Bagi seorang Islam, kebenaran bergantung
kepada sumber rujukan (dalil, nas) yang paling benar dan pendekatan/cara yang
patuh syariah. Justeru, segala pandangan alam, kerangka pemikiran, strategi,
pendekatan dan perbuatan WAJIB bersumberkan al-Quran dan as Sunnah serta Ijma’
Ulamak dan Qiyas. Itu jelas.
Bagi seorang sekularis, pluralis dan liberalis
(SEPILIS), kebenaran itu bersifat relatif dan subjektif. Sifat relatif dan
subjektif ini berasasl daripada penolakkan mereka kepada kebenaran mutlak dan
terikat. Bagi mereka, setiap orang mempunyai keyakinan sendiri. Tidak terikat.
Pragmatis.
.
Bagi kebanyakan anggota masyarakat bukan
Islam, keadilan berlaku dalam rangka dua pihak yang merujuk kepada negara dan
masyarakat. Sebagai contoh antara Raja dengan rakyat, antara seorang dengan
orang lain dan masyarakat dengan negara. Bagi mereka, keadilan menjadi dasar
akhlak dan budi pekerti berdasarkan negara dan masyarakat.
Bagi seorang Islam, keadilan berpunca daripada
diri sendiri . Keadilan paling tinggi ialah memilih dan meletakkan Islam
sebagai keyakinan paling tinggi mempengaruhi pandangan alam, kerangka
pemikiran, sahsiah, segala perbuatan, strategi dan pendekatan, amalan dan gaya
hidup seseorang. Islam tidak meletakkan samarata sebagai keadilan. Sebaliknya
keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempat sepatutnya.
..
Kebanyakan isu sebenarnya berkisar polemik
antara kebenaran dan keadilan. Ia persoalan kita mahu memilih kebenaran atau
keadilan. Kebanyakan para SEPILIS biasanya memilih keadilan.
Umpamanya, dalam isu LGBT. Berlaku
pertembungan antara persoalan kebenaran dan keadilan.
...
Dalam satu rancangan TV, pengacara cilik
menanyakan soalan kepada Tun Mahathir dan Tun Hasmah. Jika diberikan pilihan
antara kebenaran dan keadilan, mana satu pilihan Tun M dan Tun H?.
Tun H menjawab keadilan. Dan Tun M juga
memilih keadilan.
Sekarang, jika anda diberi pilihan antara
kebenaran atau keadilan, apakah pilihan anda?
CMRA
10.8.2018
Pekan, Pahang.