Oleh Agus Salim II
Saddam Husein, Muammar Ghadafi dan Suharto bermula dengan gelaran wirawan.Jasa dan pengorbanan mereka sangat hebat demi bangsa dan Negara mereka. Tetapi pada akhir usia pemerintahan mereka, mereka dihina dan dijijik oleh rakyat. Kenapa perkara ini berlaku?. Kerana mereka gagal menghidu bau perubahan oleh rakyat mereka. Mereka dibuai oleh sindrom Mubarak iaitu memerintah lama dan cuba merajakan diri serta mendinastikan pemerintahan milik keluarganya. Mereka gagal mengikuti langkah bijak Lee Kuan Yew dan Tun Dr. Mahathir mengundur diri sebelum rakyat bangkit.
Kebanyakan pemimpin hebat tidak memerintah lama. Rasulullah SAW sendiri diwafatkan pada usia 63 tahun dan memerintah selama 10 tahun. Apakah hikmahnya?. Imam Hassan al Banna memimpin Ikhwan ketika berusia 20 an dan meninggal dunia pada usia 40an. Apakah hikmahnya?. Umar Abdul Aziz, al Fateh, Umar al Khattab dan Abu Bakar tidak lama memerintah, apakah hikmahnya?. Allah SWT memberi peluang kepada Saidina Uthman memerintah agak lama dan apakah perkara yang berlaku pada zaman saidina Uthman?. Sahabat Nabi sealim, sebijak dan sesoleh beliau gagal mengawal Negara setelah agak lama memerintah.
Sementelahan lagi pemimpin akhir zaman ini. Jikalau terbaik sekalipun sedarlah kamu seorang pemimpin yang senang sentiasa memalit kelemahan.
Pemimpin seumpama TGNA di Kelantan dan TGHH dalam PAS perlu memberi ruang kepada generasi pelapis. Begitu juga DSAI dalam PKR. Jika dulu, para anak muda dalam PAS bangkit melawan keusangan idea Dato Asri, tidak mustahil perkara ini berulang dalam PAS. Sewajarnya, pemimpin PAS faham keinginan anak muda kerana mereka pun anak muda pada ketika itu.
Jangan bercakap tentang jasa. Dato Asri juga banyak jasa. Perubahan perlu datang pada sampai tempohnya. Tempoh 30 tahun sudah cukup untuk generasi pengasas kepimpinan ulama PAS.
Perubahan yang dicanang bukanlah tujuan kita nak pilih golongan yang dikatakan PAS Reform, IRC-JIM atau Suara Islam. Kita nak para ulama kita sediakan plan peralihan kuasa dan serah kuasa. Tak kiralah pada Ustaz Nasha atau TG Tuan Ibrahim Tuan Man. Janji, kita berubah pada fasa baru kepimpinan ulama.
Maaflah.. cukuplah … dah lama dah……….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment