i
Adakah gambar di atas menjadi gambaran awal-mula penjajaran baru tim politik pembangkang? Siapakah calon PM mereka? Kita boleh analisis latarbalakang politik tokoh di atas.
ii
Ramai pemimpin dan
anggota Parti Amanah berura-ura mahu keluar Amanah untuk menyertai PKR ekoran
kepimpinan utama Amanah mahu merealisasikan gagasan pakatan besar parti
pembangkang dikenali PH+ dilihat cenderung menyokong Tun M. Mereka menyokong
Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Amanah dan DAP tetap menyokong AI sebagai calon
PM tetapi mesti bergabung dengan parti pembangkang yang lain. Ini penting bagi meredakan tekanan dalam parti Amanah.
Kekuatan AI sebagai
peneraju pakatan pembangkang masih dilihat gagal berbanding diterajui oleh Tun
M telah menumbang UMNO-BN pada PRU14. Selama ini AI adalah gagalis dalam
memimpin pembangkang ketika PRU berlangsung.
Amanah dan DAP
melihat kepada nombor 108 kerusi berbanding 92 orang mendokongi PH pada hari
ini. Amanah dan DAP tiadalah masalah dengan pencalonan AI sebagai calon PM atau
usaha AI menarik sokongan agar ahli parlimen GPS atau UMNO-BN melompat
menyokong PH. tetapi apakah bukti konkrit dan logik daya-upaya AI mampu menewaskan
PN-BN pada PRU 15?
Masalah PH pada
PRU15 ialah
1. Kerusi Melayu-Islam. Di atas kertas berdasarkan rekod PRU14, gabungan
PAS-BN mampu memenangi sebanyak 126. Kerusi parlimen seperti Parit Buntar,
Tambun, Lumut,Tanjong Malim, Raub,
Kuantan dan Temerloh dijangka dirampas balik oleh gabungan PN-BN. Amanah dan
DAP tahu bahawa PH bakal mengalami masalah undi Melayu-Islam tanpa sokongan Tun
M. AI tidak berupaya menarik sokongan melayu-Islam kerana kes liwat dan
pandangan cenderung liberalisme-pluralisme.
2. Sokongan parti Sabah dan Sarawak. Parti Warisan Sabah adalah penyokong
kuat Tun M. PH memerlukan sokongan GPS dari Sarawak atau Warisan dari Sabah.
Tanpa pakatan besar, PH tidak mampu membentuk kerajaan persekutuan
Dua perkara ini
menjadi asas penting DAP dan Amanah mahukan pakatan besar pembangkang
diwujudkan. Ia bukan persoalan AI menjadi PM atau tidak kerana calon PM mereka
tetap AI. Cuma AI mesti berkompromi dengan Tun M yang syaratnya mahu memerintah
selama 6 bulan atau DS Shafie Afdal sebagai calon PM.
Jika keputusan
PRU15 memihak kepada PN-BN-MN-GPS, AI berkemungkinan besar mengucar-kacirkan PN-BN-MN-GPS melalui permainan politik kotor dengan membuat tawaran
menarik agar ahli parlimen UMNO-BN-PN, GPS atau Warisan menyokong beliau
sebagai PM.
Politik Binatang dan AI sukar dipisahkan...
No comments:
Post a Comment