Friday, January 29, 2021

Manifesto Malaysia Sejahtera 2021

 

Manifesto Malaysia Sejahtera

Ekonomi Rakyat-Kebajikan Dijana Oleh Wakaf.


1.       Pendapatan Asas Rakyat

 

-          Semua bentuk elaun dan bantuan kepada rakyat seperti BRIM, elaun kebajikan, bantuan penoreh getah dan lain-lain disatukan ke dalam Pendapatan Asas Rakyat (PAR). PAR akan diberikan kepada rakyat secara bulanan atau 2 minggu sekali.

-          Syarat untuk mendapat PAR. (a) warganegara berusia 18 tahun dan tidak berkahwin layak (anak B40 dan M40 sahaja) mendapat RM 600.00 sebulan. (b) warganegara yang sudah berkahwin dan B40 layak mendapat RM 1000.00 sebulan. (c) Warganegara OKU dan Musibah penyakit dengan tambahan RM 400.00. Mereka semua layak mendapat PAR walaupun mereka bekerja selagi berada pada B40.

-          Boleh berdaftar dengan LHDN dan JKM.


2.       Pendidikan

 

-          Pendidikan percuma daripada pra sekolah ke peringkat sarjana muda di universiti

-          Sarapan, minum pagi dan makan tengah hari secara percuma di sekolah

-          Makan tengah hari percuma bagi mahasiswa

-          Pengangkutan pergi-balik ke sekolah secara percuma (dapat menghidupkan industri pengangkutan BAS dan VAN)

-          Duit Saku Amalan Terpuji secara bulanan kepada murid bergantung kepada SSDM (amalan baik dan kehadiran mereka ke sekolah). Biasiswa Persekutuan dan Biasa Negeri dimansuh.

-          Baucar komputer RM 1000 bagi setiap anak M40 dan RM 2000 bagi setiap anak B40.

-          Baucar awal persekolahan RM 150 bagi setiap murid.

 

3.       Kesihatan

-          Kesihatan percuma di klinik dan hospital kerajaan

-          Caruman bulanan bagi insuran kesihatan awam untuk semua rakyat oleh kerajaan

 

4.       Perumahan

-          Warganegara berusia 18 tahun dalam kelompok B40 dan M40 yang belum berkahwin layak mendapat sebuah bilik sementara.

-          Warganegara yang sudah berkahwin dan B40 mendapat rumah sementara (bil utiliti bayar sendiri).

-          Kemudahan ini terbatal setelah kelompok ini membeli rumah sendiri atau mendapat kerja dalam kelompok M40.

-          Bantuan pembinaan rumah di atas tanah sendiri dan skim rumah pertama.

 

5.       Elaun Isteri

-          Wanita yang berkahwin dan tidak bekerja akan mendapat elaun berdasarkan kelulusan akademik mereka. PhD (RM 1300), MA (RM 1100), BA (1000) ,  Diploma (RM800), SPM/STPM (RM700)

-          Elaun ini terbatal jika isteri bekerja dengan organisasi kerajaan, swasta atau memiliki perniagaan sendiri yang berdaftar.


 

6.       Syarikat Milik Negara

-          Kerajaan perlu mengaktifkan atau mewujudkan syarikat MAJUIKAN, MAJUTERNAK dan MAJUTANI. Para nelayan boleh bekerja dengan MAJUIKAN. MAJUIKAN menyediakan kapal besar dan kecil bagi nelayan bekerja. MAJUTERNAK akan menceburi penternakan lembu, kambing, ayam, udang dan sebagainya.

 

7.       Wakaf

-          Penubuhan Perbadanan Tabung Wakaf bagi menguruskan kebajikan rakyat. Matlamat utama perbadanan Tabung wakaf ini ialah mencari dana untuk melaksanakan manifesto ini dengan semangat muafakat antara B40-M40-T20. Rakyat M40 dan T20 boleh menyumbang wang kepada Perbadanan Tabung Wakaf ini. Antara Perbadanan Tabung Wakaf yang mesti ditubuhkan:

-          Perbadanan Tabung Wakaf Kebajikan Pendidikan, Perbadanan Tabung Wakaf Perumahan Rakyat, Perbadanan Tabung Wakaf Kesihatan Rakyat, Perbadanan Tabung Wakaf Wanita Sejahtera dan Perbadanan Tabung Wakaf Kesejahteraan Rakyat.

  

8.       Percukaian

-          Wujud kembali GST dengan kadar 6% bagi menampung kos kebajikan rakyat.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...