MATINYA SEJARAH GERAKAN MAHASISWA
Sebenarnya sudah lama tulisan ini cuba kunukilkan. Bukanku tidak suka atau tidak mahu lagi menulis tentang gerakan mahasiswa, tetapi sesuatu yang bermula pasti berakhir, yang tajam menjadi tumpul, yang muda akan tua, begitulah dunia. Penulis akan menulis bergantung kepada isu yang memerlukan nasihat dan rasanya laman ini sudah cukup untuk dijadikan sumber asas sejarah bagi mahasiswa. Tulisan ini adalah luahan terakhir penulis atas nama laman Gerakan Mahasiswa. Tujuan utama penulisanku di ruang ini adalah menukil kembali sejarah gerakan mahasiswa untuk tatapan generasi muda mahasiswa dan akhirnya laman ini akan dijadikan arkib untuk generasi muka.
Penulis kecewa dengan pimpinan GM kerana jarang benar di antara mereka yang menghasilkan memoir tentang diri mereka dan GM. Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Zukifli Yusof dan ramai lagi pimpinan mahasiswa akan mati bersama pengalaman kemahasiswaan mereka. Akibatnya, GM sekarang akan kematian maklumat untuk memperolehi semangat bagi meneruskan perjuangan. Penulis mengakui ada beberapa karya yang bagus tentang GM iaitu hasil penulisan Mohamad Abu Bakar, Shuhaimi al maniri dan Kamaraulzaman Yaakob.
Ramai pimpinan mahasiswa tidak menulis kerana terikat dengan baiah dan kesuntukan masa mereka. Jadi, penulis yang faqir ilmu dan pengalaman ini terpaksa menulis sejarah gerakan mahasiswa agar tidak hilang. Ekoran cinta terhadap perjuangan anak muda terutamanya mahasiswa, penulis telah menghasilkan kajian tentang GM pada tahun 2004 di bawah penyeliaan Prof Dr. Mohamad Redzuan Othman.
Pengalaman penulis berbicara bersama Prof Muhammad Abu Bakar dan Prof Mohamad Redzuan Othman, satu solusi telah penulis simpulkan iaitu perjuangan zaman mahasiswa ada tahap zamannya, ia akan berakhir dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sebab itulah pimpinan mahasiswa selepas kampus tidak lagi menjadi kampus sebagai keutamaan perjuangannya. Bahkan mereka ada yang melompat perjuangan ke arah pihak yang kontra dengan mereka sehingga menidakkan perjuangan mereka semasa di kampus.
Prinsip dan perjuangan mahasiswa boleh berubah sesuai dengan perubahan persekitaran dan kedewasaan serta kepentingan peribadi mereka. Sejauh mana mereka kekal dengan idealis mahasiswa bergantung kepada masa yang menentukannya. Zaman mahasiswa adalah zaman idealis. Zaman pasca mahasiswa adalah untuk seorang realis. Adakah seorang idealis bakal menjadi realis? Diri mahasiswa sendiri yang boleh menentukannya. Kassim Ahmad terus idealis tanpa menjadi realis. Anwar Ibrahim seorang idealis yang menjadi realis.
Semuanya tidak mustahil dalam politik para pimpinan mahasiswa. Boleh jadi saudara Nazri Yunus menjadi seperti Ahmad Shabery Cheek, Zulfaqar seperti Ruslan Kasim atau muhd Ramadhan Fitri seperti ustaz Nakhaie Ahmad. Semua tidak mustahil dan masa menentukan.
Permainan politik kepura-puraan yang dijana oleh pimpinan kampus akan berterusan. Dari zaman Anwar Ibrahim hingga zaman Nazri Yunus dan akan diteruskan lagi ke zaman yang akan datang. Politikus licik yang memperalatkan zaman mahasiswa kerana agenda peribadi dan inginkan nama terpahat dalam kitab sejarah akan terus ada. Pimpinan boleh meninggalkan perjuangan, tetapi roh perjuangan dan faham perjuangan akan terus kekal disambut oleh manusia yang terpilih.
Walau apapun saya bersyukur kerana masih ada lagi mantan pimpinan GM seperti Zuhdi Marzuki dan Zulkifli Yusof masih bercanda mesra dengan generasi baru GM. Terima kasih.
Kepada anak muda, teruskan perjuangan. Kotakan janji dan baiahmu semasa menjadi pimpinan GM.
Selamat membaca arkib SEJARAH GERAKAN MAHASISWA INI.
Sebarang bantuan maklumat boleh email kepada tokawang_sufi@yahoo.com
mamat.com
29 Mei 2008
6.16 AM waktu Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment