Sunday, October 12, 2025

Institusi Kekeluargaan

Di sekolah, kita akan menemui pelbagai masalah disiplin. Kebanyakannya berpunca daripada keruntuhan dan kelemahan institusi kekeluargaan. Parah.

 

Suka saya membahagikan kelemahan institusi keluarga berpunca daripada:

1. Kelemahan dan kesilapan ibubapa

2. Anak adalah ujian daripada Tuhan

 

Yang menulis ini sendiri belum mampu menjadi bapa yang terbaik.

 

Kelemahan dan kesilapan ibubapa:

 

1. Tidak mampu menjadi tauladan yang baik kepada anak-anak. Marah anak main telefon, pada masa yang sama, ayah sedang main telefon.

2. Kurang ruang masa kebersamaan dalam aktiviti dengan anak-anak

3. Gagal mengawal anak-anak. Kurang tegas. Manjakan anak-anak.

4. Kurang ilmu untuk mengajar dan mendidik anak-anak. Contoh, bersama-sama mengaji al-Quran.

5. Membiarkan anak-anak dalam kelaghaan/kelekaan/kelalaian. Contoh, main telefon siang dan malam tanpa kawalan. Tidak ambil berat tentang anak-anak.

6. Mendidik dengan kemarahan, suara tinggi, penggunaan bahasa kesat, tiada gurauan/humor, tidak ramah

7. Guna kekerasan dan kekasaran secara membuta-tuli

8. Tiada ruang berbicara dengan anak-anak

9. Bergaduh dengan isteri depan anak-anak

10. Ibubapa gagal mematuhi peraturan sendiri dan tidak istiqamah mengamalkannnya.

 

 

Tentang isu pendidikan telah  banyak dikupas oleh ramai tokoh ternama seperti Pendeta Za’ba dan Abdullah Nasih Ulwan. Malangnya tulisan dalam buku karya Pendeta Za’ba berkenaan peranan ibubapa terlampau kecil untuk dibaca.

 

Ada keadaan ibubapa sudah terbaik, tetapi anak-anak mereka teruk. Ia mengingatkan kita tentang anak Nabi Noh dan  anak-anak Nabi Yaakob. Maka, berdoalah kepada Allah SWT yang boleh menjentik hati manusia.

 

Selain itu, faktor psikologi iaitu kecelaruan mental dan jiwa serta kelainan upaya juga menyebabkan anak-anak bermasalah di sekolah.

 

Apa yang perlu dibuat?

1. Azam untuk berubah dan istiqamah. Jadi contoh tauladan kepada anak-anak.

2. Mencipta aktiviti kebersamaan. Bagi orang Islam, solat berjemaah bersama-sama, membaca al quran bersama-sama, berkhemah, melancong, memasak, kebun, kemas rumah dan bagai.

3. Membudayakan amalan baik dalam keluarga; Bercakap dengan bahasa yang baik, amalan berjimat cermat, kebersihan rumah

4. Menambah ilmu dan kemahiran. Ajar anak-anak tentang ilmu dan kemahiran. Ilmu untuk mengajar. Contoh mengaji al Quran.

5. Ramah bukan marah

6. Ketegasan bukan kekerasan. Kekerasan ketika perlu tetapi bukan amalan harian.

7. Berbicara dan bergurau dengan anak-anak.

8. Mencipta ruang bicara dan meluah perasaan.

9. Doa agar anak-anak mendapat petunjuk.

 

Pendeta Za’ba dalam bukunya Mencari Keluhuran Budi, beliau menulis tentang

1. Ibubapa--Guru yang pertama

2. Cara2 mendidik anak2

3. Didikan didalam urusan rumah tangga

4. Kewajipan ibubapa kepada anak-anak

 

Sekali lagi malangnya, tulisan buku ini halus sangat.

No comments: