Sunday, September 30, 2007

Ada apa pada Muhd Ramadhan Fitri?[buat saudaraku)

Oleh mamat_com

Antara pemimpin mahasiswa yang aku kagumi ialah saudara Muhd Ramadhan Fitri, mantan Presiden PMIUM. Anak ustz Elias, seorang pengajar di USM. Sungguh bertuah ibubapa yang mempunyai anak seperti beliau. Berakhlak mulia, berilmu dan alim. Aku pernah diugut oleh seorang pencacai kerana dikatakan membela sdr Ramadhan semasa isu SLAB UM beliau dirampas oleh orang berotak politik sempit dan pengkipas punggung pemerintah. Tulisan mamat_com dalam web idealis mahasiswa hendak dibawa kepada dato menteri pelajaran. Aku hanya penulis nyamuk, adik sayang oii. Sdr Ramadhan, selagi berada di atas jaluran Islamis(aku doakan) akan menjadi pimpinan masa depan gerakan Islam di negara kita. Bakal pemimpin berjiwa ulama rabani.

Jika aku seorang Presiden PAS, akan kulantik beliau sebagai calon DUN Wakaf Mempelam(insyaAllah akan dipersetujui oleh YB Wahid Endut) Terengganu. Jika aku seorang Prresiden JIM, akan kulantik beliau sebagai Ketua Pemuda JIM(Kelab Belia JIM yg tidak seaktif KRJ). Jika aku seorang Presiden Universiti, akan kulantik beliau menjadi pensyarah. Jika aku bukan Presiden, jangan saudara Ramadhan beralih arah kepada jalur lain selaut biru itu. Ha, itu imiginasiku, jika aku seorang Presiden. Apapun aku doakan Ramadhan dirahmati Ilahi dan terus menjujungi jalur Islam. Salam kemaafan dari penulis bergelar mamat_com ini.

28/9/07

Sunday, September 23, 2007

Tasawuf Mantap Diri Pimpinan


Tasawuf Memantapkan Diri Pemimpin[Apa Pilihan Hasan al Banna?]
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias(mamat_com)
tokawang_sufi@yahoo.com

Dalam diri seorang pemimpin, unsur dalaman dan luaran mestilah seimbang. Bahkan unsur dalaman perlu lebih mantap bagi memdepani cabaran-cabaran masa kini. Kegagalan unsur dalaman pemimpin walaupun seperkasa Anwar Ibrahim atau senyamuk Nazree atau Ruslan Kassim, perlulah direnungi. Anwar Ibrahim sendiri hilang istiqamahnya terhadap gerakan Islam apabila memilih mazhab PEKEMBAR. Biar apapun alasannya, Anwar telah melakukan ksilapannya. Oleh sebab itu, saya melihat unsur dalaman pimpinan perlu lebih perkasa bagi menongkah arus cabaran.

Hasan al Banna sendiri telah mengalami fasa pertama dalam hidupnya sebagai pemimpin apabila melepasi tingkat kesufian. Kesufian ini telah memantapkan unsur dalaman dirinya agar tidak terpesong dalam perjuangan. Katanya 'Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar. Dasar jalan ini ialah keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain.’

Selepas melepasi fasa pertama, Hasan al Banna memasuki fasa kedua iaitu fasa tindakan dimana beliau telah turun ke lapangan bagi melakukan tarbiyah dan dakwah. Katanya ‘Jalan yang satu lagi ialah pendidikan (tarbiyah) dan dakwah. Jalan ini sama seperti jalan pertama tadi di segi keikhlasan dan amalan.’ Fasa kedua ini sangat berbeza dengan fasa pertama. Antara perbezaan yang harus dititikberatkan ialah
1.. dari segi hubungannya dengan manusia; 2.. dari segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi manusia; 3.. dari segi penglibatannya di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat; 4.. dan dari segi menyediakan penawar untuk penyakit-penyakit masyarakat

Hasan al Banna adalah antara contoh tauladan terbaik bagi kita melahirkan kepimpinan tasawuf. Akhlak, intelektual, akidah dan tindakan dakwah sungguh mengkagumkan. Adalah malang jika orang yang dikatakan Amir gerakan Islam, keluar dan bergelumang dengan jalur nasionalis. Jika tiada berminat dengan politik dakwah, masuklah NGO Islam. Di sini kita lihat sejauh mana keberkesanan tarbiyah gerakan dakwah Islam masa kini. Siasah tanpa roh kepimpinan tasawuf dan ketumpulan proses tarbiyah akan melahirkan buah yang cantik kulitnya tetapi isinya busuk dan masam.
Marilah kita lihat keyakinan Hasan al Banna, katanya ‘ Selepas merantau di dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua(fasa kedua) kerana ia lebih mulia dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua.’ Inilah manusia yang betul tindakannya dalam perjuangan dan buktinya dirinya sendiri telah syahid. Mantapkan tarbiyah diri melalui tasawuf dan barulah berdakwah di lapangan.

21/9/07

Monday, September 17, 2007

Nazree seorang pengkhianat?

Nazree seorang pengkhianat?

Kecoh apabila Presiden PMIUM masuk parti Melayu terbesar di dunia. Ini adalah ‘pengkhianatan’. Ini bukan tradisi orang berjuang. Tersenyum. Pengkhianatan merupakan dalam fitrah perjuangan. Lihatlah huraian kitab-kitab agung gerakan Islam karangan Ustz Fathi Yakan, terlalu banyak huraiannya.
Nak dibanding dengan Anwar Ibrahim, Ahmad Shabery Cheek dan Saifuddin Nasution, Nazree kelihatan nyamuk sahaja. ‘pengkhianat’ terdahulu lebih berkaliber dan teruji daripada Nazree. ‘Pengkhianatan’ Nazree menandakan PMIUM bukanlah milik mutlak PAS. PMIUM hanya bergantung kepada niat seseorang perwiranya. Ia milik pejuang atau pencari peluang dan kesempatan. Ia milik mujaddid atau pencari awek. Ia milik perwira atau hero mempromosi diri. Pilihlah, ia adalah pilihan anda. Tentu pak sheikh tersenyum JIKA dia baca tulisan hi. Tersenyum aku......

PMIUM: Antara siasah dan tarbiah

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@yahoo.com

Saya tidak berapa mengenali Nazree. Presiden PMIUM yang dikatakan memasuki mazhab PEKEMBAR. Dalam pemerhatian saya, sejak keunduran saudara Khairul Anuar Mat Zuki(Mat Sabu), PMIUM seakan-akan ada masalah kelencongan fikrah-tarbiah. Kelalaian ini berlaku apabila berlaku ‘penghijrahan’ tampuk pimpinan PMIUM daripada golongan tarbiah (goltar) kepada golongan siasah(golsia). Golsia pertama ialah saudara Ramadhan Fitri. Secara peribadi saya berpendapat saudara Ramadhan lebih mendekati idealis dan pendekatan JIM. Walau bagaimanapun, tarbiah dan siasah saudara Ramadhan adalah seimbang dan mantap(mungkin faktor asuhan keluarga-Ustaz Elias). Bermula dengan pimpinan Hanif Baderun, golsia mula memainkan peranan dengan mengelirukan ‘faham-faham’ tarbiah yang telah ditanam oleh goltar. Goltar mula tersisih dan tindakan PMIUM lebih bersifat siasah.
Secara tradisinya, pimpinan PMIUM dipimpin oleh goltar(kecuali masalah ketiadaan pimpinan). Manakala golsia menguasai PMUM atau bertanding dalam pilihanraya kampus. Tradisi ini cuba dihapuskan dan akibatnya berlakulah kemerosotan kualiti dakwah dan tarbiah kerana keasyikan untuk bertindak secara siasah sahaja. Siasah disini lebih berfokus kepada politik kepentingan juak/mafia masing-masing dan keagungan imej peribadi sahaja.
Oleh sebab itu, pimpinan PMIUM perlu mengembalikan tradisi dan memantapkan lagi proses tarbiah pimpinan supaya idealis perjuangan tidak terkeliru. Golsia perlu dikawal oleh goltar bagi mengelakkan kerakusan bersiasah sehingga mengendurkan proses tarbiah. Diharapkan ada usaha baru untuk memperkuatkan organisasi PMIUM bukannya peribadi pimpinan.

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...