Seseorang individu
hebat
bukan kerana usaha dan kekuatan seorang diri. Ia hasil kekuatan, prestasi, pengaruh dan keberkatan usaha berjemaah dalam sesebuah organisasi/jemaah.Organisasi
hebat
bukan kerana seorang individu. Kehebatan organisasi/jemaah datang daripada usaha kolektif ramai orang, muafakat-syura dan budaya kepengikutan yang baik.Kehebatan Rasulullah SAW turut dibantu oleh para sahabat baginda yang
hebat
. Lihat pula siapa pengikut Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.Dalam konteks gerakan Islam, lihat siapa pengikut Hassan Al Banna dalam IM. Di Malaysia, kita lihat siapa pengikut DS Anwar Ibrahim dalam ABIM ataú siapa pengikut Ustaz Fadzil Nor dalam PAS?.
Kemudian kita lihat pula situasi dan siapa pengikut Saidina Uthman dan Saidina Ali. Apa situasi dan siapa pengikut TGHH.
Lazimnya, yang menjadi tradisi manusia, setiap organisasi-kumpulan-zaman diangkatkan nama pemimpin yang mengetuai organisasi, kumpulan, masyarakat, kerajaan dan zaman itu. Nama tokoh menjadi simbolik kehebatan organisasi.
Suka atau tidak, kita kena terima tradisi ini walaupun nama kita tak disebut dalam sejarah, mesyuarat dan majlis tertentu serta tidak menjadi bualan orang ramai.
*Permainan Bola Sepak boleh dijadikan contoh dalam persoalan ini
No comments:
Post a Comment