Saturday, August 09, 2025

Sekolah

 

"Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun" - Rafizi Ramli

Kita bukan sesiapa dalam dunia pendidikan. Secara perbadi, impian paling dalam disudut hati yang agak mustahil dan sukar serta sudah pasti tidak dipersetujui ramai orang ialah

1.Menghapuskan 'kelas sosial' dalam sistem pendidikan. 

Sekolah untuk orang kaya, paling bijak, sekolah sukan, sekolah seni, sekolah vernakular, sekolah antarabangsa dan sekolah agama dimansuhkan. Pra sekolah sehingga 15 tahun, semua 'kelas sosial' berada dalam satu sekolah kebangsaan sahaja. Ketika usia 16 tahun, barulah masuk ke sekolah khas seperti KV, Kolej Sukan, Kolej Seni, Sekolah Antarabangsa dan bagai. 

Sebagai alternatif, SBP dijadikan Kolej Sains manakala MRSM kekal sebagai Maktab tetapi mengambil murid berusia 16 tahun. Kolej Sains meliputi pengajian tingkatan 4 hingga tingkatan 6 atas.

2. Mansuh sistem sekolah berasrama

Jika ada sistem asrama, biarlah usia kemasukan ialah 16 tahun. 

Sepatutnya, pada era ini sekolah berasaskan komuniti setempat bukannya sekolah berasrama. Maksudnya sekolah dalam sekitar petempatan komuniti dalam radius tertentu.


3. Sistem pengangkutan ke sekolah adalah percuma

Terbaik Bas atau van sekolah mengambil dan menghantar murid ke rumah murid.

Paling kurang, wujud stesen tertentu untuk mengambil dan menghantar murid.

Kerajaan boleh memberi tender/geran kepada syarikat van dan bas sekolah. Jangan ada unsur monopoli, kroni dan nepotisme. Ia boleh menghidupkan pendapatan para pengusaha bas dan van sewa.


4. Program makanan percuma

Kantin menyediakan makan tengah hari dan sarapan berkhasiat secara percuma di sekolah. Kerajaan boleh keluarkan tender berpusat iaitu 1 pengusaha menjaga  5-6 sekolah. Hapuskan proksi tertentu dalam pemilikan tender kantin dan dewan makan asrama.

Makanan dan pengangkutan murid mesti menjadi hak asasi seorang murid sekolah

Akhir sekali, kita tidak menafikan ada pro atau kontra segala pandangan di atas. Ia hanya pandangan peribadi dan bukan mahu membangkitkan amarah orang lain.

No comments: