i
Ruang dan peluang UMNO terbaik untuk
transformasi diri dan refleksi diri dengan penuh kesedaran dan keinsafan ialah
ketika tumbangnya UMNO-BN pada 2018. Nampaknya para pemimpin UMNO hanya sedih
kerana kekalahan tetapi masih tidak mahu berubah. Pemimpin UMNO masih
memperjuangkan agenda peribadi.
Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara
mengariskan keperluan UMNO untuk insaf dan sedar iaitu
1. “Pemimpin-pemimpin (UMNO) yang
menjadi liabiliti hendaklah disingkirkan”. Malangnya perwakilan UMNO masih
memilih DS Ahmad Zahid salah seorang pemimpin bermasalah menjadi Presiden UMNO
berbanding Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaludin yang turut bertanding bagi
jawatan itu. Bagi Tun Abdul Hamid, pemimpin bermasalah dan lama perlu berundur
dan berehat sementara. DS Ahmad Zahid dan DS Mohd Najib sewajarnya berehat
sementara sepenggal atau sementara kes bicara di mahkamah. Bagi kerusi
Parlimen, calonkan proksi masing-masing untuk bertanding sementara berehat. Pemimpin
lama seperti DS Tajudin Abdul Rahman boleh berundur membuka ruang dan peluang
kepada muka baru yang lebih segar dan bersih. Pemimpin bermasalah dan lama
perlu berkorban demi UMNO, Melayu, Islam dan negara.
2. Penyatuan Orang Melayu-Islam melalui muafakat parti-parti dan NGO
Melayu terutamanya UMNO-PAS. Setiap parti mesti melakukan pengorbanan dan
jangan berbalah sesama sendiri. Apabila dapat kuasa, buat kerja bukannya
berbalah merebut jawatan dan projek.
3. Jauhi Tun Dr Mahathir
4. Sewajarnya Presiden UMNO, Tengku Razeligh sebagai presiden dalam tempoh
transisi dan pemulihan UMNO sebelum dilepaskan kepada pemimpin lebih muda.
Selagi UMNO tidak
merehatkan pemimpin bermasalah dan lama mereka, perubahan yang berlaku bersifat
jangka pendek, ‘hanya melepas batuk ditangga’ sahaja. UMNO tak nak berubah
sebenarnya.
ii
Penulis tertarik dengan persoalan Dr Firdaus
Abdullah, mantan senator dan pensyarah UM,
1.
Sejauhmanakah kewujudan PN didesak
oleh keperluan politik jangka pendek parti-parti atau pemimpin berkenaan?
2.
Sejauhmanakah unsur-unsur
idealisme perjuangan demi bangsa, agama dan tanah air mendorong mereka
bekerjasama?
Tulis Dr Firdaus lagi, PN menghadapi dua
masalah utama: pertama memastikan keutuhan dalaman agar mewujudkan keseimbangan
antara muslihat politik dan idealisme perjuangan. Kedua, menghadapi musuh politik dari luar secara berterusan akan
menggugah kestabilan.
PN mempunyai musuh politik yang sama iaitu
Anwar dan DAP membolehkan mereka mempunyai persamaan persepsi, memupuk
kebersamaan dan mengobarkan idealisme perjuangan berbanding terus bermain dengan muslihat politik. Tan
Sri Annuar Musa menyarankan ekoran Covid 19, sewajarnya PRU 15 diadakan selepas
redanya Covid bukannya diadakan segera sebagaimana suara majoriti UMNO. TSAM
menyatakan sedemikian kerana UMNO kena kekalkan kerajaan PN sehingga habis baki
penggal bagi membuktikan hasil kerja buat PN bukannya menghabiskan masa dengan
politik perbalahan. Rakyat tersempit dikala orang politik berebut jawatan dan
kuasa.
Kem-kem dalam UMNO bermain muslihat politik. Presiden UMNO dan DS Mohd Najib bermain muslihat politik. Ia sekitar agenda peribadi, keuntungan dan keselamatan diri. Mahu kuasa, mahu jauh daripada penjara. Idealisme perjuangan ditunggangi. Istilah rakyat sehingga dikenali hero atau pejuang ditunggang untuk kepentingan diri sendiri.
UMNO-PPBM kena buang ego dan kepentingan
peribadi masing-masing. Kerjasama demi idealisme perjuangan Melayu-islam.
iii
Dominasi Politik Melayu-Islam bukan bermakna
kita serah kekuasaan tanah air kepada UMNO yang bertindak sebagai abang long. Tidak.
Tidak sesekali. Dominasi Politik Melayu-Islam tidak kira jenama parti tetapi ia
dikira atas nama muafakat parti-parti Melayu iaitu kerjasama antara parti-parti
Melayu dalam isu melibat kelangsungan Orang Melayu Islam dan urus tadbir negara
berdasarkan Perlembagaan Malaysia dengan menghormati dan menjaga sentimen kaum
majoriti berdasarkan sejarah, budaya, adat dan tradisi termasuk dalam isu
pendidikan dan bahasa.
iv
Jika tidak ada solusi bagi pembahagian kerusi
PRU15, PAS-UMNO-PPBM boleh bertanding sesama sendiri di Kedah, Kelantan dan
Terengganu. Di Pahang, hanya PAS dan UMNO bertanding. Perak, Selangor, Melaka
dan Perlis, hanya PPBM dan UMNO. Dalam waktu yang sama, PPBM-PAS-UMNO peringkat
negeri sedaya mungkin menggelak pertembungan sesama sendiri.
PPBM kena sedar diri, jentera mereka paling
lemah. UMNO kena sedar diri bahawa PM adalah daripada PPBM. Untuk penggal akan
datang, dua tahun pertama PM daripada PPBM kemudiaan UMNO selama 2 tahun dan
PAS selama 1 tahun.
No comments:
Post a Comment