Sunday, July 29, 2018

Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak (GKU 2.0)



Penulis membahagikan fasa kepimpinan ulamak kepada fasa pertama (1980-1990), fasa kedua (1991-2000), fasa ketiga (2001-2010) dan fasa keempat (2011-2020). Setiap fasa mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi pentarbiahan, pemikiran dan cabaran berdasarkan konteks yang berbeza mengikut fasa masing-masing.
Fasa kedua Generasi Kepimpinan Ulamak adalah generasi yang dididik dan ditarbiah secara tersusun oleh Generasi Pertama Kepimpinan Ulamak. Sebahagian besar mereka mengalami zaman kebangkitan Islam dimana isu batas antara iman dan kufur (kafir-mengkafir) sedang membara. Mereka juga merasai zaman konflik IRC-PAS.
Kemelut generasi kedua kepimpinan ulamak persaingan antara alumni-alumni kampus. Antara persaingan yang hebat ialah antara alumni UM, alumni lepasan pengajian Islam Timur Tengah, alumni UIA. Kemelut ini bertambah getir apabila muncul puak yang menyokong Anwar Ibrahim mengatasi Presiden PAS sendiri ekoran ketaksuban mengejar kemenangan dalam politik pilihanraya berbanding penegakkan Negara Islam dan Perundangan Islam.
Dua kefahaman dan dua pendekatan membawa perpecahan PAS dimuktamadkan dalam Muktamar PAS pada tahun 2015 sehingga muncul parti baru yang dikenali Parti Amanah Negara (AMANAH atau PAN).
Ustaz Nasrudin Tantawi Sebagai Penanda Aras Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak
Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak dilihat generasi pelapis kepimpinan PAS pada masa depan. Antara kelompok pemimpin impian secara umumnya generasi ini ialah Ustaz Nasrudin Tantawi, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Mohd Riduan Mohd Nor, Dr Zuhdi Marszuki dan beberapa orang lagi.
Dari segi keilmuan dan kelulusan akademik, kelompok ini tiada masalah. Cuma masalah yang timbul ialah persoalan PRESTASI kelompok ini. Antara kerosakan yang berbahaya dalam kelompok muda ialah PRESTASI dan ADAB. Ustaz Dato Dr Nasharudin Mat Isa antara pemimpin hebat dari segi ilmu, sahsiah dan kelulusan akademik dibawa masuk oleh Presiden PAS, Ustaz Dato Fadzil Noor. Antara sebab tidak disokong oleh perwakilan ialah PRESTASI beliau sebagai Timbalan Presiden PAS, pertemuan UMNO-PAS dan ketiadaan pengaruh pada akar umbi (perwakilan). Ia mengharapkan hanya sokongan popular. Haji Husam Musa pula antara pemimpin bijak yang banyak idea kurang BERADAB dalam berorganisasi juga ditolak.
Ustaz Nasrudin Tantawi diberi amanah sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan pernah menjawat Ahli Parlimen Temerloh, sepanjang kedua-dua menjawat jawatan ini, adakah PRESTASI beliau cemerlang? Begitu juga Nik Mohamad Abduh di Parlimen Pasir Mas, adakah prestasi beliau cemerlang?. Kita tidak kata beliau dan sahabat sekelompok beliau tidak bekerja dan tidak berjasa tetapi gerak kerja buat merka dan kelompok mereka tidak menonjol, hambar dan tidak membekas pada sanubari ahli, rakyat dan pengundi. Media sosial bukan sekadar memberi pandangan dan menjalankan urusan parti tetapi menonjolkan kerja-kerja dilapangan rakyat merentasi kaum dan agama.
Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak mesti mengambil berat prinsip dibawah dalam mengaktifkan diri dan menonjolkan diri dalam masyarakat:
1. Pemimpin muda mesti menjuarai isu-isu rakyat dan belajar memahami isu.
2. Pemimpin muda mesti mendampingi rakyat pelbagai kaum bukan hanya ahli atau program parti.
3. Berfikir meningkatkan prestasi diri dalam porfolio yang diamanahkan
4. Menonjolkan setiap aktiviti melalui kuasa viral agar ia membekas dalam jiwa rakyat, kehadiran dirasai dan bukti menunjukkan prestasi
5. Islam bukan sekadar hujah tetapi menyediakan jalan penyelesaian. Banyak membaca, banyak menjelajah, buat kajian agar kita menyediakan solusi yang bernas dalam menyelesaikan masalah rakyat.
6. Kenyataan media perlu dibuat secara bijak.

Model Kepimpinan Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak

1. Mendampingi rakyat : Ustaz Mohd Rosli Jabar
2. Menjuarai isu-isu rakyat: Haji Andasura Rabu
3. Bicara dengan bijak di Parlimen : Prof Dr Zulkifli Mohamad
4. Kecerdikan politik : Ustaz Dato Mohd Fadzil Noor dan Ustaz Dato Seri Azizan Abdul razak
5. Kealiman/warak : Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
6. Intelektualisme dan Pemberani  : Dr Burhanuddin al Helmy.

Jujurnya PAS mengalami masalah kekurangan pemimpin yang memahami isu-isu rakyat dan mandul dalam keberanian menyampaikan maklumat yang betul dan sahih dalam isu-isu rakyat. PAS juga kekurangan pemimpin yang sanggup turun lapangan rakyat memperjuangkan hak-hak rakyat sehingga sanggup dipenjara dan disaman. Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak kehilangan sifat pemberani dan sifat pendekar dalam perjuangan.

Fungsi Pusat Penyelidikan PAS Pusat perlu diperkasakan dengan anggota PPP dan pegawai penyelidik PAS memperbanyak perbincangan dengan pakar-pakar dari luar PAS dan hasil dapatan dikongsikan kepada pemimpin PAS terutamanya anggota Dewan Harian, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan anggota Parlimen PAS.


GKU 2.0 Kurang Berani Mengetuk Pintu Penjara

Mereka bukan sahaja tidak menjuarai isu-isu rakyat seperti alam sekitar, pekerjaan dan lain-lain. Mereka juga tidak berani dan mengelak daripada ditahan oleh polis dan dipenjara. Pengalaman dipenjara dan ditahan yang dialami oleh pemimpin PAS yang menyertai PAN seperti Haji Mohamad Sabu, Dato Mahfuz Omar dan lain-lain tidak mampu diikuti oleh pemimpin GKU 2.0 padahal mereka sepenuh masa dalam politik.

Bukanlah kita mahu mereka ditangkap tetapi ia adalah satu bukti kesungguhan dan keseriusan mereka dalam perjuangan.

Pandir Dalam Membuat Kenyataan Media dan Media Sosial

Sepandir-pandir kenyataan media ialah memberi kenyataan media dan pandangan melangkaui kenyataan rasmi parti. Ia kelihatan kenyataan yang bertaraf macaimaya.
Menunggang ‘Agama’ dan Memperbodohkan Ahli

Ingatlah bahawa sumber maklumat ahli dan pengundi PAS semakin luas. Cukuplah memperkudakan ahli PAS dengan hujah, dalil dan nas agama mengikut kepragmatisan pandangan dan tindakan anda.

Wajar pemimpin PAS jenis ini DIAM dan mengikut arus rasmi parti.

PAS Pasca Haji Hadi

Presiden : Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Ustaz Idris Ahmad
Naib : Dato Takiyudin Hassan
         : Dato Ir Iskandar Samad
         : Dato Nik Amar Abdullah atau Dato Dr Muhammad Fadzil

SUA : Haji Khairul Faizi

Ketua Penerangan: YB Haji Amzad

Pengarah Pilihanraya: YAB Dr Ahmad Samsuri

Pandangan penulis, pemimpin GKU 2.0 seperti Nik Mohamad Abduh dan Ustaz Nasrudin perlu disisih ke dalam Dewan Ulamak atau memajukan tarbiah PAS.

Harapan PAS

Harapan PAS pada GKU 3.0 yakni mengembalikan Model Kepimpinan Dr Burhanudin al Helmy- Prof Dr Zulkifli Mohamad gabungan ulamak-intelek-teknorat(Dr Homeopati). Kita mengharapkan pemimpin muda seperti Ir Muhtar Suhaili, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ir Khairil Nizam, Haji Shahir Sulaiman mengembleng PAS sebagai parti masa depan yang memerintah negara dalam masa 10 tahun akan datang.


2 comments:

Taziah said...

Ana sebagai pemerhati kpd pas sgt setuju dgn pendapat penulis, ttg situasi yg dialami oleh pas kini. Pas juga perlu ahli yg bukan sepenuhnya, supaya ahli2 ini boleh menjadi spy kepada pas, ana berpendapat, harakahdaily perlu diperluaskan fungsinya, mungkin boleh menjadi seperti Malaysiakini, kinitv, bukan hanya membincangkan ttg pas, tetapi isu2 semasa, seperti apa yg dibuat Malaysiakini, tapi xperlu harakahdaily ikut spin Malaysiakini, cuma fungsinya perlu diperluaskan.

Digital Marketing said...

Excellent information, I like your blog.

Current Political News in UAE

Hollywood Celebrity News in UAE

Top 10 International News in UAE

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...