i
Punca perbalahan dalaman
1.
Berbeza dalam strategi dan
pendekatan
2.
Campur-tangan luar
3.
Persaingan antara kem
ii
Ijtihad politik sangat dinamik dan cepat
berubah. Hampir pragmatik. Akibatnya menimbul perbezaan pandangan yang agak
ekstrem sehingga munculnya kemarahan dan
kebencian yang melampau serta dendam tak berkesudahan. Maka sesuailah kita
memahami perkara dibawah bagi mengelakkan kita menjadi manusia pendendam:
1.
Perkara tetap, perkara berubah.
Prinsip dan matlamat tetap, strategi dan pendekatan berbeza
2.
Setiap keputusan dan tindakan
bergantung kepada keutamaan berdasarkan situasi, konteks, masa dan tempat.
3.
Dalam setiap wadah, ada kelompok
ekstrem dan kelompok opurtunis. Selain itu, ada sosok berwatak malaikat, wali
Allah, munafik, hamman, qarun, firaun, namrud dan syaitan. Berwaspadalah.
4.
Kebenaran dan keadilan
bersumberkan ilmu yang sahih bukannya bergantung kepada sosok tokoh yang
ditaksub dan puak yang difanatikkan. Ilmu dan semangat sahaja tidak cukup. Ia
mesti digandingkan dengan hikmah, adab dan kesabaran.
5.
Kematangan politik bergantung
kepada perkembangan umur, pengalaman, pengaulan dan pembacaan. Kekuasaan,
jawatan dan harta boleh mengubah hati manusia.
6.
Pilih antara dua mudarat iaitu
mudarat kecil atau mudarat lebih besar.
7.
Jasa, ilmu dan amal seseorang
tidak kita persoalkan. Tetapi penolakkan kita atas dasar melanggar disiplin
organisasi, tiada adab berjemaah dan perbezaan strategi.
Jika pilih puak A, tolak puak B dan berada
dalam mana-mana organisasi, masalah persaingan, perbalahan dan pertembungan
dalaman sentiasa berlaku dan tidak dapat dielakkan. Ia memerlukan [1] kebijaksanaan
ketua menguruskan konflik, [2] pematuhan kepada keputusan dan ketetapan rasmi
organisasi yang diputuskan dalam mesyuarat tertinggi dan [3] penghormatan
anggota terhadap ketua yang dipilih.
Jika [1] matlamat organisasi baik, [2] terdapat
ramai pemimpin bertaqwa, berakhlak dan beramal dengan ilmu, [3] disokong oleh
ramai ulama dan [4] didokong oleh rakyat yang bertaqwa, baik dan orang miskin,
maka tugas kita adalah [1] berSABAR dengan telatah, kerenah, perangai dan keputusan pemimpin, [2] istiqamah
dan setia pada organisasi dan [3] akur dan taat kepada pemimpin. Sebaiknya kita KEKAL dalam organisasi tersebut.
Teguran dan perubahan terus dibuat dalam
kesetiaan kepada organisasi.
iii
PAS sendiri mengalami perubahan besar dari
segi kefahaman dan strategi dalam pelaksanaan konsep hukum hudud dan konsep
negara Islam. Ia mula difahami secara luas mencakupi keutamaan dan situasi
semasa serta lingkungan perlembagaan dan undang-undang. Kefahaman PAS pada hari
ini berbeza dengan tahun 1980an dan 1990an setelah berlakunya kematangan
politik.
Dalam pelaksnaan hukum hudud, PAS mengorak langkah
memulakan sokongan terhadap kelulusan dan pelaksnaan RUU355 iaitu hukum takzir
yang menjadi jalan mula bagi hukum hudud.
Dalam konsep negara Islam, PAS mula
bereksperimen dengan konsep negara berkebajikan, Wawasan Induk Negara Sejahtera
(WIN) dan kualiti kerja atau tunjuk prestasi tokoh mereka sebagai menteri,
timbalan menteri dan exco. Manakal budaya takfir sesetengah pemimpin PAS
diganti dengan BPMS. Ini adalah satu
usaha perubahan ke arah lebih baik berbanding era radikal dan
bersemangat dulu.
iv
Pemimpin Melayu-Islam seperti PAS wajib
menghadami tulisan tokoh dibawah
1.
Syed Hussein Alatas
2.
Syed Muhammad Naquib al Attas
3.
Pendeta Za’ba
4.
Ungku Aziz
5.
Burhanuddin al Helmy
Berwaspada memilih tokoh panutan. Pilihlah tokoh
yang sudah meninggal dunia yang terbukti kehebatan ilmu, amal dan jasa mereka.
Mereka mempunyai pengakhiran yang baik. Mereka beramal dengan ilmu dan berjuang
dalam masyarakat. TGHH sering sebak apabila menyebut pengakhiran yang baik
kerana diri kita yang kononnya banyak ilmu, amal dan jasa belum tentu mendapat
pengakhiran yang baik. Amal kita menjadi sia-sia ekoran sedikit kesilapan
ketika akhir usia. Nasihat TGHH, kalau nak pilih ulama, pilihlah ulama yang
beramal dengan ilmu dan berjuang menegakkan Islam.
No comments:
Post a Comment