Sunday, July 29, 2018

Bagaimana Islam Berpolitik?



Menurut Dr Burhanuddin al Helmy, Islam berpolitik

1. Politik Islam mengikut al-Quran dan Sunnah. Politik Islam tidak boleh bercerai tanggal dengan al-Quran dan as Sunnah. Idea mesti berpandu kepada al-Quran bukannya al-Quran mengikut idea.

2. Menunaikan Amanah dan ‘Adil’.  Amanah dan adil berdasarkan al-Quran dan as Sunnah berdasarkan idea dan undang-undang manusia. (Surah an Nisa: 58. Surah  Nahal: 90. Surah al Maidah: 48-49).

3.  Majoriti tidak menjamin benar.  (Surah al-An’am: 115-116)

4. Perpisahan yang tegas. Lahir Islam ialah memisahkan antara Islam dan kufur, hak dan batil, petunjuk dan sesat, petunjuk dan sesat. (Surah al Baqarah: 139. Surah al Kafirun: 6 dan surah al Haj:18)

5.  Tiga golongan manusia. Manusia berada di jalan yang betul, jalan dimurkai dan jalan yang sesat. (Surah al Fatihah:5-6)

6. Islam Membawa Tamadun Baharu.

7. Islam membentuk umatnya sendiri. (surah al Imran: 104. Surah al baqarah: 143. Surah al Imran: 110. Surah al Anbia: 92)

8. Islam Pembaharuan Agama Nabi-nabi terdahulu  (as Syura: 13)

9. Berbaik-baik dengan semua bangsa (surah al Hujurat:13)

10 Hak Manusia adalah sama

11. Tuhan mengatur pembaharuan (Surah az Zukhruf: 32.  Surah an Nisa:  92)

12. Pusaka dan ‘amal’ baik.

13. Ijma’ dan qiyas



Kebenaran Pada Hujah, Dalil dan Nas Bukannya Pada Peribadi Pemimpin




Dalam berorganisasi, sukar untuk bersendirian kerana kita memerlukan pengaulan bagi melahirkan kerja berpasukan demi kejayaan sesebuah organisasi.

Lazimnya, seseorang akan terikat dengan

1. Tempat pengajian: Sekolah, Alumni Universiti dan negara
2. Tempat asal : negeri
3. Aliran pemikiran
4. Tokoh panutan: tokoh yang mendidik, tokoh yang kita rapat, tokoh yang kita percaya
5. Pengaulan yang melahirkan kepercayaan

Faktor-faktor di atas menyebabkan kita terikat dan berpihak kepada pihak tertentu. Peristiwa dibawah memberi impak kepada organisasi boleh diambil ibrahnya

1. Pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO menyebabkan semua proksi Anwar Ibrahim keluar UMNO
2. Kemasukan Anwar ke dalam UMNO.
3. Kemasukan Ustaz Nakhaie Ahmad ke dalam UMNO.
4. Jalur tarbiah Tuan Guru Yahya Othman
5. Alumni UM dalam politik dalaman PAS
6. Aliran pemikiran dan organisasi lama seperti JIM.

Bagaimana mahu selamat dalam mencari kebenaran dalam berorganisasi?

1. Sumber al-Quran dan as Sunnah
2. Perlembagaan Organisasi
3. Bersama para Ulamak yang hujah perkara (1), berada dilapangan, tahan diuji dan dihina

Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak (GKU 2.0)



Penulis membahagikan fasa kepimpinan ulamak kepada fasa pertama (1980-1990), fasa kedua (1991-2000), fasa ketiga (2001-2010) dan fasa keempat (2011-2020). Setiap fasa mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi pentarbiahan, pemikiran dan cabaran berdasarkan konteks yang berbeza mengikut fasa masing-masing.
Fasa kedua Generasi Kepimpinan Ulamak adalah generasi yang dididik dan ditarbiah secara tersusun oleh Generasi Pertama Kepimpinan Ulamak. Sebahagian besar mereka mengalami zaman kebangkitan Islam dimana isu batas antara iman dan kufur (kafir-mengkafir) sedang membara. Mereka juga merasai zaman konflik IRC-PAS.
Kemelut generasi kedua kepimpinan ulamak persaingan antara alumni-alumni kampus. Antara persaingan yang hebat ialah antara alumni UM, alumni lepasan pengajian Islam Timur Tengah, alumni UIA. Kemelut ini bertambah getir apabila muncul puak yang menyokong Anwar Ibrahim mengatasi Presiden PAS sendiri ekoran ketaksuban mengejar kemenangan dalam politik pilihanraya berbanding penegakkan Negara Islam dan Perundangan Islam.
Dua kefahaman dan dua pendekatan membawa perpecahan PAS dimuktamadkan dalam Muktamar PAS pada tahun 2015 sehingga muncul parti baru yang dikenali Parti Amanah Negara (AMANAH atau PAN).
Ustaz Nasrudin Tantawi Sebagai Penanda Aras Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak
Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak dilihat generasi pelapis kepimpinan PAS pada masa depan. Antara kelompok pemimpin impian secara umumnya generasi ini ialah Ustaz Nasrudin Tantawi, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Mohd Riduan Mohd Nor, Dr Zuhdi Marszuki dan beberapa orang lagi.
Dari segi keilmuan dan kelulusan akademik, kelompok ini tiada masalah. Cuma masalah yang timbul ialah persoalan PRESTASI kelompok ini. Antara kerosakan yang berbahaya dalam kelompok muda ialah PRESTASI dan ADAB. Ustaz Dato Dr Nasharudin Mat Isa antara pemimpin hebat dari segi ilmu, sahsiah dan kelulusan akademik dibawa masuk oleh Presiden PAS, Ustaz Dato Fadzil Noor. Antara sebab tidak disokong oleh perwakilan ialah PRESTASI beliau sebagai Timbalan Presiden PAS, pertemuan UMNO-PAS dan ketiadaan pengaruh pada akar umbi (perwakilan). Ia mengharapkan hanya sokongan popular. Haji Husam Musa pula antara pemimpin bijak yang banyak idea kurang BERADAB dalam berorganisasi juga ditolak.
Ustaz Nasrudin Tantawi diberi amanah sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan pernah menjawat Ahli Parlimen Temerloh, sepanjang kedua-dua menjawat jawatan ini, adakah PRESTASI beliau cemerlang? Begitu juga Nik Mohamad Abduh di Parlimen Pasir Mas, adakah prestasi beliau cemerlang?. Kita tidak kata beliau dan sahabat sekelompok beliau tidak bekerja dan tidak berjasa tetapi gerak kerja buat merka dan kelompok mereka tidak menonjol, hambar dan tidak membekas pada sanubari ahli, rakyat dan pengundi. Media sosial bukan sekadar memberi pandangan dan menjalankan urusan parti tetapi menonjolkan kerja-kerja dilapangan rakyat merentasi kaum dan agama.
Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak mesti mengambil berat prinsip dibawah dalam mengaktifkan diri dan menonjolkan diri dalam masyarakat:
1. Pemimpin muda mesti menjuarai isu-isu rakyat dan belajar memahami isu.
2. Pemimpin muda mesti mendampingi rakyat pelbagai kaum bukan hanya ahli atau program parti.
3. Berfikir meningkatkan prestasi diri dalam porfolio yang diamanahkan
4. Menonjolkan setiap aktiviti melalui kuasa viral agar ia membekas dalam jiwa rakyat, kehadiran dirasai dan bukti menunjukkan prestasi
5. Islam bukan sekadar hujah tetapi menyediakan jalan penyelesaian. Banyak membaca, banyak menjelajah, buat kajian agar kita menyediakan solusi yang bernas dalam menyelesaikan masalah rakyat.
6. Kenyataan media perlu dibuat secara bijak.

Model Kepimpinan Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak

1. Mendampingi rakyat : Ustaz Mohd Rosli Jabar
2. Menjuarai isu-isu rakyat: Haji Andasura Rabu
3. Bicara dengan bijak di Parlimen : Prof Dr Zulkifli Mohamad
4. Kecerdikan politik : Ustaz Dato Mohd Fadzil Noor dan Ustaz Dato Seri Azizan Abdul razak
5. Kealiman/warak : Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
6. Intelektualisme dan Pemberani  : Dr Burhanuddin al Helmy.

Jujurnya PAS mengalami masalah kekurangan pemimpin yang memahami isu-isu rakyat dan mandul dalam keberanian menyampaikan maklumat yang betul dan sahih dalam isu-isu rakyat. PAS juga kekurangan pemimpin yang sanggup turun lapangan rakyat memperjuangkan hak-hak rakyat sehingga sanggup dipenjara dan disaman. Generasi Kedua Kepimpinan Ulamak kehilangan sifat pemberani dan sifat pendekar dalam perjuangan.

Fungsi Pusat Penyelidikan PAS Pusat perlu diperkasakan dengan anggota PPP dan pegawai penyelidik PAS memperbanyak perbincangan dengan pakar-pakar dari luar PAS dan hasil dapatan dikongsikan kepada pemimpin PAS terutamanya anggota Dewan Harian, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan anggota Parlimen PAS.


GKU 2.0 Kurang Berani Mengetuk Pintu Penjara

Mereka bukan sahaja tidak menjuarai isu-isu rakyat seperti alam sekitar, pekerjaan dan lain-lain. Mereka juga tidak berani dan mengelak daripada ditahan oleh polis dan dipenjara. Pengalaman dipenjara dan ditahan yang dialami oleh pemimpin PAS yang menyertai PAN seperti Haji Mohamad Sabu, Dato Mahfuz Omar dan lain-lain tidak mampu diikuti oleh pemimpin GKU 2.0 padahal mereka sepenuh masa dalam politik.

Bukanlah kita mahu mereka ditangkap tetapi ia adalah satu bukti kesungguhan dan keseriusan mereka dalam perjuangan.

Pandir Dalam Membuat Kenyataan Media dan Media Sosial

Sepandir-pandir kenyataan media ialah memberi kenyataan media dan pandangan melangkaui kenyataan rasmi parti. Ia kelihatan kenyataan yang bertaraf macaimaya.
Menunggang ‘Agama’ dan Memperbodohkan Ahli

Ingatlah bahawa sumber maklumat ahli dan pengundi PAS semakin luas. Cukuplah memperkudakan ahli PAS dengan hujah, dalil dan nas agama mengikut kepragmatisan pandangan dan tindakan anda.

Wajar pemimpin PAS jenis ini DIAM dan mengikut arus rasmi parti.

PAS Pasca Haji Hadi

Presiden : Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Ustaz Idris Ahmad
Naib : Dato Takiyudin Hassan
         : Dato Ir Iskandar Samad
         : Dato Nik Amar Abdullah atau Dato Dr Muhammad Fadzil

SUA : Haji Khairul Faizi

Ketua Penerangan: YB Haji Amzad

Pengarah Pilihanraya: YAB Dr Ahmad Samsuri

Pandangan penulis, pemimpin GKU 2.0 seperti Nik Mohamad Abduh dan Ustaz Nasrudin perlu disisih ke dalam Dewan Ulamak atau memajukan tarbiah PAS.

Harapan PAS

Harapan PAS pada GKU 3.0 yakni mengembalikan Model Kepimpinan Dr Burhanudin al Helmy- Prof Dr Zulkifli Mohamad gabungan ulamak-intelek-teknorat(Dr Homeopati). Kita mengharapkan pemimpin muda seperti Ir Muhtar Suhaili, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ir Khairil Nizam, Haji Shahir Sulaiman mengembleng PAS sebagai parti masa depan yang memerintah negara dalam masa 10 tahun akan datang.


Friday, July 06, 2018

Pilih Jemaah Islam atau Elemen Islam?




I

Kenyataan PAS memberi sokongan penuh kepada parti Saadet tetapi mengucap tahniah atas kejayaan dalam Erdogan dalam PRU yang lepas (2018) mencetuskan polemik PAS menyokong Saadet atau Erdogan.

Pertama, perjuangan jemaah Islam lebih besar daripada elemen Islam. Elemen Islam hanya membawa aspirasi Islam manakala Jemaah Islam bukan sekadar membawa aspirasi Islam tetapi menegakkan Islam sebagai sistem kehidupan dalam ekonomi, politik dan sosial. Pendek kata, jemaah menonjolkan diri bahawa mereka akan mengubah sistem dan Islam itu satu dasar, pendirian, pegangan dan prinsip manakala elemen Islam melakukan Islamisasi.

Parti Saadet adalah sayap politik Jemaah Islam, Milli Gorus berbanding dengan Elemen Islam, Erdogan daripada Parti AK(P) yang pernah dididik dan ditarbiah dalam madrasah Milli Gorus.

Sebagai pendokong gerakan Islam, sudah tentu kita menyokong Saadet walaupun kita tahu Saadet tidak berpengaruh dan tidak mampu memenangi pilihan raya Turki. Punbegitu kemenangan elemen Islam yakni Erdogan dan AKP kita raikan dan syukuri dimana kita mengharapkan dan mendoakan agar elemen Islam meneruskan Islamisasi dalam pemerintahan negara Turki.

Kedua, ada elemen Islam memilih mudharat lebih kecil berbanding mudharat lebih besar. Elemen Islam ini biasa terdiri daripada kelompok yang mencintai ilmu atau berada dalam kelompok Sekular-Nasionalis, diktator dan pemerintahan yang zalim. Elemen Islam ini menasihat secara halus dan cuba mengelakkan mudharat lebih besar dihadapi oleh rakyat dan negara. Ini pendekatan dan pegangan para ulama seperti Sheikh Dr Muhammad Said Ramadhan al Buti dan Sheikh Ali Jumaah serta para ulama Universiti al-Azhar.

Ketiga, elemen Islam yang berada dalam kelompok Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS) dan mereka secara tak langsung juga terpengaruh dengan SEPILIS, berpegang kepada semangat dialog peradaban dan pragmatis dalam politik.

II

Untuk elemen Islam, dalam konteks Malaysia ialah kelompok Islam dalam Pakatan Harapan, marilah menghayati nasihati dan pesan orang yang mungkin kalian anggap guru, murabbi atau musuh politik kalian kerana mendengar nasihat terutamanya nasihat musuh politik adalah muhasabah paling berguna bagi jiwa yang mencintai kebenaran, Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

“Jika AMANAH ada sebesar zarah SEMANGAT Islam, mereka MESTI mempertahankan KEDUDUKAN Islam, tidak RASA MALU dan SEGAN dalam PH, MESTI membawa SUARA Islam dalam KERAJAAN”
“..Kerana mereka berjuang bersama PAS dahulu kerana ISLAM dan  kalau mereka KELUAR PAS pun kerana ISLAM juga, mereka MESTI membawa SUARA Islam dalam kerajaan juga”

Jika mengambil positif kedua-dua nasihat ini, insya Allah perjuangan elemen Islam tidak terbabas daripada landasan Islam yang bertunjangkan al-Quran, as Sunnah, Ijmak Ulama dan Qiyas.

III

Perjuangan elemen Islam yang menggagaskan Muslim Demokrat juga perlu berwaspada agar tidak larut dengan kehendak Barat.

Para pengagas gagasan pemikiran Muslim Demokrat sendiri kelihatan tidak mampu menjelaskan konsep-istilah.

YB Ir Saari Sungip seorang pemimpin PAN melihat Muslim Demokrat melihat demokrasi sebagai alat atau platform dimana rakyat dan pemimpin boleh berbincang untuk mencapai konsensus supaya keputusan dibuat adalah terbaik. Rakyat dan pemimpin bersama-sama bertanggungjawab dalam membuat keputusan. Muslim Demokrat adalah pembangkang kepada partinya sendiri. Dia tidak taksub kepada partinya sendiri. Mindset Demokrat mengutamakan ketelusan. Demokrat Muslim juga mengutamakan maqasid insaniyyah. Muslim Demokrat meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dalam perjuangan demokrasinya dan menentang ateis dan sebarang bentuk mengetepikan ketuhanan [Sinar Harian: 19 Jun 2018].

Perlukah Islamis Menjadi Muslim Demokrat?

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...