Sunday, December 28, 2025
Perlis (2)
Perlis
Peghelih
Pesan Sultan Azlan Untuk Politikus
BINGKISAN WASIAT SULTAN AZLAN SHAH (SULTAN PERAK): PERINGATAN UNTUK RAJA PERINTAH, POLITIKUS DAN RAKYAT AGAR CAKNA PERLEMBAGAAN
Audit Dana Awam.
I
Anak Muda: "Pak Tua, apa yang merosakkan seorang yang berjubah dan berjanggut?"
Pak Tua: "Ada 3 perkara . Pertama, ngorat bini orang, Kedua, anggap duit derma, duit dia. Ketiga, dia cakap dia tak buat"
II
Kita sangat setuju dengan pandangan (1). Setiap dana awam perlu didedahkan. Setiap summbangan dan derma perlu diaudit. Tak kira siapa, ulama atau orang baik sekalipun.
Krisis MB di Perlis
Maka berkokok musang berjubah dalam media sosial. Lolongan mengambarkan dialah hero-wira seantero alam membela tuannya. Macam tak ada group telegram lebai-lebai. Sememangnya, dia seronok dan naik stim apabila menghentam kelompok yang didakwanya paling suci dan paling benar. Sudah tentu isu baiah antara objek yang seronok dihentam.
Isu baiah ini untuk menolak pengkhianatan dalam perjuangan. Orang yang sanggup mengkhianati perjuangan dan merelakan isterinya dicerai, itu sehina-hina manusia. Kalau betul tak setuju dengan perjuangan dan ingkar arahan ketua, sila letak jawatan.
Bukan dia tak tahu, tetapi rasa dia lebih betul dan lebih benar. Akhirnya dia lebih kurang dengan pihak yang didakwanya jumud, fanatik, seleweng agama dan ekstrem tu.
II
Pentadbiran awam tidak lari daripada pengaruh institusi raja (termasuk keluarga diraja dan bangsawan), orang politik, birokrat dan taikun. Disatu negeri, seorang taikun berbangsa Cina dijadikan lawak jenaka dalam kalangan rakyat jelata dengan gelaran ‘Tengku’ kerana menjadi sumber kewangan kepada takhta dan keluarga.
Yang merosakkan peribadi seorang Raja ialah
1. Terlibat dalam perniagaan termasuk melalui proksi
2. Campurtangan dalam politik pentadbiran dan politik kepartian
3. Main perempuan, arak dan judi
Seorang Raja kena jaga:
1. Pandangan alam dan perangai
2. Kebajikan rakyat
3. Tanah dan Air termasuk hutan
III
TGHH mengatakan krisis MB berpunca daripada dua sebab
1. Perebutan kuasa
2. Tekanan dan campur tangan pihak tertentu dalam tawaran projek.
Broker politik mengikut arahan kelompok elit dan taikun cuba mengatur politik.
Sunday, December 21, 2025
Kuasa Tentera Sebagai Kuasa Negara Disebalik Peralihan Kuasa
Pemimpin atau parti yang terlampau lama berkuasa akan menjadi diktator, terlibat dalam korupsi/rasuah, kronisme, kleptokrasi, kakistokrasi, nepotisme, autokratik dan tirani. Mereka mula sukar melepas atau meletakkan jawatan kepada pemimpin pelapis. Akibatnya, peralihan kuasa terencat.
Situasi kelembapan peralihan kuasa berlaku ke atas pemimpin diktator seperti Saddam Hussein, Muamar Ghadafi, Bashar al Asad, Husni Mubarak, Fidel Castro dan lain-lain. Kekuasaan negara terlalu bergantung kepada kepimpinan individu bukannya kepimpinan institusional.
Untuk memperkukuhkan kedudukan atau meneruskan kesinambungan kuasa, peralihan kuasa boleh berlaku dengan beberapa cara:
1. Perwarisan jawatan melalui dinasti politik-’monarki baru’
2. Pemilihan oleh parti secara dalaman
3. Meletakkan proksi dan ‘tandemokrasi’
Atau (4) pemimpin diktator terus berkuasa menerusi perubahan perlembagaan/perundangan
I
Peralihan kuasa yang paling stabil di muka bumi berlaku di negara yang menggunakan sistem pemerintahan beraja secara mutlak atau Raja berperlembagaan. Diikuti dengan sistem demokrasi di negara maju yang matang (keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Menjujung Hak Asasi Manusia) di Negara Barat. Ketiga, pemerintahan rejim komunis.
Peralihan kuasa di negara komunis seperti China, Vietnam, Cuba dan Korea Utara berlangsung secara tertib. Kita tidak nafikan berlaku pertembungan kem-kem politik sesama mereka tetapi ia bersifat dalaman dan tidak direalisasi melalui kekerasan bersenjata.
Di Cuba, muncul Dinasti Castro. Fidel Castro diganti oleh Raul Castro. Namun, Raul Castro menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Miguel Díaz-Canel. Di Korea Utara, Dinasti Politik diwujudkan oleh Kim Il-sung diganti oleh anak beliau iaitu Kim Jong-il diikuti oleh sang cucu, Kim Jong-un. Di China dan Vietnam, mereka melakukan pengundian secara dalaman.
Had pemerintahan Presiden di Rusia ialah dua penggal (empat tahun setiap satu penggal) berturut-turut. Putin menjadi Presiden Rusia sejak tahun 2000. Pada tahun 2008, Putin diganti oleh Dmitry Medvedev iaitu sekutu Putin. Pada zaman pemerintahan Dmitry Medvedev, undang-undang untuk memanjangkan tempoh penggal sehingga enam tahun bermula dengan presiden berikutnya telah ditandatangan.
Putin telah memenangi Pilihan Raya Presiden Rusia pada tahun 2012 dan 2018. Penggal pemerintahan bakal berakhir pada tahun 2024. Pada tahun 2021, Putin telah menandatangani peruntukan undang-undang membenarkan beliau memegang jawatan presiden hingga 2036 jika beliau mahu kekal sebagai Presiden Rusia.
Pada tahun 2018, had pemerintahan Presiden China adalah 2 penggal sahaja telah diubah oleh Xi Jinping melalui pindaan Perlembagaan dalam pengundian anggota Parlimen. Hanya dua undi yang menolak, tiga tidak hadir berbanding hampir 3,000 delegasi yang telah mengundi menyokong.
Di Turki, had tempoh pemerintahan seorang PM ialah 2 penggal (setiap penggal=5 tahun). Erdogan berkuasa sejak tahun 2003. Pada tahun 2014, Erdogan menjadi Presiden Turki. Pada tahun 2017, kuasa eksekutif yang dipegang oleh PM Turki diambil alih oleh Presiden Turki. Jawatan PM Turki dimansuhkan.
Had tempoh penggal bagi jawatan Presiden Turki adalah 2 penggal iaitu setiap penggal bertempoh 5 tahun. Penggal boleh ditambah apabila Parlimen (Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki) bersetuju untuk mengadakan pilihan raya mengejut semasa penggal kedua presiden. Ini membolehkan presiden bertanding untuk penggal ketiga. Ini dilakukan oleh Erdogan untuk menambah tempoh pemerintahan sebagai Presiden Turki sehingga tahun 2028.
II
Kenapa Rejim Diktator boleh tumbang?
1. Pemberontakan/rampasan kuasa tentera
2. Kebangkitan rakyat--anak muda, mahasiswa, pekerja, petani, kelompok berpendidikan
3. Media Sosial-- pemasaran maklumat disebar secara pantas dalam mengubah persepsi rakyat sehingga menjadi fenomena popular. Ia menjadi revolusi tanpa pemimpin politik.
4. Campurtangan asing-- anasir/perisik, dana, bantuan senjata
III
Pengaruh kuasa tentera dalam negara
Kuasa tentera dan badan perisik berpengaruh dalam politik sesebuah negara sukar dinafikan.
Kebanyakan pemimpin politik berlatarbelakang pegawai tentera dan perisik. Mereka berbaju orang awam berjiwa-fikir tentera. Contoh, Putin merupakan bekas KGB dan Fatah as Sisi adalah pegawai perisikan Mesir. Manakala Suharto, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Prabowo Subianto adalah bekas pemimpin tentera.
Di Kemboja, bekas PM iaitu Hun Sen adalah bekas pegawai tentera. Anak Hun Sen dan PM Kemboja sekarang Hun Manet juga seorang pegawai tentera.
Paling kurang, pemimpin parti politik yang memerintah disokong oleh kuasa tentera yang dilihat sebagai kuasa negara. Erdogan disokong oleh pegawai tentera yang pro beliau. Ini dibuktikan apabila tentera yang pro Erdogan menggagalkan rampasan kuasa tentera pada tahun 2016.
Pemerintahan rejim komunis hasil gabungan kerajaan-parti komunis-tentera. Xi Jinping sebagai contoh adalah Setiausaha Agung PKC, Pengerusi Suruhanjaya Tentera China dan Presiden Republik Rakyat China.
Dalam sistem pemerintahan Beraja, tentera taat dan setia kepada Raja sebagai Ketua Negara. Sebenarnya, ketaatan dan kesetiaan kepada institusi beraja terjadi kerana Raja sendiri adalah pemimpin tentera. Jika kita lihat keluarga Raja-Raja Melayu, mereka terlatih dalam bidang ketenteraan dan berjawatan dalam tentera. Contoh, Sultan Pahang, Sultan al Abdullah adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Baginda juga mendapat pendidikan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) di UK. Bukan itu sahaja, dua PM kita adalah tentera iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Pembantu utama para PM paling berpengaruh iaitu Ghazali Shafie adalah pegawai tentera.
IV
Kuasa Tentera Memerintah Negara
Banyak negara, disebalik kerajaan adalah kuasa tentera dan badan perisikan. Kuasa tentera adalah kuasa negara. Tentera yang mengawal dan mempertahankan ‘ideologi’ negara. Ini yang banyak berlaku di negara-negara Afrika.
Hubungan tentera dengan politik kerajaan melalui rampasan kuasa, pengaruh halus, atau mengambil alih pentadbiran, Jika situasi tidak terkawal, tentera akan campur tangan. Apabila keadaan stabil, kuasa tentera akan mengembalikan kekuasaan negara kepada pemerintahan awam.
Kudeta Tentera. Tentera mengulingkan kerajaan untuk menubuhkan kerajaan sendiri atau kerajaan pro tentera.
Junta Tentera. Tentera yang menjalankan pentadbiran negara.
Pengepungan politik dimana kuasa tentera berupaya mendesak kerajaan mendengar dan mematuhi arahan atau kehendak pihak tentera.
Satu lagi istilah Politik Pretoria adanya pemulihan dan pemeliharaan tentera dalam politik kerana kelemahan institusi pentadbiran awam .
Nota
Kakistokrasi bermaksud sistem pemerintahan yang diterajui oleh individu paling tidak layak, paling tidak cekap, atau paling tidak bermoral dalam sesebuah negara, merujuk kepada pemerintahan oleh yang terburuk
kleptokrasi iaitu negara yang dipimpin pencuri wang rakyat