Monday, September 17, 2007

PMIUM: Antara siasah dan tarbiah

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@yahoo.com

Saya tidak berapa mengenali Nazree. Presiden PMIUM yang dikatakan memasuki mazhab PEKEMBAR. Dalam pemerhatian saya, sejak keunduran saudara Khairul Anuar Mat Zuki(Mat Sabu), PMIUM seakan-akan ada masalah kelencongan fikrah-tarbiah. Kelalaian ini berlaku apabila berlaku ‘penghijrahan’ tampuk pimpinan PMIUM daripada golongan tarbiah (goltar) kepada golongan siasah(golsia). Golsia pertama ialah saudara Ramadhan Fitri. Secara peribadi saya berpendapat saudara Ramadhan lebih mendekati idealis dan pendekatan JIM. Walau bagaimanapun, tarbiah dan siasah saudara Ramadhan adalah seimbang dan mantap(mungkin faktor asuhan keluarga-Ustaz Elias). Bermula dengan pimpinan Hanif Baderun, golsia mula memainkan peranan dengan mengelirukan ‘faham-faham’ tarbiah yang telah ditanam oleh goltar. Goltar mula tersisih dan tindakan PMIUM lebih bersifat siasah.
Secara tradisinya, pimpinan PMIUM dipimpin oleh goltar(kecuali masalah ketiadaan pimpinan). Manakala golsia menguasai PMUM atau bertanding dalam pilihanraya kampus. Tradisi ini cuba dihapuskan dan akibatnya berlakulah kemerosotan kualiti dakwah dan tarbiah kerana keasyikan untuk bertindak secara siasah sahaja. Siasah disini lebih berfokus kepada politik kepentingan juak/mafia masing-masing dan keagungan imej peribadi sahaja.
Oleh sebab itu, pimpinan PMIUM perlu mengembalikan tradisi dan memantapkan lagi proses tarbiah pimpinan supaya idealis perjuangan tidak terkeliru. Golsia perlu dikawal oleh goltar bagi mengelakkan kerakusan bersiasah sehingga mengendurkan proses tarbiah. Diharapkan ada usaha baru untuk memperkuatkan organisasi PMIUM bukannya peribadi pimpinan.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...