Thursday, June 21, 2018

Nota Pilihan Raya Umum ke 14 (2018): Impak Kepada Politik Islam?




1.
PRU 14 dah selesai. Barisan Nasional buat kali pertama tumbang. Pakatan Harapan menang Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor. Barisan Nasional menguasai Sarawak (BN Sarawak keluar BN menubuhkan Gabungan Parti Sarawak), Pahang dan Perlis. Parti Warisan menguasai Sabah. PAS menguasai Kelantan dan Terengganu.

Dari segi undi popular, Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah kerajaan popular disisi rakyat walaupun PH memenangi PRU14.

HARAPAN+WARISAN  hanya memenangi 5,837,283 atau 48 peratus undi popular.

BN  memenangi 4,080,797 undi, atau 34 peratus undi popular.

PAS  memenangi  2,041,105 undi atau 17% undi popular


2.

Jumlah Kerusi yang dimenangi:

Pakatan Harapan

PH          5,795,954                             113
               
PKR        2,046,484                             49
               
DAP                                                       42
               
PPBM                                                    12
               
AMANAH                                            10

Barisan Nasional[d]
BN          4,078,928                             79
               
UMNO                                                  55
               
PBB                                                        13
               
PRS                                                        3
               
MIC                                                        2
               
MCA                                      1
               
SUPP                                     1
               
PBS                                        1
               
PDP                                        1
               
UPKO                                    1
               
PBRS                                      1
               
Gabungan Sabah Bersatu (Sabah)
USA       65,868                   1
               
STAR      21,361                   1

WARISAN            280,520                 8

Menurut Syahir Sulaiman, secara kasar, dianggarkan Ahli Parlimen beragama bukan-Islam dikalangan Pakatan Harapan berjumlah 59 orang daripada 113 kerusi Parlimen yang dimenangi (52%), menjadikan Pakatan Harapan didominasi Ahli Parlimen bukan beragama Islam.

Dr Kamarul Yusuf menulis, bilangan kerusi Parlimen bukan Islam di dalam kerajaan baru ini adalah 66 berbanding 58 kerusi Parlimen Islam.

66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:

    41 kerusi Parlimen bukan Islam milik DAP

    20 kerusi Parlimen bukan Islam milik PKR

    2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Warisan

    2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Bebas

    1 kerusi Parlimen bukan Islam milik Solidariti

BN 79 kerusi dimana UMNO memenangi sebanyak 55, MCA memenangi 1 kerusi manakala MIC memenangi 2 kerusi.

Daripada 19 kerusi yang dimenangi oleh BN Sarawak, 7 orang bukan beragama Islam. BN Sabah memenangi sebanyak 10 kerusi, hanya 3 kerusi bukan Islam.

Daripada 79 kerusi BN (sebelum GPS ditubuhkan), 13 kerusi bukan Islam dalam BN.


3.

Antara punca utama kekalahan BN ialah

1. Beban kos hidup yang dialami oleh rakyat
2. Perkara 1 menyebabkan penolakkan rakyat secara NEKAD kepada Barisan Nasional dan Dato Seri Mohd Najib.
3. Kelemahan urus tadbir yang baik dengan budaya Korupsi, Kronisme dan Nepotisme serta pelbagai penyelewengan seperti kes 1MDB dan FGV.
4. kehadiran Tun Mahathir tepat pada saatnya. Seorang tokoh nasional dan pernah berjasa menambah keyakinan rakyat untuk berubah.
5. Kebangkitan anak muda, peneroka FELDA, orang Cina, orang bandar (yang merasai kos kehidupan)


Kenapa PAS Boleh Menang di Terengganu?
1. Undi BN berpecah kepada PH manakala undi PAS masih kekal dan ditambah oleh pengundi baru
2. Penolakan anak muda Terengganu dan Kelantan terhadap PH dan BN
3. PH tidak diyakini oleh penduduk Pantai Timur dan Perantau pantai timur.
4. Pegangan agama dan bangsa Melayu menolak pemikiran tidak Islamik PH (dianggotai ramai tokoh sekular, pluralisme dan liberalisme) dan ketakutan dominasi Cina dalam PH.
5. Kekuatan PAS itu sendiri
6. Penolakan terhadap Tun M


4.

Pengajaran

1. Isu Popular/semasa (kenaikan kos kehidupan) mengatasi kesetiaan dan keahlian kepada Parti dan merentasi ideologi, agama dan kaum.
2. Tempoh 5 tahun ini memberi pengajaran kepada Rakyat Malaysia Tanpa BN dan pemerintahan yang didominasi oleh kelompok Sekularis, Liberalis, Pluralis dan bukan Islam.
3. Kelompok bukan Islam dan SEPILIS mula melakukan desakan politik dalam mengurangkan dominasi kaum Melayu-Bumiputera dalam pentadbiran dan polisi kerajaan. Tradisi mengutamakan orang Melayu-Bumiputera kelihatan semakin berkurangan.

5.

Lampiran

Undi Popular –Rujuk Malaysiakini

Undi popular merujuk kepada jumlah undi yang diraih oleh setiap parti atau gabungannya.

Setakat ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan data undian bagi setiap setiap kerusi - termasuk jumlah undi dimenangi setiap calon - namun suruhanjaya itu belum mengeluarkan rumusan undi popular bagi PRU ke-14.

Berdasarkan data SPR, kiraan Malaysiakini mendapati undi popular untuk kerusi parlimen yang diraih oleh empat parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) - PKR, DAP, BERSATU, dan AMANAH -  berjumlah 5,518,638 undi.

Jika digabungkan dengan undi yang dimenangi sekutunya - Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan anggota parlimen Batu P Prabakaran yang bertanding sebagai calon Bebas - jumlah keseluruhan dimenangi HARAPAN adalah 5,837,283.

Ini bererti HARAPAN memenangi 48 peratus undi popular.

BN, bagaimanapun memenangi 4,080,797 undi, atau 34 peratus undi popular.

PAS pula memdapat 17 peratus undi popular dengan  2,041,105 undi.

Parti lain dan calon-calon bebas mendapat 123,246 undi atau 1 peratus undi popular.

Jumlah undi sah pada hari mengundi adalah sebanyak 12,082,431.

SPR mengumumkan pada 11 Mei lalu bahawa jumlah keluar mengundi disemak semula daripada 76 peratus kepada 82 peratus (12,299,514) daripada jumplah pengundi berdaftar (14,940,624)

Kiraan Malaysiakini mendapati jumlah undi rosak adalah 217,083 (atau 1.8 peratus daripada kesemua pengundi yang keluar mengundi).

Analisis Dr Kamarulzaman Yusuf.

ADA 18 April lalu, Lim Kit Siang menyebut bahawa Pakatan Harapan (PH) perlu mensasarkan kemenangan 120 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam PRU14 untuk membentuk sebuah kerajaan yang selesa di peringkat Pusat.

Daripada jumlah 120 kerusi ini, 48 kerusi bukan Islam telah sedia dimenangi oleh PH dalam PRU13 lalu, iaitu melalui 30 kerusi DAP Semenanjung, 10 kerusi PKR Semenanjung, 2 kerusi DAP Sabah, 5 kerusi DAP Sarawak dan 1 kerusi PKR Sarawak.


18 kerusi bukan Islam pula disasarkan oleh Lim Kit Siang untuk dimenangi oleh PH dalam PRU14 melalui 4 calon DAP Semenanjung, 4 calon PKR Semenanjung, 1 calon DAP Sabah, 5 calon PKR Sabah, 1 calon DAP Sarawak dan 3 calon PKR Sarawak.

48 kerusi bukan Islam yang telah sedia dimenangi oleh PH dalam PRU13 lalu dicampur dengan 18 kerusi bukan Islam yang disasarkan oleh Lim Kit Siang untuk dimenangi oleh PH dalam PRU14 adalah berjumlah 66 kerusi.

66 kerusi bukan Islam yang disasarkan oleh Lim Kit Siang untuk dimenangi oleh PH dalam PRU14 ini adalah melebihi separuh daripada jumlah 120 kerusi yang disasarkan oleh Lim Kit Siang untuk dimenangi oleh PH dalam PRU14.

66 ahli Parlimen bukan Islam sudah tentulah akan mengatasi 54 ahli Parlimen Islam. Oleh itu, sudah tentulah Kerajaan PH akan didominasi oleh bukan Islam.

Senarai 78 calon bukan Islam PH (Belum termasuk calon bukan Islam warisan)

    Senarai 34 calon bukan Islam DAP Semenanjung

P043 Bagan                    : JOSEPH LIM GUAN ENG
P045 Bukit Mertajam    : STEVEN SIM CHEE KEONG
P046 Batu Kawan          : KASTHURIRAANI PATTO
P048 Bukit Bendera      : WONG HON WAI
P049 Tanjong                 : CHOW KON YEOW
P050 Jelutong              : RSN RAYER
P051 Bukit Gelugor      : RAMKARPAL SINGH KARPAL SINGH
P060 Taiping                 : TEH KOK LIM
P064 Ipoh Timur           : WONG KAH WOH
P065 Ipoh Barat           : M KULASEGARAN
P066 Batu Gajah          : V SIVAKUMAR
P068 Beruas                  : DATUK NGEH KOO HAM
P070 Kampar                : THOMAS SU KEONG SIONG
P076 Teluk Intan          : DAVID NGA KOR MING
P078 Cameron Highlands: M MANOGARAN
P089 Bentong              : WONG TACK
P102 Bangi                   : DR ONG KIAN MING
P103 Puchong             : GOBIND SINGH DEO KARPAL SINGH
P106 Damansara        : TONY PUA KIAM WEE
P110 Klang                   : CHARLES ANTHONY SANTIAGO
P114 Kepong               : LIM LIP ENG
P117 Segambut          : HANNAH YEOH TSEOW SUAN
P120 Bukit Bintang     : FONG KUI LUN
P122 Seputeh              : TERESA KOK SUH SIM
P123 Cheras                : TAN KOK WAI
P128 Seremban          : ANTHONY LOKE SIEW FOOK
P130 Rasah               : CHA KEE CHIN
P138 Kota Melaka    : KHOO POAY TIONG
P142 Labis                 : PANG HOCK LIONG
P145 Bakri                 : YEO BEE YIN
P148 Ayer Hitam       : LIEW CHIN TONG
P152 Kluang             : WONG SHU QI
P162 Iskandar Puteri: LIM KIT SIANG
P163 Kulai                  : TEO NIE CHING

    Senarai 15 calon bukan Islam PKR Semenanjung

P009 Alor Setar        : CHAN MING KAI
P017 Padang Serai  : M KARUPAIYA
P052 Bayan Baru     : SIM TZE TZIN
P062 Sunga Siput    : S KESAVAN
P071 Gopeng            : DR LEE BOON CHYE
P077 Tanjong Malim: CHANG LIH KANG
P094 Hulu Selangor : JUNE LEOW HSIAD HUI
P097 Selayang          : WILLIAM LEONG JEE KEN
P104 Subang            : WONG CHEN
P107 Sungai Buloh  : SIVARASA RASIAH
P112 Kuala Langat  : XAVIER JAYAKUMAR
P115 Batu                  : CHUA TIAN CHANG
P116 Wangsa Maju  : DR TAN YEE KEW
P140 Segamat          : R SANTHARA KUMAR
P158 Tebrau              : CHOONG SHIAU YOON

    Senarai 3 calon bukan Islam DAP Sabah

P172 Kota Kinabalu: CHAN FOONG HIN
P181 Tenom            : NOORITA SUAL
P186 Sandakan       :STEPHEN WONG TIEN FATT

    Senarai 5 calon bukan Islam PKR Sabah

P170 Tuaran             : CHRISNADIA SINAM
P177 Beaufort          : JOHAN @ CHRISTOPHER OT GHANI
P179 Ranau              : JONATHAN YASIN
P182 Pensiangan    : RAYMOND AHUAR
P190 Tawau              : CHRISTINA LIEW CHIN JIN

    Senarai 9 calon bukan Islam DAP Sarawak

P192 Mas Gading    : MORDI BIMOL
P195 Bandar Kuching: DR KEVIN YII LEE WUEN
P196 Stampin          : CHONG CHIENG JEN
P199 Serian              : EDWARD ANDREW LUWAK
P208 Sarikei             : WONG LIN BIU
P211 Lanang           : ALICE LAU KIONG YIENG
P212 Sibu                 : OSCAR LING CHAI YEW
P215 Kapit                : PAREN NYAWI
P217 Bintulu            : TONY CHAN YEW CHIEW

    Senarai 12 calon bukan Islam PKR Sarawak

P198 Puncak Borneo: WILLIE MONGIN
P202 Sri Aman        : NORINA UTOT
P203 Lubok Antu    : NICHOLAS BAWIN
P204 Betong           : NOEL BUCKING
P205 Saratok          : ALI BIJU
P210 Kanowit         : SATU ANCHOM
P214 Selangau       : BARU BIAN
P216 Hulu Rajang  : ABUN SUI ANYIT
P219 Miri                 : DR MICHAEL TEO YU KENG
P220 Baram            : ROLAND EGAN
P221 Limbang        : DR RICARDO BABA
P222 Lawas            : DANNY PIRI

Xby Counterflix

Senarai 48 kerusi bukan Islam  PH sedia menang (Tidak termasuk kerusi bukan Islam Warisan sedia menang)

    Senarai 30 kerusi bukan Islam sedia menang DAP Semenanjung

P043 Bagan             : JOSEPH LIM GUAN ENG
P045 Bukit Mertajam: STEVEN SIM CHEE KEONG
P046 Batu Kawan  : KASTHURIRAANI PATTO
P048 Bukit Bendera: WONG HON WAI
P049 Tanjong         : CHOW KON YEOW
P050 Jelutong        : RSN RAYER
P051 Bukit Gelugor: RAMKARPAL SINGH KARPAL SINGH
P060 Taiping          : TEH KOK LIM
P064 Ipoh Timur    : WONG KAH WOH
P065 Ipoh Barat    : M KULASEGARAN
P066 Batu Gajah    : V SIVAKUMAR
P068 Beruas           : DATUK NGEH KOO HAM
P070 Kampar         : THOMAS SU KEONG SIONG
P076 Teluk Intan    : DAVID NGA KOR MING
P102 Bangi              : DR ONG KIAN MING
P103 Puchong        : GOBIND SINGH DEO KARPAL SINGH
P106 Damansara  : TONY PUA KIAM WEE
P110 Klang             : CHARLES ANTHONY SANTIAGO
P114 Kepong         : LIM LIP ENG
P117 Segambut     : HANNAH YEOH TSEOW SUAN
P120 Bukit Bintang: FONG KUI LUN
P122 Seputeh         : TERESA KOK SUH SIM
P123 Cheras           : TAN KOK WAI
P128 Seremban     : ANTHONY LOKE SIEW FOOK
P130 Rasah            : CHA KEE CHIN
P138 Kota Melaka : KHOO POAY TIONG
P145 Bakri              : YEO BEE YIN
P152 Kluang           : WONG SHU QI
P162 Iskandar Puteri: LIM KIT SIANG
P163 Kulai               : TEO NIE CHING

    Senarai 10 kerusi bukan Islam sedia menang PKR Semenanjung

P009 Alor Setar       : CHAN MING KAI
P017 Padang Serai : M KARUPAIYA
P052 Bayan Baru    : SIM TZE TZIN
P071 Gopeng          : DR LEE BOON CHYE
P097 Selayang        : WILLIAM LEONG JEE KEN
P104 Subang           : WONG CHEN
P107 Sungai Buloh : SIVARASA RASIAH
P112 Kuala Langat : XAVIER JAYAKUMAR
P115 Batu                : CHUA TIAN CHANG
P116 Wangsa Maju: DR TAN YEE KEW

      Senarai 2 kerusi bukan Islam sedia menang DAP Sabah

P172 Kota Kinabalu: CHAN FOONG HIN
P186 Sandakan       : STEPHEN WONG TIEN FATT

     Senarai 5 kerusi bukan Islam sedia menang DAP Sarawak

P195 Bandar Kuching: DR KEVIN YII LEE WUEN
P196 Stampin          : CHONG CHIENG JEN
P208 Sarikei             : WONG LIN BIU
P211 Lanang            : ALICE LAU KIONG YIENG
P212 Sibu                 : OSCAR LING CHAI YEW

      Senarai 1 kerusi bukan Islam sedia menang PKR Sarawak

P219 Miri                 : DR MICHAEL TEO YU KENG

Senarai 18 kerusi bukan Islam PH jangka menang (Tidak termasuk kerusi bukan Islam Warisan jangka menang)

     Senarai 4 kerusi bukan Islam jangka menang DAP Semenanjung

P078 Cameron Highlands: M MANOGARAN
P089 Bentong         : WONG TACK
P142 Labis              : PANG HOCK LIONG
P148 Ayer Hitam    : LIEW CHIN TONG

      Senarai 4 kerusi bukan Islam jangka menang PKR Semenanjung

P077 Tanjong Malim: CHANG LIH KANG
P094 Hulu Selangor: JUNE LEOW HSIAD HUI
P140 Segamat      : R SANTHARA KUMAR
P158 Tebrau          : CHOONG SHIAU YOON

      Senarai 1 kerusi bukan Islam jangka menang DAP Sabah

P181 Tenom          : NOORITA SUAL

     Senarai 5 kerusi bukan Islam jangka menang PKR Sabah

P170 Tuaran           : CHRISNADIA SINAM
P177 Beaufort        : JOHAN @ CHRISTOPHER OT GHANI
P179 Ranau            : JONATHAN YASIN
P182 Pensiangan  : RAYMOND AHUAR
P190 Tawau            : CHRISTINA LIEW CHIN JIN

    Senarai 1 kerusi bukan Islam jangka menang DAP Sarawak

P192 Mas Gading  : MORDI BIMOL

    Senarai 3 kerusi bukan Islam jangka menang PKR Sarawak

P202 Sri Aman       : NORINA UTOT
P205 Saratok          : ALI BIJU
P220 Baram            : ROLAND EGAN - HARAKAHDAILY 27/4/2018

Politik Islam



“Ya Akhi..bersihkan hati dari syahwatul Khafiyyah ( keinginan yang tersembunyi), jika hak kita, tiada siapa yang dapat merampasnya dan jika sememang hak orang, tidak akan jadi milik kita, walau bagaimana sekalipun kita berusaha untuk memilikinya. Allah bersama dengan orang yang diberi Allah jawatan kepadanya, dan Allah berlepas diri dari orang yang berkehendakkan jawatan untuk dirinya”
Allahyarham Tuan Guru Yahya Osman

Kedaulatan Islam dan Kembali Kepada Fitrah
Rahsia kepimpinan yang sebenar ialah sabar, istiqamah dan taat. Ramai pemimpin hanyut dengan kegeniusan peribadi kononnya aku lebih bijak yang akhirnya memakan diri sendiri dengan perancangan yang terlebih bijak. Sedarlah perancangan Allah dan keredhaan Allah itu lebih utama’

‘Kedaulatan’ Islam adalah keupayaan dan kemampuan seseorang pemerintah mentafsir dan melaksanakan arahan al Quran dan al Sunnah dalam pentadbiran dan pemerintahan kerajaan secara keseluruhan.

Kedaulatan Islam boleh dilakukan secara individu dalam sebuah wilayah minoriti Islam, dimana pemimpin Islam bekerjasama dengan pemimpin bukan Islam tanpa mengadaikan prinsip Islam. Bagi wilayah majoriti Islam, perjuangan menegakkan Islam sebagai asas pemerintahan perlu dilaksanakan secara hikmah dan tegas. Pelaksanaan Islam dilakukan secara berperingkat dan berterusan sehingga Islam benar-benar mentadbir.

Semua manusia mempunyai fitrah kemanusiaan yang sifatnya adalah sama. Ada sifat cinta, sayang, keraguan, kebajikan dan pelbagai. Manusia juga berminat dalam ekonomi, politik dan pelbagai perihal sosial. Dalam diri manusia, secara fitrahnya mempunyai sifat-sifat seorang liberalis, sosialis, komunis, kapitalis, pluralis dan lain-lain. Fitrah kemanusiaan yang sebenar ialah serasi dengan al-Quran dan as-Sunnah. Fitrah kemanusiaan mesti tunduk dan patuh  mengikuti jalan yang ditunjuki oleh suluhan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan seharian agar tidak tersesat dan hanyut dengan keseronokan khayali ciptaan aqal dan nafsu sendiri. Kemuncak kesesatan fitrah kemanusiaan apabila ia menjadi ‘isme’ atau ‘agama’ bagi sesetengah individu dan kelompok sehingga tidak mengenali Allah SWT dan menolak Islam sebagai  Adden.

Kedaulatan Islam atau lebih tepat kedaulatan Allah (al hakimiyyah) dalam ekonomi, politik dan sosial (lebih tepat dalam kehidupan manusia) adalah pengembalian kepada fitrah kemanusiaan yang sebenar. Pengembalian kepada fitrah kemanusiaan sebenar ini menjadi satu kewajiban dalam penunaian janji  dalam Perjanjian Asali Manusia dengan Allah SWT dalam Alam Roh. Penunaian janji ini melibatkan syariat [Surah al-Jathiah: 18], hakikat dan makrifat.

Kedaulatan Islam (lebih tepat: Allah SWT) atau al-hakimiyyah ialah kekuasaan hukum tertinggi dalam alam semesta ini hanyalah milik Allah SWT. Allah menentukan segala hukum[Surah al-An’aam:57]. Konsep ini menunjukkan kepada manusia bahawa Allah sahaja sebagai sumber hukum. Manusia wajib patuh, taat dan tunduk kepada hukum Allah semata-mata [Surah al-An’aam: 62] bukannya pada pandangan akal dan nafsu manusia.

Isu besar pada hari ini dan sejak zaman berzaman, manusia dikhayalkan dengan kebijaksanaan pandangan akal dan nafsu sendiri.  Mereka merasakan diri mereka benar. Mereka bersifat pragmatis dan selektif dalam pandangan Islam. Sebab itu mereka senang dengan pemikiran pasca Islamisme dan Muslim Demokrat sebagaimana dicanang oleh Barat. Sejarah telah membuktikan bahawa kelompok ini tidak meninggalkan Islam sepenuhnya. Mereka mulanya beralasan dengan pelbagai alasan (termasuk dalil-dalil Islam) tidak melaksanakan Islam. Lama-kelamaan kelompok tidak mahu melaksanakan Islam, kemudian menyokong dan bersama-sama kelompok anti-Islam menyerang kelompok Islam dan akhirnya menjadi penentang Islam.

Politik Islam dan Kepimpinan Islam
Ramai sarjana Islam menyatakan istilah politik bukanlah istilah Islam. Asal usul istilah politik ialah daripada bahasa Yunani, ‘politikos’ atau bahasa Latin, ‘politica’. Dalam bahasa Perancis, ‘politique’ dan bahasa Belanda, ‘politiek’. Asal usul istilah ialah daripada ‘polis’ bermaksud negara kota. ‘Polis’ juga bermaksud kemajuan.

Sebahagian sarjana menyatakan politik dalam Bahasa Arab dinamakan siasah iaitu perintah, tegah, melakukan kebaikan dan mendidik. Dari segi istilah, siasah menurut Ibni Aqil ialah perbuatan yang membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan menjauhkannya daripada kerosakan sekalipun tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW.

Pada pandangan penulis, siasah ditentukan oleh kualiti seorang pemimpin. Kualiti seorang pemimpin terletak pada akhlaknya yang disaluti oleh iman dan taqwa. Kualiti pemimpin mendahului kelebihan sistem.

Menurut Kamus Dewan, pimpin ialah dibimbing; dipandu; dituntun dan ditunjuk. Kepimpinan pula ialah keupayaan memimpin. Rumusan Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zin menyatakan pimpin bermakna memegang tangan seseorang dengan tidak terlucutnya menuju ke arah yang dipersetujui bersama. Perkara ini menunjukkan seseorang pemimpin perlu memimpin dan memegang ‘tangan’ (kekuasaan-mentadbir) rakyat dengan amanah.
Teori kepimpinan Barat terutamanya Bahasa Inggeris menggunakan perkataan ‘lead’ bermakna menyebabkan (seorang atau seekor haiwan) mengikut seorang yang membawanya dengan tangan (membimbing), bakdul, tali dan lain-lain ketika maju ke hadapan. Lead berasal daripada perkataan Latin iaitu kaedan bermakna ‘menyebabkan perginya seseorang daripada Jermaik, laithan yang bermakna ‘kembara’.
Dalam tradisi peradaban Melayu-Islam, kepimpinan Melayu berasaskan persetujuan bersama antara pemimpin dengan rakyat. Perkara ini menandakan kepimpinan Melayu berasaskan kerjasama kolektif dan penyertaan rakyat dalam kerajaan Melayu.



Sifat Qawiyy-Ameen-Hafeez-Aleem datang Daripada Aqidah dan Akhlaq Islam.
Pemerintahan Islam dan seseorang pemimpin Islam perlu mempunyai ukuran pencapaian mereka dalam melaksanakan amanah Allah. Tanpa prestasi dan pencapaian yang baik dan berprestasi tinggi, pemerintahan dan pemimpin tersebut perlu ditolak dan digantikan dengan pemimpin dan parti politik yang lebih baik.

Penulis tertarik dengan tulisan Ustaz Harizal Jamil,

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]

Ayat ini disyarahkan oleh Ustaz Hasrizal Jamil dengan penjelasan begini. “Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).

Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi.”

Tambah Ustaz Hasrizal Jamil lagi, ‘ Lalu tatkala Nabi Yusuf  meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata:

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]”

Pada pandangan penulis, asas kualiti kepimpinan ialah aqidah dan akhlak (pemimpin yang berakhlak). Pemimpin berakhlak yang terbaik ialah akhlaknya mengikut dan tunduk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Hanya pemimpin yang beraqidah dan berakhlak sahaja mampu memimpin negara yang sejahtera dan makmur. Dan hanya pemimpin beraqidah dan berakhlak al-Quran dan as-Sunnah sahaja yang mampu melahirkan negara yang sejahtera, makmur dan diredhai oleh Allah SWT.

Nabi Musa AS dan Nabi Yusuf AS, mereka adalah pemimpin beraqidah dan berakhlak beracuankan WAHYU Allah SWT. Mereka memiliki syarat Islam mendahului syarat HAFEEZ, ALEEM, QAWWIY dan AMEEN. Seseorang pemimpin mesti mempunyai akhlak dan iman. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang sejahtera, makmur dan diredhai oleh Allah SWT hanya mampu diperintah oleh orang berakhlak yang beriman dan bertaqwa.

Malaysia  berada dalam era terbaiknya pada zaman Tun Mahathir Mohammad (ketiga menjadi PM Keempat), seorang pemimpin yang genius dan bijak tetapi pada zaman beliau juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa berleluasa.  Adakah kebijaksanaan tiada?. Adakah undang-undang tiada?. Adakah rakyat lapar dan kebuluran ketika pemerintahan Tun Mahathir?. Yang tiada ialah ketinggian  iman dan akhlak para pemimpinnya. Tun Mahathir tidak mengutamakan pembinaan iman dan akhlak dalam kalangan para pentadbirnya.

Pengaruh Islam Dalam Parlimen
Suka atau tidak, politik mementingkan kekuasaan, kekuatan dan berpengaruh. Di negara majoriti umat Islam, umat Islam wajib menjadikan mereka sebagai pihak yang berkuasa dan berpengaruh. Di negara minoriti Islam, umat Islam juga mesti menjadikan mereka pihak yang berpengaruh. Berpolitik, jangan sampai pengaruh pihak Islam merosot. Perpaduan ummah merentasi politik kepartian perlu diamalkan supaya pengaruh Islam tidak dihakis.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 13, kerusi yang dimenangi oleh orang Islam ialah hanya 137 orang. Sebanyak 98 kerusi Islam daripada 133 kerusi disumbangkan oleh Barisan Nasional(133) sebanyak  UMNO (88) dan PBB (10) manakala Pakatan Rakyat (89 kerusi: PAS (21); PKR (30): DAP (38) mendapat 39 kerusi Islam iaitu PAS(21), PKR (16) dan DAP (2) daripada 89 kerusi yang diperolehi oleh PR.

Dalam PR sebanyak 39 kerusi Islam manakala 50 kerusi bukan Islam. Dalam BN terdapat 98 kerusi Islam manakala bukan Islam mendapat 35 kerusi. Didalam Parlimen Malaysia, jumlah kerusi Islam ialah 137 kerusi manakala jumlah kerusi bukan Islam ialah 85 buah kerusi.

Jumlah kerusi Islam daripada BN berjumlah 98 kerusi dan PKR+DAP sebanyak 18 kerusi itu boleh disangsikan tahap keIslaman mereka. Sudah tentu kebanyakan mereka bukan menganuti Islam secara adden kerana mereka adalah sekularis-liberalis-nasionalis yang totok dan memilik akhlak yang kurang Islami.

DAP memang tidak mampu memerintah Malaysia tetapi DAP boleh memerintah Malaysia dengan bantuan khadam atau boneka mereka. Dan yang lebih tepat ialah pengekalan kuasa berterusan daripada kelompok sekular nasionalis kepada sekular liberalis. Islam akan terus terpinggir.


Kepimpinan Dalam Islam dengan Kaedah Melantik Bukannya Pertandingan.
Dilantik sebagai pemimpin bukanlah menunjukkan diri kita mempunyai kelebihan atau kehebatan. Kepimpinan hanya taklif; amanah, tanggungjawab, berkemampuan; yang dipinjamkan kepada si pemimpin oleh rakyat. Sifatnya pada istilah pemimpin, ia bukan untuk semua orang. Ia hanya yang terpilih dan jumlahnya tidak ramai – terhad.

Kepimpinan bukanlah secara individu, kepimpinan adalah kolektif – syura rakyat. Pemimpin menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan rakyatlah yang menjadi pembantu dan penasihat-penegur kepada pemimpin.

Syarat ketaatan rakyat kepada pemimpin selagi pemimpin taat kepada Allah dan RasulNya. Sekiranya, mereka tidak taat, maka rakyat boleh menurunkannya dengan pendekatan yang paling baik dan damai.

Kuasa pemimpin yang diberikan oleh Allah SWT melalui rakyat jangan dipergunakan untuk diri, keluarga dan kroni. Kuasa ini dikembalikan kepada rakyat melalui pemerintahan yang adil dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat dengan adil dan telus.

Ucapan Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq semasa pelantikan sebagai Khalifah,
“Wahai saudara-saudara semua, aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, dan aku bukanlah orang yang paling baik dari kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka tolonglah aku, sekiranya aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku. Bercakap benar ini amanah dan berdusta itu khianat. Orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil semula daripadanya hak yang diambil secara tidak benar. Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan mengembalikan hak yang dirampas daripadanya. Tidak meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum, melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat pada Allah dan rasulNya maka jangan lagi kamu taat pada aku

Ucapan Khalifah Abu Bakar menunjukkan keperluan penglibatan rakyat dalam mengawasi pemerintahan dan seseorang pemimpin. Pengawasan ini dilakukan dengan menegur dan menasihat kerajaan. Menegur dan menasihat kerajaan memerlukan sifat amanah bukannya mengampu. Perbetulkan kerajaan juga boleh dilakukan dengan menurunkan mereka dalam pilihanraya.

Kedaulatan Islam terlaksana apabila pemimpin istiqamah taat kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan apa yang dijelaskan oleh al Quran dan  al Sunnah.

Politik Kesultanan Bukan Sekadar Pewarisan Takhta






Antara Urusan Aqidah dan Urus Tadbir Kerajaan Yang Baik
Mana yang lebih utama antara urusan aqidah atau urus tadbir kerajaan yang baik?
Hakikat kepada jawapan soalan ini ialah aqidahlah sumber keupayaan sebenar melahirkan urus tadbir kerajaan yang baik dan diredhai oleh Allah SWT. Urus tadbir kerajaan yang baik tanpa keredhaan Allah SWT adalah usaha yang ‘syok sendiri’. Keredhaan Allah SWT dihasilkan daripada kehambaan manusia yang mengenali, tunduk dan taat kepada Allah SWT dengan melaksanakan apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Pemerintahan, pentadbiran dan kepimpinan mesti bertunjangkan kepada kefahaman konsep khalifah (Surah al-Baqarah: 30). Ia bukan sekadar isu pembangunan, kemajuan dan pentadbiran yang baik sahaja.
Pemimpin Bukan Islam yang Adil?
"Sejelek-jelek Muslim, senakal-nakal Muslim, walaupun masuk penjara, akhirnya pasti masuk surga juga. Sebaliknya, seadil-adil kafir, sebaik-baik kafir, pasti akhirnya akan masuk neraka", KH. Hasan Abdullah Sahal
Kita tidak menafikan kebaikan dan prestasi yang dilakukan oleh pemimpin bukan Islam mengatasi pemimpin umat Islam. Cuma mengatakan pemimpin bukan Islam itu adil disisi Islam itu tidak tepat. Mereka mungkin adil dari segi fitrah kemanusiaan tetapi belum tentu adil disisi Allah SWT.
Dalam Islam, syarat Islam itu mendahului syarat keadilan. Pemimpin yang adil mesti beraqidah Islam dan meletakkan Islam pada posisi yang sebenar dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Di Barat, kerajaan mereka nampak adil disisi pandangan fitrah kemanusiaan. Hak asasi manusia dipelihara dengan baik. Tetapi pada masa yang sama, mereka menghalalkan pelacuran dan riba yang diharamkan oleh Allah SWT.

Pemimpin Islam yang Diktator, Korupsi dan Maksiat.
Kita tidak membela pemimpin umat Islam yang melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa. Pemimpin Islam yang lemah prestasi, banyak maksiat, terjerumus dalam korupsi, kronisme dan nepotisme, kesilapan dan dosa perlu diturunkan. Pemimpin umat Islam adalah manusia biasa yang imannya berbolak-balik dan kaya dengan kelemahan, kekurangan, kesalahan dan kesilapan. Pemimpin umat Islam seperti ini perlu diganti dengan pemimpin Islam yang lebih Islamik dan berprestasi baik.
Ada pemimpin umat Islam yang kurang layak memimpin umat Islam dan Kerajaan Islam. Ada juga pemimpin umat Islam yang fasiq, sering melakukan maksiat dan melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya. Umat Islam boleh menurunkan pemimpin ini atau mengekalkan pemimpin ini atas dasar mengekalkan mudharat kecil untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar.
Dalam kitab ketatanegaraan Melayu seperti Kitab Nasihat Segala Raja-Raja menjelaskan bahawa taat setia terhadap raja dan terhadap perintah raja adalah wajib walaupun zalim. Para ulama termasuk Imam al-Ghazali, Imam al Juwaini, al- Asy’ari, al-Baqillani dan al Nawawi menyokong gagasan bahawa Imam (pemimpin) yang fasiq tidak boleh dipecat terutamanya itu boleh membawa kepada huru hara dan fitnah dalam masyarakat dan negara. Suatu hari yang huru-hara dan fitnah adalah lebih buruk daripada kezaliman sepanjang masa.
Dengan sistem demokrasi-pilihan raya, rakyat boleh menurunkan pemimpin umat Islam yang kurang layak, zalim dan fasiq. Jika pemerintahan diktaktor yang berkuasa dan tidak mampu ditewaskan oleh umat Islam, maka bersabar itu lebih baik. Pengalaman di Syria, penentangan umat Islam mengakibatkan musibah dan mudharat yang lebih besar.
Islam tidak ada kompromi dengan pelaku maksiat, rasuah dan penindasan yang dilakukan oleh pemimpin umat Islam. Dosa tetap dosa disisi Allah SWT walaupun pemimpin umat Islam itu seorang berjubah dan berserban. Peranan rakyatlah menilai prestasi pemimpin mereka dan menurun-menaikkan pemimpin mereka. Setiap undi rakyat juga ada nilai dosa dan pahala.
Pemimpin adalah cerminan masyarakatnya.

Politik Islam dan Demokrasi-Pilihanraya
Dalam demokrasi pilihan raya, umat Islam perlu memilih parti politik dan calon pilihan raya yang boleh membawa aspirasi Islam. Aspirasi Islam ialah perjuangan Islam sebagai adden, menegakkan Islam dalam pemerintahan termasuk dalam sosial, ekonomi, perundangan dan perlembagaan, dan menghalang berlakunya dosa-dosa besar dan kecil yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.
Pemilihan parti politik dan calon bukan sekadar sentimen perkauman, kebencian, tawaran manifesto, prestasi kerajaan memerintah dan kelebihan calon sahaja. Lebih daripada itu, persoalan aqidah dari pelaksanaan dan pemeliharaan aqidah daripada dicemari oleh unsur-unsur SEPILIS.
Islam tidak akan ditegakkan tanpa Perlembagaan dan perundangan Islam. Persoalan pembangunan, kemajuan dan urus tadbir yang baik, semua parti politik mesti melakukannya. Persoalan menegakkan Islam, hanya parti yang bertunjangkan Islam sebagai adden sahaja yang mampu melakukannya.

Kitaran Tsunami Politik
Sesebuah parti politik yang terlalu lama berkuasa akan mengalami suasana kondusif dan sukar mengekalkan prestasi. Korupsi, rasuah, kronisme dan nepotisme mula merebak dalam kerajaan. Akibatnya, kerajaan lemah dan rakyat menderita-dizalimi. Justeru, beberapa pendekatan perlu dilaksanakan iaitu [1] penubuhan Suruhanjaya Hisbah yang bebas daripada penguasaan kerajaan dan parti politik, [2] jawatan dihadkan tempohnya, [3] dialog antara rakyat dengan kerajaan perlu diadakan dan [4] penjanaan Ekonomi Kerakyatan.
Jika gagal mendepani kitaran tsunami politik, rakyat yang bosan dengan prestasi sesebuah kerajaan boleh menumbangkan kerajaan dan mengantikan dengan parti politik yang dirasakan baik oleh rakyat.
Memilih Pemimpin Menurut Dr. Hamid Fahmi Zakarsyi
1. Pemimpin Cerminan Masyarakat
Pemimpin itu adalah produk dan cermin dari keadaan suatu masyarakat. Jika masyarakatnya korup maka pemimpinnya akan demikian pula; jika masyarakat tidak religious atau sekuler maka pemimpinnya juga demikian; jika pemimpinnya saleh maka pemimpin yang akan dihasilkan akan berasal dari orang yang saleh. Itu pemahaman saya dari sabda Nabi:"كيف تكون يول عليكم" (bagaimana keadaan kamu begitulah pemimpin yang akan memimpin kamu). Takwilnya: jika umat berpecah belah maka orang non-Muslim yang akan jadi pemimpin; jika umat Islam tidak kuat kaderisasinya maka yang lahir jadi pemimpin adalah kaum lain yang kuat kaderisasinya; jika Muslim tidak tegas dan kompak dalam bersikap terhadap korupsi maka pemimpin yang akan lahir pun demikian. Kalau "anteseden" (jika) itu semua tidak terjadi maka "preseden" nya (maka) boleh jadi salah, karena Allah berkehendak lain. Wallahu a'lam (FB 4 Mei 2016)

2. Pilih Pemimpin
Jika ada pertanyaan "pilih mana pemimpin kafir tapi tidak korupsi, atau Muslim tapi koruptor" maka harus dijawab begini 1) apakah pemimpin kafir itu hanya tidak korupsi, tapi menipu, memeras, menindas, berzina, berkata jorok, arogan, dsb. 2) Apakah pemimpin kafir itu dijamin pasti tidak korupsi atau tidak terbukti korupsi padahal korupsi 3) Apakah di dunia ini tidak pilihan lain, kecuali kedua pilihan itu, apakah tidak mungkin ada pilihan pemimpin Muslim yang bukan koruptor 4) Apakah kita tidak berfikir bahawa korupsi bagi orang kafir itu sah-sah saja asal tidak terjerat hukum, asal tidak ketahuan, asal dibahagi rata, dan asal pandai melobi semua pihak. 5) Kalau anda Muslim, seorang Muslim itu sudah berlaku adil pada diri sendiri, karena mengikuti fitrahnya bertuhan, sedang orang kafir itu sudah zalim pada diri sendiri, karena mencampur kekafirannya dengan fitrahnya. Bagaimana seorang kafir bisa bersikap adil pada orang lain pada diri sendiri saja sudah tidak adil. Jadi pilihan diatas bukan alternatif yang harus dipilih. befikir cerdaslah agar selamat dunia akherat. (FB 29 Mac 2016)

3. Kriteria Pemimpin Islam
Ketika umat Islam memimpin di Andalusia dan Palestina, umat agama lain (Yahudi dan Nasrani) hidup damai tidak diusir, tidak dicaci maki, tidak dipaksa masuk Islam dan bentuk kekerasan lainnya, namun setelah umat Islam tidak memimpin di Andalusia mereka diusir, dibunuh (Palestina), dipaksa masuk agama lain, kekayaan intelektualnya dicuri lalu di bakar; dan istana serta bangunan masjidnya disita, diusir. Ketika Sultan Turkey mendengan peristiwa di Andalusia seperti itu, dia akan membalas mengusir orang Katholik dari Turkey, namun karena kedekatannya dengan Ulama, ia mentaati nasehat ulama untuk tidak melalukan itu.
Jadi pemimpin Muslim itu bukan hanya beragama Islam, tapi memiliki kriteria-krireria Islami dalam berperilaku, berbicara, mengambil kebijakan, mengatur administrasi, dan sebagainya. Dia dikendalikan oleh agama dan dinasehati oleh ulama yang saleh. Jika dia salah dia tetap salah menurut Islam, jika dia korupsi dia tetap salah dalam kriteria Islam, jika ia tidak adil dia dihukumi zalim dalam Islam. Tapi seorang pemimpin kafir tidak punya kriteria itu, dia dapat melakukan apapun asal tidak bisa dijerat hukum. Jika Muslim harus memilih, pilihlah pemimpin Muslim, sebab apapun kekurangannya dia bertanggung jawab pada Allah, mendengar nasehat ulama dan mendengar nurani rakyatnya. (Ali Imran 28) (FB 29 Mac 2016)

Wasiat Syeikh Abdullah Fahim
Teks Nasihat Allamah Abdullah Fahim* kepada seluruh rakyat Melayu Malaya pada masa itu.
Bismilla’hir’Rahmani’r-rahim. Al-hamdulillah, wassolatu wassalam ala sayyidina Muhammadin wa ala alihi wa ashabih (Amma ba’du)
Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang-orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada Mazhab Syafie ijma’an.
Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (yahrumu kharqul ijma’)
Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya.
Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.
Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumid Din dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyar as-Salikin'.
Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'
*Allamah Abdullah Fahim adalah merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia kelima D.S. Abdullah Ahmad Badawi
Menilai PAS
Kekuatan PAS yang sebenarnya terletak kepada:
1. Perlembagaan PAS yang meletakkan Islam sebagai DASAR parti.
2. Peranan Ulamak dalam kepimpinan PAS
3. Cita-cita mendaulatkan Perundangan Islam
4. Semangat anggota dan para simpatis PAS.
Dalam sesebuah organisasi, tidak dapat lari daripada persaingan dalaman termasuk melibatkan perebutan jawatan. Pemenang sebenar dalam perebutan jawatan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan. Persaingan dalaman muncul apabila berlakunya pertembungan dua kelompok dalam organisasi iaitu kelompok [1] konservatif dan kelompok [2] progresif. Kedua-dua kelompok ini mempunyai penyokong dalam kalangan anak muda. Kemuncak pertembungan ini ialah membiaknya budaya ekstrem sehingga menularkan virus dalam organisasi. Sesiapa yang tidak berjiwa besar, kurang sabar dan mudah merajuk, akan keluar organisasi. Sesiapa yang kuat sabar akan terus melawan dalam gelanggang yang betul. Dan sesiapa yang mencintai kedamaian dan ukhwah, mereka bertawaqquf daripada organisasi. Dalam kelompok konservatif dan progresif sendiri ada juga puak tertentu seperti mengikut alumni universiti, geng talaqi-turath-ruwaq, geng haraki-hizbi-usrah, jemaah-jemaah Islam dan lain-lain.
Sesetengah pihak menilai dan mengkritik kelemahan prestasi Kerajaan PAS Kelantan. Kita menghormati semua pandangan dan jujurnya kita tidak boleh menafikan setiap yang berkaitan dengan manusia ada kelemahannya. Suka atau tidak, gejala Korupsi, Kronisme dan Nepostisme (KKN) akan muncul dalam sesebuah organisasi apabila keselesaan dan kemewahan melanda organisasi tersebut. Wajib kita membanterasnya dan paling kurang berusaha meminimunkan gejala KKN dalam organisasi yang Islami. Walaupun mereka terlepas hukuman di dunia tetapi mereka tidak terlepas di mahkamah akhirat.
Dalam bab alam sekitar, PAS dikritik teruk disebabkan oleh pembalakan dan kes orang Asli. Setiap kerajaan ada kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dan mempunyai alasan tersendiri dalam proses pembangunan dan kemajuan negeri. Negara Barat dan Jepun yang sangat dibanggakan Urus Tadbir yang Baik juga turut terpalit dengan pelbagai kelemahan termasuk dalam alam sekitar. Greenpeace banyak juga menghalang negara Barat dan Jepun dalam pelbagai kes termasuk isu pemburuan ikan paus dan isu buangan sisa radioaktif. Jika Kerajaan PAS Kelantan mengikut SOP yang betul, mereka perlu berdepan dengan pihak penentang mereka di mahkamah. Ini menunjukkan keterbukaan dan rakyat mempunyai hak bersuara dalam menentang kerajaan.
Aku Lebih Suci
Setiap manusia kaya kelemahan. Manusia tidak mampu menjadi manusia ‘suci’ sebagaimana Rasulullah SAW. Semaksum Rasulullah SAW turut dibenci oleh manusia yang lain. Kebencian dan kezaliman terhadap pendukung perjuangan Islam berlaku sepanjang zaman.
Pada akhir zaman, ikutilah dan pilihlah pemimpin bertaqwa sama ada kalangan ulamak atau pemimpin bertaqwa yang dinasihati dan disokong oleh para ulamak. Lihat siapa ulamak yang menjadi pemimpin ataupun ulamak yang menyokong pemimpin tersebut.
Dibawah dinukil nasihat Imam Syafie diambil daripada sebuah laman web;
Ulama apa yang harus diikuti pada akhir zaman? ini Jawaban Imam Syafi’i — nasehat Ketika murid Imam Syafi’i bertanya. . “Ulama seperti apa yang kami harus ikuti diakhir zaman wahai guru?” . Imam Syafi’i menjawab: “Ikutilah..ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik…” . “Dan jauhilah ulama yang disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik…” . وسئل الإمام الشافعي رحمه الله تعالى: كيف تعرف أهل الحق في زمن الفتن؟! فقال: “اتبع سهام العدو فهي ترشدك إليهم. . PESAN IMAM SYAFE’I . Imam Syafe’i pernah berkata, . “Nanti di akhir zaman akan banyak Ulama yang membingungkan Umat, sehingga Umat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu yang menyesatkan Umat”. . Maka Imam Syafe’i mengatakan, . “Carilah Ulama yang paling di benci oleh orang-orang KAFIR dan orang MUNAFIK, dan jadikanlah Ia sebagai Ulama yang membimbingmu, dan jauhilah Ulama yang dekat dengan orang KAFIR dan MUNAFIK karena ia akan menyesatkan mu, menjauhi mu dari Keridhoan Allah”. . Nah sekarang perkataan Imam Syafei itu terbukti, dan kita boleh MENILAInya sendiri mana Ulama yang di Musuhi oleh orang KAFIR dan MUNAFIK yang harus kita ikuti, dan mana Ulama yang selalu dekat dengan orang KAFIR dan MUNAFIK yang harus kita jauhi.










Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...