Akhir zaman, fitnah
berleluasa, banyak pihak memperalatkan Islam untuk kepentingan diri dan Islam
kelihatan asing. Kita keliru dalam memilih kebenaran, kebejatan akhlak
menjadi-jadi dan iman berbolak-balik.
Organisasi Islam
atau jemaah Islam mudah terpalit dengan
fitnah ini apatah pula keahlian jemaah Islam seperti PAS adalah terbuka,
manusia syaitan dan manusia munafik boleh menyusup masuk ke dalamnya. Dalam
jemaah Islam, kita akan berjumpa dengan pelbagai darjat iman dan akhlak manusia,
kesabaran dan keistiqamahan dalam perjuangan kita akan teruji.
Dalam Jemaah Islam,
ada orang mempunyai niat dan tujuan yang batil. Ada mengejar pangkat, berat
membuat kerja jemaah, ada yang mahu kuasa, ada yang mengampu, ada yang suka
menipu dan sebagainya. Ini semua adalah ujian bagi para pejuang.
Jemaah Islam juga
adalah organisasi politik. Terdapat juga budaya tikam belakang. Tanpa
kesabaran, kita muda merajuk dan terpelanting dalam perjuangan. Jangan sangka
kita seorang sahaja yang paling bijak dalam jemaah Islam. Manusia hebat dalam
perjuangan Islam adalah seorang yang bertaqwa yang taat setia pada Islam dan
bersiap siaga membantu pemimpin mereka melaksanakan Islam.
Ahli, penyokong
atau simpatis PAS perlu ingat bahawa perjuangan PAS bukan kerana ia sebuah
parti politik atau kerana seorang pemimpin, perjuangan PAS adalah perjuangan
Islam. Demi redha Allah dan Islam, PAS sanggup dibubarkan jika pemerintahan
yang ada menunaikan tanggungjawab sebagai pemerintah yang mukmin dan saleh.
Dalam mana-mana
organisasi ada penyelewengan kuasa, korupsi, kelemahan dan kesilapan, PAS juga
tidak dapat lari daripada gejala ini. Tapi itu bukannya budaya organisasi PAS, ia
hanya sifat segelintir individu yang perlu dibuktikan di mahkamah. Punbegitu dalam
memilih kemudharatan, kita mesti memilih
mudharat lebih kecil daripada memilih organisasi lain yang lebih teruk
mudharatnya.
Oleh kerana PAS
dipimpin oleh manusia, kesilapan, kelemahan dan kesalahan pimpinan tidak dapat
dielakkan. Kita boleh mengkritik dan menegur corak kepimpinan, akhlak pemimpin,
idea pemimpin dan prestasi pemimpin dengan syarat melalui saluran yang betul
dan tidak memutuskan ukhwah. Jika saluran telah digunakan, kita tidak perlu
kecewa atau merajuk kerana tanggunggjawab kita menasihat telah terlepas.
Sedikit petua dalam
memilih perjuangan Islam
1. Jemaah Islam
yang berpegang kepada Islam bersumber al-Quran dan as Sunnah serta pandangan
ulama muktabar. Dalam PAS, kekuatan Perlembagaan PAS terletak kepada dasar al-Quran, as-Sunnah, ijma' ulama dan qiyas. Dasar ini dijaga oleh Majlis Syura Ulama.
2. Jemaah Islam
yang dianggotai oleh ramai ulama dan orang yang saleh.
3. Dasar dalam
perlembagaan jemaah Islam adalah Islam yang syumul dan Islam sebagai addin.
4. Jemaah Islam
yang dekat dengan kelompok majoriti rakyat bukannya bersifat elit.
5. Jemaah Islam
yang memperjuangkan kelahiran Masyarakat atau Negara Islam dan ditegakkan
perundangan Islam.
6. Jemaah Islam
yang menjauhi pemikiran bercampur-aduk Islam dengan Barat. Jemaah Islam yang
anggotanya warak dan menjauh perkara syubhah serta fitnah. Jemaah Islam juga
perlu jauh daripada pihak kaya dengan istilah yang bombastik dan gagasan
pemikiran yang mengkhayalkan.
7. Menjauhi
musuh-musuh Allah SWT.
8. Kaedah
perjuangan adalah damai dan berlandaskan nas syarak.
9. Kerangka
pemikiran yang tepat dengan kaedah-kaedah ilmu dalam Islam.
No comments:
Post a Comment