Sunday, December 28, 2025

Perlis (2)

Membelek Krisis Politik
“Tindakan kami betul, salah pada kelompok berbeza”- Adun PAS DUN Bintong, YB Fahrul Anwar
Jika anda rasa tindakan anda itu betul, anda cuba membetulkan keadaan dan situasi selayak bergelar WIRA-HERO bahkan sekalipun tindakan anda itu betul, sesungguhnya INGKAR arahan Ketua adalah perkara yang sangat berat dalam DISIPLIN berorganisasi apatah lagi dalam jemaah Islam yang terikat dengan BAIAH.
Anda melangkaui dan mendahului KETUA dan hierarki kuasa. Kenapa anda cuba selesaikan masalah ini sedangkan anda mempunyai seorang KETUA yang MESTI anda taat, setia dan akur. KETUA adalah wakil untuk menyelesaikan masalah-isu. KETUA merupakan orang yang paling LAYAK memberi kata putus atau membuat keputusan. Tunggu arahan KETUA. Langgar arahan KETUA adalah perbuatan 'jenayah' paling berat dalam disiplin berorganisasi. Ia adalah KHIANAT.
Jika anda bertanggungjawab, anda keluar organisasi dan letak jawatan sebagai wakil rakyat. Itu baru anak jantan yang penuh tanggungjawab.
II
“Sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah dan rasuah serta nafsu tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor yang menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ( Sinar Harian) .
Warganegara Malaysia WAJIB taat dan setia kepada RAJA sebagai institusi bukannya peribadi individu seseorang bergelar RAJA. Ketaatan dan kesetiaan seorang warganegara adalah ketaatan dan kesetiaan bersyarat bukannya ketaatan dan kesetiaan yang membabi buta tuli.
Krisis Pihak Istana VS Politikus serinngkali berlaku. Ia diselesaikan melalui perundingan-dialog, pemecatan, mahkamah dan perubahan perundangan.
Krisis antara Institusi Raja dengan politikus, antaranya
1.Nizar Jamaludin, MB Perak
2.Ghazali Jawi, MB Perak
3.Onn Jaafar, MB Johor
4.Rahim Bakar, MB Pahang
5.Dr Mahathir, PM Malaysia
6.Annuar Musa
7.Muhiyidin Yassin
8.Muhammad Taib, MB Selangor
9.Idris Jusoh, MB Terengganu
10.Ahmad Razif, MB Terengganu
11.Osman Sapian, MB Johor
12.Azlan Man MB Perlis
13.Mohd Sukeri Mohd Ramli MB Perlis
III
Krisis politik menyebabkan kestabilan politik negeri terjejas. Antaranya
1.Krisis Perlembagaan Sarawak 1966 (Krisis ini terjadi selepas 21 daripada 42 ADUN Sarawak telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua Menteri Sarawak)
2.Hotel Ming Court 1987, cubaan menggugat Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud
3.Krisis Parti Berjaya pimpinan Harris Salleh di Sabah
4.Krisis Parti USNO (1976,1984.1986,1990)
5.Krisis PBS tahun 1994
6.Krisis KM Shafie Apdal vs Musa Aman tahun 2020
7.Krisis Undi Tidak Percaya MB Terengganu Mohd Daud Abdul Samad (1961)
8.Krisis kepimpinan PAS Kelantan 1977-1978. (darurat kelantan)
9.Langkah Kajang
10.Cubaan mengundur Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai MB Kedah
11.Tumbangnya Ahmad Faizal Azumu
Dikatakan 11 DUN mendesak Ustaz Azizan Abdul Razak berundur sebagai MB Kedah. Jika dulu, puak-puak ini mengadu-domba (tahun 2008-2009) agar bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Azizan Abdul Razak menggantikan TGHH sebagai Presiden, kini (2011-2012) merekalah mendesak Ustaz Azizan berundur sebagai MB Kedah. Antara pemimpin mereka ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang akhirnya menubuhkan PASMA dan menyertai PAN.
IV
Pengisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan pada tahun 1992 ditandatangani oleh 6 daripada 9 Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu yang tidak hadir ialah Sultan Kedah, Sultan Kelantan dan Sultan Johor.
Pengistiharan dikatakan berlaku ekoran hubungan keruh diantara parti politik dengan pihak istana. Antara sebab besar ialah kes istana Johor, campurtangan politik oleh pihak istana di Kelantan dan perniagaan oleh pihak istana Selangor.
Semua pihak kena belek kembali dokumen. Pemain utama disebalik dokumen ini masih ada termasuk Tun M dan DSAI.

No comments: