i
Tahniah!
Pertama, kita berbaik sangka dengan usaha YB
Syed Saddiq mengumpul sebanyak RM200,000
untuk membeli laptop sebagai sumbangan kepada anak-anak orang miskin di
Muar. Nazarnya ialah cukur rambut. Satu usaha terpuji.
Beberapa perkara
yang boleh kita selami dalam gimik YB SS ialah mengunakan kuasa viral dan
netizen menjadi Cabaran Saddiq Botak ini menjadi fenomena popular. Ia sejenis
pemasaran dan propaganda politik yang menarik anak muda profesional dan
berpendidikan menyertainya. Hadir Astro menyokong usaha YB SS mengambarkan
media massa itu alat propanganda pihak tertentu.
Sebenarnya, untuk
mencukupkan duit sebanyak RM 200,000 itu sangat mudah bagi orang politikus
seperti Syed Saddiq. Ramai orang politik menyimpan duit RM 240,000, RM300,000
dan lain-lain dalam rumah. Ini tak termasuk dalam bank!. Ia mungkin gimik
membikin kegemparan yang terancang. Ia tidak mustahil dalam gimik politik pop
pada hari ini.
ii
Parti Muda cuba
menarik kelompok anak muda dalam kalangan anak sekolah, orang berpendidikan,
orang urban dan netizen. Ikon mereka dalam kalangan anak muda pintar, lincah,
aktif dan cantik-hensem. Budaya politiknya bersifat popular dan isu bukannya
ideologi dan identiti.
Parti Muda ini
sendiri kelihatan seperti PKPIM pada penghujung tahun 1960an. Bagi menampung
keperluan ahli PKPIM yang melepasi tempoh yang dibenarkan, mereka menubuhkan
ABIM. Kemudian mereka menubuhkan WADAH. Barangkali ini pemeringkatan yang
berlaku dalam parti Muda atau mereka memilih menjadi proksi bagi Parti Pejuang.
Parti Muda bersifat
fenomena popular dan ikonnya ialah Syed Saddiq. Tidak mustahil jangka hayatnya
bergantung kepada kepopularan Syed Saddiq. Jangka hayat sesuatu yang bersifat
popular adalah singkat atau bersifat pepsi-cola yang buihnya bersifat sementara
sahaja. Hangat-hangat tahi ayam. Jangan ulangan gimik murahan kelompok
mahasiswa yang dulu menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang mahu
bertanding menentang Tun Abdullah Badawi dan GM13 yang mahu menentang DS Mohd
Najib. Bagi menggelak perkara ini berlaku, barisan kepimpinan dan pengkaderan
mestilah disusun. Calon-calon untuk dikemukakan mesti disediakan sekarang dan
dimana kawasan yang perlu mereka fokus gerak kerjanya. Jangan jadi calon bidan
terjun.
Kita hendak lihat
sejauh mana kemampuan Parti Muda bertahan dalam politik negara ini?
No comments:
Post a Comment