Friday, July 06, 2018

Pilih Jemaah Islam atau Elemen Islam?




I

Kenyataan PAS memberi sokongan penuh kepada parti Saadet tetapi mengucap tahniah atas kejayaan dalam Erdogan dalam PRU yang lepas (2018) mencetuskan polemik PAS menyokong Saadet atau Erdogan.

Pertama, perjuangan jemaah Islam lebih besar daripada elemen Islam. Elemen Islam hanya membawa aspirasi Islam manakala Jemaah Islam bukan sekadar membawa aspirasi Islam tetapi menegakkan Islam sebagai sistem kehidupan dalam ekonomi, politik dan sosial. Pendek kata, jemaah menonjolkan diri bahawa mereka akan mengubah sistem dan Islam itu satu dasar, pendirian, pegangan dan prinsip manakala elemen Islam melakukan Islamisasi.

Parti Saadet adalah sayap politik Jemaah Islam, Milli Gorus berbanding dengan Elemen Islam, Erdogan daripada Parti AK(P) yang pernah dididik dan ditarbiah dalam madrasah Milli Gorus.

Sebagai pendokong gerakan Islam, sudah tentu kita menyokong Saadet walaupun kita tahu Saadet tidak berpengaruh dan tidak mampu memenangi pilihan raya Turki. Punbegitu kemenangan elemen Islam yakni Erdogan dan AKP kita raikan dan syukuri dimana kita mengharapkan dan mendoakan agar elemen Islam meneruskan Islamisasi dalam pemerintahan negara Turki.

Kedua, ada elemen Islam memilih mudharat lebih kecil berbanding mudharat lebih besar. Elemen Islam ini biasa terdiri daripada kelompok yang mencintai ilmu atau berada dalam kelompok Sekular-Nasionalis, diktator dan pemerintahan yang zalim. Elemen Islam ini menasihat secara halus dan cuba mengelakkan mudharat lebih besar dihadapi oleh rakyat dan negara. Ini pendekatan dan pegangan para ulama seperti Sheikh Dr Muhammad Said Ramadhan al Buti dan Sheikh Ali Jumaah serta para ulama Universiti al-Azhar.

Ketiga, elemen Islam yang berada dalam kelompok Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS) dan mereka secara tak langsung juga terpengaruh dengan SEPILIS, berpegang kepada semangat dialog peradaban dan pragmatis dalam politik.

II

Untuk elemen Islam, dalam konteks Malaysia ialah kelompok Islam dalam Pakatan Harapan, marilah menghayati nasihati dan pesan orang yang mungkin kalian anggap guru, murabbi atau musuh politik kalian kerana mendengar nasihat terutamanya nasihat musuh politik adalah muhasabah paling berguna bagi jiwa yang mencintai kebenaran, Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

“Jika AMANAH ada sebesar zarah SEMANGAT Islam, mereka MESTI mempertahankan KEDUDUKAN Islam, tidak RASA MALU dan SEGAN dalam PH, MESTI membawa SUARA Islam dalam KERAJAAN”
“..Kerana mereka berjuang bersama PAS dahulu kerana ISLAM dan  kalau mereka KELUAR PAS pun kerana ISLAM juga, mereka MESTI membawa SUARA Islam dalam kerajaan juga”

Jika mengambil positif kedua-dua nasihat ini, insya Allah perjuangan elemen Islam tidak terbabas daripada landasan Islam yang bertunjangkan al-Quran, as Sunnah, Ijmak Ulama dan Qiyas.

III

Perjuangan elemen Islam yang menggagaskan Muslim Demokrat juga perlu berwaspada agar tidak larut dengan kehendak Barat.

Para pengagas gagasan pemikiran Muslim Demokrat sendiri kelihatan tidak mampu menjelaskan konsep-istilah.

YB Ir Saari Sungip seorang pemimpin PAN melihat Muslim Demokrat melihat demokrasi sebagai alat atau platform dimana rakyat dan pemimpin boleh berbincang untuk mencapai konsensus supaya keputusan dibuat adalah terbaik. Rakyat dan pemimpin bersama-sama bertanggungjawab dalam membuat keputusan. Muslim Demokrat adalah pembangkang kepada partinya sendiri. Dia tidak taksub kepada partinya sendiri. Mindset Demokrat mengutamakan ketelusan. Demokrat Muslim juga mengutamakan maqasid insaniyyah. Muslim Demokrat meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dalam perjuangan demokrasinya dan menentang ateis dan sebarang bentuk mengetepikan ketuhanan [Sinar Harian: 19 Jun 2018].

Perlukah Islamis Menjadi Muslim Demokrat?

1 comment:

Taziah said...

Saya rasa penulis mampu menjadi penulis di harakahdaily, pas sebenarnya kehilangan penerangan yg stabil. Saya tidak ingin salahkan sesiapa, tapi perlu kepada pemantapan pas dari segi penerangan.

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...