalam Jemaah Islam.
Dalam setiap organisasi pasti ada konflik dalaman antara puak A dengan puak B, antara kaum tua dengan kaum muda atau puak memegang kuasa dengan reformis. Bagi saya, konflik dalaman ini perlu diraikan dalam ruang keterbukaan dan saling menghormati antara satu sama lain. Kita perlu jelas, politik itu harus bersifat budiman dan penyelesaian perlukan kebersamaan. Takwilan diluar mesyuarat harus dielakkan. Kerahsiaan dalaman perlu dijaga dan tangan –mulut perlu dibisukan dalam upacara ruang awam. konflik dalaman ini harus bersifat intelektual dengan hujah bukan menjurus ke arah perpecahan dengan pegangan emosi. Kita harus galakkan perbedaan dan kita harus tangani perbedaan dengan hikmah.
Jauhi kesombongan
Si tua, sayangilah si muda
Si muda, hormatilah si tua
Halangan si tua kerana sifat berhati-hati
Kehendak si muda kerana semangat membara
Dua perbedaan jika bersatu ikatan sakti jawabnya
Rendah dirimu
Jangan disangka dirimu bijak
Bijaknya bukan di situ tapi disana
Jauh ke depan dengan teropong sejarah, bukan sekeping semangat
Selesai kita bukan disini
Selesai kita dengan musyawarah dan bersyura
Selesai kita menyanggupi solusi syura
Buang segala pendapat peribadi
Junjung kita semangat disolusi
Dalam organisasi, ada kelompok reformis. Kebiasaannya golongan reformis membawa agenda perubahan dan baru. Mereka ada ilmu, ada hujah, ada semangat dan kurang pengalaman(walaupun mendakwa sudah cukup pengalaman). Kehadiran mereka mengelisahkan kelompok tua dalam organisasi yang biasanya memegang kuasa. Kaum tua ini menyatakan reformis perosak fikrah, mabuk semangat ketergesa-gesaan. Manhaj kita dah bagus, Cuma kamu perlu laksanakannya, bilang kaum tua kepada reformis.
Sewajarnya kaum tua membuka ruang kepada kaum reformis untuk membentang hujah. Dalam ruang ini kaum tua perlu berhujah bukannya mematikan hujah dengan ‘ini telah diputuskan’ atau memaksa kaum reformis menerima keputusan yang telah diputuskan. Kaum reformis ini memerlukan hujah rasional daripada kaum tua sebelum mereka bertindak. Saya percaya jika hujah itu baik, kaum reformis tiada masalah untuk menerimanya.
Jika penyelesaian tidak dapat diputuskan, saya mencadangkan pihak bertentangan berperanglah dalam ruang demokrasi. Berkelahi secara bertanding dalam muktamar pemilihan. Biar majority ahli memilih sama ada mahu perubahan atau kekal di takuk lama.
Pada awal 1980an, PMIUM pernah mengalami krisis besar apabila Anwar Ibrahim mengkhianati perjuangan gerakan Islam. Kesedihan melanda kampus. Pada waktu itu, ABIM yang bersyumulkan Islam itu lebih berselera bersama Anwar dan UMNO. Akhirnya ramai pimpinan ABIM berhijrah ke dalam PAS. Di kampus, kumpulan pro ulama muncul bagi menangani kaum tua ABIM. Akhirnya, syura tidak dapat berfungsi, keputusan diputuskan dalam ruang demokrasi. Kaum tua ABIM telah tewas, kumpulan pro ulama Berjaya menguasai PMIUM sehingga ke hari ini. Dendam kesumat ini sampai sekarang masih menyengat sehingga menjadi fobia dalam hubungan ABIM, PKPIM, PKPIM-UM dengan PMIUM-GAMIS.
Saya secara peribadi, manhaj perjuangan sudah ada. Dari zaman nabi sehingga zaman sekarang, ia sentiasa dikemas-kini oleh para mujaddid. Reformis muda boleh melakukannya selagi tidak menyalahi al Quran dan hadith. Ia ibarat rumah. Rumah itu tidak perlu diroboh tetapi perlu dibaiki agar sentiasa segar dan cantik.
Gerak perubahan dalam jemaah harus ditangani dengan baik. Pertama syura dan kedua ruang demokrasi. Bersediakah reformis berjuang dalam ruang demokrasi?. Kita tunggu dan lihat.
Tambahan
a. Proses interaksi di antara kaum tua dengan kelompok reformis harus dipertingkatkan. Jangan sesekali ada lompang di antara mereka. Siapakah yang memulakan langkah komunikasi ini?. Jawapannya mestilah kaum reformis sebagai tanda mereka menghormati kaum tua.
b. Suara kaum reformis dalam PMIUM sebagai contoh sangat bersinergi. Jika tidak silap, mereka mempunyai 4 wakil dalam MSK jika dikira daripada amir, amirah, mantan amir dan mantan amirah mereka. Gerak perubahan dari zaman saudara Nazree hingga kini seharusnya menjadikan kelompok ini lebih perkasa suaranya. Jangan mengaum di luar tetapi mengaum dalam MSK dengan hujah rasional dan kuat.
Tuesday, January 27, 2009
Jurang Generasi Dalam Gerakan Islam
Jurang Generasi dalam Gerakan Islam
Ada orang bangga dengan naqib atau para senior mereka. Kononnya terbaik dan istiqamah dalam perjuangan, padahal naqibnya baru melangkah dalam medan perjuangan dan belum teruji. Sejarah membuktikan kader dakwah yang teruji dan berkarisma seperti dato seri Anwar Ibrahim pernah tewas dan kecundang dalam perjuangan gerakan Islam. Murabbi ternama seperti ustaz Nakhaie Ahmad dan Ustaz Ghazali(pewaris Pondok Losong, haji Shafie) pun tewas dalam menongkah arus perjuangan. Baru memucuk dalam perjuangan, jangan diri dan anak usrah kalian kelabu mata dengan peribadi dan karisma seseorang, dan cerahkan mata dengan suluhan al quran dan hadis dengan tindakan dan kelakuan(baca;akhlaq) seseorang pimpinan yang kamu sukai itu. Manusia boleh berubah.
Krisis utama gerakan Islam masa kini bukanlah cabaran luaran tetapi cabaran dalaman. Cabaran kaum tua dengan kaum muda ini akan sentiasa ada mewarnai sesebuah gerakan. Kehadiran mereka adalah sesuatu yang sihat bagi mendesak dan mengeimbangi kuasa kaum tua tetapi dengan syarat patuh dan taat akan keputusan syura tanpa keluar daripada jamaah. Dalam PAS, krisis ini terjadi sejak dahulu lagi. Krisis dalaman lagenda dalam PAS ialah kemenangan puak pro ulama menumbangkan puak pro nasionalis. Selepas itu, Dewan Pemuda PAS pernah bergolak ekoran pengelutan di antara fahaman-fahaman utama dalam PAS seperti IRC, Kumpulan UM, Syiah dan Suara Islam.
Persoalan yang timbul pada hari ini ialah permasalahan wala’ dalam jemaah. Permasalahan ini timbul apabila pimpinan kaum muda ini berubah tanpa menghormati dan mengenang jasa kaum tua. Mereka menyatakan pendekatan kaum tua tidak betul, kuno dan selalu bermain dengan nostalgik. Kita memahami semangat, ilmu dan potensi kaum muda. Dan kita juga memahami pengalaman dan sikap keberhati-hatian kaum tua. Cuma sukarnya kita mencari titik pertemuan di antara mereka. Justeru, kita harus kembali kepada syura dan sikap taat dan akur arahan jemaah. Jangan kita merasakan diri kita terlebih bijak sehingga mendahului pimpinan dan syura serta mengikis wala’ kepada pimpinan. Bicara ustaz Nik Abduh, jika kita sayang pada jemaah pada setiap minit, pimpinan sayang pada jemaah pada setiap saat.
Sejarah membuktikan kader dakwah mesti mentaati atau berwala’ pimpinan jemaah dengan mengakuri arahan jemaah. Murabbi yang dipilih mesti teruji, tinggi ilmu dan amalnya,lama pengalamannya, warak dan beraklaq mulia. Jika ada perbedaan pendapat, kembali kepada syura dan lakukan perbincangan personal. Jangan melemparkan emosi itu ke dalam blog yang akan mendajalkan pemikiran ramai orang.
Kaum Tua juga perlu banyak mendengar dan peka terhadap perkembangan semasa. Buka peluang untuk berdiskusi tetapi mesti secara tertutup dalam jemaah. Tidak perlu berpekik sehingga terlondeh rahsia jemaah. Jangan terlalu memaksa tetapi berikan rasional dan dalil serta fakta. Walaupun fakta dan statistic banyak menipu mata tanpa membuka tabir sebalik kisah, fakta dan statistic masih lagi penting sebagai hujah.
Tidak salah kita menaikkan golongan pemuda sebagai pemimpin utama. Kriteria ialah mendapat dokongan syura dan berpotensi. Kepada pimpinan muda, jangan terlalu bersemangat pepsi-cola, kamu masih muda, perjalanan masih jauh, jangan kelak sejarah akan mengetawakan kamu. Dari seorang pejuang menjadi seorang balaci lagi memang barua. Bagi kaum tua, bukalah ruang diskusi agar nafas kita menjadi panjang dalam perjuangan. Kita saling perlu memerlukan.
Orientasi tarbiiyah
Orientasi Tarbiyyah Dalam Perjuangan
Walaupun politik itu penting dan diakui wadah utama dalam menegakkan Islam; penulis amat mempercayainya tetapi penulis masih bersikap seperti jalur Abu Zar iaitu menjauhi politik kepartian atau kepuakkan ini. Penulis masih bersikap ummatik iaitu mengakui kepelbagaian jemaah dalam mencapai matlamat yang satu dan Islam itu syumul. Jika orang bertanya tentang wala’, ikut jemaah yang paling dominan dalam diri saudara dan carilah murabbi yang terbaik dalam jemaah.
Kelemahan utama jemaah Islam sekarang, kemaraan pembuntut-pembuntut politik tegar yang menguntungkan kekuasaan sahaja. Dalam PMI dan PAS, golongan ini semakin meningkat naik pengaruhnya sehingga menepis sedikit demi sedikit akan unsur-unsur tarbiiyah. Pemimpin Islam seperti Nabi Muhammad SAW, asas politiknya ialah tarbiyyah bukannya kekuasaan. Begitu juga TG Nik Aziz. Tetapi kita lihat generasi muda sekarang, orientasi politik telah mengakari mereka.
Pimpinan muda yang sedang meningkat naik dalam suasana jemaah Islam menang, harus muhasabah dan kembali kepada tarbiyyah. Mana politik dakwah dan tarbiyyah kita? Setakat mana orientasi tarbiiyah yang tertanam dalam jiwa menjelma ke dalam tindakan politik?. Muhasabah diri.
Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
"Berkilau di pandang orang"
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina"
(almrm Ustaz Rahmat Abdullah, Murabbi PKS)
Jangan kita bongkak dengan jawatan ahli parlimen, exco atau ketua sesebuah pertubuhan. Kita bangga kitalah seorang yang bekerja untuk Islam. Kita maki orang yang nak menasihati kita. Kita jawab tanpa adab dengan melupakan bahawa beliau itu berpuluh tahun berbakti berjuang untuk jemaah. Masa kalian baru menyunat anumu itulah beliau tersebut bergelut dengan pihak thaghut. Jawablah dengan hikmah, berkasih sayang. Biarlah kelihatan berada dalam pihak yang kalah asalkan hubungan ukhwah itu terus terjalan. Jika tidak kalian akan menjadi asap yang terasa hebat dan tinggi, tetapi dirinya masih rapuh akan perjuangan.
Inilah bahana jika politik kekuasaan menjadi mainan. Kita sombong dengan jawatan dan kuasa. Mendidik menjadi segan. Wahai pembuntut politik kekuasaan, kembalilah memimpin politik tarbiyyah; marilah didik kami dan berusrah dengan kami, beribadah dengan kami. Kami masih rindukan setelah kamu meninggalkan cinta kami.
Sunday, January 25, 2009
Apabila Nazree berkokok, pening lalat kita?
Insan bernama nazree memang memeningkan kepala pendokong gerakan Islam. Bagi saya tindakan sdra nazree adalah tepat. Kita tidak harus memilih bulu dalam soal rasuah. Pun begitu pihak sdra nazree harus membuat kajian lebih lanjut berkaitan perkara tersebut.
Anak Exco Terengganu dapat zakat, adakah ia boleh dikategori penyalahgunaan kuasa jika zakat itu dibahagikan asnaf fisabillillah. Masa aktif dalam PBMUM dulu, penulis dan sahabat pernah membuat program di Sungai Petani. Pengetua sekolah ini meletakkan program ini dalam program Islam agar ia disertai oleh pelajar Islam sedangkan kami jalankan program motivasi.
Selagi tidak menyalahi syariat dan menegakkan Islam, saya berpendapat kita seharusnya bijak menggunakan jawatan kita demi Islam. Kedudukan PTD, pegawai JAKIM(apa khabar Hanif Baderun?) atau apa jua jawatan yang boleh membantu agama.
Dalam kisah ini, perkara yang lucu ialah ada seorang pak alim yang menyatakan thiqahnya pada sdra nazree. Wahai pak alim, thiqahlah sdra kepada sang murabbi seumpama Tuan Guru Yahya Othman dan Tuan Guru Haron Din. Thiqah anda kepada orang yang belum teruji dan bergaya ala Ruslan Kassim, satu yang mendukacitakan. Saya ingat pak alim kita dah masuk fasa baru pemikirannya sejak berkawan dengan sdra sosialis kanan tetapi ada lagi daki-daki keanak-anakkan yang bergayut pada pemikirannya.
Apapun sdra nazree dan sdra pak alim, kalian teruskan perjuangan. Saya harapkan saya dan kalian tidak tersesat jalan. Saya cukup kesian kepada saudara Ezam yang melakukan tindakan tidak cerdik akhir memakan diri. Maaf saya cakap, sdra Ezam jadi macam orang gila. Kembali Ezam, kembali kita ke pangkal jalan.
26/1/09
Taman Fajar, Sandakan
Wednesday, January 21, 2009
Jangan Boikot Produk Pelobi Israel
JANGAN BOIKOT BARANG PELOBI ISRAEL
Oleh mamat com
Pengemar Tempe
Seorang Melayu-Islam yang tinggal di Kuala Lipis amat sukar membeli barang-barang di Kedai milik muslim kerana Bandar Kuala Lipis yang didominasi oleh peniaga Cina. Akhirnya beliau terpaksa membeli barangan yang diperlukan di kedai cina.
Cacian terhadap penulis, penulis rela dicaci dan memang patut dicaci tetapi penulis berpasak pada realiti yang penulis alami. Penulis tidak dapat meninggal daging ayam KFC yang mengiurkan itu. Penulis juga tak dapat meninggal produk nestle; milo, Nescafe dan susu anak penulis Nan 2 itu.
Penulis minta maaf, penulis tidak akan boikot barangan pelobi Israel, kalian nak boikot silakan.
Dari dulu penulis mengetahui kita semua akan dibunuh secara perlahan-lahan oleh produk pelobi Israel dan sukar kita nak nyah produk pelobi Israel yang menghantui dan mengelilingi kehidupan kita. Barang produk pelobi Israel akan menyusutkan nilai kesihatan kita, contoh maggi dan milo.
Produk pelobi Israel juga membunuh masa kita dengan Tuhan kita, contoh filem Hollywood, Nokia dan google mengurangi masa beribadah kita, zikir lima minit dan tertonggek depan PC dan TV selama 3 jam. Teknologi komunikasi sekarang mempornografikan minda kita dan anak muda yang lain.
Cuba kita fikir, mampukah kita tidak gunakan google, tidak menonton filem holyywood, tidak memakai telefon nokia atau paling hebat tidak menggunakan window ciptaan Microsoft ini.
Janganlah kita hipokrit, sahabat. Jangan nak tunjuk hero la.
Teringat dulu ketika, restoran Mcdonald’s hendak dibuka dalam kampus UM, ramai mahasiswa yang menentang tetapi di luar kampus, merekalah yang mensardinkan diri mereka dalam restoran segera tersebut.
Akuilah Boikot ini bermusim dan hangat-hangat tahi ayam.
Israel menyerang Palestin bukan setakat hari ini bahkan sejak duluan lagi mereka berperang.
Semenjak bani Israel wujud sampailah bangsa arab palestin memeluk Islam. Legasi Jalut-Thalut akan terus berperang sampai kiamat.
Perjuangan Palestin adalah perjuangan semasa dan berterusan, ia bukan bermusim.
Sahabat, aku minta maaf, aku juga minta keampunan dari Allah, Aku membunuh saudaraku dan diriku sendiri. Aku kagum dengan kalian yang berusaha memboikot. Aku tahu ia tidak berjaya tetapi aku harap kalian boikot sampai kalian mati.
Aku kesal tak berjaya memboikot barangan pelobi Israel, aku kesal juga tak dapat menyokong kempen kalian. Aku memang bersalah.
21/1/09

Saturday, January 17, 2009
PAS menang di Kuala terengganu
Syukur kepada Allah SWT, PAS menang di Terengganu.
Faktor calon sangat penting dalam kawasan PAS-UMNO mempunyai 50 peratus kekuatannya. Dan pilihan Ayah Chik adalah tepat dengan ilham daripada Allah.
Kemenangan ini boleh menyatupadu jemaah dan langkah awal penguasaan terengganu dan Malaysia.
Dan saya percaya, kem ahmad said mengharapkan kemenangan PAS
hoi UMNO, tunaikan janji kamu. Jangan kamu membuncit perut dengan harta rakyat miskin. Buktikan kamu sayang pada rakyat
UMNO, terus bergolak menuju nesan ala parti kongres india
UMNO, kami tidak benci kamu. kami sayang kamu. Kembali kepada Allah dan rakyat marhaen

Politik Babi di UM, alahai..
Kali ini babi. begitu nasib surau APIUM, tempat aku belajar semasa minggu peperiksaan. dulu dengan contengan sekarang dengan babi.
Politik kampus dengan babi. Politik nasional dengan ugutan dan sekatan serta rasuah pembangunan.
hmm, politik babi di UM. Pendeknya akal di bumi intelektual.
Pakcik SB mesti tersenyum dan menjangka siapa yang buat angkara. sembunyi muka nampak pusat.
BARANG LAMA TAK BERGUNA?
Oleh mamat.com
Penggemar Tempe
Aku punya sepasang kasut lama, cap buaya. Barang lama. Seminggu sekali aku meng’kiwi’nya agar ia segar dek mata orang yang memandangnya. Sampai sekarang aku masih memakainya. Ada orang mengatakan barang lama tidak berguna dan tidak sesuai dengan zaman. Saya tidak menafikan tetapi bukan semua.
Dalam gerakan Islam, ada kelompok baru yang menyifatkan diri mereka pengislah atau reformis. Kedatangan kelompok ini amat kita alukan tetapi perubahan yang dibawa jangan melupakan asas-asas penting yang benar, sahih dan tepat yang telah dibina. Ada sesetengah golongan ini memperlekeh idea-idea Imam Hasan al banna yang dikatakan lama dan tidak sesuai dengan zaman dan suasana Malaysia. Benar tetapi kebanyakkan idea Imam Hasan al banna masih sesuai dipakai oleh penggerak gerakan islam.
Ikhwanul Muslimin dan Imam Hasan al Banna adalah ‘barang lama’ yang berkualiti dan telah teruji serta benar ilmunya. Tak usah kita mengatakan Rukun Baiah itu tidak sesuatu yang tak sesuai dan lapuk tetapi kita boleh menambah rukun dengan beberapa rukun yang sesuai dengan zaman dan suasana kita. Bagi penulis, Rukun Baiah adalah unsur kekal dalam sesuatu gerakan dakwah. Setakat pengetahuan penulis, rukun baiah ini dicipta dengan hidayah Allah, ayat yang padat tetapi penuh dengan makna iman, ilmu dan akhlaq didalamnya.
Sama juga kita membaca kitab Imam syafie dan Imam Nawawi, mereka dan kitab mereka adalah barang lama, tetapi mereka dan kitab mereka ada kualiti, benar dan sahih, kita masih membaca dan mengamalkan apa yang dikaji dan ditulis oleh mereka.
Jadi, saya mengharapkan reformis kita membuahkan idea dan amal bagi menyegarkan perjuangan bukannya membuang idea dan asas-asas amal yang benar, berkualiti dan telah teruji.
Saya terus memakai kasut cap buaya lama yang berkualiti itu. Cuma saya perlu meng’kiwi’nya agar ia kelihatan terus segar dan mantap.
Reformis, kamu adalah pembina bukan pemusnah.
17.1.2009
Taman Fajar, Sandakan
Sunday, January 11, 2009
Seorang Gundik: Pengukir Sejarah Kita
SEORANG GUNDIK: PENGUKIR SEJARAH
Rogaiya Hanim merupakan nama wanita yang kita tidak kenali. Pun begitu titisannya ramai berjasa dalam pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Dikhabarkan Rogaiya adalah gundik yang diberikan oleh Khalifah Empayar Uthmaniyyah kepada pemerintah bebas Johor. Gundik ini mengahwini 3 orang lelaki dan semua titisan berjaya mengukir sejarah negara kita.
Perkahwinan dengan Ungku Abdul Majid menghasilkan Ungku Aziz. Perkahwinan dengan Syed Abdullah menghasilkan Syed Husin al Attas dan Syed Naquib al attas. Dan perkahwinan dengan Dato Jaafar Mohamad, mantan Menteri Besar Johor menghasilkan Dato Onn Jaafar yang mewakilkan titisan politik kepada Dato Hishamudin, Menteri Pelajaran Malaysia.
Inilah seorang khabarnya gundik Turki Uthmaniyyah yang mengukir sejarah negara.
Friday, January 09, 2009
Kospirasi Kaum Tajdid di London
Pertama maaf. aku bermimpi di siang hari lagi. aku bermimpi kaum tajdid di Malaysia berkumpul dan merancang kospirasi di London. dalam mimpi itu aku terbayang, DR Maza berkumpul dengan Mazlek Malik, UZAR dan Muhaimin Sulam serta beberapa orang lagi berdiskusi. Kenapa ye, Dr Maza pilih Britain, lebih khusus Lampeter sebagai destinasinya.
Apa mereka rancang?. maaf, tiada suara. Hanya bayang sahaja.
Eh, aku hanya bermimpi sahaja tanpa mandi wajib.

Siapa Dato' Razali?
Aku lucu dengan orang UMNO. Mereka tengah mencanang bahawa almarhum Dato Razali tokoh yang berjaya. Setahu aku armahum sejenis juga dengan sifat Dato Wan Farid yang bersifat elit. Cuma almarhum berjiwa lembut dan budiman sahaja. Kedua-dua sukar merakyatkan diri mereka. Dan Dato Wan lebih sombong sedikit.
Almarhum Dato Razali terlibat dalam persidangan Meja Bulat berkaitan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tak tahu aku sama ada beliau menyokong atau tak penghancuran Bahasa Melayu?.
Kesilapan almarhum adalah menyertai politik. Orang yang baru diagungkan oleh UMNO Kuala Terengganu ini tewas dalam pemilihan bahagian. almarhum tidak licik berpolitik. Orang budiman seperti beliau sepatutnya terus berada dalam birokrasi pendidikan bukannya politik. UMNO Kuala Terengganu hanya tunggu masa menjatuhkan beliau daripada parlimen Kuala terengganu. UMNO Kuala Terengganu milik keluarga Dato Wan Farid dan Wan Hisham(kalah di DUN Ladang). Op! almarhum Dato Razali juga bau bacang dengan Wan farid juga.
OOO UMNO bila mati baru kau nak hargai orang. itupun bertujuan politik..
Politik material yang menjahamankan!!

Wednesday, January 07, 2009
TARBIYYAH: KEMBALI KEPADA KITAB USRAH DPF?
Kitab usrah Dewan Pustaka Fajar mungkin dianggap usang oleh Fathi Aris Omar dan Saudara Sosialis Kanan. Terbaru Saudara Dzulkhairi cuba meremeh buah pemikiran tokoh Ikhwan.
Saya menyokong pendapat FAO dan Sosialis Kanan yang kita perlu melangkaui pemikiran kitab DPF itu. Bagi saya kita perlu marhalah baru dalam berusrah dengan idea atau pemikiran baru yang sesuai dengan suasana Malaysia dan zaman ini. Tetapi yang terjadi sekarang, marhalah usrah bukan semakin berkembang tetapi semakin rapuh. Bukan kitab DPF saja yang usang, usrah pun dikatakan usang. Usrah menjadi mesyuarat politik!.
Saya masih merasakan kitab DPF adalah asas usrah yang baik sesuai bagi yang baru mengenal usrah terutama pelajar sekolah dan kampus.
Antara cadangan saya;
a.Idea dan pemikiran baru dengan mengaduni pemikiran klasik dan semasa seperti pemikiran Syed Naquib al Attas, Malek Bin Nabi, Sayyid Hasan Ali ad Nadwi, ali shariati, Erbakan, erdogan, Bapak Natsir dan Tareq Ramadhan
b.Nafas analisis baru dalam pemikiran Ikhwan yang telah masak dengan pengalaman perjuangan. Sejarah dan pemikiran Ikhwan perlu kita tekuni terlebih dahulu. Selepas itu barulah pendekatan mereka.
c.Pendekatan yang baru dalam politik dan tarbiyyah termasuk reformasi dalam kaedah usrah. Usrah boleh dijadikan bengkel penyediaan daie yang mementingkan pembentukkan spritual, mental dan diri daie secara praktikal. Cerminan daripada Partai Keadilan Sejahtera(PKS) dan Racep Erdogan boleh dikaji. Contoh, formula 227 dalam dakwah dimana daie mesti selalu senyum 2 sm sebelah pipi kiri dan kanan serta selama 7 detik. Ini adalah kaedah asas praktikal yang paling mudah dan dibengkelkan oleh kader PKS.
d. Usrah pimpinan harus dibedakan dengan mesyuarat politik. Usrah ahli biasa harus dibahagikan mengikut marhalah tertentu seperti yang disarankan oleh Ikhwan. Pada marhalah tertentu, bolehlah kitab DPF dijadikan rujukan.
25/12/08
Jalan B, Rantau Perintis, Jengka

Tuesday, January 06, 2009
Konflik Dalaman Gerakan Islam
KONFLIK DALAMAN DALAM GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN: CERMINAN KEPADA PAS
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
Quranik Tarbawi Club
“setiap perkara ada kekurangan dan kelebihan. Kekurangan dijadikan pengajaran dan kelebihan dijadikan azimat perjuangan menempohi cabaran tak terduga pada masa depan”
Dalam gerakan Islam, perebutan kuasa dalaman tidak dapat dielakkan. Ia merupakan cabaran yang paling dahsyat kepada kepimpinan gerakan Islam. Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh memusnahkan gerakan Islam itu sendiri. Fathi Yakan menganggap ia antara AIDS dalam gerakan Islam.
Dalam makalah ini, kita akan melihat konflik dalaman yang dialami oleh Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Cabaran dan cara menangani konflik dalaman oleh Ikhwan harus kita tekuni agar mengambil pengajaran untuk mencermin diri. PAS yang dianggap jemaah Islam perlu mencermin diri dan berhati-hati supaya gejala kemusnahan dalam parti tidak muncul dan membarah.
Konflik Penganti Imam Hasan al Banna
Setelah kematian Imam Hasan al Banna, Ikhwan berada dalam keadaan kucar-kacir. Ada beberapa calon utama yang dianggap penganti Hasan al Banna iaitu Saleh Asymawi, Timbalan Mursyidul Aam, Abdul Rahman al Banna, saudara Hasan al Banna, Abdul Hakim Abidin, Setiausaha Agung, Hasan al Baquri dan Mustafa Mukmin. Mustafa Mukmin terkeluar senarai apabila dipecat pada tahun 1950.
Sementara itu, nama Hasan Hudhaibi, seorang Hakim mula diusulkan oleh Munir ad-Dillah, seorang pimpinan Ikhwan yang kaya raya. Ada beberapa sebab, kenapa Hasan Hudhaibi disaran menjadi Mursyidul Aam. Pertama, beliau berada di luar pimpinan rasmi Ikhwan boleh mengelakkan perpecahan jika calon lain terpilih. Kedua, pemilihan Hasan juga boleh menenangkan Jabatan Kehakiman berkaitan permasalahan pengharaman Ikhwan. Ketiga, merapatkan hubungan Ikhwan dengan istana kerana saudara ipar beliau adalah ketua istana. Bagi senior Ikhwan, ini adalah perlu tetapi keputusan bersifat sementara.
Masalah utama Hasan Hudhaibi ialah gagal membangkit kembali pendekatan Hasan al banna terutamanya sikap elit beliau dalam beriadah. Beliau juga jarang melawat cawangan Ikhwan dan enggan menerima gelaran Rais Aam serta hanya sedia menerima gelaran Mursyidul Aam. Hasan al hudhaibi juga menyatakan syarat beliau akan menjawat jawatan Musyidul Aam jika Abdul Kadir Audah dilantik timbalannya. Cadangan ini memalapkan peluang calon-calon lain seperti Saleh Asymawi dan Hasan al Baquri untuk menjawat jawatan tersebut.
Pada 9 September 1952, Ikhwan berada dalam dilema sama ada memilih menjadi organisasi keagamaan atau parti politik. Pada 4 Oktober 1952, Dewan Pendiri mengadakan mesyuarat, Hasan Hudhaibi menyatakan Ikhwan bukan parti politik. Dewan Pendiri menegaskan keinginan mereka untuk mendaftar Ikhwan sebagai parti politik.
Pada 27 November 1953, seramai 21 orang kelompok anti Hudhaibi bergerak ke rumah Hudhaibi bagi mendesak Hudhaibi meletak jawatan. Kemudian mereka merempuh masuk dan menawan Pejabat Ikhwan Pusat. Kemudian Hudhaibi dan kelompok anti Hudhaibi bersetuju mewujudkan jawatan kuasa penyiasatan terhadap pemecatan 4 tokoh terkemuka Ikhwan.
Pada 28 November 1953, pukul 15.00, rapat umum diadakan dan dihadiri oleh kedua-dua kelompok. Dalam pertemuan sumpah ba’aih kepada Hudhaibi dan mengutuk cubaan rampasan kuasa. Pada 29 November 1953, Dewan Pimpinan dan jawatan kuasa displin telah memutus tiga daripada empat adalah dalang. Pada 9 Disember 1953, Saleh Asymawi, Muhammad al Ghazali dan Abdul Aziz Jalal dipecat daripada Ikhwan.
Selepas peristiwa ini, Ikhwan telah dibersihkan oleh pengaruh senior dan Biro Rahsia oleh Hudhaibi. Dalam usaha menipis pengaruh Biro Rahsia, Hudhaibi melantik Yusof Tala’at untuk menjadikan Biro Rahsia sebagai organisasi terbuka dan terserap dalam usrah.
Perubahan Kepimpinan
Selepas kematian Imam Hasan al Banna, Hasan al Hudhaibi dilantik Mursyidul Aam kedua. Beliau ingin pasukan pembantu yang kuat, oleh itu beliau juga merombak Dewan Pimpinan Ikhwan yang dianggotai oleh senior dengan generasi baru Ikhwan yang sealiran dengan beliau. Tindakan beliau dibantah oleh ahli senior Ikhwan. Hasan Hudhaibi gagal menjalankan hubungan personal dengan ahli senior Ikhwan dan gagal mencipta kepercayaan dalam kalangan senior Ikhwan.
Para senior Ikhwan menyatakan ketaatan mereka kepada Hasan al Banna tetapi tidak kepada Hasan al Hudhaibi. Kesilapan Hasan al Banna ialah tidak menunjuk dengan tepat siapa pengantinya dan tidak melatih bakal pengantinya serta tidak melebar pengaruh bakal penganti beliau dalam Ikhwan. Dalam PAS, kita melihat Tuan Guru Abdul Hadi dilatih menjadi Timbalan Presiden PAS dan mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam parti. Ini antara kekuatan Tuan Guru Abdul Hadi disamping karismatik beliau dalam pidato dan keluasan ilmu agama.
Perihal ini tidak dialami oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS sekarang. Kita melihat watak beliau seakan-akan watak Hasan al Hudhaibi dalam Ikhwan. Pengaruh Ustaz Nasharuddin tidak seperti Tuan Guru Abdul Hadi, Tuan Guru Fadzil Nor dan Ustaz Nakhaie yang ada jaringan pengaruh. Ustaz Nakhaie sebagai contoh antara ideolog yang pakar dalam pembinaan kertas kerja dan pengaruhnya dalam cerdik pandai PAS. Beliau membawa beberapa cerdik pandai seperti Dr Puad Zakarshi, Saufudin Nasution dan Johan Che Pa dalam PAS keluar parti.
Jika hal ini tidak ambil berat, Ustaz Nasharudin bakal mengalami nasib Hasan al Hudhaibi yang sukar mengawal pentadbiran Ikhwan dan berlakunya cubaan rampasan kuasa daripada senior yang berpengaruh. Sebaiknya, sebagai Pengerusi Lujnah Tarbiyyah PAS, Ustaz Nasharuddin mengorak langkah melebarkan pengaruh dalam parti.
Perbedaan pendapat Dalam Politik
Pada tahun 1947, berlaku krisis di antara Hasan al banna dengan Timbalannya, Ahmad As Sukkari. Permasalahan timbul ekoran perbezaan pendapat dalam hubungan antara Ikhwan dengan parti Wafd. Ahmad As Sukkari telah membawa satu gagasan alternatif dimana mengesa Ikhwan bergabung dengan parti Wafd, sebuah parti sekular. Parti Wafd merupakan parti yang mendapat sokongan majoriti rakyat Mesir. Ahmad As Sukkari mengambar pengabungan Ikhwan memenuhi keperluan spritual parti Wafd.
Gagasan Ahmad As Sukkari melangkau saranan Hasan al Banna selaku pimpinan nombor satu Ikhwan yang mahu dilakukan perikatan di antara Ikhwan dengan parti Wafd dengan syarat parti sekular itu memenuhi prinsip perjuangan Ikhwan. Perbezaan ini semakin membarah, dengan pendapat Ikhwan adalah alat politik golongan istana dan cadangan pengurangan kuasa mutlak Hasan al Banna.
Tahun 1947, serangan musuh terhadap Hasan al Banna dari luar dan cabaran dalaman sangat menggugat kepimpinan Ikhwan. Hasan al Banna membawa kes Ahmad As Sukkari ke Dewan Pendiri Ikhwan. Dewan Pendiri sepakat dengan usul memecat Ahmad As Sukkari.
Dalam PAS, kita harus mengikut dasar yang diputuskan oleh Muktamar, kemudian Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat dan akhirnya Biro Politik(lujnah siasah). Dari segi politik, jawatankuasa Pusat lebih berperanan menentukan hala tuju PAS. Semasa isu Muzakarah, kita memberi ucapan taniah kerana Tuan Guru Abdul Hadi tidak menggunakan kelebihan sebagai presiden untuk menidakkan saranan Mursyidul Aam. Jawatan Presiden dilantik, manakala jawatan Mursyidul adalah lantikan. Kalau diikut wajarnya, saranan Mursyidul Aam adalah keputusan majlis syura. Jika Majlis syura tidak mengadakan perbincangan, pendapat beliau hanyalah saranan peribadi.
Jawatan Mursyidul Aam dalam PAS tidak berkuasa dan ia hanya sebagai pemimpin spiritual sahaja. Kekuatan Mursyidul Aam PAS sekarang, Tuan Guru Abdul Aziz ialah kekuatan peribadi Tuan Guru sendiri. Sebab itu dalam PAS, isu memperkasakan Majlis Syura terus bergema.
Grup Rahsia Menggugat Kepimpinan
Salah satu masalah Imam Hasan al hudhaibi ialah kewujudan Biro Rahsia Ikhwan yang mengingkari arahan pimpinan terbuka Ikhwan. Biro rahsia berusaha untuk mengulingkan kepimpinan Hasan Hudhaibi. Kumpulan dalam kumpulan ini akan menjejas perpaduan gerakan Islam perlu dielakkan. Setiap orang atau kumpulan dalam gerakan Islam harus berpaksikan perlembagaan organisasi supaya tidak terbabas.
Biasanya, kewujudan kumpulan ini bertujuan mengukuhkan kepimpinan puak tertentu dalam sesebuah organisasi. Dalam pemilihan UMNO, Team Wawasan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mendesak Tun Ghafar Baba agar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sementara itu, group Islam telah berjaya memberi tekanan kepada Dipertua PAS, Dato Asri agar melepaskan jawatannya.
Hasan al Hudhaibi cuba membanteras kumpulan ini tetapi gagal. Pada satu masa, Sayid Fayiz, tokoh nombor dua dalam Biro Rahsia cuba mendedahkan data-data rahsia kepada Hasan al Hudhaibi tetapi perkara malang telah berlaku apabila Sayid Fayiz mati akibat ledakan bom. Tindakan terakhir Hasan al hudhabi untuk menghapuskan atau meneutralkan Biro Rahsia ialah memperkasakan usrah.
Dalam PAS, kumpulan tertentu wujud mungkin berunsur seperti kumpulan pro pakatan, pro anwar, alumni JIM atau ABIM, pro Mursyidul Aam, pro presiden, kumpulan Erdogan, kumpulan Erbakan, kumpulan universiti malaya dan sebagainya. Grup rahsia seumpama ini akan terus wujud, cuma ia perlu disatu melalui satu fikrah dan demi kepentingan dakwah dan parti.
Kronisme Dalam Organisasi
Dalam Ikhwan, kepercayaan antara satu sama lain merupakan satu adipenting. Sebab itu jawatan penting didominasi oleh famili Hasan al Banna seperti Muhammad Said Ramadhan al Buti, Abdul Rahman al Banna dan Abdul Karim Manshur. Dalam PAS, Dato Asri pernah menjadi parti ini sebagai parti keluarga dengan jawatan Ketua Muslimat dipegang oleh isterinya. Pada era Tuan Guru Nik Abdul Aziz, lihat jawatan yang dipegang oleh keluarga beliau seperti jawatan Nik Muhd Abduh dan Abdul Fatah. Bagaimana pula Ustaz Khalil, anak Tuan Guru Abdul Hadi?. Sebolehnya jawatan dalam keluarga perlu dielak daripada didominasi oleh kroni atau ahli keluarga masing-masing.
Pada akhir tahun 1945, Setiausaha Agung Abdul Hakim Abidin(saudara ipar hasan al banna) menyalah gunakan kuasa terhadap beberapa ahli Ikhwan(persoalan Baitul Muslim). Salah seorang Timbalan Mursyidul Aam, Ibrahim Hasan ditugaskan menyiasat kes tersebut. Pada pertengahan 1946, maklumat tersebut bocor kepada anggota Ikhwan. Usul pemecatan Abidin atau 4 anggota Dewan Pimpinan yang menuduhnya.
Imam Hasan al Banna telah menubuh jawatankuasa menyiasat. Jawatankuasa ini tidak ada kata sepakat tetapi mengusulkan agar Abidin dipecat. Dewan Pimpinan memutus dengan undian 8 berbanding 1 suara untuk memecat Abidin. Keputusan dibawa kepada Dewan Pendiri. Imam Hasan al Banna telah membentuk jawatankuasa baru. Dewan Pendiri dengan penyiasatan jawatankuasa baru memutuskan Abidin dibebaskan daripada tuduhan. Sebagai janji Imam Hasan berjanji menyuruh Abidin berundur secara berperingkat bagi menjaga maruah Ikhwan dan Imam Hasan al Banna. Namun apabila isu diri reda, Imam Hasan al Banna mengusulkan Dewan Pimpinan menolak pengunduran diri Abidin. Akibatnya, Ibrahim Hasan mengundur diri sebagai protes pada tahun 1947.
Ingkar Arahan Pimpinan
Dewan Revolusi telah meminta Ikhwan menghantar 3 orang wakilnya ke dalam kabinet. Antara pimpinan Ikhwan yang dihantar ialah Hasan al Baquri. Selepas berlaku krisis di antara Ikhwan dengan Dewan Revolusi, Ikhwan menarik balik sokongan terhadap Dewan Revolusi. Ikhwan mengarah agar Hasan al Baquri berundur daripada kabinet tetapi beliau enggan. Hasan al Baquri meletak jawatan dalam Ikhwan.
Semasa PAS ditendang keluar dari BN, ahli PAS yang menjawat jawatan di kementerian telah meletak jawatan. Jikalau Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat kerajaan pusat atau EXCO PAS yang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat diarah keluar atau meletak jawatan, sanggupkah mereka?. Adakah mereka sanggup mengingkari arahan parti atau setia dalam jawatan jika berlaku krisis antara Pakatan Rakyat dengan PAS?.
Persoalan yang penulis kemukakan ini untuk membina sikap berhati-hati agar PAS tidak termakan gula-gula yang diumpan oleh musuh Islam yang realiti atau munafik.
CARA MENANGANI KONFLIK DALAMAN
PERKASAKAN USRAH
Antara kaedah Hasan al Hudhaibi membendung Biro Rahsia ialah memperkasakan kegiatan usrah. Usrah sangat penting dalam penyebaran dakwah terutamanya membentuk fikrah, hala tuju pemikiran dan indoktrinisasi ahli Ikhwan. Dalam usrah juga, Hasan al Hudhaibi menempatkan orang yang mendukung kepimpinannya agar Ikhwan sentiasa stabil daripada ancaman politik dalaman. Aktiviti usrah pada zaman Hasan al Hudhaibi berjaya meneutralkan pihak penentang beliau.
Di Malaysia pula, fenomena tarbiyyah cukup popular pada era 1980an dan mula mengendur pada akhir 1990an. Pendekatan politik lebih mendominasi berbanding pendekatan tarbiyyah. Sebelum kebangkitan era kepimpinan ulama, PAS pernah didominasi oleh pendekatan politik oleh pemimpin orde lama, Dato Asri, seorang penganut nasionalisme. Beza ketika itu antara pemimpin grup Islam dan pemimpin orientsasi politik nasionalisme ialah kehadiran mereka dalam usrah. Mereka telah lama berkecimpung dalam PAS tetapi tidak berusrah.
Kini suasana pra kepimpinan ulama mula kembali dalam PAS. Budaya usrah semakin menipis terutamanya apabila pemimpin sibuk dalam politik sedang asas politik gerakan Islam adalah usrah. Jika kemaraan budaya politik ini tidak dibendung, PAS akan menjadi parti yang rapuh dan akhirnya iman dan taqwa tidak menjadi perkara yang utama lagi dalam PAS.
BUANG KEMUNCUP PERJUANGAN
Antara kaedah yang paling pedih tetapi terpaksa dilakukan jika keadaan tidak terkawal ialah membuang(baca: memecat) kemuncup yang menganggu itu. Tindakan ini mungkin memecah belah gerakan Islam tetapi risiko perlu dihadapi.
Dalam Ikhwan, Mursyidul Aam, Hasan al Hudhaibi bersama Dewan Pendiri pernah memecat tokoh tersohor Ikhwan seperti Saleh Asymawi, Hasan al Baquri, Sayyid Sabiq dan Muhammad al Ghazali. Tokoh ini cukup berpengaruh tetapi mereka menerima kegagalan merampas kuasa dengan meneruskan dakwah Ikhwan melalui cara tersendiri tanpa menyertai pihak musuh gerakan Islam kecuali Hasan al Baquri berada dalam kerajaan Mesir.
Hasan al hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwan tersebut; ‘mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama. Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi’.
Kemuncup yang menganggu harus dicabut dan dibuang agar kepimpinan tidak serabut dengan permasalahan dalaman. PAS juga pernah memecat Ustaz Latif, seorang tokoh PAS yang berpengaruh di Besut, Terengganu dan pernah juga membicarakan kumpulan 13 yang menggugat tata tertib parti. Jika Ir Khalid Samad, Ir Saari Sungib, Kamarudin Jaafar, Dr Hatta, Mustafa Ali atau Husam Musa cuba menggugat parti tanpa prosedur yang tepat atau di luar perlembagaan parti, buang sahaja mereka(saya harap andaian banyak pihak ini adalah tidak tepat). Penulis kagum dengan sikap Ir Khalid Samad dan Ir Saari Sungip (tokoh2 ini masak fikrah Islamnya) apabila Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali mengugur mereka dalam Dewan Harian Negeri, dimana mereka tidak menentang dan redha dengan keputusan tersebut.
PAS juga pernah dicabar dengan pengkhianatan tokoh-tokoh besar mereka; Ustaz Nakhaie(Naib Dipertua), Panglima Jihad, Ustaz Ghazali Ahmad(waris Pondok Syafie Losong&Ketua Dewan Ulama Terengganu) dan Dato Asri(Dipertua PAS). Manakala tokoh pelapis berkaliber yang pudar perjuangan dan mengkhianati parti; Dr Puad Zakarshi, Saifuddin Nasution, Zin Mahmud dan Ahmad Shabery Cheek. Islam tidak bergantung kepada pemimpin hebat(ia hanya bonus) tetapi kekentalan iman dan taqwa menghadapi mehnah dan istiqamah dalam perjuangan yang jemaah cari. Jika pemimpin pergi, Allah mengurniakan lebih ramai lagi pimpinan yang akan berjuang.
Dewasa ini, jika ada kumpulan atau tokoh tertentu yang cuba menggugat ketenteraman gerakan Islam, proses pembersihan kemuncup ini boleh dilakukan. Jawatankuasa Tata Tertib tidak perlu bimbang terhadap cabaran kumpulan atau tokoh ini. Walau bagaimanapun, proses pemecatan adalah kaedah terakhir jika kompromi sudah tiada.
Ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, buanglah kemuncup sambil berjalan. Jangan sesekali berhenti daripada kerja kerana gangguan kemuncup tersebut.
THIQAH KEPIMPINAN
Perjuangan gerakan Islam pada era ini cukup mencabar. Musuh Islam bukan setakat datang secara berdepan tetapi penyusupan ke dalam organisasi Islam itu sendiri. Cabaran semakin bertambah apabila berlaku pengolakkan dalaman gerakan Islam ekoran ketumpulan tarbiyyah dan ketaatan kepada pimpinan.
Ekoran ketumpulan tarbiyyah dan sifat keakuan yang tinggi, para pimpinan dan pengikut gerakan Islam sekarang kehilangan thiqah. Thiqah dijadikan rukun baiah dalam gerakan Ikhwanul Muslimin. Thiqah ialah pengikut yang berlapang dada terhadap pemimpin mereka, pada kemampuan dan keikhlasan mereka, dengan sepenuh rasa ketenangan sehingga menghasilkan rasa kasih, hormat, penghargaan dan ketaatan.
‘maka demi Tuhanmu, mereka(pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya’(Surah al Isra; 52)
Pemimpin adalah sebahagian dari dakwah dan tiada dakwah tanpa pimpinan. Kepercayaan antara pemimpin dan pengikut menentukan kekuatan sistem jamaah, kerapian strategi, kejayaan untuk mencapai matlamat dan kemampuan mengatasi halangan dan kesusahan yang terbentang di hadapannya.
‘taat dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi mereka’. (surah al anfal:46)
Manusia yang ditarbiyyah tidak akan melawan keputusan pimpinan. Walaupun pemimpin lemah, pengikutlah yang menguatkan pemimpin bukannya mengampu atau mengambil kesempatam untuk menjatuhkannya seperti yang dialami oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO sekarang.
Khalifah Abu Bakar adalah manusia paling alim dan warak selepas Rasulullah SAW. Beliau layak menjadi Nabi jika Rasulullah SAW tidak diutuskan ke dunia. Ini nak menunjukkan betapa terbaiknya insan bernama Abu Bakar ini. Walau bagaimanapun, beliau bukan pemimpin hebat dan berkarisma jika nak dibandingkan dengan Umar al Khattab, Abu Ubadah dan Ali Abi Talib. Para sahabat terutama Umar membaiah Abu Bakar sebagai pemimpinnya.
Pada satu ketika, Abu Bakar berselisih faham dengan Umar dalam persoalan mereka yang enggan membayar zakat. Para sahabat yang lain bersetuju dengan cadangan Umar agar tidak memerangi mereka. Apabila Umar melihat Abu Bakar bersungguh-sungguh dengan pendapat memerangi mereka yang enggan membayar zakat, Umar akhirnya menyetujui saranan Abu Bakar.
Imam Hasan al Banna pernah menjawab soalan apabila ditanya siapakah yang paling layak mengantinya jika beliau tiada?’. Jawabnya, lantik pemimpin yang paling lemah di kalangan kamu, kemudian kamu dengar dan taatlah perintahnya. Ia akan menjadi orang yang paling kuat di kalangan kamu.
Kesyahidan imam Hasan al Banna sendiri menguji thiqah pengikut gerakan Islam. Pada saat Ikhwanul Muslimin diasak oleh pemerintah Mesir, pengolakkan dalaman dalam persoalan penganti Mursyidul Aam menghantui gerakan ini. Majlis Syura memutuskan Hasan al Hudaybi dilantik Mursyidul Aam yang baru. Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin membantah. Hasan al hudaybi merupakan ahli baru ikhwan, tiada jaringan pengaruh utuh, elitis dan rapat dengan kerajaan sebelum itu.
Dalam kalangan pemimpin besar Ikhwan ketika itu telah hilang thiqah kepada Mursyidul Aam yang baru. Akibatnya berlaku rampasan kuasa dalam gerakan Ikhwanul Muslimin oleh puak pendesak yang diketuai oleh Salah Musthafa Ashmawi. Tetapi rampasan ini digagalkan oleh pihak pro Hasan al hudaybi. Puak pro rampasan seperti Salah Ashmawi, Syed Sabiq dan Syeikh Muhammad al Ghazali dipecat daripada Ikhwanul Muslimin pada 9 Disember 1953. Gerakan Ikhwan merelakan pemecatan insan sehebat Sayid Sabiq dan Muhamad al Ghazali demi keutuhan dan perpaduan gerakan Ikhwan.
PAS di Malaysia dalam era kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan teruji kepimpinannya. Cabaran ahli parti yang pro Pakatan Rakyat dan pro Anwar Ibrahim bakal memporak peranda PAS. Pengikut PAS harus memperkuatkan thiqah mereka kepada Presiden dan Timbalan. Kurangkan bersuara mendahului Presiden demi perpaduan parti.
Ketika waktu ini, pengikut PAS harus menjadi Umar untuk memperkuatkan dan menyokong kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi dalam memperkasakan PAS. Thiqah harus dipertingkatkan dengan menghilangkan sifat keakuan dan ‘lagak aku seorang yang pandai’.
Thiqah dalam perjuangan sangat penting. Memang tepat apabila Imam Hasan al banna menjadikan ia rukun baiah dalam Ikhwan. Tanpa Thiqah, ia bukan pejuang ikhwan. Marilah kita kuat thiqah kepada kepimpinan bukannya ikut kepala kita yang bijak ini.
RAPATKAN HUBUNGAN PIMPINAN DENGAN PENGIKUT
Hasan al Banna menggunakan pendekatan tarbiyyah dan bertahap bagi menghasilkan perubahan yang diingini. Tahap tersebut membentuk peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, pemerintahan muslim, negara Islam, Khalifah Islam dan ustadziyatul alam. Hasan al Banna berusrah, katibah dan berceramah di merata tempat dan menziarahi pelbagai cawangan Ikhwan di seluruh Mesir.
Hubungan rapat dapat dijalin melalui usrah dan ziarah ke akar umbi terutamanya cawangan. Presiden dan Timbalan Presiden harus merapati akar umbi agar sokongan terhadap gerakan islam terus mantap. Pemimpin PAS juga harus mendekati golongan muda dengan asas kesukaan kaum muda iaitu hiburan melalui kesenian Islam, sukan dan aktiviti riadah. Muslimat dan remaja perempuan juga harus diambil kira terutamanya aktiviti kesukaan mereka.
Hubungan dibina harus diprogram melalui dua bahagian iaitu terbuka untuk semua atau tertutup untuk ahli PAS. Perkara ini penting agar setiap objektif program tercapai.
JATUH PIMPINAN MENERUSI PROSEDUR YANG TEPAT
Pimpinan boleh dijatuhkan dengan mengikut lunas-lunas yang tepat dan benar selaras proses musyawarah atau syura dalam parti. Dalam gerakan Islam, ahli atau kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan semasa boleh mencabar pimpinan mereka dalam Muktamar.
Dewan Pemuda dan Dewan Ulama PAS yang dipengaruhi grup Islam ala ABIM telah mencabar grup nasionalis dalam PAS yang diketuai oleh Dato Asri, Dipertua PAS ketika itu. Grup Islam telah mencalon Tuan Guru Yusof Rawa untuk menentang Dato Asri dalam jawatan Dipertuan PAS. Walau bagaimanapun, pertandingan tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Tuan Guru Yusof menarik diri. Sementara itu, kebanyakan jawatan jawatankuasa Pusat PAS didominasi oleh grup Islam.
Jika ada puak yang bergelar grup Erdogan(Jika benar dakwaan orang) yang ingin mencabar kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi dan Ustaz Nasharuddin, dipersilakan mencabar dalam pertandingan semasa muktamar nanti. Situasi seakan peristiwa 1982 mungkin berlaku dimana jawatan Timbalan Presiden ke bawah ada pertandingan. Lakukanlah secara sah dan mengikut prosedur. Apapun keputusan syura atau musyawarah akan teruji jika berlaku pertembungan orde lama dengan orde baru PAS ini. Penulis tertarik dengan formula Tuan Guru Dr Haron Din dalam perebutan jawatan, jika ada pertandingan dan tidak dapat diselesai secara syura, beliau akan menarik diri. Bagi beliau, pemilihan penjawat jawatan itu dengan cara meletak bukan bertanding.
Ahli gerakan Islamlah yang paling berhak mencorak organisasi mereka. Mereka boleh menyuarakan pandangan dan undi mereka dalam muktamar. Jika ahli PAS mahu menghabisi era kepimpinan ulama, mereka berhak melakukan dengan prosedur yang sah. Mereka boleh membawa reformasi baru dalam PAS sebagai contoh mengomongkan era protaz(profesional-uztaz). Dalam demokrasi, setiap pemimpin atau sistem boleh dicabar dengan suara majoriti. Bagi gerakan Islam, sistem atau pimpinan mesti diluruskan mengikut kehendak mereka dengan lunas-lunas Islam. Contohilah Dewan Muslimat PAS yang melakukan proses demokrasi tanpa mengoncang perpaduan parti.
Dalam Ikhwan, Hasan al Hudhaibi berjaya membersihkan Ikhwan daripada jalur senior yang radikal. Jalur Hasan al Hudhaibi ini kekal dalam Ikhwan sampai hari ini pada era Muhammad Mahdi Akef. Jalur radikal yang tinggal pada hari ialah Dr Yusof Qaradhawi yang berada dalam jalur Syeikh Muhammad al Ghazali, Syed Sabiq dan Saleh Asymawi pada ketika itu. Jalur radikal masih kekal bersemangat Ikhwan di bawah Imam Hasan al Banna berjuang dalam wadah tersendiri demi agama tanpa mengadai prinsip Ikhwan zaman Hasan al Banna.
KESIMPULAN
Konflik dalaman adalah satu lumrah bagi sesebuah organisasi. Perkara yang penting bagaimana kita menangani konflik tersebut. Pendekatan menangani konflik perlu mengikut prosedur yang tepat, perlu bertahap, perlu diakui oleh pihak bertentangan dan akhirnya jika tiada kompromi, proses pemecatan boleh dilakukan.
Sumber;
Imam Hasan al Banna
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Richard Paul Mitchell
Khozin Abu Faqih
Muhammad Sayyid al Wakil
16/12/08
Jalan Bakti, Rantau Perintis, Bandar Jengka.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...