Solat.
Manusia yang solat dan solat berjemaah bukanlah manusia yang
terbaik
dalam urusan duniawi termasuk urusan kerja. Mereka juga bukan sebaik-baik manusia tanpa salah, silap dan gagal. Mereka juga ada salah, silap dan kekurangan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak semestinya kaya, tiada masalah keluarga dan lain-lain. Kerana mereka hanyalah manusia biasa.Solat dan solat berjemaah adalah manifestasi sifat kehambaan mereka kepada Allah. Cuba hidup sebagai hamba Allah disebalik diri yang tidak sempurna dan tidak siap-siap ini.
Sememangnya, secara ideal penghayatan sebuah solat secara ikhlas dan faham ilmu yang betul dapat membangkitkan kualiti dan prestasi kehidupan manusia lebih baik dalam urusan kehidupan duniawi dan akhirat dengan lebih cemerlang. Cuma kecemerlangan dan kebahagiaan hidup itu subjektif pada pandangan setiap orang. Kita berhak memilih kecemerlangan dan kebahagiaan yang bagaimana yang kita mahukan.
No comments:
Post a Comment