Sunday, February 20, 2022

Nota Politik 19.2.22 (1): Rafizi Mahu Kembali Dalam Politik.

 

Ura-ura Rafizi mahu kembali aktif dalam kepimpinan PKR. SetengaH pihak menganggap Rafizi sebagai calon Presiden PKR dan calon PM Tepi mengantikan DS Anwar Ibrahim.

 Masalah tentang diri Rafizi (sebagaimana Dato Husam Musa juga) ialah menganggap beliaulah yang paling pandai dan berstrategi, orang otai parti, lagak hero penyelamat(ala Imam Mahdi)  kuat menyindir dan gemar menjadikan suatu pihak sebagai kambing hitam/puak untuk dimusuhi. Cuma Dato Husam lebih beradab daripada Rafizi. Rafizi juga seorang bercita-cita tinggi dalam politik sebagaimana DSAI dan KJ.

 Kedua, Rafizi sebagaimana Khairy Jamaludin agak pesimistik terhadap elemen Islam dan  jemaah Islam terutamanya PAS. Ketiga, Rafizi kelihatan keras-tegas dan bertentangan dengan pandangan para pemuka DAP dan Amanah dalam banyak perkara. Keempat, Rafizi dilihat ‘pengkhianat kecil’ kerana merajuk dan mengundur diri daripada parti.

II

Pembantu DS Anwar Ibrahim, Farhah dikatakan akan bertanding mencabar Amirudin Saari (MB Selangor) bagi jawatan Ketua PKR Gombak. Dijangkakan kemenangan Farhah akan menjadi batu lonjakan untuk bertanding jawatan Naib Presiden atau Timbalan Presiden PKR. Kekalahan Amirudin menjadi tanda aras kepada pembersihan PKR daripada elemen kartel Azmin. Kartel Azmin akan ditidurkan, rasa terpinggir dan dijadikan lembu ditarik hidung bahkan akan terbuang daripada parti(barangkali Parti Bangsa Malaysia menunggu mereka). Cabaran sebenar Farhah dan kumpulannya adalah Rafizi dan timnya.

Bagi mengeimbangi kestabilan politik dalaman PKR, calon yang lebih neutral, otai dan orang dipercayai DSAI iaitu DS Saifuddin Nasution dianggap calon paling sesuai diangkat sebagai Timbalan Presiden PKR.

Dalam PKR, banyak berlaku drama merajuk. Pernah suatu ketika, geng ABIM dalam PKR merajuk, Saifudin Nasution pernah merajuk ke Kelantan (sehingga dikhabarkan pernah mengisi borang keahlian PAS), Ezam merajuk dengan DSAI kerana Azmin Ali dan Rafizi (dan Izzah) merajuk dengan DSAI.

III

 Jika Rafizi Ramli bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, kemungkinan besar PKR berpecah kepada tiga kem.

Tidak mustahil kejutan berlaku dengan kehadiran gabungan tim Nurul Izzah-Rafizi dimana salah satu daripada mereka mungkin akan berdepan dengan DSAI bagi jawatan Presiden PKR.

 Dijangka kemunculan Fahmi Zainol yang mungkin bertanding bagi jawatan Ketua atau Timbalan Ketua AMK. Akmal (Ketua AMK sekarang) mungkin bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR.

Yang jelas, PKR perlukan perubahan dalam mendepani zaman.

Nota Politik 19.2.22 (2): Dana, Taikun, Perisik Asing dan MUDA.

Barangkali Presiden MUDA, Syed Saddiq tersasul memberitahu siapa sebalik tabir pendana politik parti beliau. Kalimullah.

Siapa Kalimullah?

Orang yang mendapat untung besar pada zaman Tun Abdullah Badawi. Dia sebaris dengan budak tingkat empat (KJ), Patrick Badawi dan Kamaludin Abdullah Badawi. Kalimullah didakwa ada kaitan dengan jaringan perisikan dan mempunyai hubungan rapat dengan Singapura. Pada zaman Pak Lah terkenal dengan ungkapan ‘Pak Lah, Singapura dan Golf’, pembatalan jambatan Bengkok dan lain-lain yang dikatakan ada kaitan dengan kepentingan politik Singapura.

 Apa jua alasan dan cubaan mengalih isu, jelas dan terang lagi bersuluh bahawa disebalik MUDA ada TAIKUN yang menDANAi partinya. Menariknya, Syed Saddiq dikatakan pernah belajar di Singapura ( biasiswa di National University of Singapore untuk program Lee Kuan Yew's Senior Fellowship in Public Service).

 Siapa lagi taikun yang mendana dan menaja parti MUDA?

 

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...