I
Kenyataan PAS
memberi sokongan penuh kepada parti Saadet tetapi mengucap tahniah atas
kejayaan dalam Erdogan dalam PRU yang lepas (2018) mencetuskan polemik PAS
menyokong Saadet atau Erdogan.
Pertama, perjuangan
jemaah Islam lebih besar daripada elemen Islam. Elemen Islam hanya membawa
aspirasi Islam manakala Jemaah Islam bukan sekadar membawa aspirasi Islam
tetapi menegakkan Islam sebagai sistem kehidupan dalam ekonomi, politik dan
sosial. Pendek kata, jemaah menonjolkan diri bahawa mereka akan mengubah sistem
dan Islam itu satu dasar, pendirian, pegangan dan prinsip manakala elemen Islam
melakukan Islamisasi.
Parti Saadet adalah
sayap politik Jemaah Islam, Milli Gorus berbanding dengan Elemen Islam, Erdogan
daripada Parti AK(P) yang pernah dididik dan ditarbiah dalam madrasah Milli
Gorus.
Sebagai pendokong
gerakan Islam, sudah tentu kita menyokong Saadet walaupun kita tahu Saadet
tidak berpengaruh dan tidak mampu memenangi pilihan raya Turki. Punbegitu
kemenangan elemen Islam yakni Erdogan dan AKP kita raikan dan syukuri dimana
kita mengharapkan dan mendoakan agar elemen Islam meneruskan Islamisasi dalam
pemerintahan negara Turki.
Kedua, ada elemen
Islam memilih mudharat lebih kecil berbanding mudharat lebih besar. Elemen
Islam ini biasa terdiri daripada kelompok yang mencintai ilmu atau berada dalam
kelompok Sekular-Nasionalis, diktator dan pemerintahan yang zalim. Elemen Islam
ini menasihat secara halus dan cuba mengelakkan mudharat lebih besar dihadapi
oleh rakyat dan negara. Ini pendekatan dan pegangan para ulama seperti Sheikh
Dr Muhammad Said Ramadhan al Buti dan Sheikh Ali Jumaah serta para ulama
Universiti al-Azhar.
Ketiga, elemen
Islam yang berada dalam kelompok Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)
dan mereka secara tak langsung juga terpengaruh dengan SEPILIS, berpegang
kepada semangat dialog peradaban dan pragmatis dalam politik.
II
Untuk elemen Islam, dalam konteks Malaysia
ialah kelompok Islam dalam Pakatan Harapan, marilah menghayati nasihati dan
pesan orang yang mungkin kalian anggap guru, murabbi atau musuh politik kalian
kerana mendengar nasihat terutamanya nasihat musuh politik adalah muhasabah
paling berguna bagi jiwa yang mencintai kebenaran, Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
“Jika AMANAH ada
sebesar zarah SEMANGAT Islam, mereka MESTI mempertahankan KEDUDUKAN Islam,
tidak RASA MALU dan SEGAN dalam PH, MESTI membawa SUARA Islam dalam KERAJAAN”
“..Kerana mereka
berjuang bersama PAS dahulu kerana ISLAM dan
kalau mereka KELUAR PAS pun kerana ISLAM juga, mereka MESTI membawa
SUARA Islam dalam kerajaan juga”
Jika mengambil
positif kedua-dua nasihat ini, insya Allah perjuangan elemen Islam tidak
terbabas daripada landasan Islam yang bertunjangkan al-Quran, as Sunnah, Ijmak
Ulama dan Qiyas.
III
Perjuangan elemen
Islam yang menggagaskan Muslim Demokrat juga perlu berwaspada agar tidak larut
dengan kehendak Barat.
Para pengagas
gagasan pemikiran Muslim Demokrat sendiri kelihatan tidak mampu menjelaskan
konsep-istilah.
YB Ir Saari Sungip
seorang pemimpin PAN melihat Muslim Demokrat melihat demokrasi sebagai alat
atau platform dimana rakyat dan pemimpin boleh berbincang untuk mencapai
konsensus supaya keputusan dibuat adalah terbaik. Rakyat dan pemimpin
bersama-sama bertanggungjawab dalam membuat keputusan. Muslim Demokrat adalah
pembangkang kepada partinya sendiri. Dia tidak taksub kepada partinya sendiri.
Mindset Demokrat mengutamakan ketelusan. Demokrat Muslim juga mengutamakan
maqasid insaniyyah. Muslim Demokrat meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dalam
perjuangan demokrasinya dan menentang ateis dan sebarang bentuk mengetepikan
ketuhanan [Sinar Harian: 19 Jun 2018].
Perlukah Islamis
Menjadi Muslim Demokrat?
1 comment:
Saya rasa penulis mampu menjadi penulis di harakahdaily, pas sebenarnya kehilangan penerangan yg stabil. Saya tidak ingin salahkan sesiapa, tapi perlu kepada pemantapan pas dari segi penerangan.
Post a Comment