Tuesday, August 12, 2008

Demo lagi?

1. satu lagi demo yang dibangga oleh mahasiswa masterskill.

2. taniah berani mempertahankan hak anda.

3. mahasiswa perlu belajar dan mencabar

Apabila Mahasiswa Uitm berdemo

1. Rasa bangga dan seronok melihat mahasiswa UiTM bangkit mempertahankan hak ketuanan Melayu. Berani betul mahasiswa ini. Taniah. Ini baru betul suara mahasiwa menggugat.

2. bagus betul pihak HEP Uitm yang mesra mahasiswa membenarkan mahasiswa berdemo. Terima kasih HEP. Tak menyalahi AUKU ke?. Saya harap tidak.

3. Seingat saya, tokoh utama ITM yang mengerakkan GM ialah Ibrahim Ali(1970an) dan Khalid Jaafar(awal 1980an). Lawan Ibrahim Ali ialah Tun Mahathir yang pernah diboo oleh mahasiswa Uitm.

4. kini mahasiswa uitm bangkit kembali. Menentang kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim. Andaian buruk satu saja, jika demo itu disuruh oleh HEP mereka. Harap tidak la. Kesatria uitm tak terlibat ke dalam demo yang dibenarkan itu?.

5. taniah kerana berani berdemo. Jangan lupa belajar yeah. Berdemo biar berkesedaran untuk bangsa, agama dan negara. Bukan setakat seronok-seronok saja.

Monday, August 11, 2008

CERITA MITOS: BAKAL TPM KITA(2)

1. Pada 16 September 2008, kerajaan bertukar tangan. betul ke?. Pasti ramai yang seronok terutama pimpinan partai PR.

2. dalam parti hijau, ada tokoh paling cerdik cuba menonjol diri daripada Presidennya. Orang paling cerdik itu diura-ura menjadi bakal MB sebuah negeri pandai menggunakan media dan membina jaringan pimpinannya.

3. Sekarang, orang paling cerdik parti hijau ini mula merapati Raja Bercakap dan berjaya mempengaruhi orang paling alim dalam parti hijau. Oleh kerana bijak dan hensem, mungkin raja bercakap akan pilih beliau daripada Presidennya untuk jawatan TPM.

4. antara TPM dan MB. mana pilihanmu?

CERITA MITOS: BAKAL TPM KITA(1)

1. Dato Hishamuddin dijangka menang Naib Presiden UMNO, apa nasib tan sri Muhyiddin yasin
selepas ini.

2. pada tahun 2010, Dato Seri Najib jadi PM, siapa gerangan Dato Seri Najib nak pilih sebagai TPM. Mesti seketurunan Noahnya dipilih. Jadi kempunanlah Tan Sri Muhyiddin Yasin.

3. jadi, Tan Sri Muhyidin kena lawan juga. tiada pilihan.

Friday, August 08, 2008

Realiti Orang Berjemaah

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Tarmizi Mohd Jam Sat Aug 02, 08 12:35:25 pm MYT

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "Deepa raya".
I
Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.
Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.

Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.

Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.
Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.
Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.
Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._

Komentar
Wahai pimpinan mahasiswa, jawatan tertinggi dalam jemaah sikit sahaja, jadi ketua cawangan pun nasib baik. berbaktilah jemaah, hatta sebagai penampal poster. jangan mudah merajuk beb!!

Mahasiswa Muak Pada Pak Lah

Mahasiswa sudah muak dengan kepimpinan Abdullah Badawi
Intan Abdullah Fri Aug 08, 08 5:22:58 pm MYT
Sumber harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Sekumpulan mahasiswa melalui satu memorandum mengutuk kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa gagal mentadbir negara sehingga mengakibatkan senario politik Malaysia hari ini adalah dalam keadaan gawat dan bankrap.


Menurut jurucakapnya, Sheikh Omar Ali, hal tersebut telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri.
"Tinjauan terkini Merdeka Centre jelas menunjukkan hanya 42 peratus sahaja daripada lebih 2,000,000 rakyat Malaysia memberi sokongan kepada pentadbiran Paklah Ahmad Badawi," ujarnya dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily oleh sekumpulan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya berhubung pelbagai isu-isu semasa dalam negara.

Tambahnya, kenaikan harga minyak dunia yang dipropagandakan Abdullah, putar belit berkaitan subsidi, janji manis peningkatan taraf hidup rakyat melalui pembiayaan projek-projek, semua ini merupakan tipu-helah rutin Abdullah serta kabinetnya kepada rakyat.
"Oleh itu, kami mendesak agar Abdullah bertanggungjawab penuh terhadap keseluruhan permasalahan yang berlaku ini.
"Kami aktivis mahasiswa sudah muak dan tidak sanggup dipimpin oleh Abdullah walaupun untuk 24 jam lagi sekalipun dan beliau mesti berundur serta meletakkan jawatan dengan segera," tegasnya.

Dalam pada itu, kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka aktivis UM ini turut melihat suasana politik Malaysia yang huru-hara, kepimpinan yang lemah, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan isu sosial yang membarah, mendorong mereka menguatkan tekad menggerakkan mahasiswa dari seluruh negara ke Permatang Pauh sebagai tanda penglibatan mahasiswa dalam agenda penentuan untung nasib masa depan negara.
Dengan ini mereka mengisytiharkan pendiriran tegas dan deklarasi tergempar mahasiswa pada hari ini bahawa mereka tidak akan berganjak malah akan memanfaatkan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Ia turut berperanan sebagai medan kepada pentas mahasiswa bagi menyatakan kebenaran dan membongkar segala kegawatan yang berlaku dalam negara hari ini kepada rakyat Malaysia.
"Kami nyatakan disini, mahasiswa adalah agen perubahan, mewakili jiwa dan raga seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, dalam membicarakan isu politik kebangsaan pihak Aktivis Mahasiswa UM juga melihat dasar ultra-perkauman yang dijulang oleh Umno sebenarnya memberikan kesan negatif kepada bangsa Melayu sendiri.
Keadaan ini bertambah jelas apabila Umno yang berselindung disebalik Barisan Nasional yang kononnya mampu berpadu bersama kaum India dari MIC dan Cina dari MCA akhirnya mendedahkan identiti sebenar Umno sebagai parti ultra-perkauman apabila melihat ketidak stabilan sokongan India dan Cina itu sendiri sejurus selepas kekalahan besar parti komponennya itu pada Piliharaya umum ke-12.

"Tanpa disedari, Umno terus membangkitkan isu-isu kaum Melayu semata-mata tanpa mengambil kira perasaan kaum India dan Cina lagi.
"Mereka juga mengheret sama politik perkauman ini ke dalam kampus dengan membenarkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengukuhkan kedudukan dengan mebawa misi dan modus operandi perkauman yang sama di dalam kampus sepertimana Umno di luar sana.

"Politik perkauman ini hanyalah merupakan satu langkah kebelakang daripada arus politik tanah air hari ini," ujarnya lagi.
Justeru tegasnya, hanya mahasiswa yang bebal sahaja yang akan terus bersama-sama Umno dan GPMS di dalam kampus!
Selain itu, Aktivis mahasiswa melahirkan kekesalan berhubung keterlibatan Saiful Bukhari berhubung isu liwat dalam konpirasi menjatuhkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sekaligus mencalar serta mencemarkan imej mahasiswa.

"Dengan keputusan akademik beliau yang sangat memalukan (under view) dalam akademik Saiful yang merupakan mantan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tajaan Aspirasi di Universiti Tenaga Nasional ternyata menjadi dalil kukuh bahawa Aspirasi hanyalah akan merosakkan masa depan mahasiswa dan juga menjadi sampah kepada negara semata-mata," katanya lagi.

Tegas kenyataan tersebut, Saiful Bukhari tidak layak sama sekali digelar mahasiswa yang berpelajaran.
"Kami menyeru seluruh mahasiswa nasional menolak kumpulan mahasiswa pro Aspirasi secara total pada Pilihan raya Kampus (PRK) yang akan datang," ujarnya lagi.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Pengerusi penaja Parti Mahasiswa Negara, Mohd Azlan Zainal, mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Sheikh Omar Ali, Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa (Pro Mahasiswa) Universiti Malaya, Ahmad Shahir Mohd Shah, Presiden Gamis, Mohd Dzulkhairi Mohd Noor, Setiausaha Agung Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK), Husaini Roslin, Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Universiti Malaya, Norsyuhada Mustafa, Mantan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Khairul Naim Che Nordin dan Pengerusi University Malaya of New Youth - UMANY, Hong Keat. - mr/mks. _

Thursday, August 07, 2008

AKIM: 'Nenek tua' di Permatang Pauh?

1. Parti AKIM nak bertanding di Permatang Pauh. AKIM parti serpihan PAS.

2. Peranan AKIM adalah memecah undi seperti peristiwa nenek tua di Parlimen Kuala Terengganu dimana Mat Sabu kalah tipis.

3. adakah AKIM berjaya mengulangi rekod nenek tua di kawasan 'Raja Bercakap' kita? kita tunggu dan lihat.

Wednesday, August 06, 2008

Isu Muzakarah PAS-UMNO: PKPIM VS SMM

Muzakarah: Senjata jahat Umno demi survival politik - SMM
Intan Abdullah Fri Jul 25, 08 11:32:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Setelah banyak pihak mengemukakan pandangan berhubung isu muzakarah PAS dan Umno, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula berpendapat ia dilihat sebagai satu langkah ke belakang berbanding garis masa dan landskap politik Malaysia yang sedang ditongkah pada hari ini.

Pengerusinya, Sheikh Omar Ali berkata pihaknya melihat isu muzakarah versi kali ini adalah bersifat 'senjata jahat' yang digunakan oleh Umno dalam memastikan kekalutan survival politik yang sedang dihadapinya dapat terus dipertahankan.
"PAS dilihat seolah-olah sengaja menjerumuskan diri kepada perangkap merbahaya UMNO," ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Umno sebenarnya sengaja memainkan isu ini bukan kerana benar-benar mahu membincangkan permasalahan Islam dan Melayu, tetapi ia tidak lebih sebagai senjata jahat mereka untuk menjaga survival politik parti mereka yang bagai retak menunggu belah, dan memporak-perandakan pakatan dan kerjasama sedia ada di peringkat Pakatan Rakyat.
Pada masa sama, beliau turut mengusulkan agar perbincangan tersebut bukan sekadar melibatkan PAS dan Umno, bahkan juga parti-parti politik yang lain.

"Ayuh kita bermuzakarah tanpa mengetepikan mana-mana bangsa dan agama, dengan melibatkan semua parti politik dan pertubuhan yang berkaitan," katanya.
Sheikh Omar juga menggesa PAS yang memperjuangkan Islam sebagai dasar parti itu agar membawakan agenda dakwah mereka dengan lebih terbuka.

"Mungkin sudah masanya untuk mengemukakan dakwah secara terbuka, kemukakan hujah dan pasarkan tawaran-tawaran yang Islam mampu berikan kepada semua kaum, bangsa dan agama dengan penuh hikmah dan bijaksana," ujarnya lagi.
Kenyataan yang dikeluarkan SMM adalah merupakan maklum balas daripada pendirian Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Semenanjung (PKPIM) yang menyatakan persetujuan terhadap muzakarah PAS-Umno

Pandangan pertubuhan itu dua hari lalu telah mengundang beberapa reaksi sama ada di peringkat PKPIM sendiri mahupun individu-individu tertentu yang dilihat berminat dan terus mengambil berat terhadap hal-ehwal gerakan aktivis dan aktivitisme mahasiswa. - mns_

sumberharakahdaily

Antara Intelektual Mahasiswa dan AUKU

Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku
H Fansuri Tue Aug 05, 08 11:00:55 am MYT

Pada 30 Julai lalu, suatu temubual diadakan bersama dua siswa. Seorang daripadanya mewakili Persatuan Sains Politik, UIA Saifullah dan seorang lagi adalah Faizal mewakili PKPIM yang membincangkan tajuk pindaan Auku menerusi Radio 24, Bernama.


Tanpa merakamkan semua isi perbualan itu saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin dianggap menarik oleh sesetengah pihak. Antaranya, hujah Faizal.
Menurut beliau, Auku sebenarnya memerangkap Umno sendiri sebagai parti pemerintah. Memang ada ketua bahagian, ketua cawangan dan calon-calon pilihan raya yang sedang membuat tesis Phd dan master dalam keadaan mereka adalah calon Umno.
Tidakkah hal ini melanggar Auku? Cuma, dalam kes Umno, SPR lazimnya akan menutup mata, bersikap berat sebelah dan akhirnya calon-calon itu diteruskan juga bertanding. Itu perkara biasa. Cuba lah hal itu berlaku ke atas calon pembangkang. Ada k ah SPR berdiam diri? Sudah tentu tidak. Hal kebiadapan dan berat sebelah SPR janganlah diragui.

DJ penyampai radio mula termakan dan menyetujui pandangan tersebut. Sebagai wanita, mungkin beliau tak pernah terlintas dalam fikirannya akan hal seumpama itu. Tapi, beliau tetap mengulang hal yang sama kepada panelis termasuk panelis dari luar.
Ganggu pelajaranHal itu ialah, tidakkah penglibatan pelajar dalam politik itu mengganggu pelajaran?

Sebenarnya, banyak hal lagi yang mengganggu pelajaran mahasiswa seperti dadah syabu, gejala negatif seperti menonton video lucah, lumba haram, rempit dan sebagainya. Tetapi hal seperti itu tidaklah diambil peduli sangat. Lazimnya, kesedaran berpolitik dan berparti jugalah yang dilihat oran g sebagai hal yang mengganggu pelajaran.

Lalu hal itu ditanya sekali lagi kepada Irmohizam, seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd. Tesis beliau berkaitan Auku. Beliau adalah exco Majlis Belia Malaysia (MBM). Jawapan beliau mudah; kecenderungan politik bukan sebab pelajar itu gagal dalam pelajaran. Jawapan ini mudah kerana beliau juga cenderung berpolitik.

"Kita lihat ramai pemimpin kita dahulu pun bergiat cergas dalam politik ketika masih lagi belajar," kata beliau. Sekali lagi jawapan ini merujuk pimpinan Umno lalu. Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya adalah contoh di mana pelajar itu mula berpolitik sedangkan mereka masih lagi berada di bangku kuliah.

Bagaimanapun hujah-hujah ini cuma sekadar ingin mengesahkan kehadiran Kelab Umno di luar negara. Cuba lah kalau mahu diwujudkan Kelab Pa s atau apa saja pertubuhan yang bersifat anti-Umno. Baru kita akan dengar syor agar belajar dulu, politik kemudian.

Jawapan yang sepatutnya dikemukakan oleh Irmohizam sepatutnya jujur. Sepatutnya kita kena berkata, memang ada keadaan di mana pelajar terlalu menumpu kepada politik, lalu akhirnya gagal seperti Tun Dr Mahathir. Tapi, akhirnya beliau berjaya dalam Umno.

Tetapi, ada juga yang mahir menyeimbangkan pelajarannya dan akhirnya mereka berjaya dalam akademik seperti Dr Asyraf Wajdi. Tapi beliau kalah dalam pilihan raya di Tumpat Kelantan sebagai calon Umno. Tak apa. Bak kata Fansuri, tuah ayam nampak di kaki dan taji. Tuah calon Umno nampak pada sikap berat sebelah SPR dan hantu mengundi.

Jadi politik tak bersalah dan tak boleh sesekali dipersalahkan. Pilihan raya tidak bersalah, kerana yang bersalah tetaplah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Allah Maha Suci dan tidak bersalah. Yang bersalah adalah hamba Allah yang bernama Abdullah.

Kita mestilah jujur dengan diri sendiri. Semua bergantung kepada kebijaksanaan di dalam menyeimbangkan antara politik, pelajaran. Ada yang gagal pelajaran, tapi cemerlang pula dalam politik dan begitulah sebaliknya.

Memeranjatkan!Tetapi hal yang paling memeranjatkan saya ialah ketika Irmohizam menyatakan Auku itu membantu dalam mengawal keselamatan dalam negeri dan lain-lain. Mujur juga si Faizal telah menolak pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ada banyak akta lain yang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan negara seperti Akta Polis.
Bayangkan bagaimana seorang pelajar yang sedang membuat kajian di peringkat PhD itu boleh berkata seperti itu. Saya memang merakam perbualan temubual itu. Tetapi jika kita mahu kenya taan lengkap, sila hubungi
'

Bagaimanapun, saya tidak berminat memanjangkan isi perbualan temubual itu. Apa yang mustahak ialah kenapakah dengan tiba-tiba Menteri Pengajian Tinggi berminat meminda Auku? Saya tidak fikir Umno ikhlas kepada warga kampus, pelajar dan pensyarah.
Pada akhir April lalu ketika saya selesai kerja di PWTC dalam Pest a Buku, seorang wakil PKPIM telah meminta saya bersama mereka menemui Dato' Idris Haron sebagai 'bupala' tertinggi dalam kementerian. Saat itu, syor mengenai pindaan Auku sedang bermula.

Antara alasan kenapa saya dibawa bersama untuk membahaskan pindaan itu ialah kerana saya antara bekas mahasiswa yang hampir-hampir terkena hukuman Auku. Demikianlah menurut kata seorang exco PKPIM. Semua itu berjalan dengan penuh rahsia.

Tatkala rombongan sebiji kereta itu baru bermula keesokannya, maka tiba-tiba saya dapat kiriman sms dari exco PKPIM yang menyatakan bahawa Idris Haron tak dapat menerima kehadiran kami bagi membincangkan hal pindaan tersebut.

Saya tak terperanjat kerana sejak awal lagi saya sudah meragui keikhlasan Umno dengan warga kampus dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Tak salah saya, tarikhnya mungkin 28 April lalu. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laporan Idris Haron sudah membuat kenya taan mengenai pindaan Auku.
Suara hati berbisik, sejak bila pula Idris Haron berbincang dengan badan pelajar itu? Atau mungkin mereka berbincang tanpa kehadiran saya? Wallahu 'alam. Apa pun, semua kisah ini menjadi suatu ukuran dan sandaran bukti bahawa Umno tidak pernah ikhlas.
Saya meragui keikhlasan pimpinan Umno termasuk menteri-menterinya sejak dulu, kini, dan buat selama-lamanya (kot). (Nak cakap serba tidak kena, mungkin Umno akan insof, siapalah yang tahu? Saya pun bukannya Tuhan.)

Antara bukti mudah ialah, dalam keadaan Umno ingin bermuzakarah dan bermuqabalah, mereka masih lagi setia mahu mengenakan Anwar Ibrahim atas isu l.w.t dengan si Saiful _____ Azlan. Kalau Umno dan Abdullah ikhlas, nescaya dia akan menyegerakan ur usan ini dengan bersumpah dan tutup kes di dunia ini, nanti sambung pula di akhirat.

Tetapi, Abdullah tiada niat untuk menghentikan laporan kutukan ke atas isu ini di akhbar. Dalam masa yang sama, Abdullah mungkin menggunakan isu muqabalah bersama musuh tradisinya guna meraih sokongan. Dan parti berkebajikan ini dijadikan sebagai perisainya dan kubu kuat Umno untuk menahan serangan rakyat ketika isu l.w.t sedang heboh.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tradisi tipudaya serta tipuhelah Umno dan Abdullah ini mengalir dalam setiap cabangan dan cawangan kementeriannya termasuklah dalam pindaan Auku oleh Menteri Pengajian Tinggi. Khaled Nordin oran g Pak Lah.

Saya memang dengan jelas menanam benih-benih keraguan dan akan bercambah sebagai tunas dan pokok yang rendang, memayungi warga universiti daripada bahang panas terik penjajahan Umno melalui pujuk rayu mereka ini.
Kalau Umno ikhlas, mereka akan terus membuang Auku yang dilihat sebagai penyakit di dalam jiwa intelektual warga kampus. Mereka ada kemampuan. Tetapi, bagaikan bomoh, dukun yang bela pelesit dan hantu raya, mereka tak membuang semua saka warisan.

Selagi penyakit masih wujud selagi itulah wang pesakit sentiasa mengalir masuk di dalam kan tung mereka. Jika KPT (baca:Umno) pernah meminda untuk melonggarkan ikatan tali Auku, apakah mustahil suatu masa nanti mereka akan meminda untuk mengetatkan?
Manusia yang biasa 'membeli' jawatan, tidak mustahil akan 'menjual' jawatan. Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno Disember nanti, iaitu jual beli undi. Oran g yang semacam ini akan meneruskan tradisi jual beli undi dalam pilihan raya umum.

Syahadan oran g yang meminda Auku untuk melonggarkan, tidak mustahil akan meminda lagi untuk mengetatkan. Hanya kejujuran terpamer pada mereka yang benar-benar ikhlas membatalkan Auku dalam Parlimen. Jikalau tiada lagi Auku, maka tiada ruang lagi untuk mereka melakukan pindaan. Hal inilah yang Umno tidak mahu.

7:48 p.m, 4 Ogos 2008 Sekolah Pemikiran Kg Baru _
sumber harakahdaily

Tuesday, August 05, 2008

IRC Dalam PAS: Virus atau Vaksin?

IRC Dalam PAS: Virus atau Vaksin?

Majlis Perwakilan Islam(IRC) adalah pertubuhan rahsia mahasiswa yang mengikut pendekatan Ikhwanul Muslimin yang mementingkan tarbiyah dalam unit-unit kecil. Strategi IRC ialah menembusi organisasi Islam yang sedia ada dan melakukan perubahan daripada dalamnya.

kini IRC telah diinstitusikan secara rasmi dengan nama Jemaah Islah Malaysia(JIM). Sebahagian ahli JIM telah dihantar ke dalam NGO dan parti politik. kepimpinan JIM mendokong penubuhan Parti Keadilan tetapi kemaraan mereka terhalang apabila golongan sosialis dan pro hak asasi dalam Parti Keadilan menang apabila Parti Keadilan bergabung dengan Partai Rakyat Malaysia. Dalam PAS, mereka membentuk skuad profesional Islam yang sedang mara menduduki hierarki tertinggi PAS. Jika lalai, mereka akan berkuasa dalam menentukan polisi PAS.

Satu perkara yang menarik, semasa Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan, puak IRC ini bersifat lembut dengan kerajaan tetapi apabila berlaku pemecatan anwar, mereka bangkit menyokong Anwar. Gerakan Mansuh ISA merupakan inisiatif hebat JIM dalam hak asasi sejak kejatuhan Anwar.

Satu kebimbangan, ketaatan mantan ahli JIM dalam PAS kepada siapa sebenarnya?. Siapakah kepimpinan tertinggi syura IRC yang bertopeng JIM ini?. Syura IRC dalam JIM penuh rahsia dan misteri.

Khalid Samad

Khalid Samad: Pemimpin Mahasiswa Radikal

Ir Khalid Samad merupakan seorang pimpinan Suara Islam yang radikal mendapat tarbiyah Jamaati Islami di bawah pimpinan Javed Ansari. Suara Islam menggunakan pendekatan revolusi Islam yang mahu perubahan secara menyeluruh. Perjuangan SI secara terbuka dan berkonflik melalui politik kepartian.

Apabila pulang ke Malaysia, pimpinan Suara Islam cuba membentuk Parti Revolusi Islam tetapi tidak dilulus oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan. Perubahan dalam PAS yang meruntuhkan penguasaan puak nasionalis-Islamis menyebabkan pimpinan bergabung diri dengan PAS.

Dalam PAS, Suara Islam cuba menguasai Dewan Pemuda PAS tetapi digagalkan oleh golongan pro ulama. Kini, Khalid Samad telah menjadi ahli Parlimen Shah Alam. Menariknya tentang Khalid Samad ialah abangnya UMNO, kakaknya PRM dan dia sendiri adalah PAS.

Taniah Budak Alim

Taniah kepada Presiden GAMIS, saudara Dzulkhairi kerana dianugerahkan Anugerah Graduan Kepimpinan Negeri Kelantan. sekalung Taniah.

Teringat kepada Saudara Ramadhan Fitri. Semoga bahagia hendakNya.

Monday, August 04, 2008

Razali Agus: Jatuhnya orang berbakat

1. Dato Razali Agus adalah guru penulis yang penulis hormati. Guru sosiologi bandar. Kebetulan menjadi penguasa KK10 UM tempat penulis berkampung semasa di UM. Beliau antara pensyarah muda yang berbakat dan boleh pergi jauh.

2. Kesilapan Dato Razali ialah terlalu kuat melayani 'semangat kebudakkan' mahasiswa dan rancak terlibat dalam politik organisasi pro politik kepartaian.

3. Memang tugas TNC menganasi mahasiswa tetapi biar tindakan itu bijaksana dan logikal. dato Firdaus juga menganasi Mahasiswa tetapi dalam keras ada lembutnya.

4. Kini yang dikejar tidak dapat, yang ada ditinggalkan. Ramai pimpinan mahasiswa tidak suka pada dato. tapi saya suka pada dato walaupun ada juga perasaan marah dan tidak setuju dengan dato. kertas dato mudah dapat A.

5. Terima kasih ajar saya dan saya harap dato mulakan hidup baru dengan lebih berhidayah. pangkat dan harta boleh pergi dato. Kubur kata mari..

En Wira dan Fitnah Mahasiswa

1. baru-baru ini En wira UM telah menulis tentang fitnah dalam akhbar BH. Fitnah yang dilakukan oleh mahasiswa.Ya, zaman ini zaman fitnah. Semua orang berada dalam zaman yang mencabar dan menakutkan ini. cukup menakutkan. Saya setuju bahaya fitnah yang diutarakan oleh En Wira.

2. Bukan mahasiswa sahaja jadi penfitnah: pemimpin kampus dan negara, guru, pensyarah, pegawai universiti pun seronok menjadi penfitnah.

3. fitnah yang paling ditakuti ialah fitnah yang dilakukan melalui saluran yang sah atau disahkan atau dihalalkan. jadi nampak fitnah itu menjadi benar.

4. jadi en Wira hapuskan fitnah di kampus. Op, jangan lupa rasuah dan budaya pengampu sekali

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...