Monday, September 10, 2018

Kekuatan Azmin


1. DS Azmin Ali seperti Tun Daim. Diam berisi. Sudah tentu jentera beliau sedang bergerak untuk memenangkan beliau dalam pemilihan parti.
2. Banyak keadaan DSAI menuduh Tun D sebagai perancang utama yang paling berpengaruh disebalik watak Tun M. Tun D perancang segala kospirasi besar. Baru-baru ini, Tun D mendedahkan bagaimana strategi PH menewaskan BN. Azmin memiliki kelebihan Tun D. Azmin mungkin mempunyai gaya politik Tun D dan DSAI.

3. Kekuatan Azmin terletak bagaimana beliau menguasai
A. Meletak, menguasai dan mempengaruhi Majlis Tertinggi PKR dan jaringan kepimpinan cabang-cabang dan badan perhubungan negeri PKR.
B. Memposisikan orang-orang beliau dalam kerajaan pusat dan negeri
C. Menguasai dan mempengaruhi ADUN dan Ahli Parlimen. Kekuatan ‘melompat’ ala Projek 16 Sept Anwar Ibrahim. Berapakah ADUN dan AP yang menyokong Azmin? Inilah kekuatan ugutan Azmin dalam timbal-balik atau semak-imbang kuasa beliau dengan DSAI.

4.  Azmin berupaya membawa kerajaan negeri Selangor bersamanya dan menumbangkan kerajaan negeri Kedah, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan jika beliau mempunyai pengaruh di sana.
5.  Tidak mustahil muncul formula atau model kerajaan ‘PR’ Selangor (PKR+DAP+PAS) ketika PH sudah ditubuhkan atau gabungan politik yang baru.
6. Azmin dan tim beliau sukar untuk keluar parti kerana terikat dengan perjanjian wakil rakyat yang ditandatangani oleh calon pilihanraya PKR tetapi beliau berperanan sebagai individu yang tidak terikat dengan arahan parti sebagaimana dilakukan oleh Dato Mahfuz, Haji Husam dan beberapa pemimpin PAS pro PH sebelum PRU 14.
7. Azmin mesti menang pemilihan kali ini kerana dalam tempoh terdekat berlaku peralihan kuasa antara Tun M dengan  DSAI. Hanya Azmin dapat mengimbangi pengaruh DSAI-Rafizi akan tidak bermaharajalela.

Jalan Keluar


Persaingan dalaman dalam lumrah dalam sesebuah organisasi.

Kegagalan menguruskan konflik dalaman boleh memecahkan sesebuah organisasi terutamanya apabila muncul Tim A dan Tim B dalam organisasi tersebut. Inilah melemahkan MCA.

Walaupun agenda dan matlamat sama tetapi perbezaan pendekatan itu juga lumrah, cuma ia juga boleh memecah-belahkan organisasi yang berkesudahan organisasi berpecah. Jalan keluarnya ialah keluar organisasi sebagaimana dilakukan oleh Tim Erdogan dan Tim GHB-Parti Amanah Nasional.
Menurut Rafizi, dia memainkan peranan adipenting disebalik tabir penubuhan GHB dan Parti Amanah Nasional dikala pemimpin kecil parti tersebut hanyut dibuai kononnya merekalah menubuhkan Parti Amanah melalui Deklarasi Melawati (rahsia) dan Deklarasi Bakri (umum).

 Kesian macai.

Azmin, Mahathir dan PAS

1. Ramai penulis politik menyatakan sifir dan formula politik DSAI dan Tun M boleh dirumuskan sebagai
A. Tun M bersifat pragmatis dan mengamal politik kebinatangan, sesiapa mesti mendengar kata beliau dan politik untuk anak-anak (nepotisme-daddykasi) dan kroni.
B. DSAI bersifat pragmatis dan mengamal politik kebinatangan, mengutamakan diri sendiri, buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri dan politik untuk anak Nurul Izzah (Politik Dinasti).
2. Jika Azmin rapat dengan PAS, bagaimana hubungan Tun M dengan PAS? Tun M seorang pragmatis dan pengamal politik kebinatangan akan membuat apa sahaja untuk menang atau mencapai matlamat.
3. Cuma penghalangnya ialah ulama seperti Haj Hadi yang berprinsip jelas mengutamakan nas-nas al_Quran dan as Sunnah dan mengutamakan keredhaan Allah mengatasi kemenangan pilihan raya dan kekuasaan politik.

Motif Anwar Ibrahim

1. Kita kena peka setiap pergerakan dan ucapan DSAI. Kenapa Anwar Ibrahim merapati Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Johor? Kenapa Anwar Ibrahim mengunjungi YDN Sarawak, Taib Mahmud? Apakah motif dan keuntungan politik yang DSAI dapat? Atas kapasiti apa DSAI mengunjungi Raja-Raja Melayu dan Taib Mahmud?
2. Apa yang DSAI tidak kata kepada Tun M, Tun D dan Tun Patinggi Taib Mahmud?
3.  Adakah beliau mencari sokongan untuk mengukuhkan kuasa atau ada rancangan menumbangkan Tun M?

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...