Barangkali Presiden MUDA, Syed Saddiq tersasul memberitahu siapa sebalik tabir pendana politik parti beliau. Kalimullah.
Siapa Kalimullah?
Orang yang mendapat untung besar pada zaman Tun Abdullah Badawi. Dia sebaris dengan budak tingkat empat (KJ), Patrick Badawi dan Kamaludin Abdullah Badawi. Kalimullah didakwa ada kaitan dengan jaringan perisikan dan mempunyai hubungan rapat dengan Singapura. Pada zaman Pak Lah terkenal dengan ungkapan ‘Pak Lah, Singapura dan Golf’, pembatalan jambatan Bengkok dan lain-lain yang dikatakan ada kaitan dengan kepentingan politik Singapura.
Apa jua alasan dan cubaan mengalih isu, jelas dan terang lagi bersuluh bahawa disebalik MUDA ada TAIKUN yang menDANAi partinya. Menariknya, Syed Saddiq dikatakan pernah belajar di Singapura ( biasiswa di National University of Singapore untuk program Lee Kuan Yew's Senior Fellowship in Public Service).
No comments:
Post a Comment