Bab Revolusi Mesir dan Ikhwanul Muslimin
“Tiada seorang pun yang menanggung dosa orang lain”
Jangan salahkan guru atau sumber ilmu diatas kesalahan, kelemahan, kesilapan dan kekurangan pengikut dalam mentafsir atau menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. Tahap kemampuan( pemikiran, emosi, fizikal, tenaga, kewangan dll) seseorang adalah berbeza. Konteks, situasi dan zaman yang dilalui oleh seseorang juga berbeza. Maka, adalah tidak adil kita menghukum seseorang ke atas kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kesalahan orang lain.
Teramat malang, jika seseorang yang membuat kesalahan, kekurangan dan kesilapan tetapi menyalahkan Rasulullah SAW, al Quran dan para ulama. Yang salahnya diri sendiri yang tidak memahami Islam dalam kerangka pemikiran yang betul dan kaedah ilmu yang betul. Ada yang mempunyai ilmu dan manhaj tetapi kurang mampu memelihara iman, emosi dan adab dalam bertindak. Tergesa-gesa, gopoh dan sombong dengan ilmu boleh merosakkan hikmah dalam beramal dan bertindak.
Pernah dengar kisah Abdullah bin Abi Sarh, si penulis wahyu yang murtad. Bagaimana seorang penulis wahyu boleh murtad? Ujian ini datang apabila ilmu tidak diiring dengan keyakinan yang benar, niat ikhlas dan faham agama.
II
Organisasi Ikhwan Pegawai Tentera telah berbincang, bertemu dan memutuskan beberapa perkara. Perbincangan disertai oleh Abdul Rauf dan Jamal Abdun Nasir. Keputusannya:
Membela pembunuhan Hassan al Banna
Berwaspada dengan spy istana
Organisasi tidak terdedah oleh umum
Bebas daripada kekuasaan negara (raja)
Menegak Sistem Islam
Melatih Orang awam
Memulakan penentangan terhadap penjajah
Pada bulan Mei 1949, kapten Jamal Abdun Nasir dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri, Ibrahim Abdul Hadi untuk disiasat atas tuduhan menyertai Jemaah Ikhwanul Muslimin. Jamal menafikan tuduhan tersebut.
Ekoran peristiwa penahanan Jamal Abdun Nasir, Mahmoud Labib Mas’ul Tanzim mencadangkan nama Organisasi Ikhwan Pegawai Tentera diganti kepada Organisasi Pegawai Pembebasan bagi mengelakkan IM dibenci oleh raja, parti politik dan penjajah British.
Dalam bulan September 1949, berlaku perselisihan faham antara Abdul Rauf dengan Jamal. Jamal mahu gerakan merampas kuasa disegerakan. Oleh sebab itu, Organisasi Pegawai Pembebasan perlu didedahkan kepada semua pegawai tentera yang lain walaupun tidak beriltizam dengan jemaah IM. Abdul Rauf berpegang kepada baiah dan patuh kepada arahan Mursyidul Aam AM mahu keanggotaan Organisasi Pegawai Pembebasan dalam kalangan anggota IKhwan sahaja.
Jamal Abdun Nasir memasukkan pegawai bukan fikrah Islam ke dalam Organisasi Pegawai Pembebasan seperti Abdul Hakim Amir. Abdul Rauf telah memaklumkan kepada mas’ul tanzim tentang pandangan baru Jamal. Perkara tidak terduga berlaku, Mahmoud Labib sakit dan lumpuh tak boleh bercakap. Kemudian meninggal dunia pada tahun 1950. Banyak rahsia usrah tanzim IM baru telah terkubur bersama Mahmoud Labib.
III
Peringkat kehidupan Islamik Sayyid Qutb boleh dibahagi tiga
Islamiah berpaksikan seni sastera
Islamiah berpaksiakan pemikiran
Islamiah berpaksikan Harakah
No comments:
Post a Comment