2025 - 78 tahun
2026- 79 tahun
2027- 80 tahun
2028- 81 tahun
2029- 82 tahun
2030- 83 tahun
Suka atau tidak, DS Anwar Ibrahim antara pemimpin ulung, unggul dan lagenda negara kita. Beliau dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Beliau mempunyai sifat karismatik dan berwibawa.
“DSAI memiliki keyakinan tinggi untuk memimpin kerana terdidik sebagai pemimpin sejak kecil. Pak ustaz dalam poket dia” kata seorang ustaz.
Ibu beliau, tokoh Kaum Ibu UMNO yang mahir berpidato. DSAI lahir daripada keluarga politik UMNO. MCKK, gerakan mahasiswa di UM--PBMUM dan PMIUM, gerakan belia---ABIM dan MBM, di peringkat antarabangsa--WAMY , parti politik--- UMNO dan PKR dan pengalaman dalam kerajaan. Hidup beliau adalah memimpin dan sekitar kekuasaan politik.
DSAI mempunyai pakej kepimpinan--- kebolehan berpidato, kefasihan bicara, untaian kata indah dan bombastik, kenalan-sahabat MCKK, UM, gerakan belia, gerakan Islam dan puak SEPILIS Barat , jaringan pengaruh yang luas, dikenali seantero dunia, ada elemen inteletual, banyak membaca, kerja kuat, semangat kental, ramah dan mesra rakyat dan humor. Paling penting ada pengalaman dalam pentadbiran organisasi.
DSAI juga seorang pejuang. Pernah dipenjara. Rela buat apa sahaja untuk mencapai cita-cita untuk menjadi PM. Sanggup menjadi PM tepi bertahun-tahun.
Jika orang tanya, adakah DSAI layak dipilih untuk meneruskan tugas sebagai PM Malaysia ke 11? Jawapannya, YA. Beliau layak. Bergantung kepada rakyat dan istana.
PRU 16
DAP mahu PRU 16 diadakan pada tahun 2026. Pendirian DAP disokong oleh teman secumbuan dan selingkuhan mereka, Parti Amanah Negara.
Tahun 2026 dilihat sesuai diadakan PRU 16 kerana pelbagai habuan diberikan kepada rakyat, kakitangan awam (terutamanya guru) dan wilayah Sabah-Sarawak.
Selain itu, parti pembangkang berada pada titik lemah. PAS sebagai parti pembangkang terkuat tidak mempunyai calon PM. Isu utama perbalahan siapa yang mahu menjadi calon PM kalangan anggota PN. PPBM menghadapi krisis kepimpinan. TSMY melalui PPBM cuba membawa masuk parti-parti kecil yang banyak perseteruan ideologi dengan PAS ke dalam PN demi mendapat sokongan bukan Melayu dan bukan Islam. Situasi ini merupakan satu kelebihan bagi parti pemerintah untuk mengadakan PRU 16.
Peralihan Kuasa
DSAI dikatakan mahu menjadi PM selama dua penggal--- tahun 2022 hingga 2027 dan 2027 hingga 2032. Masalah pemimpin purba seperti DSAI ialah usia dan kesihatan.
Pemimpin yang unggul dan mahu menjadi Negarawan lazimnya berhenti pada waktu kemuncak kegemilangan. Jika gabungan parti-parti dalam kerajaan Perpaduan-Madani pada hari ini menang dan berjaya menjadi pemerintah setelah PRU 16, tahun ketiga setelah penggal baru merupakan tahun yang sesuai untuk peralihan kuasa.
Pilihan kedua, DSAI habiskan penggal, kemudian melakukan peralihan kuasa pada penggal seterusnya.
Sebagaimana Tuan Guru DSAI, Tun M, DSAI dijangka mahu mati dalam kekuasaan politik. Jika ini kemahuannya, DSAI boleh memilih berada dalam kerajaan sebagai Menteri Kanan walaupun pucuk kepimpinan PM berubah. Sebagai Menteri Kanan yang berada dalam kabinet, beliau boleh mengawal kestabilan politik negara.
Persoalan besar, siapakah PM ke-12?
Dalam Kerajaan Perpaduan-Madani, dua parti paling berpangaruh ialah DAP-PH dan GPS. Dua parti ini penentu hidup mati DSAI sebagai PM Malaysia. Selama ini, PKR bertuah kerana adanya DSAI. Tanpa DSAI, PKR boleh dianak-ayam oleh DAP dan GPS sahaja.
Tanpa Rafizi Ramli dan Nik Nazmi, barisan kedua PKR hanyalah Nurul Izzah dan Amirudin Saari sahaja. Nurul Izzah tiada rekod baik dalam kepimpinan. Amirudin ada pengalaman dalam pentadbiran Kerajaan Selangor ada potensi untuk melonjak jauh. Sebagai anak murid Azmin Ali, pergerakan politik Amirudin sentiasa diwaspada dan dicurigai. Untuk meneruskan legasi DSAI, DS Wan Azizah boleh ditampilkan kembali sebagai calon PM daripada PKR.
Dalam GPS, Abang Jo dan Fadilah antara calon PM yang berpotensi. Antara keduanya, Fadilah lebih sesuai sebagai PM kerana pengalaman beliau dalam pentadbiran pusat dan lebih Islami (sesuai dengan orang di Tanah Melayu).
DAP sudah tentu mencari calon PM tersendiri. Jika dilihat YB mereka pada hari ini, YB Bangi antara calon dilihat berpotensi. Pada pandangan kita, YB ini tidak digemari oleh orang Melayu. Untuk PRU 16, DAP boleh mengangkat Ustaz Sheikh Omar dan Dr Aziz Bari ke Parlimen. Kedua-dua pemimpin DAP ini boleh dicalonkan sebagai calon PM daripada DAP.
PPBM- calon PM mereka adalah TSMY, Hamzah dan Azmin. TSMY sudah tak relevan dan ada kes. Begitu juga Hamzah, sudah tentu akan dibongkar kes beliau. Azmin ada kes dan kurang digemari akar umbi PPBM. Maka, siapa calon PM daripada PPBM? Barisan kedua PPBM ialah Radzi Jidin dan Faizal Azumu.
Polisi PAS, menang dahulu, baru bincang siapa calon PM. Pendedahan awal calon PM boleh membawa fitnah dan sabotaj. Namum, ramai melihat calon PM daripada PAS ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Ahmad Samsuri. Selain itu, Sanusi dan Nik Amar juga berpotensi sebagai calon PM. Nik Amar sebagai contoh mempunyaipengalaman lama dalam pentadbiran dan ada kelulusan tinggi di luar negara.
Pemain-pemain politik di Malaysia agak berusia untuk menangani dunia generasi Z. Untuk politik hari ini, biarlah generasi yang lahir pada tahun 1970an (paling kurang 1960an) dilantik sebagai PM Malaysia.