Sunday, December 28, 2025

Perlis (2)

Membelek Krisis Politik
“Tindakan kami betul, salah pada kelompok berbeza”- Adun PAS DUN Bintong, YB Fahrul Anwar
Jika anda rasa tindakan anda itu betul, anda cuba membetulkan keadaan dan situasi selayak bergelar WIRA-HERO bahkan sekalipun tindakan anda itu betul, sesungguhnya INGKAR arahan Ketua adalah perkara yang sangat berat dalam DISIPLIN berorganisasi apatah lagi dalam jemaah Islam yang terikat dengan BAIAH.
Anda melangkaui dan mendahului KETUA dan hierarki kuasa. Kenapa anda cuba selesaikan masalah ini sedangkan anda mempunyai seorang KETUA yang MESTI anda taat, setia dan akur. KETUA adalah wakil untuk menyelesaikan masalah-isu. KETUA merupakan orang yang paling LAYAK memberi kata putus atau membuat keputusan. Tunggu arahan KETUA. Langgar arahan KETUA adalah perbuatan 'jenayah' paling berat dalam disiplin berorganisasi. Ia adalah KHIANAT.
Jika anda bertanggungjawab, anda keluar organisasi dan letak jawatan sebagai wakil rakyat. Itu baru anak jantan yang penuh tanggungjawab.
II
“Sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah dan rasuah serta nafsu tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor yang menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ( Sinar Harian) .
Warganegara Malaysia WAJIB taat dan setia kepada RAJA sebagai institusi bukannya peribadi individu seseorang bergelar RAJA. Ketaatan dan kesetiaan seorang warganegara adalah ketaatan dan kesetiaan bersyarat bukannya ketaatan dan kesetiaan yang membabi buta tuli.
Krisis Pihak Istana VS Politikus serinngkali berlaku. Ia diselesaikan melalui perundingan-dialog, pemecatan, mahkamah dan perubahan perundangan.
Krisis antara Institusi Raja dengan politikus, antaranya
1.Nizar Jamaludin, MB Perak
2.Ghazali Jawi, MB Perak
3.Onn Jaafar, MB Johor
4.Rahim Bakar, MB Pahang
5.Dr Mahathir, PM Malaysia
6.Annuar Musa
7.Muhiyidin Yassin
8.Muhammad Taib, MB Selangor
9.Idris Jusoh, MB Terengganu
10.Ahmad Razif, MB Terengganu
11.Osman Sapian, MB Johor
12.Azlan Man MB Perlis
13.Mohd Sukeri Mohd Ramli MB Perlis
III
Krisis politik menyebabkan kestabilan politik negeri terjejas. Antaranya
1.Krisis Perlembagaan Sarawak 1966 (Krisis ini terjadi selepas 21 daripada 42 ADUN Sarawak telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua Menteri Sarawak)
2.Hotel Ming Court 1987, cubaan menggugat Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud
3.Krisis Parti Berjaya pimpinan Harris Salleh di Sabah
4.Krisis Parti USNO (1976,1984.1986,1990)
5.Krisis PBS tahun 1994
6.Krisis KM Shafie Apdal vs Musa Aman tahun 2020
7.Krisis Undi Tidak Percaya MB Terengganu Mohd Daud Abdul Samad (1961)
8.Krisis kepimpinan PAS Kelantan 1977-1978. (darurat kelantan)
9.Langkah Kajang
10.Cubaan mengundur Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai MB Kedah
11.Tumbangnya Ahmad Faizal Azumu
Dikatakan 11 DUN mendesak Ustaz Azizan Abdul Razak berundur sebagai MB Kedah. Jika dulu, puak-puak ini mengadu-domba (tahun 2008-2009) agar bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Azizan Abdul Razak menggantikan TGHH sebagai Presiden, kini (2011-2012) merekalah mendesak Ustaz Azizan berundur sebagai MB Kedah. Antara pemimpin mereka ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang akhirnya menubuhkan PASMA dan menyertai PAN.
IV
Pengisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan pada tahun 1992 ditandatangani oleh 6 daripada 9 Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu yang tidak hadir ialah Sultan Kedah, Sultan Kelantan dan Sultan Johor.
Pengistiharan dikatakan berlaku ekoran hubungan keruh diantara parti politik dengan pihak istana. Antara sebab besar ialah kes istana Johor, campurtangan politik oleh pihak istana di Kelantan dan perniagaan oleh pihak istana Selangor.
Semua pihak kena belek kembali dokumen. Pemain utama disebalik dokumen ini masih ada termasuk Tun M dan DSAI.

Perlis

 Peghelih

1. Unik, luar arus perdana dan melawan.
2. Negeri Perlis berasal daripada Empayar Kedah. Perlis pernah menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Kedah. Sultan Dhiauddin Mukaram Shah II menyerahkan Mukim Arau kepada Syed Harun Jamalulail.
3. Perlis ibarat Negeri Dalam Negeri. Pandangan British, Siam dan Perang Musuh Bisik membolehkan Perlis menjadi menjalankan pentadbiran sendiri.
4. Negeri lain guna gelaran Sultan, Perlis guna gelaran Raja.
5. Negeri lain mazhab syarifie koyal ASWJ, Perlis ASWJ juga terima 4 mazhab. Akibatnya daripada kaum muda menjadi Salafi-Wahabi.
6. Pelik juga, biasa keturunan Syed dekat dengan habaib tetapi Perlis dekat dengan Kaum Muda. Kononnya Raja Alwi (1905) memakai 4 mazhab. Ketika itu, pengaruh Haji Karim, ayah kepada Buya HAMKA tersebar kemas di Perlis.
7. Dalam PAS, Ulama PAS Perlis pimpinan Ustaz Abu Bakar Ashaari gedebe lawan ulama PAS kaum Tua seperti Syeikh Abdullah Fahim
8. Dalam ABIM, ABIM Perlis pimpinan Ustaz Dahlan gedebe lawan ABIM Pusat selepas Anwar Ibrahim sertai UMNO pada tahun 1982
9. Dalam Ikhwanul Muslimin Melayu, Ustaz Dahlan sekali cuba mandiri dengan berpisah dengan kem-kem IM Melayu yang lain. Ustaz Dahlan mewujudkan kumpulan dikenali KUSDA dan akhirnya dikenali HALUAN Malaysia pada tahun 1988.
10. Mufti MAZA dan para pengekornya yang terlebih sunnah juga memberi idea luar arus perdana.
11. Kini dalam perpolitikan, sekali lagi berlaku krisis MB Perlis.
Moga Allah merahmati Negeri Perlis...

Pesan Sultan Azlan Untuk Politikus

 BINGKISAN WASIAT SULTAN AZLAN SHAH (SULTAN PERAK): PERINGATAN UNTUK RAJA PERINTAH, POLITIKUS DAN RAKYAT AGAR CAKNA PERLEMBAGAAN

1.Majlis pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Sains Malaysia pada 28 Jun 1980.
"...sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat istana yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat."
"Sebenarnya, penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara."
"Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pegawai istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata."
"Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya".
2.Titah Sultan Azlan Shah Sempena Hari Keputeraan ke 80 tahun
“Walaupun Raja bertindak atas nasihat ketua kerajaan, tetapi Raja tidak wajar memberi perkenan jika nasihat yang diberikan itu tidak mencerminkan keadilan”
“Berasaskan semangat Raja Berperlembagaan, seseorang Raja mempunyai peranan untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberi galakan dan dorongan serta memberikan sesuatu peringatan dan teguran”
"Raja sewajarnya menggunakan akal bicara, menggunakan hikmah mempertimbangkan secara arif lagi bijaksana dalam memberikan sesuatu perkenan terutama dalam perkara berhubung kepentingan negeri dan rakyat,"
“institusi Raja perlu bijaksana memberi tafsiran kepada semangat yang terkandung dalam konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Kedua-duanya tidak seharusnya dijadikan instrumen menghalalkan cara jika perkara yang dinasihatkan itu sama sekali bertentangan dengan undang-undang dan bercanggah dengan prinsip Perlembagaan”
“kerajaan negeri yang baru hendaklah meneruskan usaha pembangunan lebih pesat dan melaksanakan urus tadbir secara adil dengan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina dan fahaman politik”
“kepentingan negeri dan rakyat hendaklah mengatasi kepentingan politik kepartian”
"Masa berkempen telah berakhir. Kini adalah masa bekerja. Berkempen dan bekerja sangat berbeza. Segala janji hendaklah dipenuhi, segala kata perlu dikota.
"Segala fikiran, tenaga dan sumber hendaklah dijuruskan untuk memajukan negeri, terutama usaha menambah baik prasarana, menarik pelaburan, merapatkan jurang pendapatan, menyediakan perumahan bagi rakyat berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan, membangunkan modal insan dan mewujudkan peluang pekerjaan,"
3.Seminar khas Perlembagaan Persekutuan Tahun 2009
“satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan. Peranan sebenar raja pemerintah, jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan”
“Pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa. Sebaliknya, Raja mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme semak dan imbang yang dapat membantu memperkukuh institusi demokrasi.
"Selaku ketua negara, Raja berperanan sebagi tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa.”
"(Ini merupakan) peranan, tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (dan) demikian juga Raja-raja Melayu yang digariskan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.
"Ini bermakna Raja-raja ada kuasa dan tanggungjawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang namun Beta pernah mengingkatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada secara mutlak atau secara berperlembagaan,"
“Perbezaan antara yang satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi berpandukan perlembagaan, tetapi adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan.
"Peranan sebenar seorang Raja Pemerintah itu jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan,"
“Semangat utama yang tersirat di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan adalah untuk membangunkan sebuah negara merdeka yang stabil, aman, bersatu padu dan makmur, yang akan dicapai melalui ikatan perpaduan dan penyatuan di antara warga yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa”
"Perlembagaan itu digubal sedemikian rupa bagi menjamin berlakunya keadilan, memberikan perlindungan secara saksama baik kepada yang kuat mahupun yang lemah, baik kepada kumpulan majoriti mahupun kepada kumpulan minoriti, baik kepada orang yang memerintah mahu yang diperintah, baik yang melindungi Raja begitu juga yang melindungi rakyat,"
“Telah tercapai kata muafakat bahawa setiap warga Malaysia itu terjamin diberikan perlindungan secara adil - secara saksama, terpahat kesediaan mengakui hakikat bahawa anak peribumi itu amat jauh ketinggalan daripada segi pencapaian sosio ekonomi, kekayaan, penguasaan harta dan kemahiran”
“Bahawa kebimbangan peribumi perlu difahami dan untuk itu orang Melayu demikian juga bumiputera diberikan jaminan melalui peruntukan-peruntukan tertentu yang memberikan mereka keistimewaan”
"Pada masa yang sama orang bukan Melayu yang telah berhijrah ke bumi ini, yang memperlihatkan kesetiaan kepada Raja dan negara, yang mengamalkan sikap ,"di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung", diberikan perkenan untuk diterima sebagai rakyat Malaysia,"
“Perlembagaan Persekutuan dihasilkan atas semangat rundingan, persefahaman, hasrat untuk membina penyatuan rakyat, dengan matlamat membina sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.
“Demi keamanan dan kesejahteraan negara, rakyat hendaklah disemaikan dengan budaya kehidupan yang berlandaskan kepada semangat Perlembagaan - semangat yang menghormati undang-undang serta institusi penguatkuasa undang-undang”
“Jika prinsip asas itu tidak dipatuhi lagi dan mahu diketepikan kerana pengaruh budaya luar yang cuba diserapkan, dikhuatiri negara akan terheret kepada satu anarki”
"Akhirnya kelangsungan sejarah negara bangsa, keamanan dan kesejahteraan akan tinggal sejarah,"
3.“The Role of Constitutional Rulers”
oleh Raja Azlan Shah, Ketua Hakim Negara
“walaupun Raja mempunyai budi bicara dalam melantik Menteri Besar, bila parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan salah seorang Ahli Dewan Undangannya sebagai Menteri Besar, Raja tidak mempunyai pilihan lain selain untuk melantik beliau”
“jika seseorang Raja mengenepikan hasrat parti dan melantik Ahli Dewan Undangan lain yang tidak mampu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan itu, ini boleh membawa kepada timbulnya undi tidak percaya ke atas beliau yang akan menyebabkan Raja itu sama ada melantik ahli lain atau membubarkan Dewan Undangan”
Baginda (Sultan Azlan Shah) selaku Yang di-Pertuan Agong IX bersama-sama Raja-Raja Melayu lain sebenarnya telah membuat perisytiharan mengenai perkara ini, bersama-sama 9 perkara lain, “untuk mengelakkan sebarang salah tafsiran mengenai kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa”, dalam Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan bertarikh 4 Julai 1992.
4.Majlis Kesyukuran 30 tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah
Peringatan Sultan Azlan Shah ialah
(1)Berpegang kepada prinsip ketuhanan, (2) menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta,(3) berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan (4) sifat tawaduk, (5) kemanusiaan serta kasih sayang sesama insan, (6) di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan (7) tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.
(8)Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi. (9)Setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, (10) disamping menerima ujian dengan penuh ketabahan
5.Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak.
”Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan”
“Ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum”
''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.”
''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu,"
''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,''
”penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.”
”Pada masa sama, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.
''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi,"
”malah yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.
”Rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.
''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.”
''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.
''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan,"
”ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.

Audit Dana Awam.


I

Anak Muda: "Pak Tua, apa yang merosakkan seorang yang berjubah dan berjanggut?"

Pak Tua: "Ada 3 perkara . Pertama, ngorat bini orang, Kedua, anggap duit derma, duit dia. Ketiga, dia cakap dia tak buat"


II

Kita sangat setuju dengan pandangan (1). Setiap dana awam perlu didedahkan. Setiap summbangan dan derma perlu diaudit. Tak kira siapa, ulama atau orang baik sekalipun.

Selain pandangan (1), ada orang tak kisah tentang ke mana duit itu pergi. Bagi mereka perbuatan memberi itu penting sebab ia berpahala ketimbang tujuan duit itu digunakan dan ke mana duit itu dibelanjakan. Mereka bersangka baik dan serah kepada Allah. (2)
Sebenarnya, ada perkara kita tak perlu tahu sesuatu yang berlaku disebalik tabir.Ada perkara ia tidak seperti kita fikirkan. Tindakan dilihat tak betul tetapi perlu dibuat ketika 'darurat'--dilakukan mudarat kecil bagi mengelakkan mudarat besar, salah disisi peraturan manusia tetapi tak langgar syariat Allah
Ramai orang lebih senang cari salah orang (walaupun kita hak untuk tahu), buruk sangka dan seronok troll orang lain. Seronok berbalah dengan semua. Ia menjadi satu kepuasan bagi diri mereka.
Kita hanya boleh jaga diri kita dan doakan orang.
Memang semua orang tak boleh dipercayai kecuali terbukti boleh percaya dalam satu perkara sahaja. Orang yang Sama dalam perkara lain belum tentu kita boleh percaya.

Krisis MB di Perlis

 Maka berkokok musang berjubah dalam media sosial. Lolongan mengambarkan dialah hero-wira seantero alam membela tuannya. Macam tak ada group telegram lebai-lebai. Sememangnya, dia seronok dan naik stim apabila menghentam kelompok yang didakwanya paling suci dan paling benar. Sudah tentu isu baiah antara objek yang seronok dihentam.

 

Isu baiah ini untuk menolak pengkhianatan dalam perjuangan. Orang yang sanggup mengkhianati perjuangan dan merelakan isterinya dicerai, itu sehina-hina manusia. Kalau betul tak setuju dengan perjuangan dan ingkar arahan ketua, sila letak jawatan.

 

Bukan dia tak tahu, tetapi rasa dia lebih betul dan lebih benar. Akhirnya dia lebih kurang dengan pihak yang didakwanya jumud, fanatik, seleweng agama dan ekstrem tu.

 

II

 

Pentadbiran awam tidak lari daripada pengaruh institusi raja (termasuk keluarga diraja dan bangsawan), orang politik, birokrat dan taikun. Disatu negeri, seorang taikun berbangsa Cina dijadikan lawak jenaka dalam kalangan rakyat jelata dengan gelaran ‘Tengku’ kerana menjadi sumber kewangan kepada takhta dan keluarga.

 

Yang merosakkan peribadi seorang Raja ialah

1. Terlibat dalam perniagaan termasuk melalui proksi

2. Campurtangan dalam politik pentadbiran dan politik kepartian

3. Main perempuan, arak dan judi

 

Seorang Raja kena jaga:

1. Pandangan alam dan perangai

2. Kebajikan rakyat

3. Tanah dan Air termasuk hutan

 

III


TGHH mengatakan krisis MB berpunca daripada dua sebab

1. Perebutan kuasa

2. Tekanan dan campur tangan pihak tertentu dalam tawaran projek.


Broker politik mengikut arahan kelompok elit dan taikun cuba mengatur politik.

Sunday, December 21, 2025

Kuasa Tentera Sebagai Kuasa Negara Disebalik Peralihan Kuasa

Pemimpin atau parti yang terlampau lama berkuasa akan menjadi diktator, terlibat dalam korupsi/rasuah, kronisme, kleptokrasi, kakistokrasi, nepotisme, autokratik dan tirani. Mereka mula sukar melepas atau meletakkan jawatan kepada pemimpin pelapis. Akibatnya, peralihan kuasa terencat.

 

Situasi kelembapan peralihan kuasa berlaku ke atas pemimpin diktator seperti Saddam Hussein, Muamar Ghadafi, Bashar al Asad, Husni Mubarak, Fidel Castro dan lain-lain. Kekuasaan negara terlalu bergantung kepada kepimpinan individu bukannya kepimpinan institusional.

 

Untuk memperkukuhkan kedudukan atau meneruskan kesinambungan kuasa, peralihan kuasa boleh berlaku dengan beberapa cara:

1. Perwarisan jawatan melalui dinasti politik-’monarki baru’

2. Pemilihan oleh parti secara dalaman

3. Meletakkan proksi dan ‘tandemokrasi’

 

Atau (4) pemimpin diktator terus berkuasa menerusi perubahan perlembagaan/perundangan


I

 Peralihan kuasa yang paling stabil di muka bumi berlaku di negara yang menggunakan sistem pemerintahan beraja secara mutlak atau Raja berperlembagaan. Diikuti dengan sistem demokrasi di negara maju yang matang (keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Menjujung Hak Asasi Manusia) di Negara Barat. Ketiga, pemerintahan rejim komunis.

 

Peralihan kuasa di negara komunis seperti China, Vietnam, Cuba dan Korea Utara berlangsung secara tertib. Kita tidak nafikan berlaku pertembungan kem-kem politik sesama mereka tetapi ia bersifat dalaman dan tidak direalisasi melalui kekerasan bersenjata.

 

Di Cuba, muncul Dinasti Castro. Fidel Castro diganti oleh Raul Castro. Namun, Raul Castro menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Miguel Díaz-Canel. Di Korea Utara, Dinasti Politik diwujudkan oleh  Kim Il-sung diganti oleh anak beliau iaitu Kim Jong-il diikuti oleh sang cucu, Kim Jong-un. Di China dan Vietnam, mereka melakukan pengundian secara dalaman.

 

Had pemerintahan Presiden di Rusia ialah dua penggal (empat tahun setiap satu penggal) berturut-turut. Putin menjadi Presiden Rusia sejak tahun 2000. Pada tahun 2008, Putin diganti oleh Dmitry Medvedev iaitu sekutu Putin. Pada zaman pemerintahan Dmitry Medvedev,  undang-undang untuk memanjangkan tempoh penggal sehingga enam tahun bermula dengan presiden berikutnya telah ditandatangan.

 

Putin telah memenangi Pilihan Raya Presiden Rusia pada tahun 2012 dan 2018. Penggal pemerintahan bakal berakhir pada tahun 2024. Pada tahun 2021, Putin telah menandatangani peruntukan undang-undang membenarkan beliau memegang jawatan presiden hingga 2036 jika beliau mahu kekal sebagai Presiden Rusia.

 

Pada tahun 2018, had pemerintahan Presiden China adalah 2 penggal sahaja telah diubah oleh Xi Jinping melalui pindaan Perlembagaan dalam pengundian anggota Parlimen. Hanya dua undi yang menolak, tiga tidak hadir berbanding hampir 3,000 delegasi yang telah mengundi menyokong.

 

 

Di Turki, had tempoh pemerintahan seorang PM ialah 2 penggal (setiap penggal=5 tahun). Erdogan berkuasa sejak tahun 2003. Pada tahun 2014, Erdogan menjadi Presiden Turki. Pada tahun 2017, kuasa eksekutif yang dipegang oleh PM Turki diambil alih oleh Presiden Turki. Jawatan PM Turki dimansuhkan.

 

Had tempoh penggal bagi jawatan Presiden Turki adalah 2 penggal iaitu setiap penggal bertempoh 5 tahun. Penggal boleh ditambah apabila  Parlimen (Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki) bersetuju untuk mengadakan pilihan raya mengejut semasa penggal kedua presiden. Ini membolehkan presiden bertanding untuk penggal ketiga. Ini dilakukan oleh Erdogan  untuk menambah tempoh pemerintahan sebagai Presiden Turki sehingga tahun 2028.

II


Kenapa Rejim Diktator boleh tumbang?

 

1. Pemberontakan/rampasan kuasa tentera

2. Kebangkitan rakyat--anak muda, mahasiswa, pekerja, petani, kelompok berpendidikan

3. Media Sosial-- pemasaran maklumat disebar secara pantas dalam mengubah persepsi rakyat sehingga menjadi fenomena popular. Ia menjadi revolusi tanpa pemimpin politik.

4. Campurtangan asing-- anasir/perisik, dana, bantuan senjata

III 

Pengaruh kuasa tentera dalam negara

 

Kuasa tentera dan badan perisik berpengaruh dalam politik sesebuah negara sukar dinafikan.

 

Kebanyakan pemimpin politik berlatarbelakang pegawai tentera dan perisik. Mereka berbaju orang awam berjiwa-fikir tentera. Contoh, Putin merupakan bekas KGB dan Fatah as Sisi adalah pegawai perisikan Mesir. Manakala Suharto, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Prabowo Subianto adalah bekas pemimpin tentera.

 

Di Kemboja, bekas PM iaitu Hun Sen adalah bekas pegawai tentera. Anak Hun Sen dan PM Kemboja sekarang Hun Manet juga seorang pegawai tentera.

 

 

Paling kurang, pemimpin parti politik yang memerintah disokong oleh kuasa tentera yang dilihat sebagai kuasa negara. Erdogan disokong oleh pegawai tentera yang pro beliau. Ini dibuktikan apabila tentera yang pro Erdogan menggagalkan rampasan kuasa tentera pada tahun 2016.

 

Pemerintahan rejim komunis hasil gabungan kerajaan-parti komunis-tentera. Xi Jinping sebagai contoh adalah Setiausaha Agung PKC, Pengerusi Suruhanjaya Tentera China dan Presiden Republik Rakyat China.

 

Dalam sistem pemerintahan Beraja, tentera taat dan setia kepada Raja sebagai Ketua Negara. Sebenarnya, ketaatan dan kesetiaan kepada institusi beraja terjadi kerana Raja sendiri adalah pemimpin tentera. Jika kita lihat keluarga Raja-Raja Melayu, mereka terlatih dalam bidang ketenteraan dan berjawatan dalam tentera. Contoh, Sultan Pahang, Sultan al Abdullah adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Baginda juga mendapat pendidikan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) di UK. Bukan itu sahaja, dua PM kita adalah tentera iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Pembantu utama para PM paling berpengaruh iaitu Ghazali Shafie adalah pegawai tentera.

 

IV

 

Kuasa Tentera Memerintah Negara

 

Banyak negara, disebalik kerajaan adalah kuasa tentera dan badan perisikan. Kuasa tentera adalah kuasa negara. Tentera yang mengawal dan mempertahankan ‘ideologi’ negara. Ini yang banyak berlaku di negara-negara Afrika.

 

Hubungan tentera dengan politik kerajaan melalui rampasan kuasa, pengaruh halus, atau mengambil alih pentadbiran, Jika situasi tidak terkawal, tentera akan campur tangan. Apabila keadaan stabil, kuasa tentera akan mengembalikan kekuasaan negara kepada pemerintahan awam.

 

Kudeta Tentera. Tentera mengulingkan kerajaan untuk menubuhkan kerajaan sendiri atau kerajaan pro tentera.

 

Junta Tentera. Tentera yang menjalankan pentadbiran negara.

 

Pengepungan politik dimana kuasa tentera berupaya mendesak kerajaan mendengar dan mematuhi arahan atau kehendak pihak tentera.

 

Satu lagi istilah Politik Pretoria adanya pemulihan dan pemeliharaan  tentera dalam politik kerana kelemahan institusi pentadbiran awam . 

 Nota


Kakistokrasi bermaksud sistem pemerintahan yang diterajui oleh individu paling tidak layak, paling tidak cekap, atau paling tidak bermoral dalam sesebuah negara, merujuk kepada pemerintahan oleh yang terburuk

 

kleptokrasi iaitu negara yang dipimpin pencuri wang rakyat

Saturday, November 08, 2025

Anwar Ibrahim, PRU 16 dan Peralihan Kuasa

 2025 - 78 tahun

2026- 79 tahun

2027- 80 tahun

2028- 81 tahun

2029- 82 tahun

2030- 83 tahun

 

Suka atau tidak, DS Anwar Ibrahim antara pemimpin ulung, unggul dan lagenda negara kita. Beliau dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Beliau mempunyai sifat karismatik dan berwibawa.

 

“DSAI memiliki keyakinan tinggi untuk memimpin kerana terdidik sebagai pemimpin sejak kecil. Pak ustaz dalam poket dia” kata seorang ustaz.

 

 Ibu beliau, tokoh Kaum Ibu UMNO yang mahir berpidato. DSAI lahir daripada keluarga politik UMNO. MCKK, gerakan mahasiswa di UM--PBMUM dan PMIUM, gerakan belia---ABIM dan MBM, di peringkat antarabangsa--WAMY , parti politik--- UMNO dan PKR dan pengalaman dalam kerajaan. Hidup beliau adalah memimpin dan sekitar kekuasaan politik.

 

DSAI mempunyai pakej kepimpinan--- kebolehan berpidato, kefasihan bicara, untaian kata indah dan bombastik, kenalan-sahabat MCKK, UM, gerakan belia, gerakan Islam dan puak SEPILIS Barat , jaringan pengaruh yang luas, dikenali seantero dunia, ada elemen inteletual, banyak membaca, kerja kuat, semangat kental, ramah dan mesra rakyat dan humor. Paling penting ada pengalaman dalam pentadbiran organisasi.

 

DSAI juga seorang pejuang. Pernah dipenjara. Rela buat apa sahaja untuk mencapai cita-cita untuk menjadi PM. Sanggup menjadi PM tepi bertahun-tahun.

 

Jika orang tanya, adakah DSAI layak dipilih untuk meneruskan tugas sebagai PM Malaysia ke 11? Jawapannya, YA. Beliau layak. Bergantung kepada rakyat dan istana.

 

PRU 16

 

DAP mahu PRU 16 diadakan pada tahun 2026. Pendirian DAP disokong oleh teman secumbuan dan selingkuhan mereka, Parti Amanah Negara.

 

Tahun 2026 dilihat sesuai diadakan PRU 16 kerana pelbagai habuan diberikan kepada rakyat, kakitangan awam (terutamanya guru) dan wilayah Sabah-Sarawak.

 

Selain itu, parti pembangkang berada pada titik lemah. PAS sebagai parti pembangkang terkuat tidak mempunyai calon PM. Isu utama perbalahan siapa yang mahu menjadi calon PM kalangan anggota PN. PPBM menghadapi krisis kepimpinan. TSMY melalui  PPBM cuba membawa masuk parti-parti kecil yang banyak perseteruan ideologi dengan PAS ke dalam PN demi mendapat sokongan bukan Melayu dan bukan Islam. Situasi ini merupakan satu kelebihan bagi parti pemerintah untuk mengadakan PRU 16.

 

Peralihan Kuasa

 

DSAI dikatakan mahu menjadi PM selama dua penggal--- tahun 2022 hingga 2027 dan 2027 hingga 2032. Masalah pemimpin purba seperti DSAI ialah usia dan kesihatan.

 

Pemimpin yang unggul dan mahu menjadi Negarawan lazimnya berhenti pada waktu kemuncak kegemilangan. Jika gabungan parti-parti dalam kerajaan Perpaduan-Madani pada hari ini menang dan berjaya menjadi pemerintah setelah PRU 16, tahun ketiga setelah penggal baru merupakan tahun yang sesuai untuk peralihan kuasa.

 

Pilihan kedua, DSAI habiskan penggal, kemudian melakukan peralihan kuasa pada penggal seterusnya.

 

Sebagaimana Tuan Guru DSAI, Tun M, DSAI dijangka mahu mati dalam kekuasaan politik. Jika ini kemahuannya, DSAI boleh memilih berada dalam kerajaan sebagai Menteri Kanan walaupun pucuk kepimpinan PM berubah. Sebagai Menteri Kanan yang berada dalam kabinet, beliau boleh mengawal kestabilan politik negara.

 

Persoalan besar, siapakah PM ke-12?

 

Dalam Kerajaan Perpaduan-Madani, dua parti paling berpangaruh ialah DAP-PH dan GPS. Dua parti ini penentu hidup mati DSAI sebagai PM Malaysia. Selama ini, PKR bertuah kerana adanya DSAI. Tanpa DSAI, PKR boleh dianak-ayam oleh DAP dan GPS sahaja.

 

Tanpa Rafizi Ramli dan Nik Nazmi, barisan kedua PKR hanyalah Nurul Izzah dan Amirudin Saari sahaja. Nurul Izzah tiada rekod baik dalam kepimpinan. Amirudin ada pengalaman dalam pentadbiran Kerajaan Selangor ada potensi untuk melonjak jauh. Sebagai anak murid Azmin Ali, pergerakan politik Amirudin sentiasa diwaspada dan dicurigai. Untuk meneruskan legasi DSAI, DS Wan Azizah boleh ditampilkan kembali sebagai calon PM daripada PKR.

 

Dalam GPS, Abang Jo dan Fadilah antara calon PM yang berpotensi. Antara keduanya, Fadilah lebih sesuai sebagai PM kerana pengalaman beliau dalam pentadbiran pusat dan lebih Islami (sesuai dengan orang di Tanah Melayu).

 

DAP sudah tentu mencari calon PM tersendiri. Jika dilihat YB mereka pada hari ini, YB Bangi antara calon dilihat berpotensi. Pada pandangan kita, YB ini tidak digemari oleh orang Melayu. Untuk PRU 16, DAP boleh mengangkat Ustaz Sheikh Omar dan Dr Aziz Bari ke Parlimen. Kedua-dua pemimpin DAP ini boleh dicalonkan sebagai calon PM daripada DAP.

 

PPBM- calon PM mereka adalah TSMY, Hamzah dan Azmin. TSMY sudah tak relevan dan ada kes. Begitu juga Hamzah, sudah tentu akan dibongkar kes beliau. Azmin ada kes dan kurang digemari akar umbi PPBM. Maka, siapa calon PM daripada PPBM? Barisan kedua PPBM ialah Radzi Jidin dan Faizal Azumu.

 

Polisi PAS, menang dahulu, baru bincang siapa calon PM. Pendedahan awal calon PM boleh membawa fitnah dan sabotaj. Namum, ramai melihat calon PM daripada PAS ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Ahmad Samsuri. Selain itu, Sanusi dan Nik Amar juga berpotensi sebagai calon PM. Nik Amar sebagai contoh mempunyaipengalaman lama dalam pentadbiran dan ada kelulusan tinggi di luar negara.

 

Pemain-pemain politik di Malaysia agak berusia untuk menangani dunia generasi Z. Untuk politik hari ini, biarlah generasi yang lahir pada tahun 1970an (paling kurang 1960an)  dilantik sebagai PM Malaysia.