[1]
Gambar,
rakaman audi0-video dan tajuk akhbar banyak menimbulkan fitnah dan persepsi
buruk kepada seseorang atau kelompok tertentu. Ia lebih kepada serangan pribadi
atau pembunuhan karekter. Paling malang, tabiat buruk ini dilakukan oleh
kelompok lulusan agama..
[2]
Antara
gambar yang menjadi isu dan kontroversi ialah gambar YAB Menteri Besar
Selangor, Dato Seri Azmin Ali.
Rakaman suara pula seperti Tuan Haji Mohamad Sabu nak
jatuh Presiden PAS dan Ustaz Mohamad Abduh vs Ustaz Zaharudin Muhammad
Manakala
video seperti video Ustaz Azhar Idrus, Dato Mustafa Ali, YB Nurul Izzah dengan
pensyarah UNITEN dan kes Anwar Ibrahim.
[3]
Pendirian
kita?
Setiap
manusia ada kelemahan dan kesilapan serta mudah melakukan dosa. Nafsu manusia
bukan mudah dikawal. Kita bukan Nabi yang maksum dan dilindungi daripada dosa.
Ada
manusia sememang berwatak JAHAT disebalik zahirnya yang baik. Ada manusia yang
baik tersalah langkah terjerumus dalam dosa. Ada manusia diperangkap oleh pihak
berniat jahat.
Sesiapa
jua kita tetap berkemungkinan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana godaan
syaitan dan nafsu.
Kes Liwat Anwar Ibrahim, Sepender Dato Mustafa Ali dan
lain-lain adalah kes diluar pengetahuan kita. Kita tidak tahu sebab kita bukan
saksi didepan mata. Kita hanya dihidangkan dengan gambar dan rakaman
video-audio yang boleh diedit pada zaman kecanggihan ini. Barangkali benar atau
tidak benar.
Bahkan seseorang itu boleh diperangkap dengan
permainan jahat orang lain.
Justeru, kita memilih bertanya empunya badan, adakah
benar atau tidak benar perkara/kejadian tersebut?
Jika jawapannya, TIDAK. Berpegang kita dengan jawapan
itu.
Segala urusan lain seperti empunya diri nak tipu dan
bagai, maka itu urusan empunya diri dengan Allah SWT di mahkamah akhirat nanti.
Kita hanya mampu menokhtah kes dengan pengakuan
empunya diri sahaja.
[4]
Umat Islam kembali kepada al-Quran dan as Sunnah.
Jangan manipulasi maklumat, jangan jaja maklumat yang tidak benar, jangan
menimbulkan fitnah. Berpolitik secara yang santun dan damai. Politik Saidina
Hassan Bin Ali, cucu kesayangan Rasulullah SAW.
Tidak adil melihat separuh-paruh, kemudian memanipulasi maklumat tanpa memahami konteks, situasi dan laras bahasa yang digunakan.
Tidak adil melihat separuh-paruh, kemudian memanipulasi maklumat tanpa memahami konteks, situasi dan laras bahasa yang digunakan.
Ingatlah surah al Hujurat: 6.
Berwaspada dalam menerima maklumat. Ikutlah cara al-
Quran dan cara Nabi Muhammad SAW dalam memperolehi maklumat.
Moga kita semua diselamatkan daripada menerima
maklumat yang salah.
Muhasabah diri. Moga Allah selamat iman dan amal kita.