Dulu orang risau, apa yang akan berlaku jika PAS tanpa Tan Sri Mohd Asri. Akhirnya, kerisauan itu terungkai apabila PAS berada dalam kegemilangan politik semasa era Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat- TG Dato Mohd Fadzil Nor – TG DS Abdul Hadi Awang. Kini, keadaan TGHH tidak sihat. Muncul persoalan, apa yang akan berlaku kepada PAS tanpa TGHH.
TGHH
merupakan pemimpin terakhir generasi yang dihormati atas taqwa, ilmu, amal,
jasa dan kekuatan jaringan antarabangsa. TGHH antara beberapa orang lama yang
ditarbiah oleh Ikhwanul al Muslimin yang masih hidup. Dulu ada khabar angin,
TGHH anggota Ikhwan sejak tahun 1969. Bahkan ada berita tak sahih menyatakan
TGHH adalah SUA Ikhwanul Muslimin Antarabangsa.
Kepimpinan
adalah persoalan kewibawaan, pengaruh, taat setia dan peluang-ruang. Lazimnya,
PAS mempunyai tradisi syura dan wala’ yang tersendiri. Budaya Kepengikutan
dalam PAS luar biasa. Peralihan kuasa biasanya berakhir dalam suasana harmoni.
Barisan
depan PAS dilihat tidak memiliki sepakej TGHH-TGNA-TGFN. Bakal penganti paling
kanan bagi jawatan Presiden PAS ialah DS Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sama
dengan generasi yang dihormati tetapi beliau boleh membawa PAS ke arah landasan
baru yang lebih moderat. TITM tidak terpalit dengan bagasi takfiri dan seorang
ulama menggunakan pendekatan ‘lembut’, moderat
dan lebih nusantara.
Kelemahan
TITM mungkin boleh dilihat dari segi ‘kedalaman’ ilmu secara individu
berbanding TGHH-TGFN, tidak berapi-api dalam pidato, kurang penulisan dan
kurang jaringan antarabangsa. Punbegitu perkara ini boleh diatasi oleh usaha
kolektif Majlis Syura Ulamak PAS dan JK PAS Pusat.
Cabaran PAS
tanpa TGHH, budaya tarbiah dan wala’ cuba dimamah oleh budaya material dan
kedudukan. Politik mengatasi tarbiah. Muncul kartel-kem politik yang
berdasarkan tokoh dan aliran pemikiran tertentu.
Penulis
menjangkakan kebangkitan satu puak baru yang selama ini terpinggir ekoran TGHH
lebih senang dengan kelompok utama yang mengelilingi TGHH. Penulis menjangka
jawatan utama Timbalan Presiden PAS menjadi medan utama perebutan kelompok
pinggiran dengan kelompok mengeliling TGHH. Begitu juga jawatan naib presiden
dan AJK PAS Pusat. Calon-calon yang menarik bagi mengisi jawatan Timbalan
Presiden ialah Dato Seri Ahmad Samsuri, Dato Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Dato
Nik Mohd Amar serta seorang calon tambahan Ustaz Zaharuddin Muhammad. Secara
peribadi, penulis lebih menyukai kedudukan Timbalan Presiden PAS dipegang oleh
seorang teknorat dan tidak memegang jawatan pentadbiran dalam kerajaan.
Cukuplah beliau seorang senator sahaja. Jika nama-nama di atas dicalonkan,
penulis lebih cenderung kepada DS Dr Ahmad Samsuri untuk memenangi jawatan Timbalan
Presiden PAS yang baru.
Akhir-akhir
ini, kita sukar mencari pemimpin yang betul-betul berakhlak dan berdisiplin.
Langgar disiplin dan tunjuk kekayaan-kenikmatan hidup ketika rakyat susah
adalah perkara yang tidak wajar walaupun tidak berniat sedemikian. Anda figura
tontonan masyarakat, bukan perlu beri nasihat sahaja tetapi mesti tunjuk
tauladan yang baik kepada orang ramai. Satu lagi cara memberi tazkirah dan
menulis. Beri kefahaman agama itu bagus, tetapi pendekatan agamawan memahamkan
orang ramai tidak kena pada tempatnya. Cara menyampaikan itu kena betul. Akhirnya agama terpalit buruk dan hodoh ekoran
kesilapan agamawan. Apatah lagi agamawa tersebut merangkap pemimpin.
No comments:
Post a Comment