Saturday, August 20, 2022

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

a. Kerajaan

1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli parlimen yang menyokong kerajaan yang sedia ada bukannya atas nama parti politik. Contoh, YB Zuraida Kamarudin (Parti Bangsa Malaysia) dan YB Mohd Khairudin Aman Razali.


2. Kerajaan yang berasaskan pengkongsian kuasa, peranan parti politik dan menteri untuk memperjuangkan prinsip parti mereka adalah terhad. Menteri berkuasa sekitar porfolio mereka sahaja. Pada masa yang sama, kuasa PM dan keputusan kabinet lebih besar daripada kehendak sesebuah parti atau menteri dalam sebuah gabungan parti politik yang membentuk kerajaan.


3. Parti yang membentuk kerajaan memilih tidak bersetuju dan menyalurkan ketidaksetujuan mereka melalui saluran-saluran dalam kerajaan. Parti yang membentuk kerajaan terpaksa akur dengan keputusan kolektif walaupun secara prinsipnya mereka tidak bersetuju. Mereka perlu bertanggungjawab atas keputusan bersama. Tugas melakukan demonstrasi adalah tugas parti pembangkang.


4. Keluar kerajaan atas ketidaksetujuan perlu difikirkan atas konteks apa. Pada situasi sekarang, keluar kerajaan adalah jalan terakhir. Banyak pertimbangan yang perlu difikirkan. Persoalan lebih besar, adakah pertukaran kerajaan boleh menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi?

b. Duta Bertaraf Menteri

5. Kita bersetuju jawatan Duta Khas bertaraf Menteri dan wujudnya banyak jawatan Menteri adalah satu tindak pembaziran dan tidak efektif. Dari segi politik, jawatan sebegini perlu untuk mewujudkan kerajaan dan politik yang lebih stabil. Ia tanda menghargai jasa dan mengukuhkan ikatan perpaduan sesebuah kerajaan. Singapura melantik mantan PM mereka sebagai Menteri Kanan dan Menteri Mentor.  Seterusnya, kita lihat DS Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang yang menikmati kelebihan bertaraf Menteri.

c. Muafakat Nasional

6. Cadangan mewujudkan kawasan MN adalah suatu cadangan yang baik. Di Perak, Kedah dan Selangor ia sangat perlu. Begitu juga di Bahagian-Bahagian tertentu.

7. MN mempunyai masalah daripada awal lagi:

i. Dato Seri Mohamad Hassan kelihatan berat untuk mendaftar MN. Pekung ini lebih terdedah dalam kenyataan akhbat DS Tajudin Abdul Rahman.

ii. Pada awalnya, PAS dan UMNO secara bersurat bersetuju menerima PPBM sebagai anggota baru MN. Tetapi UMNO akhirnya keberatan menerima PPBM. Sebahagian kecil pemimpin UMNO, mengkrtik PAS. Dikatakan oleh mereka, hubungan PPBM dengan UMNO umpama hubungan PAS dengan Amanah. Tetapi UMNO lupa dalam Langkah Sheraton, UMNO dapat menerima PPBM bahkan bersetuju melantik TS Muhyidin Yassin sebagai PM.

iii. Kepelikan PAS tergesa-gesa menyertai Pakatan Nasional menimbulkan banyak persoalan. Sepatutnya PAS menyokong Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU 15 bukannya menyertai gabungan politik yang baru iaitu Parti Perikatan Nasional.

iv, Kegagalan perwakilan UMNO-BN merehatkan DS Mohd Najib dan DS Ahmad Zahid menunjukkan tiada kesedaran secara menyeluruh tentang idea perubahan dalam UMNO.


Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...