Tuesday, October 21, 2025

Keganasan Global: Perang Proksi Antara AS-Pivot vs China-OBOR


Penyusun: Mohamad Ridhwan Bin Alias

“Jangan bimbang tentang Amerika. Kita yang memiliki Amerika. Dan selama ini saya fikir memang kita menguasai negara itu’ –Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel, 2001.

Sosial-Politik Barat bertunjangkan kepada [1] Demokrasi, [2] Hak Asasi Manusia dan [3] Kebebasan  manakala  ekonomi Barat berakar-tunjang kepada [1] Petroleum dan [2] Dolar. Barat diketuai Amerika Syarikat cuba mengeksport ideologi mereka ke seluruh dunia dan bertindak sebagai ‘imperialis’ dalam menguasai sumber ekonomi petro-dolar.

Pengeksportan ideologi dan penguasaan ekonomi membangkit pelbagai masalah yang boleh menggugat kesejahteraan dan kemakmuran dunia. Kemuncak kepada kedua-dua permasalahan ini adalah kewujudan perang. Perang sendiri telah menjadi satu proses penyusunan dan penstrukturan semula politik dan ekonomi dunia mengikut kehendak Barat. Perkara ini sebenarnya menjadi punca keganasan global.

Penstrukturan semula dunia yang boleh disifatkan sebagai Orde Baru Dunia dilakukan setelah keruntuhan rejim komunis di seluruh dunia terutamanya tumbangnya Soviet Union, runtuhnya tembok Berlin dan dasar keterbukaan ekonomi China. Fokus utama penguasaan sumber ekonomi petro-dolar dan penataran ideologi.

Kemunculan Kelompok Neo-Konservatif (Neo-Con) Dalam Politik Amerika Syarikat

Para sarjana dan pengkaji seringkali mengunakan istilah Neo-Konservatif atau neo-con dirujuk kepada sekelompok manusia yang berpengaruh dalam pembentukan dasar dan polisi Amerika. Merekalah yang merancang melahirkan neo-imperialisme kuasa Amerika. Pada pandangan penulis, apa jua nama, asal usul kepada fenomena keganasan global ini terletak pada tangan sekumpulan ‘Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi’ yang berada disebalik tabir menyusun atur dunia. Merekalah disebalik tabir Barat terutamanya Amerika.

Kehendak kelompok Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi digerakkan oleh ahli politik, pembuat dasar, sarjana, pemikir, parti politik, institusi pemikiran, universiti, NGO dan syarikat-syarikat. Antara pemikir kelompok neo-con ialah Max Singer (pengasas Institut Hudson), Richard Perle, Gary Schmitt (Projek PNAC), Michael Rubin, David Wurmser dan Michael Ledeen. Tulang belakang dalam kelompok Demokrat ialah Michael O'Hanlon (Institut Brookings), Yakub Sullivan (pemikir utama Projek 'Amerika Pacific Century’ -Pivot). Dikatakan ada lebih kurang 40,000 ribu orang pelobi tetap yang mengerumuni anggota Kongres Amerika.

Menurut Michael Coorbett dalam bukunya, Religion and Politics in the United State kekuatan pelobi orang Yahudi dijayakan oleh beberapa faktor. Pertama, orang Yahudi rata-rata mempunyai pendapatan yang tinggi serta kemajuan yang luar biasa. Sebahagian besar billionair Amerika ialah orang yahudi. Kedua, mereka menguasai politik Amerika di seluruh negeri di Amerika. Ketiga, tumpuan orang Yahudi di New York iaitu kota berpengaruh besar dalam politik di Amerika. Keempat, mereka memiliki akses terhadap Kongres dan Rumah Putih. Edward Said dalam bukunya Blaming The Victim mengungkap kekuatan orang Yahudi terletak penguasaan mereka terhadap media massa yang berpengaruh di dunia. Syarikat petroleum dunia seperti Exxon Mobil, Texaco, BP Amoco dan Royal Dutch/Shell yang berada dalam penguasaan Rockefeller dan Rothschild.

Dari Timur Tengah Ke Asia Pasifik

Tumpuan permulaan ialah Timur Tengah dengan alasan [1] Perang Anti-Penganas dan [2] pendemokrasian. Timur Tengah merupakan lubuk petroleum-dollar yang merupakan penjana utama ekonomi kapitalis Barat.

Peristiwa serangan pengganas ke atas World Trade Centre (WTC) di New York pada 11 September 2001 menyebabkan Amerika mengisytiharkan perang terhadap terorisme global. Osama Ben Laden, al-Qaeda dan Taliban menjadi kambing hitamnya. Afghanistan diserang. Perang Terhadap Terorisme menjadi modal atau tiket bagi Amerika menyerang atau menggugut negara-negara lain. Dimana ada keganasan, disitu ada Amerika.

Afghanistan diserang atas alasan al-Qaeda, Osama Ben Laden dan Taliban. Iraq diserang atas alasan Saddam Husein dan penyimpanan senjata berbahaya. Fitnah yang dilakukan oleh Barat ialah untuk menghalalkan penaklukan negara terbabit yang kaya dengan minyak dan strategik untuk laluan petroleum.

Perang proksi berlaku di Timur Tengah ekoran daripada Arab Springs iaitu kebangkitan rakyat yang dahagakan kebebasan dan demokrasi dengan menentang para diktator. Kejatuhan para diktator bukanlah kejayaan pengeksportan demokrasi ke negara tersebut tetapi kegagalan para diktator memenuhi kehendak Barat. Yaman, Iraq, Syria, Mesir, Syria, Tunisia, dan Libya berada dalam keadaan tidak stabil dan sengsara.

Kejatuhan Muammar Ghadafi dan Saddam Husein disebabkan oleh petro-dolar dalam keadaan terancam. Ghadafi ingin menukarkan dolar kepada emas manakala Saddam Husein tidak mahu menggunakan dolar.

Iraq selepas era Saddam Husein mengalami episod duka yang berpanjangan. Negara ini difitnah memiliki senjata berbahaya dan demokrasi untuk menghalalkan penjarahan Barat. Negara yang kaya dengan petroleum menghadapi kestabilan politik yang rapuh, konflik sesama sendiri berterusan dan kesejahteraan rakyat telah diragut. Petroleum dihisap dengan tamak oleh para kapitalis.

Muammar Gadhafi ditangkap dalam terowong dan dihina oleh para penduduk Libya. Libya juga mengalami krisis politik dengan permintaan autonomi dan kemerdekaan sesetengah wilayah, hasil petroleum diratah oleh syarikat-syarikat gergasi dan negara berada dalam situasi tidak stabil.

Kejatuhan para diktator dan percubaan menjatuhkan mereka dengan memberontak atau secara bersenjata dan konflik telah menghasilkan konflik dalaman yang tidak berkesudahan. Rakyat terbanyak menderita dan kesejahteraan negara diragut oleh pengaduhan dan peperangan sesama sendiri.

Ketidak-stabilan politik mula bertiup ke Asia Pasifik, gagasan Pivot Untuk Asia dan Perjanjian Ekonomi Tran Pasifik (TPPA) oleh Amerika Syarikat dan OBOR oleh China bakal membawa negara-negara Asia Pasifik bah dunia keseluruhannya ke dalam persaingan sengit China dengan AS sehingga boleh mencetuskan konflik [1] ketenteraan dan [2] kewujudan blok ekonomi.

 

America Pacific Century: Medan Perang Proksi Baru?

Asia Pasifik menjadi wilayah persaingan Amerika Syarikat dengan China. Persaingan ini melibatkan persaingan ekonomi dan politik yang boleh menjerumuskan kepada peperangan. Kedua-dua kuasa besar ini bermain serampang dua mata  iaitu kepentingan politik dan ekonomi. Pendekatan tarik dan lepas tali kedua-dua buah kuasa besar dalam perhubungan ekonomi dan politik cukup menarik untuk dikaji. Mereka dilihat saling perlu memerlukan tetapi pada masa yang sama adalah ‘musuh ketat’.

Asia Pasifik menjadi hidangan istimewa kerana  ekonomi dan strategi politik. Pada tahun 2016, Tabung Kewangan Antarabangsa membuat unjuran kadar pertumbuhan ekonomi dimana kadar pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik akan berkembang sebanyak 5.3% berbanding unjuran pertumbuhan ekonomi global iaitu 3.2%.

Gugusan Kepulauan Spratly menjadi kawasan tuntutan China. China telah membina lapangan terbang tentera mereka. Kepulauan Spratly juga dituntut oleh Brunei, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Taiwan. Kawasan gugusan Kepulauan Spratly sangat strategik dari segi ketenteraan dan sumber ekonomi. Kawasan ini dikatakan mempunyai sumber petroleum yang banyak dan sangat sesuai untuk industri pelancongan serta perusahaan burung walit.

Amerika cuba bertapak kembali di Filipina dengan permohonan mewujudkan kembali pengkalan tentera di Filipina. Presiden Filipina yang baru menolak permintaan Amerika. Filipina adalah sekutu rapat Amerika  dilihat bermasalah apabila Presiden baru Filipina, Presiden Rodrigo Duterte bersikap dingin dalam hubungan diplomatik dengan Amerika. Pada 20 Oktober 2016, Presiden Rodrigo Duterte telah menandatangani satu perjanjian dengan China, Presiden China, Xi Jinping.

Di Vietnam, Rusia memohon untuk mewujudkan pengkalan tentera. Pemerintah Vietnam menolak permohonan Rusia. Vietnam dicengkam ekonomi oleh Amerika Syarikat. Eksperimen memasuki dunia ekonomi kapitalisme menyebabkan Vietnam terperangkap dalam perangkap ekonomi kapitalis dunia. Bank Dunia, IMF, bank-bank, Kelab Paris dan syarikat-syarikat antarabangsa memeras ugut ekonomi Vietnam antara menerima tawaran ekonomi dengan melakukan pembayaran atau diseksa melalui tindakan ekonomi. Hanoi sendiri terpaksa membayar hutang Vietnam Selatan kepada Amerika. Vietnam membayar hutang kepada Amerika yang mereka tewaskan!. Begitulah keanehan dunia.

Di Thailand, pendirian Raja Thailand yang baru boleh menentukan hala tuju hubungan diplomatik antara China atau Amerika. Raja Thailand sebelum ini pro Amerika.

Ancaman Kuasa Ekonomi Baru Dunia

Brazil, Rusia, India dan China (BRICs, istilah dicipta oleh Jim O’Neil pada tahun 2001 – kemudian ditambah dengan Afrika Selatan) dilihat berpotensi menjadi kuasa ekonomi baru dunia. Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (Shanghai Cooperation Organisation-SCO) atau Shanghai Pact menjadi medan perbincangan dan kerjasama persoalan ekonomi, politik dan ketenteraan menjadi mimpi ngeri kepada Amerika Syarikat. SCO dianggotai oleh China, Kazakhstan, Republik Kyrgyz, Rusia, Tajikistan, Uzbekistan, India dan Pakistan. Keadaan ini dilihat memberi cabaran kepada Amerika Syarikat.

Kekuatan ekonomi Negara BRICs dan gabungan negara SCO bakal menggugat Amerika Syarikat. Menurut Bank Dunia, pada tahun 2008, KDNK China sahaja bernilai $4.6 trilion. Pada akhir tahun 2014, ia adalah bernilai $ 10.4 trillion. Berlaku peningkatan hampir 130 peratus dalam tempoh enam tahun manakala pertumbuhan ekonomi India pada tahun 2008 hingga 2014 meningkat sebanyak 65% kepada $ 2 trilion. Goldman Sachs mengunjurkan gabungan KDNK keempat-empat negara BRICs iaitu China, Brazil, Rusia dan India boleh mengatasi gabungan KDNK negara G7 menjelang tahun 2035. Kekerapan kemelesetan ekonomi global akhir-akhir ini menyebabkan keberangkalian pencapaian tersebut semakin cepat iaitu menjelang tahun 2027.

Ekonomi China diperkukuh dengan kewujudan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dengan Negara-negara ASEAN + India, Korea Selatan,Jepun, Australia dan New Zealand. Selain China, Rusia juga membina kekuatan sendiri dengan menubuhkan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEC) yang disertai oleh anggota awal seperti Rusia, Belarus dan Kazakhstan.

SCO dan BRICs menjadi kumpulan yang kuat akan memberi kekuatan kepada China untuk menandingi AS. China kaya dengan petroleum dan simpanan dolar. China mengasaskan Asian Infrastructure Investment Banking (AIIB) dengan modal 1 billion Yuan untuk menandingi Bank Pembangunan Asia (ADB) milik Bank Dunia. AIIB juga alternatif kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Di Benua Afrika, pelaburan China berlaku cukup pantas dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 50% dalam setahun. Sebanyak 48 buah negara di Benua Afrika mempunyai hubungan diplomatik dengan China. Dalam perjanjian kemuncak tahun 2006 antara Afrika-China, Kerajaan Cihina menawarkan $5 billion dalam bentuk pinjaman dan kredit kepada negara-negara Afrika, menubuhkan dana sebanyak $5 billion untuk merangsang pelaburan China di Afrika, melupuskan hutang negara Arika dengan China dan melatih 15000 profesional kalan penduduk benua Afrika.

Gabungan SCO-BRICs dan EEC jelas mampu menewaskan ekonomi Amerika dan Kesatuan Eropah. Kekuatan SCO-BRICs-EEC terletak pada China dan Rusia.

.Pivot Amerika Syarikat (Pivot)

Projek Pivot Untuk Asia dibincangkan secara meluas setelah Presiden Obama mengumumkan dalam ucapanya di Parlimen Australia pada tahun 2011. Antara tujuan Pivot untuk melakukan pengimbangan semula pengaruh Amerika di Asia Pasifik setelah banyak memberi tumpuan di Timur Tengah.

Banyak pihak menyatakan bahawa Pivot bertujuan mengepung atau mengekang China daripada mendominasi ekonomi dan tentera di Asia Pasifik. Ia melibatkan pergerakan tentera ke rantau Asia Pasifik. Menurut Panglima Pasukan Pasifik Tentera AS Laksamana Samuel J Locklear III, pengimbangan semula itu sebenarnya digunakan untuk memastikan kepada rakyat Amerika bahawa Asia dalam keadaan stabil. Ia bukan ancaman kepada negara-negara Rantau Asia Pasifik terutamanya Negara China tetapi peluang untuk kerjasama negara-negara Asia Pasifik dalam melahirkan lingkungan yang lebih aman dan stabil.

Sayap ‘ekonomi’ utama Projek Pivot ini ialah TPPA adalah singkatan bagi Trans-Pacific Partnership Agreement, satu perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan melibatkan 11 negara lain termasuk Malaysia. Negara yang terlibat dalam perjanjian ini ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat. Tujuan TPPA membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli lain. Ini bermakna TPPA akan mengurangkan halangan perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara yang terlibat.

Apa yang menimbulkan persoalan tentang TPPA adalah semua perbincangan dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian itu dimeterai. China tidak termasuk dalam perjanjian ini. Ini mewujudkan persoalan adakah benar TPPA sayap Pivot melawan OBOR?.

Pada 2013, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik TPPA dengan menyifatkan perjanjian itu sebagai perkongsian tidak sama rata. Antara kenyataan beliau dalam blognya:

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.”

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme,"

"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar”

 

One Belt One Road (OBOR)

Pada tahun 2013, Presiden China iaitu Xi Jinping membentangkan rancangan Silk Road Economic Belt dan 21st Century Silk Road atau lebih dikenali sebagai One Belt One Road (OBOR). One Belt One Road memberi maksud One Belt iaitu (Silk Road) laluan sutera, sementara One Road pula merujuk kepada (Maritime Road) iaitu laluan laut yang pernah dipelopori semasa era Dinasti Ming ketika zaman Zheng He ataupun Cheng Ho. Laluan laut ini merentas daripada China ke Asia Tenggara sehingga ke pantai Timur Afrika. Secara geografinya projek OBOR ini akan menghubungkan jalan darat dan jalan laut. Di mana jalan darat melalui Silk Road Economic Belt akan menghubungkan China, Asia Tengah, Rusia dan juga Eropah.

Dengan OBOR, kepimpinan China mengejar tiga matlamat utama:

1. kepelbagaian ekonomi

2. kestabilan politik dan

3. penguasaan politik global

Dari perspektif ekonomi, China berusaha membangunkan perdagangan baru, pasaran dan sumber tenaga yang akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada kuasa besar yang lain.  Pengalaman dikecewakan dalam krisis ekonomi dunia tahun 1997 telah memberi pengajaran berguna kepada China mengumpul rizab mereka sendiri.

Kerajaan China berusaha menguasai nadi ekonomi sesebuah negara. Mereka membeli aset-aset strategik negara terbabit seperti kawasan perlabuhan, landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, stesen janakuasa tenaga, kawasan galian minyak dan gas asli. Dengan kekuatan rizab tunai China yang banyak iaitu sebanyak 12 trilion digunakan dalam pelaburan OBOR, mereka cuba menukar rizab tunai tersebut kepada aset-aset.  Kerajaan China juga cuba membeli bond-bond sesebuah negara.

Kekuatan perniagaan, pelaburan dan kewangan Negara China berupaya menggugat negara-negara lain. Negara China antara negara pemiutang yang paling besar di dunia.  Apabila Norway menganugerahkan pembangkang Cina Liu Xiaobo Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2010, China secara mendadak menurunkan pembelian ikan salmon dari Norway dan menghentikan rundingan perdagangan. Apabila ketegangan meningkat antara Filipina dan China berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan, China biarkan pisang Filipina membusuk di pelabuhannya.

Dari segi politik, kepimpinan China berharap inisiatif OBOR dapat mewujudkan kestabilan politik wilayah Barat China dan  menyelesaikan masalah sempadan dengan Pakistan dan Afghanistan. China telah meningkat pelaburan infrastruktur di kawasan lingkaran OBOR.

Matlamat menyeluruh OBOR adalah penglibatan aktif China bahagian aktif dalam politik antrabangsa. China mahu memainkan peranan yang membina dalam pembaharuan sistem antarabangsa. OBOR membolehkan kepimpinan China bercakap tentang sebuah "komuniti matlamat yang sama", strategi “kerjasama menang-menang”, "kemajuan dan kemakmuran bersama" dan juga menegakkan prinsip PBB tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Modal sejarah dan jaringan diaspora Cina di luar negara menjadi kekuatan mengukuhkan dan menjayakan OBOR. China mengembalikan semula kegemilangan negara China mengikut ukuran sejarah perdagangan mereka zaman dahulu. Sebagai contoh, mahu menguasai wilaya-wilayah yang dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho.

Jaringan diaspora Cina (huq qio) digerakkan melalui sentimen kecinaan, kongsi gelap dan persatuan-persatuan Cina (perkauman, keluarga dan perniagaan). Ia selaras dengan konsep ‘pulang ke pangkuan Maharaja’ iaitu satu kesetiaan dan ketaatan kepada Tanah Besar China. Dimana-mana ada diaspora Cina, disitulah tanah-tanah (wilayah) dikuasai oleh China. Sebagai contoh, keluarga Tanoto telah menyumbangkan dana berjumlah RMB 100 juta kepada projek latihan dan pembangunan OBOR. Keluarga Tanoto adalah keluarga diaspora Cina yang menetap di Indonesia yang menguasai banyak sektor ekonomi Indonesia.

 

 

Pivot vs OBOR: Malaysia Menjadi Kambing Hitam?

Dari segi sejarah, Malaysia dianggap sebagai wilayah ke 19 China. Dibawah adalah cebisan tulisan Ustaz Asyraf Farique,

Rupert Emerson pada tahun 1934 menulis dalam sebuah makalah berjudul, ‘The Chinese in Malaysia’, di mana Tanah Melayu pada waktu itu dianggap sebagai wilayah ke 19 negara China. Wilayah ke 19 itu diistilahkan sebagai tera irredenta atau secara umumnya lebih difahami sebagai sebahagian daripada wilayah yang belum lagi ditebus sebagai hak milik. Hal ini juga disebutkan dalam buku ‘The Formative Years of Malaysian Politics’ tulisan Charles Shumaker yang menyebut ada propaganda yang mengatakan bahawa Tanah melayu akan dijadikan wilayah ke 19 oleh China. Beliau juga memetik kata-kata Gabenor Guillemard yang berkongsikan tulisan dalam Trivial Fond Records 8 tahun selepas bersara (Pesuruh Jaya Tinggi British di Malaya pada tahun 1920)”

Hubungan ekonomi dan diplomatik antara Malaysia dengan China semakin aneh selepas kehilangan MH370 yang melibatkan ramai penumpang dari China. Malaysia bagaikan terpaksa hadiah Panda dari China dengan perjanjian yang tidak menguntungkan.

Mutakhir ini, syarikat-syarikat besar  dari China datang melabur ke Malaysia secara besar-besar. Mereka cuba menguasai aset-aset negara. Malaysia seronok dengan pelaburan ini. Keanehan berlaku apabila syarikat-syarikat in membuat pinjaman dengan bank Malaysia di Malaysia bukannya membawa nilai wang mereka melabur di Malaysia.

Dewan Rakyat diberitahu pelaburan langsung asing dari China dalam sektor perkilangan dari 2009 sehingga 2015 berjumlah RM13.6 bilion.

Portal Asia Sentinel mendakwa Kerajaan Malaysia telah meminta China membantu melindungi kerugian 1MDB. Syarikat milik Kerajaan China, China Communications Construction Company (CCCC) telah membayar AS$850 juta ke atas aset 1MDB. CCCC dianugerah kontrak penbinaan landasan rel keretaapi East Coast Rail Line (ECRL). CCCC juga mendapat pengecualian GST dan cukai pendapatan selama 10 tahun.

China Railway Group Ltd. (CREC) akan melabur sebanyak AS$2 bilion (RM8.12 bilion) untuk membina pusat serantaunya di Bandar Malaysia di sini.

China Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah firma nasional dan anak syarikatnya, China Harbour Engineering Company Ltd, (CHEC) berminat untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China. Ini termasuk penandatanganan MOU antara Schneider Electric (China) Investments Co Ltd dan Curtin University, Sarawak mengenai Projek Ladang Solar, antara Metro Kajang dan Guoao Investment and Development Co Ltd mengenai projek pembangunan teknologi hijau dan antara Imaprima Sdn Bhd dan China Triumph International Engineering Co Ltd mengenai projek klinker simen.

Sektor hartanah mencatatkan pelaburan terbesar di Iskandar Malaysia dengan 33.4 peratus atau RM35.1 bilion diikuti sektor pembuatan sebanyak RM33.9 bilion. Sejak akhir-akhir ini, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik beberapa pelaburan besar dari syarikat China seperti pelaburan RM900 juta dari Country Garden Holdings Co Ltd di Iskandar Waterfront.

Selain itu, pada Disember tahun lepas, UEM Land Holdings telah menandatangani perjanjian dengan Chinamall Holdings Pte Ltd untuk membangunkan pusat pameran dan perdagangan bernilai RM562 juta di Nusajaya.

Iskandar Investment Berhad (IIB), yang bertanggung jawab membangunkan Medini, Nusajaya juga telah menandatangani perjanjian dengan pelabur hartanah daripada China.

Ia termasuk perjanjian pemaju hartanah China, Zhuoda Real Estate Group untuk membangunkan projek komersil dan perumahan bercampur yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM2.5 bilion.

 MoU yang ditandatangani mengesahkan daya tarikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai sebuah hab pelaburan antarabangsa. Ini termasuklah perjanjian antara dua pelabur baru dari China dan Malaysia yang telah memberi komitmen untuk melabur sebanyak RM1.58 bilion (USD395 juta) di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ) yang merangkumi Pelabuhan Kuantan, Kuantan, Gambang dan Pekan, Pahang. Dengan usaha sama yang terbaru ini, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk kini meningkat kepada RM15.08 bilion (USD3.77 bilion).

Antara pelabur yang baru termasuklah Guangxi Investment Group Co., Ltd., yang akan melabur sebanyak RM580 juta (USD145 juta) untuk membina kilang pengeluaran komponen aluminium dan LJ Hightech Material Sdn. Bhd., yang akan melabur sebanyak RM1 bilion (USD250 juta) untuk membina sebuah pusat pengeluaran berasaskan teknologi tinggi bagi menghasilkan panel konkrit untuk industri pembinaan dan serbuk getah yang diaktifkan. Kerja-kerja pembinaan untuk projek-projek ini di MCKIP dijangka bermula secara berperingkat pada suku pertama 2017. Apabila siap kelak, projek ini dijangka akan menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.”

Menurut Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia. Cai Zemin menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.

Pada 28 Oktober 2016, Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China. Menurut agensi berita Reuters tampalan itu ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu

Malaysia telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion. “Harga lelong” disebabkan 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi. Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja. IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu.

Kebanjiran syarikat-syarikat besar China menambah tekanan Kerajaan UMNO-BN yang menghadapi tekanan AS melalui TPPA dan skandal 1MBD. Jabatan Kehakiman AS (DOJ) melakukan penyiasatan dan saman sivil ke atas 1MBD, Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri Malaysia,  Riza Aziz.

Politik dalaman Malaysia juga parah apabila Kerajaan UMNO-BN bukanlah kerajaan yang kuat. UMNO sedang berpecah. BN keadaan paling lemah dalam sejarahnya. PAS baru selesai berkrisis. Pembangkang bangkit dibawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir dilihat mampu menjadi gabungan terkuat jika bergabung dalam PRU akan datang. Kelompok bukan Melayu, negeri Sarawak dan kelompok SEPILIS (Sekularis, Pluralis, Liberalis) mula melakukan desakan terhadap kerajaan untuk memenuhi agenda mereka. Majoriti rakyat dan penyokong UMNO-BN meluat dan hilang keyakinan (kecuali yang berkepentingan, makan budi dan makan dedak )dengan Dato Seri Mohd Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, pemimpin dan Menteri UMNO yang kurang bijak, kelemahan kepimpinan dan kelemahan pentabiran negara pada hari ini.

Akhir-akhir ini, rakyat Malaysia dihidangkan dengan isu autonomi Sabah dan Sarawak. Dalam tuntutan Bersih 5.0, hak Sabah dan Sarawak juga dimasukkan dalam tuntutan mereka. Sabah dan Sarawak mempunyai hak menuntut haknya untuk mendapat lebih kuasa autonomi bahkan hak kemerdekaan. Cuma kita berharap ia tidak membawa agenda asing yang boleh menjadikan suasana negara semakin huru hara termasuk di Sabah dan Sarawak sendiri.

Di Sarawak, kelompok Cina menguasai ekonomi Sarawak. Sibu umpamanya menjadi bandar Cina. Mereka juga mengahwini orang bumiputera untuk memperolehi tanah-tanah rizab.

Perairan Sarawak mula diacah-acah oleh kapal dari China. Kira-kira 100  kapal dan bot China bersama-sama kapal pengawal pantai negara dikesan menceroboh kawasan perairan Miri dan Bintulu. Mereka mula berada kawasan Beting Patinggi Ali, Sarawak dan mengancam nelayan tempatan.

 

Kesimpulan

Keganasan global berpunca daripada ekonomi dan penataran ideologi. Ia berkaitan persaingan ekonomi kuasa-kuasa besar dan akhirnya melibatkan politik atau lebih tepat ketenteraan. Dunia akhirnya terbahagi dua blok sama ada pro Amerika atau pro China.

Negara-negara Asia Pasifik seperti Malaysia dalam keadaan terhimpit untuk bersama Amerika atau China. Malaysia sendiri memerlukan China ekoran kelemahan pengurusan ekonomi di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Najib, isu 1MDB dan kebangkitan pembangkang yang disokong oleh Barat. Barat-Amerika dilihat memberi tekanan kepada kepimpinan Dato Seri Mohd Najib dalam isu saman sivil DOJ ke atas 1MDB dan tekanan TPPA yang bakal merugikan Malaysia.

Ada sesetengah pendapat menyarankan Malaysia mencari kuasa lain seperti Rusia sebagai penaung dalam menghadapi himpitan Amerika dan China. Terkini, Rusia menjadi sekutu utama China.

Secara peribadi, penulis berpendapat Malaysia perlu menghindari ketiga-tiga kuasa terbabit. Penulis menyarankan beberapa pendekatan seperti di bawah:

1. Membebaskan Malaysia daripada Korupsi (rasuah), Kronisme dan Nepotisme (KKN). Laksanakan hukuman mati kepada sesiapa mengambil rasuah berdasarkan bukti yang jelas dan diyakini. Perundangan boleh menghapuskan KKN. Pada waktu yang sama, pembudayaan anti-KKN perlu diperkasa melalui sistem pendidikan. Program Membabikan KKN wajar dilaksanakan dalam pembudayaan anti KKN.

2. Memperkasakan Ekonomi Kerakyatan yang lebih berfokus kepada pertanian dan sara diri. Mengurangkan kebergantungan sektor perindustrian dan perkilangan.

3. Memperkasakan Ekonomi Berkebajikan berdasarkan sumber ekonomi seperi waqaf untuk memacu pembangunan negara.

4. Bersedia merombak ekonomi berasaskan liberalisme-kapitalisme.

5. Memartabatkan kembali sistem Syura yang berasaskan kekuasaan Majlis Raja-raja Melayu.

6. Mengusulkan perjanjian khas wa’ad antara Raja-raja Melayu dengan rakyat jelata.

7. Tibalah masanya Malaysia memperkuatkan dan memartabatkan kembali Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Persidangan 8 Negara Membangun (D8) dan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

Kebarangkalian perang di Asia Tenggara begitu besar kerana faktor spontan atau semertanya ialah Kepulauan Spratly. Punbegitu ia mengambil waktu dan masa yang paling panjang untuk  melihat perang. Paling dekat ialah pemasangan proksi-proksi yang boleh menjayakan OBOR atau Pivot di negara-negara Asia Pasifik terutamanya Asia Tenggara.

Amerika mewujudkan watak-watak hero dan mendanai organisasi anak watan untuk bangkit atas nama kuasa rakyat untuk menentang pemerintah yang sedia ada. Badan-badan pemikir dan CIA merancang dan menyusun sekutu mereka.

Bersediakah kita mengalami taufan konflik di Asia Pasifik?


Beliau mengalakkan perpecahan persekutuan Arab Saudi kepada wilayah-wilayah tertentu. Kita melihat isu penting kerana setelah kemangkatan raja terakhir keturunan anak-anak Raja Saud, Arab Saudi dijangka mengalami pengolakkan politik ekoran pewarisan takhta. Ia boleh merebak kepada peperangan antara kabilah. Setelah itu, pepecahan keluarga diraja Saudi dijangka mempengaruhi kebangkitan rakyat atau konflik di negara-negara beraja di Rantau Arab.

 Penasihat Donald Rumsfeld yang berperanan menyiapkan laporan, ‘A clean break: A New Strategy For Securing the Realm pada tahun 1996 untuk Institute for Advanced Strategic and Political Studies (IASPS), sebuah badan pemikir yang mengariskan rancangan pencerobohan terhadap Syria.

 Projek Abad Baru Amerika

 Tulisan Hishamuddin Rais

 Kubu pertahanan di Pulau Spratly

 

1. Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

 

2. Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

 

3. Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

 

4. Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

 

5. China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.

 

6. Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

 

7. Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

 

8. Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

 

9. Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.

 

Sumber : http://www.nescafeais.com/pangkalan-tentera-udara-terapung-milik-malaysia-di-pulau-layang-layang/

 

 

 Pada tahun 1997, Vietnam mula membayar hutang Vietnam Selatan sebanyak $145 juta kepada Amerika Syarikat.

 Dakwaan bahawa CCCC terlibat dalam konspirasi rasuah menjadi berwibawa kerana ia telah diharamkan oleh Bank Dunia daripada mengambil bahagian dalam projek yang dibiayainya.

 

Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia mengumumkan sekatan ke atas CCCC dan anak-anak syarikatnya kerana melakukan penipuan dalam kontrak Fasa 1, Projek Penambahbaikan dan Pengurusan Jalan Raya Kebangsaan Filipina.

 

Di bawah sekatan yang diundurkan tarikh kepada 12 Januari 2009 itu, CCCC tidak layak mengambil bahagian dalam sebarang projek jalan raya dan jambatan yang dibiayai oleh Bank Dunia hingga 12 Januari, 2017.

 

Kes rasuah di luar negara yang melibatkan syarikat-syarikat negara China, khususnya CCCC, sudah diketahui ramai. Misalnya pada tahun 2014, dua pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Tanzania dihadapkan ke mahkamah kerana mengembungkan projek AS$523 juta (kira-kira RM2.1 bilion) yang kemudiannya diberikan kepada CCCC.

 

Diplomat dan eksekutif asing di Malaysia mula menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai pengaruh luar biasa syarikat China di negara kita.

 

Mereka berkata, walaupun mengalu-alukan persaingan tetapi mereka mendakwa tidak dapat bersaing jika syarikat dari China mendapat layanan istimewa atau menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan oleh piawaian antarabangsa.

 

Malangnya, semakin banyak negara dan kerajaan di dunia yang pelahap modal serta pelaburan China sehingga sanggup membelakangkan fakta dan berita negatif mengenai tindak-tanduk pelabur China.  http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/a-kadir-jasin/jangan-jadi-negara-lindungan-china-1.549453

 http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/syarikat-china-labur-8232-rm8-1b-di-bandar-malaysia-1.203172

 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/syarikat-china-bida-projek-ksr-kuala-lumpur-singapura-1.325253

 http://pmr.inform.gov.my/index.php/antara/9643-syarikat-china-berminat-melabur-di-malaysia.html

 http://www.astroawani.com/berita-bisnes/banyak-syarikat-dari-china-melabur-di-iskandar-msia-3308

 http://www.ecerdc.com.my/en/media_releases/taman-industri-kuantan-malaysia-china-tarik-pelaburan-baru-berjumlah-rm1-58-bilion-dari-negara-china-dan-malaysia/

 https://www.malaysiakini.com/news/360908

 Titah Raja Nazrin. 8/7/13

 Ia mengandungi Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. Kumpulan ini ditubuhkan selepas satu pengumuman di Istanbul, Turki pada 15 Jun 1997


Keganasan Global: Barat Memerangi Islam


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

4/11/2016

Neo-Imperialis Barat muncul melalui penataran ideologi dan penguasaan sumber ekonomi Petro-Dolar di dunia. Dalang penataran ideologi dan penguasaan ekonomi petro-dollar ini adalah Yahudi. Lebih tepat Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi.

Kedatangan proksi-proksi Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi dengan amal berkebajikan dan pemulihan demokrasi memberi imej baik kepada mereka. Cuma kita mestilah ingat, pertolongan dan bantuan diberi bertujuan memenuhi agenda yang ditentukan mereka. Walaupun ia dilihat perkara kecil dan baik, mereka mempunyai rancangan jangka panjang dalam mengubah pemikiran dan cara hidup rakyat sesebuah negara.

Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi merupakan sekelompok kecil pemegang dan penguasa ekonomi dunia telah membentuk Daulah Terpendam dalam mengatur dan menyusun dunia.

Hishamuddin Rais menulis,

“Oxfam - sebuah NGO antikemiskinan yang berpusat di United Kingdom telah membuat satu kajian. Oxfam mengumumkan kajiannya, yang mana pada tahun 2010, seramai 66 orang (enam puluh enam sahaja) yang terkaya dalam dunia ini telah menambah 44 peratus harta harta kekayaan mereka untuk menjadi 1.76 trilion dolar.Jumlah harta 66 orang ini sama dengan jumlah harta 3.5 bilion warga dunia ini”

“Sosok-sosok ini bersama syarikat milik mereka berjaya menggunakan hukum dan hakam untuk ‘menyorokkan’ 7.6 trilion dolar. Justeru mereka berjaya melarikan diri dari cukai. Jumlah cukai yang dilarikan ialah 160 bilion dolar.”

Kita mesti jelas matlamat Barat ialah penguasaan ekonomi dan politik. Penguasaan politik melalui penataran ideologi ke negara-negara tertentu. Tiga teras utama penataran ideologi ialah [1] demokrasi, [2] hak asasi manusia, dan [3] kebebasan (bersuara, berorganisasi, media massa dan lain-lain). Penataran  ideologi secara automatiknya menghadapi cabaran besar kerana ia berdepan dengan budaya yakni cara berfikir dan cara hidup masyarakat tempatan. Sesetengah sarjana menamakan pembaratan iaitu proses pemindahan nilai-nilai budaya asing ke dalam amal hidup budaya tempatan. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan dan konsep. Semua konsep, istilah dan pendekatan tersebut dilihat proses pemaksaan menerima produk nilai-nilai budaya Barat ke dalam budaya masyarakat tempatan. Sebagai contoh, kewujudan istilah dan konsep globalisasi, Muslim Demokrat, Modernisme dan Pasca Islamisme.

Pertentangan paling hebat dalam penataran ideologi ini ialah Islam. Islam bukanlah agama sebagaimana difahami dan didefinisikan oleh Barat. Islam itu ialah satu cara hidup yang menyebabkan umat Islam sukar dan menolak penataran ideologi yang cuba mengubahkan kerangka pemikiran dan akhlak umat Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

‘Ideologi’ yang saya maksudkan disini adalah Barat. Barat  bukan pada kawasan geografi tetapi alam fikiran atau pandangan hidup. Pandangan hidup Barat ada kerangka pemikiran yang tersendiri. ‘Ideologi’ ini umpama arak-candu yang mengasyikkan, mengkhayalkan dan ‘ibu segala kejahatan’. Memenuhi sedikit kehendak ideologi bakal membuka pengaruh kepada cara hidup dan cara berfikir seseorang secara holistik. Jika kita mengambil contoh komunisme, ia bukan sekadar ‘ideologi’ tetapi satu cara hidup dan cara berfikir mencakupi sosial, ekonomi dan politik.

Pemikiran Barat kadangkala dilihat bertentangan antara satu sama sebagai contoh antara Kapitalisme dengan Sosialisme tetapi kerangka pemikiran tetap mempunyai sifat yang sama. Kerangka pemikiran Barat mempunyai sifat tertentu seperti di bawah:

1. Kebenaran relatif. Di Barat, mereka mencari-cari kebenaran. Mencari kebenaran di Barat lebih penting daripada kebenaran itu sendiri. Justeru, mereka suka kepada hipotesis dan berwacana tanpa noktah.

2. Dualisme.

3. Sangkaan.

4. Keraguan

5. Trajedi

Perang dan Revolusi

Menegakkan demokrasi dengan pendekatan peperangan dan revolusi adalah satu jenayah kemanusiaan yang dahsyat kerana menghalalkan keganasan, kezaliman, penindasan dan kemusnahan sesebuah negara dan rakyat.

Kelahiran disebalik Daesh-ISIS dan al-Qaeda-Taliban serta watak hero yang memimpin kedua-dua buah organisasi tersebut berpunca daripada Barat-Amerika sendiri. Mereka memberi bantuan, sokongan, kewangan dan latihan sehingga menjadi organisasi yang kuat menentang rejim melalui peperangan. Setelah organisasi tersebut tidak terkawal, jalan penyelesaiannya adalah memerangi organisasi tersebut atas alasan memerangi pengganas.

Michael Field dalam bukunya Inside The Arab World menyatakan ‘kesatuan adalah sesuatu yang tidak wujud di kalangan negara-negara Arab walaupun Liga Arab ditubuhkan sejak tahun 1945 bagi menjalinkan integrasi dikalangan 22 anggotanya”. Tanpa kesatuan bangsa Arab atas nama Islam, dunia akan tetap berada dalam keadaan huru-hara.

Kemuncak fitnah ke atas Islam dan umat Islam pada 11 September 2001. Waktu itu, di saat orang masih melelapkan mata, lima pesawat telah merempuh menara kembar World Trade Center (WTC) New York, sayap kanan Pentagon (Washington) dan dua pesawat lain jatuh di Pennsylvania. Lebih kurang 3000 orang terkorban dalam trajedi terbesar tahun itu.

Detik 9.30 malam waktu Afghanistan pada hari Isnin, 8 Oktober 2001 serangan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan telah dilancarkan. Ia misi pemburuan terhadap Osman Ben Laden, al-Qaeda dan pemusnahan Taliban. Afghanistan musnah dan peperangan berterusan. Hamid Karzai, boneka Amerika dilantik sebagai Presiden Afghanistan.

Tiga tahun sebelum trajedi 9/11 iaitu tanggal 10 Mac 1998, kelompok neo-con sedang merancangkan menjadikan Saddam Husein mangsa peperangan. Kelompok ini kemudiannya merealisasikan Projek untuk Abad Baru Amerika (PNAC) yang dicadangkan tahun 1997. Tiga tokoh penting yang berasal dari Parti Republikan, sempat menimba pengalaman di era pemerintahan Bill Clinton dari Parti Demokrat. Tiga tokoh utama Neo-Con itu ialah Donald Rumsfeld, Dick Cheney dan Paul Wolfowitz.

Dalam surat terbuka yang mereka sampaikan kepada Presiden Clinton dan Kongres pada tahun 1998, kelompok itu memohon pemerintah AS menggulingkan rejim Saddam Hussein.

Daripada 18 orang menandatangani surat itu, 10 orang berada pemerintahan Bush. Selain Rumsfeld dan Paul Wolfowitz, Richard Armitage, John Bolton, dan Zalmay Khalilzad penghubung Rumah Putih dengan pembangkang Iraq. Pemimpin lain seperti William Kristol, editor majalah Weekly Standard yang konservatif dan  Richard Perle.

Kebangkitan Arab Springs iaitu kebangkitan rakyat yang dahagakan pemulihan demokrasi melanda negara-negara Arab. Arab Springs dilihat kesinambungan revolusi warna yang melanda Eropah Timur. Arab Springs bermula di Tunisia merebak ke Bahrain, Mesir, Libya, Yaman dan Syria. Di Libya, Syria dan Yaman, ia melibatkan peperangan yang tidak berkesudahan. Rakyat berada dalam keadaan menderita.

Kemuncaknya, pendekatan revolusi dan peperangan, munculnya peperangan proksi di Syria dimana Bashar disokong oleh Rusia menentang FSA (pembangkang Syria) yang disokong oleh Amerika dan ISIS/Daesh serta kumpulan-kumpulan Mujahidin. Pada waktu yang sama, FSA menentang Bashar, Daesh dan kumpulan Mujahidin. Masing-masing berperang sesama sendiri dan berlaku campur-tangan Amerika, Rusia, Turki dan China. Perang Proksi merebak ke Yaman antara Houthi disokong oleh Iran dan Kerajaan Yaman disokong oleh Saudi disamping Pihak Pembebasan Yaman Selatan.

Pendanaan Asing

Polisi atau dasar sesebuah kerajaan di Barat dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dikemukakan oleh badan pemikir dan sarjana mereka. Hasil laporan ini membentuk teori-teori dan tindakan Barat.

Kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan syarikat besar Barat adalah penyumbang dana untuk menjayakan kajian dan melaksanakan hasil kajian. Dana dalam bentuk [1] geran kewangan, [2] biasiswa dan [3] latihan pengkaderan. Dana diberikan kepada individu dan organisasi masyarakat sivil serta media dalam suasana damai dan aman. Bantuan ketenteraan (termasuk latihan dan kontraktor peperangan) diberi kepada kumpulan penentang bagi pendekatan revolusi dan perang.

Antara organisasi bukan kerajaan Barat ialah National Endowment Democracy (NED) dan Open Society Foundations (OSF). Setiap organisasi ini mempunyai matlamat dan KPI tertentu untuk dicapai. Justeru dana diberikan kepada organisasi masyarakat sivil tempatan yang boleh memenuhi aspirasi dan tujuan mereka.

Pendanaan asing adalah kesinambungan misi dan pendekatan kristianisasi. Mereka mahu mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat tempatan secara evolusi dan damai. Jika perlu, barulah revolusi dilakukan.

Dalam kes Malaysia, OSF dibawah George Soros menyatakan jumlah pembiayaan di Malaysia adalah sekitar AS$700,000 setiap tahun dan menegaskan bahawa semua aktiviti adalah bukan partisan.

"Kerja-kerja Open Society Foundations memberi tumpuan dalam memperkasakan komuniti yang suara mereka penting tetapi sebahagian besarnya tercicir daripada perbahasan sekitar demokrasi dan keadilan sosial di Malaysia, seperti golongan muda, orang asli dan wanita.” (Malaysiakini)

Kelihatan aktiviti OSF di Malaysia dilakukan secara damai dan ingin menegakkan kebaikan. Hakikat sebenarnya ialah mereka mahu mengubah cara berfikir dan cara hidup atau paling tepat memalingkan diri kita daripada Iman, Islam dan kebudayaan tempatan.

 

Mencipta Watak Hero Dalam Kalangan Umat Islam

Osama Bin Laden (al-Qaeda) dan Abu Bakr al Baghdadi (Daesh-ISIS) antara watak-watak ciptaan Barat. Kebanyakan watak-watak hero ciptaan Barat dilatih, dikader dan disokong oleh Barat. Mereka membentuk organisasi yang mengunakan kekerasan dan keganasan serta wajib dilihat sebagai tindakan menentang Barat. Justeru, lagi mudah Barat bertindak menghalalkan cara dalam menangani keganasan.

Barat juga menyokong pemimpin tertentu yang mencetuskan revolusi atau menentang secara demokrasi dalam menumbangkan sesebuah kerajaan. Saddam Husein dan Muammar Ghadafi pada peringkat awal mendapat dokongan penuh Barat dan akhirnya ditumbangkan oleh Barat.

Barat juga menyokong pemimpin yang membawa aspirasi, cita-cita, impian dan kehendak Barat. Mana-mana pemimpin yang meninggalkan perjuangan Islam adalah selamat dan dibantu dalam perjuangannya.

Kita seringkali terkeliru dengan watak Islamis berjiwa Barat atau watak Barat berjiwa Islami. Lagi mengelirukan apabila watak-watak pro Barat berhujah mengunakan hujah al-Quran dan as-sunnah. Mereka bagaikan ‘sesumpah’ yang pragmatis kerana pandai bercakap berdasarkan audien. Mereka wira rakyat di negara sendiri dan mereka jagoan di Barat. Mereka seringkali mengikut irama yang dialunkan oleh Barat..

 

Promoter Demokrasi Vs Prosedur Demokrasi

Hishamuddin Rais menulis,

Prosedur demokrasi bermakna kita memiliki prosedur untuk demokrasi. Kita ada prosedur untuk pilihan raya - ada parlimen - ada Dewan Rakyat, ada Dewan Negara, ada Dewan Negeri. Kita juga ada lembaga seperti SPRM, ada peguam negara, ada PDRM, ada mahkamah dan pelbagai lembaga daulah. Malah jika kurang yakin, Malaysia juga ada Suhakam.”

“Lembaga-lembaga ini diwujudkan untuk melahirkan ilusi bahawa kita bebas. Bahawa kita mengamalkan demokrasi. Walhal semuanya ilusi. Semua ini hanya topeng. Lembaga-lembaga ini dipilih, dilantik dan dinobatkan oleh kumpulan elit politik dan elit ekonomi yang mengawal Malaysia.” (Malaysiakini)

Manakala promoter demokrasi mendapat bantuan demokrasi untuk menyebar dan menegakkan serta memulihkan demokrasi di sesebuah negara.

Pertentangan antara promoter demokrasi dengan ‘prosedur demokrasi’ umpama pertentangan Komunisme dengan Kapitalisme. Akar pertemuannya adalah sama iaitu materiaisme dan humanisme. Promoter Demokrasi dan Prosedur Demokrasi adalah regalia memenuhi kehendak Barat.

 

Ia Bukan Sekadar Demokrasi

Prof. Madya Dr. Takiyuddin Ismail,

Penyebaran program “liberalisme, pluralisme dan LBGT” bukan merupakan tumpuan utama promoter demokrasi di Malaysia. Ia hanya mewakili cebisan yang begitu kecil kecil dari dana keseluruhan yang diperuntukkan. Promoter demokrasi sememangnya memahami kekangan ini dan berhati-hati untuk tidak mengabaikan konteks tempatan.” (Malaysiakini)

Penataran ideologi bersifat pakej iaitu penataran cara hidup dan cara berfikir-pandangan hidup kerangka pemikiran Barat. Ia  bukan sekadar demokrasi, ia bersekali dengan segala yang ada dalam pakej Barat termasuk penghalalan LGBT, pluralisme, kebebasan beragama-murtad dan segalanya. Demokrasi hanyalah pintu kepada Barat untuk masuk ke dalam sesebuah negara. Secara evolusi ia akan memusnahkan konteks tempatan.

 

 

Kerangka Pemikiran Islam

Penulis mengemukakan Kerangka Pemikiran Islam yang telah dinyatakan oleh Imam Junayd al-Baghdadi, Imam Hassan al-Banna, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Imam al- Baghdadi menyatakan Rukun Asas Ahli Sunnah Wal Jamaah yang pada panadangan penulis wajib ada dalam kerangka pemikiran Islam ialah,

1. Mengenali hakikat dan ilmu secara khusus dan umum

2. Mengenali hakikat maklumat tentang barunya alam ini dan bahawa ia terbahagi dua: alam jasmani dan alam sifat.

3. Mengenali pencipta alam dan sifat-sifat Zat-Nya.

4. Mengenali sifat-sifat-Nya yang azali

5. Mengenali nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya.

6. Mengenali keadilan dan hikmat-Nya

7. Mengenali Rasulullah SAW dan para Nabi-Nya

8. Mengenali mukjizat para nabi dan karamat para wali-Nya

9. Mengenali rukun-rukun Syariah Islam yang disepakati

10. Mengenali hukum-hukum yang berbentuk perintah, larangan dan taklif

11. Mengenali tentang kefanaan manusia dan keadaan mereka di akhirat

12. Mengenali sistem khilafah, kepimpinan dan syarat-syaratnya

13. mengenali hukum-hakam tentang iman dan Islam secara umum

14. Mengenali para wali dan martabat orang-orang bertaqwa

15. Mengenali hukum-hakam tentang musuh Islam yang terdiri daripada kuffar dan golongan yang menyeleweng.

 

Imam Hassan al-Banna menyatakan Usul 20 Rukun Faham,

1. Islam adalah sistem yang menyeluruh, yang menyentuh seluruh segi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemerintah dari umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan jihad dan dakwah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana juga ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih.

2. Al-Our’an yang mulia dan Sunnah Rasul yang suci adalah tempat kembali setiap muslim untuk memahami hukum-hukum Islam. Ia harus memahami Al-Qur’an sesuai dengan kaedah-kaedah bahasa Arab, tanpa takalluf (memaksakan diri-memberat-beratkan) dan ta’assuf (membuta-tuli). Selanjutnya ia memahami Sunnah yang suci melalui rijalul hadits (perawi hadits) yang terpercaya (thiqah).

3. Iman yang benar, ibadah yang sahih, dan mujahadah (kesungguhan dalam beribadah) adalah cahaya dan kenikmatan yang ditanamkan Allah di hati hamba-Nya yang Dia kehendaki. Sedangkan ilham, lintasan perasaan, ketersingkapan (rahsia alam), dan mimpi, ia bukanlah sebahagian dari dalil hukum-hukum syariat. Ia boleh juga dianggap dalil dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan teks-teksnya.

4. Tangkal, mantera (azimat), guna-guna, ramalan, perdukunan, penyingkapan perkara ghaib, dan semisalnya, adalah kemungkaran yang harus diperangi, kecuali mantera dari ayat Qur’an atau ada riwayat dari Rasulullah saw.

5. Pendapat imam atau wakilnya tentang sesuatu yang tidak ada teks hukumnya, tentang sesuatu yang mengandung ragam interpretasi, dan tentang sesuatu yang membawa kemaslahatan umum, boleh diamalkan sepanjang tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah umum syariat. Ia mungkin berubah seiring dengan perubahan situasi, keadaan, dan tradisi setempat. Yang prinsip, ibadah itu diamalkan dengan kepasrahan total tanpa mempertimbangkan makna. Sedangkan dalam urusan selain ibadah (adat-istiadat), maka harus mempertimbangkan maksud dan tujuannya.

6. Setiap orang boleh diambil atau ditolak kata-katanya, kecuali Al-Ma’shum (Rasulullah) saw. Setiap yang datang dari kalangan salaf dan sesuai dengan Kitab dan Sunah, kita terima. Jika tidak sesuai dengannya, maka Kitabullah dan Sunnah RasulNya lebih utama untuk diikuti. Namun demikian, kita tidak boleh melontarkan kepada orang-orang - oleh sebab sesuatu yang diperselisihkan dengannya-kata-kata caci maki dan celaan. Kita serahkan saja kepada niat mereka, dan mereka telah berlalu dengan amal-amalnya.

7. Setiap muslim yang belum mencapai kemampuan telaah terhadap dalil-dalil hukum furu’ (cabang), hendaklah mengikuti pemimpin agama. Meskipun demikian, alangkah baiknya jika -bersamaan dengan sikap mengikutnya ini- ia berusaha semampu yang ia lakukan untuk mempelajari dalil-dalilnya. Hendaknya ia menerima setiap tunjuk ajar yang disertai dengan dalil selama ia percaya dengan kapasiti orang yang memberi masukan itu. Dan hendaknya ia menyempurnakan kekurangannya dalam hal ilmu pengetahuan Jika ia termasuk orang pandai, hingga mencapai derajat pentelaah.

8. Khilaf dalam masalah fiqih furu’ (cabang) hendaknya tidak menjadi faktor pemecah belah dalam agama, tidak menyebabkan permusuhan dan tidak juga kebencian. Setiap mujtahid mendapatkan pahalanya. Sementara itu, tidak ada larangan melakukan studi ilmiah yang jujur terhadap persoalan khilafiyah dalam naungan kasih sayang dan saling membantu karena Allah untuk menuju kepada kebenaran. Semua itu tanpa melahirkan sikap egois dan fanatik.

9. Setiap masalah yang amal tidak dibangun di atasnya -sehingga menimbulkan perbincangan yang tidak perlu- adalah kegiatan yang dilarang secara syar’i. Misalnya memperbincangkan berbagai hukum tentang masalah yang tidak benar-benar terjadi, atau memperbincangkan makna ayat-ayat Al-Qur’an yang kandungan maknanya tidak dipahami oleh akal pikiran, atau memperbincangkan perihal perbandingan keutamaan dan perselisihan yang terjadi di antara para sahabat (padahal masing-masing dari mereka memiliki keutamaannya sebagai sahabat Nabi dan pahala niatnya) Dengan ta’wil (menafsiri baik perilaku para sahabat) kita terlepas dari persoalan.

10. Ma’rifah kepada Allah dengan sikap tauhid dan penyucian (Zat)-Nya adalah setinggi-tinggi tingkatan aqidah Islam. Sedangkan mengenai ayat-ayat sifat dan hadits-hadits shahih tentangnya, serta berbagai keterangan mutasyabihat yang berhubungan dengannya, kita cukup mengimaninya sebagaimana adanya tanpa ta’wil dan ta’thil, serta tidak memperuncing perbedaan yang terjadi di antara para ulama. Kita mencukupkan diri dengan keterangan yang ada, sebagaimana Rasulullah saw. dan para sahabatnya mencukupkan diri dengannya. “Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata, ‘Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.”‘ (Surah Ali lmran: 7)

11. Setiap bid’ah dalam agama Allah yang tidak ada asal prinsip tetapi dianggap baik oleh hawa nafsu manusia, baik berupa penambahan mahupun pengurangan, adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihancurkan dengan menggunakan cara yang sebaik-baiknya, yang tidak membawa kepada malapetaka yang lebih buruk.

12. Perbedaan pendapat dalam masalah bid’ah (idhafiyah), bid’ah (tarkiyah), dan iltizam terhadap ibadah mutlaqah (yang tidak diterapkan, baik cara maupun waktunya) adalah perbedaan dalam. masalah fiqih. Setiap orang mempunyai pendapat sendiri. Namun tidaklah mengapa jika. dilakukan penelitian untuk mendapatkan hakikatnya dengan dalil dan bukti-bukti.

13. Cinta kepada orang-orang yang shalih, memberikan penghormatan kepadanya, dan memuji karena perilaku baiknya adalah bagian dari taqarrub kepada Allah swt. Sedangkan para wali adalah mereka yang disebut dalam firman-Nya, “iaitu orang-orang yang beriman dan mereka itu bertaqwa.” Karamah pada mereka itu benar terjadi jika memenuhi syarat-syarat syar’inya. itu semua dengan suatu keyakinan bahawa mereka -semoga Allah meridhai mereka- tidak memiliki madharat dan manfaat bagi dirinya, baik ketika masih hidup mahupun setelah mati, apalagi bagi orang lain.

14. Ziarah kubur -kubur siapa pun- adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara-cara yang diajarkan Rasulullah saw. Akan tetapi, meminta pertolongan kepada penghuni kubur siapa pun mereka, berdoa kepadanya, memohon pemenuhan hajat (baik dari jarak dekat maupun dari kejauhan), bernadzar untuknya, membangun kuburnya, menutupinya, memberikan penerangan, mengusapnya (untuk mendapatkan barakah), bersumpah dengan selain Allah dan segala sesuatu yang serupa dengannya adalah bid’ah besar yang wajib diperangi. juga janganlah mencari ta’wil (baca: pembenaran) terhadap berbagai perilaku itu, demi menutup pintu fitnah yang lebih parah lagi.

15. Doa, apabila diiringi tawasul kepada Allah dengan salah satu makhluk-Nya adalah perselisihan furu’menyangkut tata cara berdoa, bukan termasuk masalah aqidah.

16. Istilah ‘(keliru) yang sudah mentradisi) tidak mengubah hakikat hukum syar’inya. Akan tetapi, ia harus disesuaikan dengan maksud dan tujuan syariat itu, dan kita berpedoman dengannya. Disamping itu, kita harus berhati-hati terhadap berbagai istilah yang menipu), yang sering digunakan dalam pembahasan masalah dunia dan agama. lbrah itu ada pada esensi di balik suatu nama, bukan pada nama itu sendiri.

17. Aqidah adalah asas amalan; amalan hati lebih penting daripada amalan fizikal Namun, usaha untuk menyempurnakan keduanya merupakan tuntutan syariat, meskipun kadar tuntutan masing-masingnya berbeda.

18. Islam itu membebaskan akal fikiran, mengesa untuk melakukan telaah(pemerhatian) terhadap alam, mengangkat derajat ilmu dan ulamanya sekaligus, dan menyambut hadirnya segala sesuatu yang melahirkan maslahat dan manfaat. “Hikmah adalah barang yang hilang milik orang yang beriman (mukmin). Barangsiapa mendapatkannya, ia adalah orang yang paling berhak atasnya. “

19. Pandangan syar’i dan pandangan logika memiliki wilayahnya masing-masing yang tidak dapat saling memasuki secara sempurna. Namun demikian, keduanya tidak pernah berbeda (selalu beririsan) dalam masalah yang qath’i (absolut) Hakikat ilmiah yang benar tidak mungkin bertentangan dengan kaidah-kaidah syariat yang tsabitah (jelas). Sesuatu yang zhanni (interpretable) harus ditafsirkan agar sesuai dengan yang qath’i. Jika yang berhadapan adalah dua hal yang sama-sama zhanni, maka pandangan yang syar’i lebih utama untuk diikuti sehinggalah pandangan akal itu thabit (kebenarannya), atau ia gugur dengan sendirinya.

20. Kita tidak mengkafirkan seorang muslim, yang telah mengikrarkan dua kalimat syahadat, mengamalkan kandungannya, dan menunaikan kewajiban-kewajibannya, baik kerana lontaran pendapat mahupun karena kemaksiatannya, kecuali jika ia mengatakan kata-kata kufur, mengingkari sesuatu yang telah diakui sebagai bahagian penting dari agama, mendustakan secara terang-terangan Al-Qur’an, menafsirkannya dengan cara-cara yang tidak sesuai dengan kaedah bahasa Arab, atau berbuat sesuatu yang tidak mungkin diinterpretasikan kecuali dengan tindakan kufur.

Mohd Rumaizuddin Ghazali menulis dalam laman Minda Madani menyatakan Syeikh Muhammad al Ghazali, anak murid Imam Hassan al-Banna mengatakan bahawa 10 perkara ini amat diperlukan oleh masyarakat Islam pada hari ini sebagai tambahan kepada Ta‘alim al- ‘Ishrun yang dikarang oleh Hassan al-Banna. Perkara-perkara itu adalah seperti berikut :

1. Wanita adalah gandingan lelaki. Menuntut ilmu adalah suatu tuntutan yang meliputi kedua-dua jantina, demikian juga gesaan ke arah melakukan kebaikan dan larangan dari melakukan perkara mungkar meliputi lelaki dan wanita. Wanita juga dalam batas kesopanan Islam - mempunyai hak untuk menyertai pembangunan masyarakat dan melindunginya.

 

2. Keluarga adalah asas survival akhlak dan sosial bagi ummah, ia merupakan pendukung tabie bagi generasi yang muncul. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama untuk mewujudkan suasana yang baik antara mereka berdua. Lelaki adalah ketua keluarga, tanggungjawabnya jelas seperti yang disyariatkan oleh Allah ke atas setiap individunya.

 

3. Manusia mempunyai hak material dan moral selaras dengan kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya serta kedudukannya yang tinggi di muka bumi ini. Agama Islam telah menjelaskan hak- hak tersebut dan menggesa supaya hak-hak itu dihormati.

 

4. Pemerintah- sama ada raja atau ketua negara - adalah petugas bagi rakyat dengan memelihara kepentingan agama dan keduniaan mereka. Kewujudan pemerintah berdasarkan pemeliharaan yang ditentukan itu serta berdasarkan kerelaan sebahagian besar rakyat memilihnya atau mentadbirkan mereka secara kuku besi.

 

5. Asas pemerintahan adalah syura, setiap bangsa berhak memilih cara melaksanakannya. Namun cara yang paling mulia ialah cara yang membawa keredaan Allah serta mengelakkan dari riya’, mengumpul harta, penipuan serta cintakan keduniaan.

 

6. Hak milik perseorangan adalah terjamin seperti diakui oleh syariat Islam. Ummah adalah asas yang satu dan tidak diabaikan suatu anggota pun daripadanya. Persaudaraan umum merupakan hukum yang menaungi setiap individu dalam jamaah dan urusan kebendaan dan moral tunduk kepadanya.

 

7. Keluarga negara-negara Islam bertanggungjawab mengenai dakwah Islamiah dan mencegah pendustaan ke atasnya, serta melindungi penganutnya daripada sebarang penganiayaan di mana sahaja mereka berada. Negara-negara Islam juga mesti berusaha untuk menegakkan pemerintahan khalifah dalam bentuk yang sesuai dengan kedudukan agama.

 

8. Perbezaan agama bukan menjadi punca perbalahan dan permusuhan, sebaliknya peperangan meletus apabila berlaku pencerobohan atau berlaku fitnah atau sekumpulan manusia dianiaya.

 

9. Hubungan orang-orang Islam dengan keluarga antarabangsa adalah berdasarkan piagam persaudaraan kemanusiaan yang murni. Orang- orang Islam melakukan dakwah berasaskan hujah dan kerelaan semata-mata dan tidak memendam kejahatan terhadap manusia lain.

 

10. Orang-orang Islam bersama lain-lain bangsa - tidak kira agama dan pegangannya- memberi sumbangan ke arah peningkatan manusia, sama ada dari segi kebendaan dan moral, iaitu bertolak dari kemurniaan Islam serta nilai-nilai yang diwarisi daripada nabi Muhammad s.a.w.

Inilah sepuluh perkara yang telah dicadangkan oleh Muhammad al-Ghazali sebagai panduan ke arah pembaharuan Islam.

 

Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali menulis, Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam mengutarakan pandangannya mengambil sumber asasi sebagai titik-tolak dalam karyanya. Sumber-sumber itu ialah:

 

a) Al-Qur’an : Al-Qur’an merupakan sumber utama dalam beliau menyampaikan dakwah. Al-Qur’an yang menjadi bacaan hariannya, pagi dan petang.

b) Al-Sunnah : Al-Sunnah merupakan sumber kedua selepas al-Qur’an. Beliau sentiasa mengambil hujah-hujah serta dalil-dalil daripada al-Sunnah dalam menerangkan makna al-Qur’an. Beliau juga sentiasa mempertahankan Sunnah daripada tangan-tangan yang ingin mencemar kedudukan Sunnah di sisi Islam.

 

c) Kisah-Kisah Sejarah : Sejarah ketamadunan manusia khusus sejarah tamadun Islam dan sejarah perjuangan Rasulullah sentiasa menjadi rujukannya. Muhammad al-Ghazali seorang peminat buku-buku sejarah khususnya sejarah Islam. Menurutnya, dari sejarah kita dapat mengetahui rahsia kemenangan umat Islam silam.

 

d) Ilmu-Ilmu Agama dan Sains Kemanusiaan : Pembudayaan ilmu yang meliputi segala bidang, sama ada pengetahuan agama, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan antarabangsa. Muhammad al-Ghazali merupakan graduan daripada Fakulti Usuluddin, iaitu fakulti yang mengajar pelbagai ilmu seperti Tafsir, Hadith, Falsafah, Akidah, Mantiq, Psikologi, Usul Fiqh, Sejarah, dan Tasawwuf. Oleh itu terdapat dalam dirinya ilmu-ilmu tersebut sebagai bekalannya dalam medan dakwah. Tambahan pula, beliau adalah graduan yang khusus dalam pengajian dakwah.

 

e) Realiti dan Prioriti : Muhammad al-Ghazali sentiasa melihat realiti dan prioriti (keutamaan) dalam menyampaikan dakwah sama ada realiti umat Islam setempat (Mesir), Realiti Serantau (dunia Arab), Realiti Dunia Islam dan Realiti Antarabangsa (Dunia Luar Islam).

Beliau menggabungkan kelima-lima unsur tersebut dalam menyampaikan dakwah sehingga dapat membentuk pemikiran yang bernas dalam menyelesaikan permasalahan ummah kini dengan pendekatan yang begitu mudah. Kelima-lima unsur ini terpancar dari nilai-nilai asas syariah Islam. Beliau juga melihat Fiqh al-Awlawiyyat dalam menyelesaikan tugas dakwahnya.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia menyatakan usul 30 dalam kefahaman tentang Islam yang boleh menjadi asas kerangka pemikiran Islam,

1. Ilmu yang mendalam dan kefahaman yang menyeluruh serta seimbang tentang Islam; sekira-kira jelas dua aspek utama: Pertama: Menyeluruh dan melengkapi. Atas dasar Islam merupakan Akidah & Syariah, Ilmu & Amal, Ibadah & Muamalat, Tsaqafah & Akhlak, Hak & Kekuatan, Dakwah & Negara, Agama & Dunia, Tamadun & Umat. Aspek kedua: Gandingan yang seimbang antara dua perkara yang tampak bertentangan tapi menjadi keperluan, seperti Rohani & Material, Ketuhanan & Kemanusiaan, Pemikiran dan Perasaan, Idealistik & Realistik, dan antara Individualisma & Sosialisma.

 

2. Keimanan bahawa Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabi yang sahih sebagai rujukan tertinggi dalam pensyariatan undang-undang dan membimbing halatuju kehidupan secara Islamik; dengan mengambil kira kepentingan memahami nas-nas Al-Quran dan Sunnah yang terperinci ataupun bersifat juz’iy dalam kerangka maqasid atau objektif syari’at yang yang bersifat kully.

 

 

3. Mengasaskan aqidah di atas keimanan kepada Allah serta Hari Akhirat, juga di atas Tauhid yang suci lagi tulen: tauhid Rububiyyah, Ilahiyyah, Hakimiyyah. Maka dengan itu manusia bebas daripada perhambaan sesama manusia dan perhambaan terhadap apa saja selain Allah. Ini juga menuntut keimanan bahawa Muhammad sebagai utusan Allah yang diutus dengan membawa risalah terakhir sedunia yang berkekalan dan dengannya Allah mengakhiri rantaian para Nabi-Nya.

 

4. Mendekatkan diri hanya kepada Allah semata-mata dengan ibadat yang Dia syariatkan. Memberikan penumpuan terhadap ibadat kepada Allah kerana ia merupakan matlamat penciptaan manusia. Ibadat ini merangkumi ibadat utama yang menjadi syiar agama iaitu Solat, Puasa, Zakat dan Haji seterusnya lagi seperti zikir, doa, istighfar. Selain itu hendaklah memberi penekanan terhadap Ibadat batin seperti niat yang jujur, ikhlas kepada Allah, takutkan Allah dan sebagainya. Ia merupakan asas kepada tasawuf hakiki yang berdiri di atas konsep ‘Jujur dengan Allah, Berakhlak dengan makhluk’.

 

5. Penyucian jiwa dan melawan hawa nafsu supaya ia dihias dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia yang diambil berat oleh Islam, sama ada akhlak individu ataupun bersifat masyarakat. Ini difahami dengan menolak pendirian mereka yang menganggap ibadat-ibadat syiar dan amalan ritual ialah segalanya, dan menolak juga pendirian mereka yang mengirakan akhlak dan dalaman merupakan segalanya tanpa perlu ibadat anggota luaran.

 

6. Penegasan kewajiban berdakwah dan seruan kepada Allah, amar ma’ruf nahy munkar, nasihat-menasihati dalam agama, berpesan-pesanan dan saling mengingatkan akan kebenaran dan kesabaran.

 

7. Meneguhkan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan; seperti: Keadilan, Syura, Kebebasan, Kemuliaan dan Hak Asasi Manusia.

 

8. Menghormati akal disamping wahyu. Menyeru kepada penggunaan akal untuk meneliti dan berfikir. Membentuk minda akademik. Memerangi jumud dan ikutan membabi buta terhadap warisan nenek moyang, tuan, orang besar atau orang awam. Menafikan percanggahan antara wahyu yang benar dengan akal yang jelas.

 

9. Memperbaharui agama dari dalam. Ini dengan memperbaharui kefahaman terhadap agama, memperbaharui keimanan terhadapnya, memperbaharui amal dengannya, memperbaharui seruan kepadanya. Tidak dapat tidak mestilah dengan menghidupkan semula konsep ijtihad yang merupakan nyawa kepada Syariah, dengan syarat ijtihad hendaklah daripada ahlinya dan pada tempatnya.

 

10. Seruan kepada Fiqh yang baharu: kefahaman terhadap alam semesta dan kefahaman dalam agama. Ini merangkumi beberapa jenis Fiqh yang dikehendaki: Fiqh Sunnah Alam, Fiqh Maqasid Syariat, Fiqh Ma’alat, Fiqh Muwazanat, Fiqh Aulawiyyat, Fiqh Ikhtilaf, Fiqh Tamadun, Fiqh Perubahan, Fiqh Realiti.

 

11. Menginsafi wanita dan bertindak adil terhadap mereka, memuliakan mereka, menjaga fitrah mereka, melalui penegasan terhadap ajaran Islam seperti memberikan wanita hak-hak, kedudukan dan nilai mereka. Ia juga direalisasikan dengan membebaskan mereka daripada dogma-dogma zaman gelap/mundur Islam dan juga keserakahan serangan tamadun barat yang mengeluarkan wanita daripada fitrah mereka serta tidak pula meraikan kewanitaan.

 

12. Menitikberatkan hal kekeluargaan sebagai unit asas masyarakat dan tiang seri kepada masyarakat sejahtera dengan menjaga hak-hak setiap pasangan suami isteri. Tidak menggalakkan perceraian kecuali dalam keadaan sudah pasti tidak dapat hidup bersama. Keharusan poligami dengan syarat-syarat dan etika-etikanya, tanpa meluaskan mahupun meniadakan. Meluaskan lingkungan keluarga agar merangkumi ‘Asobah dan kerabat dekat.

 

13. Membentuk masyarakat yang baik dan saling bantu-membantu. Masyarakat yang berdiri di atas persaudaraan, konsep bantu-membantu, berkasih sayang antara anggotanya. Orang kaya membantu orang miskin, orang kuat membantu orang lemah. Masing-masing saling menghulurkan sumbangan, memangkin sesama mereka.

 

 

14. Percaya dengan kewujudan Umat Islam, mesejnya, keabadiaannya hingga Hari Kiamat. Memberi kesetiaan kepada Umat Islam. Beriman pula dengan kewajiban kesatuan Umat berdasarkan persaudaraan iman antara individunya walaupun berbeza aliran dan mazhab. Mengirakan golongan yang berlainan dan pelbagai semuanya termasuk di dalam Umat yang satu selagi mana mereka Solat mengadap Kiblat, beriman dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi.

 

15. Membina negara yang adil pembawa dakwah Islam. Negara yang menggerakkan Umat kepada kebenaran dan kebaikan, menegakkan keadilan Allah di atas muka bumi, berpegang kepada hukum yang diturunkan Allah daripada Al-Kitab dan Al-Mizan, menghormati hak rakyat dalam memilih pemerintah, tanpa pemalsuan/penipuan kehendak rakyat, ataupun memaksakan pemimpin ke atas mereka sekalipun mereka tidak suka. Rakyat boleh menyoal dan muhasabah pemerintah. Rakyat boleh mengenepikan mereka dengan aman sekiranya perlu.

 

16. Menghindari tafsiq, takfir/mengkafirkan muslim seboleh mungkin, apatah lagi yang disebabkan takwilan tersendiri. Berbaik sangka dengan setiap mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, solat mengadap Kiblat dan tidak terbit daripadanya apa yang membatalkan Islam dengan yakin. Asasnya seorang muslim dilihat baik sebolehnya.

 

17. Menguatkan ekonomi Umat berdasarkan ilmu dan pengalaman, iman dan akhlak serta berusaha supaya ia saling melengkapi antara sendiri. Ekonomi ini dibina atas Fiqh Syariah dan Objektifnya(maqasid). Usaha secara praktikal bagi mengasaskan sistem Ekonomi Islam yang tersendiri, berlainan dengan ekonomi kapitalis dan komunis.

 

18. Percaya dengan mesti dan pastinya kepelbagaian, taaruf dan toleransi antara bangsa dan masyarakat. Yakin bahawa kemanusian adalah satu keluarga besar. Pentingnya saling hidup bersama dan hubungan antara tamadun, percantuman pengetahuan, interaksi antara satu sama lain, adaptasi daripada antara semuanya, tanpa segan mengerdil dan sombong bongkak.

 

19. Membina tamadun ilmu dan iman. Tamadun yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan, terbina di atas akhlak, dan bersifat universal. Menghimpunkan antara ilmu dan iman, rohani dan fizikal, menseimbangkan antara akal dan hati, menyambungkan bumi dengan langit. Membina keseimbangan dan keadilan antara individu dan masyarakat. Meninggikan kebenaran ke atas kekuatan.

 

20. Menaik taraf seni-seni dan menggunakannya bagi tujuan risalah Islam; Ruh seni ialah menjiwai keindahan dan meluahkannya dengan cara yang indah. Islam menyuburkan perasaan ini di dalam jiwa muslim. Seorang Muslim diajar supaya meneliti keindahan alam semesta serta diri manusia sendiri; atas perkiraan bahawa ia merupakan ciptaan Allah yang halus rekaannya dan amat teliti. Islam mengalu-alukan seni yang tinggi nilainya sama ada seni berasaskan pendengaran, penglihatan dan buatan. Seni ini digarap oleh Islam untuk tujuan kebenaran dan kebaikan, dijauhkan daripada menjadi alat membangkitkan nafsu shahwat yang murahan.

 

21.  Memakmurkan bumi; dengan merealisasikan pembangunan dan menjaga persekiran. Saling membantu dalam setiap perkara yang memudahkan manusia dan perkara yang menyebarkan keindahan dalam kehidupan. Semua ini dianggap sebagai ibadah dan jihad di jalan Allah.

 

22. Berdamai dengan mereka yang mahukan perdamaian dan jihad berperang dengan mereka yang melampau dan menindas. Menyedarkan umat bahawa Jihad difardhukan ke atasnya secara kewajipan fardhu ain bagi membebaskan tanahnya daripada penguasa asing yang mencengkam. Berusaha menghimpunkan segenap kekuatan umat, semua kelompok dan gerakan yang beramal ke arah memenangkan Islam, membangkitkan umatnya dalam satu barisan dan berdepan matlamat yang satu.

 

23. Mengambil berat tentang minoriti Islam seluruh dunia atas perkiraan bahawa mereka juga merupakan sebahagian daripada umat Islam. Umat seluruhnya hendaklah membantu mereka hidup dengan Islam dalam kelompok masyarakat-masyarakat mereka sebagai unsur positif dan aktif. Hendaklah disediakan bagi mereka praktikal Fiqh yang khusus. Syiar mereka hendaklah: Istiqamah beragama tanpa tertutup, harmoni bermasyarakat tanpa larut.

 

24. Mengambil berat terhadap minoriti agama lain di dalam masyarakat Islam. Berinteraksi dengan mereka sebagaimana diwajibkan oleh Islam bagi hak-hak mereka seperti kebebasan kepercayaan dan mengamalkan agama. Memastikan hak warganegara sebagai “ahli Negara Islam”. Mengikut prinsip ini, mereka merupakan warganegara sebagaimana kita, bagi mereka hak seperti kita, dan atas mereka kewajipan seperti atas kita, kecuali apa yang berkaitan tuntutan perbezaan keagamaan.

 

25. Menggunakan manhaj [taisir/takhfif] memudahkan dan memberi keringanan dalam fatwa, dan [tabsyir] membawa unsur menarik dalam dakwah. Jikalau mahukan kemestian ketat dalam fiqh dan fatwa maka hendak ia pada perkara teras atau prinsip bukan pada persoalan cabang dan ranting. Peringanan dan kemudahan yang dituntut di sini bukanlah bermaksud: mewajarkan situasi yang berlaku atau mewajarkan meniru barat atau menurut kehendak pemerintah. Begitu juga dalam dakwah, hendaklah secara tabsyir menggunakan unsur penarik, bukannya menakutkan dan menghambat orang menyebabkan mereka lari menjauh. Dakwah menyeru orang Islam secara hikmah dan nasihat yang baik. Menyeru mereka yang kontra menggunakan dialog dengan jalan yang terbaik. Ini semua dibuat dengan meraikan ruh zaman moden dan kaedah semasa.

 

26. Meraikan sunnah berperingkat dan segala sunnah Allah. Berperingkat secara hikmah di dalam dakwah, pendidikan, fatwa, perubahan. Tidak tergesa-gesa berbuat sesuatu sebelum waktunya, memetik buah sebelum masak. Beserta kewajipan meraikan sunnah Allah dalam alam dan masyarakat. Sesiapa yang meraikan sunnah alam maka dia akan diraikan, sesiapa yang tidak mengikut sunnah alam maka dia akan tersia.

 

27. Mengimbang antara perkara statik dalam syariat dan aspek semasa yang berubah-ubah; [tsawabit vs mutaghaiyyirat] dengan mengambil kira kepentingan statik dalam tujuan dan matlamat, prinsip dan kaedah umum, dan pentingnya dinamik, anjal dan fleksibel sekaligus maju di dalam wasilah dan mekanisma, perkara-perkara cabang dan juzuk kecil. Mengelakkan bahaya merubah-ubah perkara statik dan menjumudkan perkara yang boleh berubah-ubah.

 

28. Meletakkan tuntutan-tuntutan syara’ [taklif] pada peringkat-peringkatnya dan martabatnya yang betul. Bermula dengan kefahaman jelas terhadap tuntutan-tuntutan tersebut secara seimbang dan menempatkan setiap tuntutan sesuai kedudukannya mengikut apa yang dibawakan oleh nas-nas yang muhkam, dan maqasid yang umum. Maka tidak boleh diawalkan apa yang sepatutnya diakhirkan atau dikemudiankan dan begitulah sebaliknya. Inilah yang kita namakan “Fiqh Aulawiyat”.

 

29.  Pentingnya reformasi menyeluruh dan perubahan yang mengakar umbi. Pembaikan yang tidak sekadar kosmetik, tidak pula hanya setakat luaran tanpa perubahan dalaman. Tidak menjadi Islah sebenar kecuali dengan kehendak kita sendiri dan tangan-tangan kita sendiri bukan yang dipaksakan orang lain ke atas kita. Permulaan segala islah dengan reformasi sistem-sistem politik diktator. Asas segala perubahan ialah merubah manusia dari dalamannya.

 

30.  Memanfaatkan warisan ‘turats” kita yang cukup kaya yang termasuk segala bidang ilmu, seni-seni dan sastera-sastera. Dengan menekankan bahawa warisan ‘turats” ini tidak lari dari kesilapan dan cacat cela. Ia tidaklah maksum. Masih boleh dikritik dan disemak semula, dibincangkan untuk ditapis; diambil atau diketepikan. Akan tetapi umat secara keseluruhannya tidak akan bersepakat atas kesesatan atau kebatilan. Selain itu wajib bagi kita menghidupkan semula warisan “turats” ini dan menjaganya dengan teknik dan mekanisma moden. Kita hendaklah juga memilih perkara yang bagus dan sesuai untuk disebarumumkan kepada khalayak umat sementara unsur-unsur yang sebaliknya dibiarkan kepada para pakar mengkajinya.

Rumusan saya dalam kerangka pemikiran Islam ialah

1. Seseorang individu WAJIB menyakini dan mengenali Allah SWT.

2. Seseorang individu perlu memahami dan mengakuri konsep Islam, Iman dan Ihsan dalam kehidupan masing-masing.

3. Sumber Islam wajib diyakini, diakuri dan diamalkan ialah al-Quran dan as-Sunnah. Kemudian diikuti dengan ijma’ ulama dan qiyas.

4. Memahami hakikat keilmuan

5. Memahami batas iman dan kufur.

 

Kesimpulan

Pemusuhan antara Islam dengan Barat bukan bermula selepas tumbangnya komunisme atau semasa peperangan Salib. Ia permusuhan sejak zaman berzaman dimana Yahudi memang menyiapkan penentangan apabila mengetahui akan munculnya Nabi Muhammad SAW. Mereka mewujudkan agama Kristian untuk menyaingi Islam.

Orang Yahudi berada disebalik tabir Barat mengatur ekonomi dan politik dunia.

Pendanaan asing adalah alat bagi Yahudi menyebar pengaruhnya di negara-negara dunia. Asas paling penting ialah mereka ingin mengubah cara hidup dan cara berfikir masyarakat tempatan.

Umat Islam mesti berhati-hati dalam pengaulan. Jika bersahabat dengan non muslim, jangan sampai agenda manusia mengatasi agenda Allah SWT. Kenali musuh-musuh Islam dan berhati-hati dengan mereka.

Kerangka pemikiran Islam perlu dimartabatkan. Khazanah keilmuan Islam perlu digali dan dikaji serta dijadikan asas menghadapi cabaran pembaratan ini.