Sumber: Malaysiakini
Penulis: Tuan Haji Annual Bakri Haron..
Soalan: Apa hobi Tok Guru?
Jawaban: Membaca menjadi hobi sejak di zaman bergelar pelajar lagi. Saya suka membeli buku-buku dan ada juga dihantar pelajar-pelajar di luar negara. Hasil bacaan itulah yang saya luahkan dalam ceramah dan tazkirah.
Soalan: Minat tercetus sejak bila?
Jawaban: Sejak menuntut di India dan lebih-lebih lagi ketika belajar di Mesir. Rakyat di negara tersebut memang suka membaca. Mereka lebih awal celik huruf menyebabkan mereka celik ilmu.
Soalan: Kalau tidak membaca?
Jawaban: Jauh berbeza di antara orang yang membaca dengan orang yang tidak. Apabila bercakap dengan orang, ilmu kita tidak meluas. Kita hanya bercakap berpusing-pusing di atas satu tajuk sahaja. Mula dari situlah saya suka membaca.
Soalan: Membaca di mana-mana saja?
Jawaban: Di atas motokar pun saya membaca. Sebab itulah mata saya menjadi kabur sedikit. Buku yang kita baca bergerak-gerak di atas kereta menyebabkan mata menjadi kurang jelas.
Soalan: Ilmu bidang apa disukai?
Jawaban: Saya lebih suka membaca bacaan yang boleh membawa saya dekat kepada Allah. Apa saja temanya, sama ada pertanian, ekonomi, sains dan teknologi yang dibawa pengarangnya supaya pembaca ingat kepada Allah. Pengarang membawa kita ingat kepada Allah itulah yang cukup menarik bagi saya.
Soalan: Ada pengarang begitu di Malaysia?
Jawaban: Disebab pengarang di Malaysia merujuk kepada al-Quran dan hadis maka lebih baik saya baca tulisan asal dalam bahasa Arab. Tulisan di negara kita menggunakan tulisan rumi. Adalah lebih baik saya rujuk terus kepada buku-buku Arab.
Soalan: Banyak buku dibaca?
Jawaban: Tidaklah sampai beribu, tapi saya membaca tidak berhenti sampai sekarang. Habis satu, satu. Ada-ada saja buku yang saya baca. Kalau buku lama habis, saya cari buku lain pula. Atau saya minta kawan-kawan di Mesir kirimkan buku baru.
Soalan: Adakah pemimpin memang perlu membaca?
Jawaban: Sebagai pemimpin, kita perlu banyak membaca. Kalau tidak, hujah kita akan berputar pada satu topik sahaja. Ini menyebabkan ceramah kita tidak ada daya tarikan kerana kita asyik bercakap isu lama. Tulisan kita pun tak ada orang nak baca kerana tidak ada maklumat baru. Sebab itu, pemimpin gerakan Islam mesti banyak membaca. Jangan kedekut nak beli buku. Sekurang-kurangnya mesti guna internet. Kita boleh dapat maklumat berita dari luar negara melalui internet.
Soalan: Apa laman web yang diminati?
Jawaban: Antaranya Islam Online dan Al-Jazeera.
Soalan: Suka menonton TV tak?
Jawaban: Saya suka tengok siaran luar negara. Siaran televisyen dalam negara saya tak minat langsung. Cerita yang dipaparkan cetek, kurang ilmu. Tidak banyak maklumat yang boleh menambah ilmu saya.
Soalan: Tengok berita perdana (RTM) atau Buletin Utama (TV3)?
Jawaban: Saya jarang tengok. Saya lebih suka baca akhbar. Tiap-tiap pagi sebelum pergi ke pejabat saya baca dahulu akhbar. Saya tidak suka habiskan masa tengok perkara yang sama. Bagi saya, masa adalah sangat berharga. Lebih-lebih lagi, masa tua sekarang, makin hendak rebut masa, hendak isikan dengan ilmu.
Monday, October 30, 2017
Saturday, October 07, 2017
Parti Islah Kingmakers Dalam Kerajaan Yaman
Parti Islah Yaman
ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman
Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari Utara dan Partai Sosialis Yaman (YSP) dari
Selatan merupakan parti berpengaruh di Yaman beradu untuk menduduki 30 kerusi
Parlimen Yaman dan membentuk Perlembagaan Baru Yaman. GPC Utara menang 123
kerusi (masih kurang majoriti) manakala YSP Selatan mendapat 56 kerusi. Manakala
Parti Islah memenangkan 62 kerusi dan lima parti-parti lain mendapat 12 kerusi.
Ada tambahan 48 wakil bebas.
Abdul Aziz Az
Zindani adalah ulamak salafi yang terkenal mengetuai Ikhwanul Muslimin Yaman
pada tahun 1970an. Sekelompok anak muda Ikhwan Yaman tidak berpuas hati dengan
kepimpinan Zindani kerana Zindani menggerakkan Ikhwan Yaman dengan cara beliau
sendiri dan meninggalkan pemikiran dan pendekatan Imam Hassan al Banna. Sheikh
Yasin Abdul al-Aziz al-Qubati telah berjaya menjatuhkan Zindani dalam
pertembungan dalaman. Zindani merajuk dan membawa diri ke Arab Saudi.
Parti Islah adalah
parti yang unik kerana ia bukan milik tuntas Ikhwan Yaman. Parti Islah Yaman
hasil gabungan 3 pengaruh iaitu [1] Ikhwanul Muslimin Yaman, [2] puak-puak
utama dan [3] kumpulan Salafi-Wahabi (Zindani). Puak-puak utama diwakili oleh
Syeikh Abdullah ibn Hussayn al-Ahmar, ketua Konfederasi Suku Hasyid dan Syeikh
Naji Abd al-Aziz al-Sya’if pemimpin utama Konfederasi Suku Bakil.
Dalam PRU tahun
1993, Parti Islah mendapat 62 kerusi telah membentuk Kerajaan Yaman hasil
gabungan dengan GPC dan YSP. Haydar Abu Bakr al-Attas dilantik sebagai Perdana
Menteri.
Pada tahun 1995,
Menteri-menteri daripada Parti Islah mula mengundur diri daripada Kerajaan
Yaman. Antaranya Muhammad al-Jubari mengundurkan diri sebagai Menteri Sumber
Daya dan Perdagangan, dan Abdullah al-Akwa, Menteri Urusan Air dan Elektrik.
Kedua-duanya mengeluh bahawa mereka tidak mampu melakukan pekerjaan mereka dan mereka
dihalangi dalam usaha untuk mengurangi korupsi dalam kementerian-kementerian
mereka. Masing-masing digantikan oleh anggota GPC.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...