Followers

Monday, September 10, 2018

Kekuatan Azmin


1. DS Azmin Ali seperti Tun Daim. Diam berisi. Sudah tentu jentera beliau sedang bergerak untuk memenangkan beliau dalam pemilihan parti.
2. Banyak keadaan DSAI menuduh Tun D sebagai perancang utama yang paling berpengaruh disebalik watak Tun M. Tun D perancang segala kospirasi besar. Baru-baru ini, Tun D mendedahkan bagaimana strategi PH menewaskan BN. Azmin memiliki kelebihan Tun D. Azmin mungkin mempunyai gaya politik Tun D dan DSAI.

3. Kekuatan Azmin terletak bagaimana beliau menguasai
A. Meletak, menguasai dan mempengaruhi Majlis Tertinggi PKR dan jaringan kepimpinan cabang-cabang dan badan perhubungan negeri PKR.
B. Memposisikan orang-orang beliau dalam kerajaan pusat dan negeri
C. Menguasai dan mempengaruhi ADUN dan Ahli Parlimen. Kekuatan ‘melompat’ ala Projek 16 Sept Anwar Ibrahim. Berapakah ADUN dan AP yang menyokong Azmin? Inilah kekuatan ugutan Azmin dalam timbal-balik atau semak-imbang kuasa beliau dengan DSAI.

4.  Azmin berupaya membawa kerajaan negeri Selangor bersamanya dan menumbangkan kerajaan negeri Kedah, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan jika beliau mempunyai pengaruh di sana.
5.  Tidak mustahil muncul formula atau model kerajaan ‘PR’ Selangor (PKR+DAP+PAS) ketika PH sudah ditubuhkan atau gabungan politik yang baru.
6. Azmin dan tim beliau sukar untuk keluar parti kerana terikat dengan perjanjian wakil rakyat yang ditandatangani oleh calon pilihanraya PKR tetapi beliau berperanan sebagai individu yang tidak terikat dengan arahan parti sebagaimana dilakukan oleh Dato Mahfuz, Haji Husam dan beberapa pemimpin PAS pro PH sebelum PRU 14.
7. Azmin mesti menang pemilihan kali ini kerana dalam tempoh terdekat berlaku peralihan kuasa antara Tun M dengan  DSAI. Hanya Azmin dapat mengimbangi pengaruh DSAI-Rafizi akan tidak bermaharajalela.

No comments:

Nota Diri

Nama: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Pendidikan

+ Mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (Major: Sejarah, Minor: Antropologi dan Sosiologi)

+ Diploma Pendidikan, MPTAA

Fokus Penulisan

+ Sejarah dan politik terutamanya di Malaysia, Timur Tengah, Gerakan Islam dan Gerakan Mahasiswa/Anak Muda.

Penafian

+ Penulis bukan ustaz
+ Penulis bukan pakar
+Segala pembacaan perlu dibuat lebih lanjut untuk pemurnian fakta.
+ Segala penulisan adalah pendapat peribadi.