Sunday, August 10, 2025

'DOSA BESAR' AI ke atas Intelektualisme

'Dosa besar' DSAI dalam intelektual ialah tidak meletak kembali Syed Muhammad Naquib al Attas ke tempat asal. Ya, betul, kita berterima kasih ke atas anugerah Tan Sri dan Profesor Diraja kepada Prof al Attas tetapi lebih besar daripada itu ialah mengembalikan ISTAC kepada fungsi asal.

Lebih wajar, ISTAC menjadi tempat pendidikan para bangsawan pewaris takhta dan ahli politik negara kita. Belum terlambat anak-anak raja dan ahli politikus dilatih fikir oleh para senior attasian.

Di Malaysia, guru besar utama pemikiran ialah Pendeta Za'ba, Syed Hussein Alatas dan Syed Muhammad Naquib al Attas. 

Kehebatan Pendeta Za'ba ialah pemikiran beliau dikagumi oleh Prof Diraja Ungku Aziz.


Saturday, August 09, 2025

Sekolah

 

"Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun" - Rafizi Ramli

Kita bukan sesiapa dalam dunia pendidikan. Secara perbadi, impian paling dalam disudut hati yang agak mustahil dan sukar serta sudah pasti tidak dipersetujui ramai orang ialah

1.Menghapuskan 'kelas sosial' dalam sistem pendidikan. 

Sekolah untuk orang kaya, paling bijak, sekolah sukan, sekolah seni, sekolah vernakular, sekolah antarabangsa dan sekolah agama dimansuhkan. Pra sekolah sehingga 15 tahun, semua 'kelas sosial' berada dalam satu sekolah kebangsaan sahaja. Ketika usia 16 tahun, barulah masuk ke sekolah khas seperti KV, Kolej Sukan, Kolej Seni, Sekolah Antarabangsa dan bagai. 

Sebagai alternatif, SBP dijadikan Kolej Sains manakala MRSM kekal sebagai Maktab tetapi mengambil murid berusia 16 tahun. Kolej Sains meliputi pengajian tingkatan 4 hingga tingkatan 6 atas.

2. Mansuh sistem sekolah berasrama

Jika ada sistem asrama, biarlah usia kemasukan ialah 16 tahun. 

Sepatutnya, pada era ini sekolah berasaskan komuniti setempat bukannya sekolah berasrama. Maksudnya sekolah dalam sekitar petempatan komuniti dalam radius tertentu.


3. Sistem pengangkutan ke sekolah adalah percuma

Terbaik Bas atau van sekolah mengambil dan menghantar murid ke rumah murid.

Paling kurang, wujud stesen tertentu untuk mengambil dan menghantar murid.

Kerajaan boleh memberi tender/geran kepada syarikat van dan bas sekolah. Jangan ada unsur monopoli, kroni dan nepotisme. Ia boleh menghidupkan pendapatan para pengusaha bas dan van sewa.


4. Program makanan percuma

Kantin menyediakan makan tengah hari dan sarapan berkhasiat secara percuma di sekolah. Kerajaan boleh keluarkan tender berpusat iaitu 1 pengusaha menjaga  5-6 sekolah. Hapuskan proksi tertentu dalam pemilikan tender kantin dan dewan makan asrama.

Makanan dan pengangkutan murid mesti menjadi hak asasi seorang murid sekolah

Akhir sekali, kita tidak menafikan ada pro atau kontra segala pandangan di atas. Ia hanya pandangan peribadi dan bukan mahu membangkitkan amarah orang lain.

Thursday, August 07, 2025

Menjelir

 Manusia memiliki pemikiran dan hati, sifat peribadi, perangai dan akhlak, strategi dan tindakan. Ada yang kita bersetuju, ada yang kita tidak setuju. Itu lumrah.

Jangan mengata kepada tokoh panutan orang lain. Nanti orang akan mengata kepada tokoh panutan anda.
Tokoh panutan juga manusia biasa. Ada kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kesalahan.
Tidak salah mengkritik pandangan
Tidak salah menegur perangai
cuma berpada-padalah
Menikam jangan terlampau dalam
menjelir biar pendek
menyindir jangan sampai membenci
Marah jangan sampai bergaduh

Potongan Video

 Potongan video dan petikan tulisan pendek-pendek banyak menimbulkan fitnah.

Video panjang dalam majlis perbincangan ilmu dalam kalangan ilmuwan pula belum tentu sesuai disebar dan ditonton oleh orang awam kerana menimbulkan fitnah yang lebih besar.
Orang berilmu boleh berbahas tentang ketidaksetujuan antara mereka dengan ilmu.
Manakala orang awam berbahas dengan emosi--kemarahan dan kebencian. Mereka ikut logik akal dan nafsu. Mereka berbahas ikut suka hati mereka sahaja.
Orang berilmu terutamanya Mufti perlu buat kenyataan berdasarkan pandangan majoriti ilmuwan bukannya suka mengambil pandangan minoriti ilmuwan.
Seorang MUFTI sudah tentu terlebih pandai. Tajdid perlu dilakukan dengan hikmah bukannya secara kontroversi, populis dan sensasi.

Lelaki Bernama Sayyiq Qutb (Siri 2)

Bab Revolusi Mesir dan Ikhwanul Muslimin

“Tiada seorang pun yang menanggung dosa orang lain”


Jangan salahkan guru atau sumber ilmu diatas kesalahan, kelemahan, kesilapan dan kekurangan pengikut dalam mentafsir atau menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. Tahap kemampuan( pemikiran, emosi, fizikal, tenaga, kewangan dll) seseorang adalah berbeza. Konteks, situasi dan zaman yang dilalui oleh seseorang juga berbeza.  Maka, adalah tidak adil kita menghukum seseorang ke atas kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kesalahan orang lain.


Teramat malang, jika seseorang yang membuat kesalahan, kekurangan dan kesilapan tetapi menyalahkan Rasulullah SAW, al Quran dan para ulama. Yang salahnya diri sendiri  yang tidak memahami Islam dalam kerangka pemikiran yang betul dan kaedah ilmu yang betul. Ada yang mempunyai ilmu dan manhaj tetapi kurang mampu memelihara iman, emosi dan adab dalam bertindak. Tergesa-gesa, gopoh dan sombong dengan ilmu boleh merosakkan hikmah dalam beramal dan bertindak.


Pernah dengar kisah  Abdullah bin Abi Sarh, si penulis wahyu yang murtad. Bagaimana seorang penulis wahyu boleh murtad? Ujian ini datang apabila ilmu tidak diiring dengan keyakinan yang benar, niat ikhlas dan faham agama.


II


Organisasi Ikhwan Pegawai Tentera telah  berbincang, bertemu dan memutuskan beberapa perkara. Perbincangan disertai oleh Abdul Rauf dan Jamal Abdun Nasir. Keputusannya:

Membela pembunuhan Hassan al Banna

Berwaspada dengan spy istana

Organisasi tidak terdedah oleh umum

Bebas daripada kekuasaan negara (raja)

Menegak Sistem Islam

Melatih Orang awam

Memulakan penentangan terhadap penjajah


Pada bulan Mei 1949, kapten Jamal Abdun Nasir dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri, Ibrahim Abdul Hadi untuk disiasat atas tuduhan menyertai Jemaah Ikhwanul Muslimin. Jamal menafikan tuduhan tersebut.


Ekoran peristiwa penahanan Jamal Abdun Nasir, Mahmoud Labib Mas’ul Tanzim mencadangkan nama Organisasi Ikhwan Pegawai Tentera diganti kepada Organisasi Pegawai Pembebasan bagi mengelakkan IM dibenci oleh raja, parti politik dan penjajah British.


Dalam bulan September 1949, berlaku perselisihan  faham antara Abdul Rauf dengan Jamal. Jamal mahu  gerakan merampas kuasa disegerakan. Oleh sebab itu,  Organisasi Pegawai Pembebasan perlu didedahkan kepada semua pegawai tentera yang lain walaupun tidak beriltizam dengan jemaah IM. Abdul Rauf berpegang kepada baiah dan patuh kepada arahan Mursyidul Aam AM mahu keanggotaan Organisasi Pegawai Pembebasan dalam kalangan anggota IKhwan sahaja.


Jamal Abdun Nasir memasukkan pegawai bukan fikrah Islam ke dalam Organisasi Pegawai Pembebasan seperti Abdul Hakim Amir. Abdul Rauf telah memaklumkan kepada mas’ul tanzim tentang pandangan baru Jamal. Perkara tidak terduga berlaku, Mahmoud Labib sakit dan lumpuh tak boleh bercakap. Kemudian meninggal dunia pada tahun 1950. Banyak rahsia usrah tanzim IM baru telah terkubur bersama Mahmoud Labib.


III


Peringkat kehidupan Islamik Sayyid Qutb boleh dibahagi tiga

Islamiah berpaksikan seni sastera

Islamiah berpaksiakan pemikiran

Islamiah berpaksikan Harakah


Lelaki Bernama Sayyiq Qutb (1)

Bab Revolusi Mesir dan Ikhwanul Muslimin


Sama ada Yusuf al Qaradhawi atau Muhammad Said Ramadan al Buti, Hassan al Banna dan Sayyid Qutb atau Usamah dan Ali Jum’aah, Said Hawwa atau Habib Umar,  Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang, Abul A’la al Maududi atau Muhammad Ilyas, Nik Abdul Aziz atau Syed Muhammad Naquib al Attas, paling penting jangan taksub. Kita semua tak sempurna. Ada kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kesalahan. Ambil kebaikan dan manfaat daripada mereka untuk menjadi tauladan.


Tiga  perkara penting untuk menangani perbalahan:


  1. Meraikan perbezaan pandangan dengan beradab dan sabar

  2. Mengutamakan ukhwah dan penyatuan ummah

  3. utamakan nas-dalil-hujah bukannya peribadi individu, organisasi, manhaj, tempat belajar dan pakaian mereka.


II


Pandangan Sayyid Qutb boleh ditolak dan dikritik. Tiada masalah. Kita juga tidak menafikan, ada pandangan beliau difahami secara ekstrem dan radikal oleh sesetengah pihak. Ada juga yang taksub pada beliau. 


Masalah yang berlaku ialah kita kata Sayyid Qutb pelopor idea takfiri sedangkan pada waktu yang sama kita khawarijkan beliau. Label-melabel itu adalah masalah.


III


Untuk memahami seorang Sayyid Qutb. Kita kena tahu titik paling penting dalam kehidupan beliau iaitu beliau menyertai Ikhwanul Muslimin pada tahun 1953.


Seorang pemimpin tentera Mesir, Abdul Mu’min Abdul Rauf  berterusan menghadiri kuliah hadith tsulatha yang dipimpin oleh Ustaz Hassan al Banna. Beliau mengajak Jeneral Jamal Abdun Nasir Husain menyertai kuliah tersebut sekitar bulan oktober 1942.


Sekitar tahun 1944, Ikhwanul Muslimin berjaya membentuk usrah kalangan pemimpin tentera yang pertama. Antara yang terlibat ialah Jamal Abdun Nasir, Abdul Mu’nim Abdul Rauf, Solah Khalifa, Saad Taufiq dan beberapa orang lagi. Naqib mereka ialah Muhammad Labib. Mereka menamakan usrah pegawai tentera sebagai Tanzim al Ikhwan adh Dhubbat ( Organisasi Ikhwan Pegawai Tentera)


Pada tahun 1946, mereka telah berbaiah dengan Abdurrahman as Sanadi Mas’ul yang bertanggungjawab memimpin an Nizam al Khas Ikhwanul Muslimin.


Tuesday, August 05, 2025

Ex Jemaah Marah dan Benci Jemaah. Kenapa dan Bagaimana?

 Bekas anggota jemaah yang Marah dan Benci kepada pemimpin dan jemaah Islam disebabkan

1. Permusuhan dan persaingan lama 

- terutamanya antara jemaah. Dendam lama.

- Perselisihan peribadi


2. Kecewa dengan gerakan Islam

- Indah khabar daripada rupa-- budaya, perangai, peribadi dalam jemaah.

- Pemimpin yang dipuja dan dikagum tidak sebagaimana digambarkan dalam kitab dan teori

- Gagal mencapai cita-cita politik dan jawatan. Kalah pemilihan. Terpinggir daripada arus perdana

- Ditinggalkan oleh 'zaman'. Zaman kegemilangan dah berakhir

- rasa diri diperbodohkan oleh pemimpin jemaah yang opurtunis


3. Trauma

- Pengalaman indoktrinisasi

- Keterikatan terlampau dengan jemaah

- Beban tugasan

- kehilangan kasih sayang ibubapa yang aktif dalam jemaah


Kita ada 4 pilihan:

1. Sabar, istiqamah dan jalan terus. Harapkan pahala daripada Allah.

2. Keluar dan lawan

3. Lawan daripada dalam dan dengan kaedah yang betul

4. Penyokong, berada diluar dan tidak suka terikat. Tidak memiliki budaya kepengikutan yang baik


II

Berjemaah ada disiplin. Ikut Disiplin/Adab berjemaah.

Mengharugi cabaran dalam jemaah tidak mudah. Mendepani pelbagai ragama perangai dan sifat. Jika ditikam, sabar dan tidak membalas dengan tikaman tetapi menghulurkan buah yang ranum. 

Orang yang sabar bernafas panjang dalam jemaah.


III

memilih menjadi penyokong. Bantu sebalik tabir. Tidak terikat dan tidak berjawatan.

sokongan semua perjuangan Islam. Tidak memusuhi tetapi menyayangi. Membantu jemaah Islam tanpa mengira kulit dan nama. Bantu menguat bukan melemahkan. Lengkapi bukan mengurangi. Sepakat bukan berpecah. Dahulukan ukhwah dan menjadi lilin membakari diri demi keuntungan dan kejayaan ummah. Demi pemuafakatan dan penyatuan ummah.

Ini kami, anda bagaimana?

Ayahanda Presiden 'Merotan' Anakanda Mufti

Biar khazanah ucapan dalam video dan tulisan  arwah ayahanda Presiden 'merotan' usikan nakal dan pandangan keliru, celaru dan gopoh anakanda mufti.

Kita menghormati diri mufti sebagai seorang yang tinggi ilmu, berjawatan mufti, petah berhujah dan bersilat logik. Apatah lagi dia anak orang yang dihormati, disayangi dan banyak berjasa kepada gerakan Islam.

Usikan nakal dan pandangan anakanda mufti mengundang kemarahan dan kebencian kelompok lain boleh menjerumus umat ke dalam lubang fitnah, perbalahan dan perpecahan umat Islam.

Lagak diri sahaja yang betul, perlekeh, perleceh, menyindir dan mengkritik pemimpin, jemaah dan perjuangan kelompok Islam yang lain bakal mengundang reaksi negatif-- kata-mengata, caci, mencaci, benci membenci dan sindir menyindir.

Sebagai mufti, watak biarlah lebih mendamaikan. Banyak mengusik perihal politik ketimbang tugas untuk memberi fatwa yang bermanfaat kepada umat boleh mencetuskan jiwa yang resah dalam masyarakat.

Jangan ulangan sifat populis selebriti agama. Jangan segan dan malu alah mengkritik kerajaan semasa, 

Adakah anakanda mufti meneruskan kontroversi mengulas isu politik kepartian yang ditinggalkan oleh legasi mufti sebelum ini seperti Dr MAZA, Dato Noh Gadot dan Dato Dr Harusani ATAU menjaga warak dan menjauhi populis.

Monday, August 04, 2025

Pereputan Prinsip dan Agenda Perjuangan Seorang AI.

 

Apabila PH halang orang lain untuk TURUN berdemo. Macam mereka tak pernah berdemo.
Dulu, masa berdemo, mereka buat apa. Berarak, menyanyi, kutip duit dan berCERAMAH juga. Mana yang peliknya?
Sepatutnya orang PH doakan agar demo berjalan lancar, para peserta selamat pergi dan balik.
Ini tidak, semua halal zaman dia menjadi pembangkang, haram zaman orang lain.
Banyak lupa orang PH sejak berkawan dengan UMNO yang dituduh penyamun dan penyakau.
Sejak jadi kerajaan, apa PH marah dan lawan zaman pembangkang semua diULANG Kembali. DiULANG Kembali.
Antara perkara yang diulang
Timbalan Tun M dibuang, tengok timbalan dia dibuang juga,
Peluk UMNO (macam2 kata kat PAS pada zaman MN)
MengKhawarij PAS (kata PAS takfir)
Kekal AES (AWAS)
Terbaru one off (cash is king)
Dia kata, pembangkang Hari ini tak sebut tentang Rasuah, timbul isu Farhah di Sabah.
Selepas ini, barangkali dia akan tunggang isu 3R pulak. Tunggang Ulama Tradisionalis dan ASWJ.
Begitulah fasa pereputan seorang AI dan agenda reformasi. Itu bahaya politik persepsi, politik sembang kencang dan umum dulu sebelum kaji.

BENCI DAN MARAH KEPADA PAS

 Orang keluar jemaah atau bekas anggota biasanya mempunyai tahap kebencian luar biasa terhadap pemimpin dan Jemaah.

Mereka mempunyai banyak jasa dan membuat pengorbanan dari masa, harta, jawatan, tenaga, wang, air mata, keluarga untuk Jemaah.
Mereka mengalami trauma dalam tarbiah, indoktinisasi, keterujaan dan ketaksuban terhadap tokoh.
Baik atau buruk pemimpin dan jemaah, janganlah salah pihak lain kecuali diri sendiri. Taat dan setia, tawaquf atau keluar, itu disiplin Jemaah.
Kaedah turun atau naik pemimpin, guna saluran muktamar, jika kalah. Sabar dan cuba lagi.
Tiada masalah tak setuju dengan pemimpin atau Jemaah, tetapi cara kamu menidak perjuangan Islam orang lain menyamai dengan pihak yang kamu tuduh.
Habaib ada pendekatan tarbiah dan dakwah masing masing. Berlari dalam lorong sendiri dan bersatu menuju destinasi bukannya masuk Lorong Jemaah lain. Jika mula usik lorong, ia menghasilkan perbalahan, kelak masing2 menunjukkan kebebalan yang diketawa oleh pihak luar
Dalam Jemaah pendekatan politik kepartian, keahlian pelbagai latarbelakang. Jumlahnya ribuan. Ragam perangai dan fikiran pelbagai. Sukar dikawal perangai kecuali pendidikan dan nasihat berterusan dan sabar.
Berhati-hati kutuk maki Jemaah Yang disertai oleh doa Ulama dan orang Saleh, takut makan diri.

MENCARI ULAMA HAKIKI , ULAMA MUKTABAR, ULAMA MUJTAHID DAN ULAMA RABBANI

 

JANGAN SAMPAI TERJERUMUS DALAM PERANGKAP AKU LEBIH BERILMU DAN ORANG LAIN KURANG CERDIK, JAHIL DAN KURANG BERILMU
JANGAN SAMPAI KITA DIBELIT DENGAN LILITAN IBLIS YANG MENGKHAYALKAN KEHEBATAN DIRI
INGATLAH AGAMA INI BERDASARKAN NIAT YANG LURUS, TAQWA, IKHLAS, PENGORBANAN, JIHAD BUKAN SEKADAR ILMU, BERSERBAN AL AZHAR DAN BERJAWATAN DALAM KERAJAAN.
TANPA ORANG KURANG ILMU YANG IKHLAS, BERKORBAN JIWA RAGA DAN AMAL SEBAGAI PENGIKUT SERTA SEMANGAT KENTAL-BERANI, PERJUANGAN TIDAK AKAN KE MANA.
PENGIKUT PERLU DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YANG BERTAQWA

TAQWA DAN KAEDAH PENYELESAIAN

https://www.youtube.com/watch?v=u-MTfc5ABCs 



Sistem Islam dan kaedah penyelesaian menurut Islam MESTI seiring dengan TAQWA. IMAN-TAQWA itu jantung kehidupan seorang muslim-mukmin.

Main-Main Berpolitik

 Tahu tetapi buat buat tahu.

1. Sahaja provokasi. Test market.
2. Ada agenda tersembunyi
3. Proksi
Lurus niat. Orang Agama berpada pada meluahkan api kemarahan dan kebencian secara terbuka kepada Ulama, Jemaah dan perjuangan Islam kelompok lain kerana ia boleh makan diri sendiri. Hilang kesufian dan ketasawufan Anda.
PAS tak sempurna. Pemimpin PAS ada kelemahan dan kekurangan.
Dalam kes Barua atau Tuhan Samseng, TGNA ditegur dalam mesyuarat. Di luar, TGNA masih pertahankan kenyataan beliau kerana beliau ada kefahaman tersendiri.
Pandangan ada dua, pandangan rasmi organisasi dan pandangan peribadi pemimpin.
Pandangan peribadi pemimpin sukar nak dikawal. Organisasi yang beradab sudah tentu nasihat dan tegur melalui kaedah dalaman bukan dalam media dan terbuka.
Kebanyakan kenyataan dan pandangan ekstrem seseorang pemimpin dapat dikendurkan melalui
1. Perubahan usia
2. Teguran dan nasihat
3. Peningkatan ilmu.
4. Keluasan pengaulan.
Kebanyakan yang ekstrem dan celupar mulut terkeluar sendiri daripada PAS hatta dalam kalangan ulama dan tok guru pondok sendiri.

Pilih Pemimpin Berfikiran Agama

Fikiran Beragama ialah meletakkan agama sebagai panduan dan pedoman utama dalam berfikir, bertindak atau hendak menyelesaikan masalah kehidupan. Segala bentuk tindakan dalam kerangka fikiran-pandangan alam Islam.

Antara ciri pemimpin berfikiran agama ialah

1. Setiap sesuatu ada nas-dalil-hujah bersumberkan al Quran, as Sunnah, ijma' ulama dan qiyas

2. Batas halal, sunat, harus, makruh dan haram

3. Batas pahala dan dosa

4. Dapat syurga atau neraka

5.  Tempat pembalasan -- Alam Akhirat (mahkamah akhirat) dan alam kubur

Seseorang berfikiran agama akan menjadikan Islam sebagai satu gaya hidup, satu sistem kehidupan dan Islam sebagai jalan penyelesaian persoalan kehidupan. Ujian Sabar dan Syukur. Mengharapkan keredhaan Allah. Bergantung harap dan menerima ketakdiran Allah.


II

Kelompok Sekular, Pluralis dan Liberalis (SEPILIS) menganggap agama hanya upacara ritual. Persoalan kehidupan seperti politik dan ekonomi boleh mengikuti ideologi ciptaan manusia. Ideologi ciptaan manusia boleh diikuti selagi tidak melanggar ajaran Islam dan tidak menyakini ia sebagai pegangan atau keyakinan dalam kehidupan.

Kelompok SEPILIS tidak meletakkan Islam sebagai panduan dalam berfikir dan bertindak.

Pada tahun 2000an, kelompok SEPILIS banyak menempelkan ideologi dengan agama Islam. Maka muncullah istilah-konsep seperti Islam Liberal, Islam Plural, Islam Sivil (Madani) dan Islam Hadhari.

Perkembangan usia (semakin menua) dan kebangkitan semula politik identiti menyebabkan kelompok SEPILIS kembali mengulati pengajian tasawuf, sufi dan pengajian turath. Mereka gemar mengkaji membaca kitab Iman al Ghazali dan Ibnu Arabi. 

Terkini mereka cuba mencuri hati para ulama tradisional dan ASWJ dengan menganjurkan program Islami berasaskan pengajian turath, menjemput ulama besar kalangan ASWJ dan memberi dana kepada pondok.


III

Kelompok SEPILIS cuba mengapi-apikan politik sektarian dengan melaga-laga ASWJ vs Salafi-Wahabi, haraki vs talaqi-turath dan ASWJ vs Syiah sedangkan PAS selama ini menyatukan kepelbagaian dan keberagaman dalam beragama dalam satu parti politik.

Kelompok SEPILIS yang berjubah dan berserban akan memecah-belah kelompok-kelompok Islam.


IV

Kekeliruan dan kecelaruan beragama kelompok SEPILIS akan dibogel juga akhirnya. Kepalsuan dalam lakonan tidak mampu bertahan. Pemikiran dan perangai sebenarnya akan menjelma jua.

Kepimpinan Ulama Di Sisi Fadzil Noor

 Dalam satu wawancara (16 Jun 1995), Ustaz Fadzil Noor menyatakan,

" kita memperkenalkan semula konsep kepimpinan ulama bukan sahaja untuk diterima di peringkat parti malah untuk diterima oleh rakyat. Dalam tradisi Islam, pemimpin itu adalah ulama dan ulama itu memimpin. Para Khulafa ur-Rasyidin adalah ulama-ulama besar. Walaupun selepas zaman pemerintahan mereka, majoriti pemerintah Islam tidak tergolong dalam ketegori ulama yang muktabar, mereka tetap tunduk kepada autoriti ulama. Musuh kita sememangnya banyak dan kita mesti membuktikan dakwaan bahawa ulama itu tidak layak memimpin adalah tidak betul. Di sudut lain, para ulama perlu membuktikan keupayaan dan kebolehan mereka untuk memimpin"

'Dosa' Besar Anwar Ibrahim

 

'Dosa Besar' dalam politik ialah pengkhianatan ke atas idealisme, prinsip dan agenda perjuangan demi mencapai kekuasaan politik.

'Dosa  Besar' Anwar Ibrahim dalam tindakan dan keputusan politik yang pertama ialah mengkhianati gerakan Islam ABIM-PAS-IRC dengan menyertai UMNO pada tahun 1982.

Anwar Ibrahim sejak akhir 1960an menentang UMNO atas kapasiti pemimpin gerakan mahasiswa PBMUM-PKPIM. Kemudian zaman belia, ABIM-MBM-WAMY, beliau telah menggerakkan mahasiswa dan belia ke jalanan untuk demonstrasi seperti demonstrasi Baling.

Kemasukan AI ke dalam UMNO sungguh mengecewakan para pemimpin gerakan Islam di Malaysia.


II

Anak muda kata, 'macam sial'. Setelah berkokok dengan laungan penyamun dan penyakau terhadap pemimpin parti UMNO semasa berkempen, AI dan PH bercomolot dengan UMNO-BN selepas PRU 15.

Keputusan PRU-15 ialah PN 74, PH 82, BN 30 dan GPS 20.

Kita faham dan boleh terimalah comolot PH-BN-GPS kerana kerajaan perlu ditubuhkan segera demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat serta direstui oleh YDPA.

Malang yang berlaku ialah AI telah melantik 'penyamun' dan 'penyakau' DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM. Pada waktu itu, Ahmad Zahid masih berdepan dengan tuduhan korupsi berhubung dana Yayasan Akal-Budi. Ini adalah dosa besar.

Dosa besar seterusnya ialah PM melantik AI sebagai Menteri Kewangan. Padahal, antara agenda reformasi ialah PM tidak boleh pegang jawatan Menteri Kewangan.

Lantik TPM kalangan penyakau-penyamun dan PM sebagai Menteri Kewangan titik tolak pengkhianatan berterusan. Semua kenyataan dan tindakan politik AI dan para pemimpin PH bagaikan menempelak wajah sendiri atau menjilat ludahan sendiri semasa era pembangkang dahulu.




Sunday, August 03, 2025

Ulama dan Politik Kepartian

 Tentang politik kepartian, ulama berpecah kepada 3 kelompok:


  1. Ada ulama setuju dengan politik tetapi tidak setuju dengan politik kepartian

  2. Ada ulama setuju dengan politik dan politik kepartian

  3. Ada ulama menolak politik dan politik kepartian


Kita menghormati pandangan ulama. Sudah tentu mereka ada hujah-hujah yang tersendiri. Ulama yang berada dalam kelompok 1, 2 dan 3 bukanlah ulama sebarangan.


Kebanyakan ulama tidak menolak politik tetapi menolak politik yang diasaskan oleh para penjajah melalui politik kepartian. Ulama menolak politik kepartian yang dilihat memecah belah umat. Mereka mendambakan politik Nabawi. Politik sebagaimana zaman Rasulullah SAW.


Antara ulama  kelompok 1 ialah Sheikh Hassan al Banna dan Dr Ali Ju’maah.


Antara ulama kelompok 2 ialah Dr Yusuf al Qaradhawi dan Dr Abdul Karim Zaidan.


Antara ulama kelompok 3 ialah Habib Umar, Badiuzaman Said Nursi, Maulana Zakariyya (dan kebanyakan ulama Jemaah Tabligh) dan Dr Muhammad Said Ramadan al Buti.


Keutamaan dan kewibawaan serta keabsahan pandangan ulama terletak pada nas-dalil-hujah seseorang ulama atau institusi ulama bukannya pada diri individu seseorang ulama, nama beliau, aliran pemikiran, tempat belajar, pakaian dan institusi yang beliau sokong. Pandangan ulama yang terbaik ialah pandangan yang boleh memberi manfaat kepada ummah.


Bagi kita, pandangan ulama diterima berdasarkan konteks-situasi yang kita alami dan kemampuan yang kita ada.


Agamawan yang menolak politik kepartian atau gerakan politik Islam seringkali mengkritik dan memberi ulasan tentang politik termasuk mengkritik gerakan Islam. Bahkan banyak keadaan mereka menyokong parti yang menjadi kerajaan. Paling menarik mereka menyokong dan mempertahan rejim sekular dan rejim tentera-diktator yang memerintah negara.


Apabila ulama atau kelompok ulama yang seringkali mengatakan mereka sebagai kelompok neutral tetapi mesra kerajaan atau parti pemerintah, ia membawa fitnah kepada umat kerana mereka memarakkan api permusuhan dalam masyarakat Islam. Paling kesian, mereka menuduh gerakan Islam sebagai ekstrem, radikal dan khawarij. Mereka menuduh gerakan Islam mengamal takfiri pada masa yang sama mereka menuduh gerakan Islam sebagai khawarij. Adakah mereka menempelak perbuatan sendiri?



II


Tahu tetapi buat buat tahu. Begitulah sesetengah perangai cendikiawan. Mereka mempunyai agenda seperti dibawah:

1. Sahaja provokasi. Test market untuk membangkitkan kemarahan.

2. Ada agenda tersembunyi

3. Proksi

Lurus niat. Orang Agama perlu berpada pada semasa meluahkan api kemarahan dan kebencian secara terbuka kepada Ulama, Jemaah dan perjuangan Islam kelompok lain kerana ia boleh makan diri sendiri. Hilang kesufian dan ketasawufan anda.

PAS tak sempurna. Pemimpin PAS ada kelemahan dan kekurangan.

Dalam kes Barua atau Tuhan Samseng, TGNA ditegur dalam mesyuarat. Di luar, TGNA masih pertahankan kenyataan beliau kerana beliau ada kefahaman tersendiri.

Pandangan ada dua, pandangan rasmi organisasi dan pandangan peribadi pemimpin.

Pandangan peribadi pemimpin sukar nak dikawal. Organisasi yang beradab sudah tentu nasihat dan tegur melalui kaedah dalaman bukan dalam media dan terbuka. Ada pemimpin mendengar kata nasihat dan akur teguran organisasi. Ada pemimpin kekal dengan pendirian sendiri.


Dalam PAS, keputusan Majlis Syura Ulama PAS wajib diakuri. Keputusan MSU bukanlah yang terbaik atau terpaling sempurna tetapi keakuran itu menunjukkan disiplin atau adab berjemaah. Isu besar seperti kalimah nama Allah dibawa ke MSU. Tuan Guru Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Aam) dan TG Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat) tidak bersetuju penggunaan kalimah nama Allah bagi orang bukan Islam manakala TG Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)  dan TG Nik Abdul Aziz  (Mursyidul Aam PAS) bersetuju penggunaan kalimah nama dalam kalangan bukan Islam.


Isu konsert MAWI pula, pertembungan pandangan TG Nik Abdul Aziz dengan TG Harun Taib, akhirnya PAS mengakuri pandangan TG Nik Abdul Aziz.


Dalam politik kepartian, baik dan buruk, kejayaan dan kegagalan, betul atau salah, itulah semua satu proses yang memerlukan islah sepanjang masa. Semoga pengakhirannya dengan iman dan taqwa.


III

Kebanyakan kenyataan dan pandangan ekstrem seseorang pemimpin dapat dikendurkan melalui

1. Perubahan usia

2. Teguran dan nasihat

3. Peningkatan ilmu.

4. Keluasan pengaulan.


Kebanyakan pemimpin yang ekstrem dan celupar mulut terkeluar sendiri daripada PAS hatta dalam kalangan ulama dan tok guru pondok sendiri.



IV


Gerakan Islam melalui pendekatan politik kepartian tidak bertembung dengan institusi ilmu Islam. Ya, usrah bukan medan pengajian ilmu Islam. Usrah adalah gelanggang memahamkan ahli usrah tentang Islam, pengkongsian ilmu dan merapatkan ukhwah. 


Jangan lupa, PAS adalah 3 tungku utama sebagai parti politik, dakwah dan tarbiyyah. Banyak institusi pengajian ilmu Islam dalam PAS. PAS mempunyai dua institusi ulama iaitu Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama yang menghimpun para ulama pelbagai aliran pemikiran.


Kehadiran PAS sebagai politik kepartian, penyertaan dalam pilihan raya dan amalan demokrasi untuk memenuhi ruang politik umat agar tidak diambil oleh kelompok Sekular, Pluralis dan Liberalis (SEPILIS).