Wednesday, January 06, 2021

UMNO Tidak Mahu Berubah: Antara Idealisme dan Muslihat Politik

 

i

Ruang dan peluang UMNO terbaik untuk transformasi diri dan refleksi diri dengan penuh kesedaran dan keinsafan ialah ketika tumbangnya UMNO-BN pada 2018. Nampaknya para pemimpin UMNO hanya sedih kerana kekalahan tetapi masih tidak mahu berubah. Pemimpin UMNO masih memperjuangkan agenda peribadi.

 

Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara mengariskan keperluan UMNO untuk insaf dan sedar iaitu

1.       Pemimpin-pemimpin (UMNO) yang menjadi liabiliti hendaklah disingkirkan”. Malangnya perwakilan UMNO masih memilih DS Ahmad Zahid salah seorang pemimpin bermasalah menjadi Presiden UMNO berbanding Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaludin yang turut bertanding bagi jawatan itu. Bagi Tun Abdul Hamid, pemimpin bermasalah dan lama perlu berundur dan berehat sementara. DS Ahmad Zahid dan DS Mohd Najib sewajarnya berehat sementara sepenggal atau sementara kes bicara di mahkamah. Bagi kerusi Parlimen, calonkan proksi masing-masing  untuk bertanding sementara berehat. Pemimpin lama seperti DS Tajudin Abdul Rahman boleh berundur membuka ruang dan peluang kepada muka baru yang lebih segar dan bersih. Pemimpin bermasalah dan lama perlu berkorban demi UMNO, Melayu, Islam dan negara.

2.       Penyatuan Orang Melayu-Islam melalui muafakat parti-parti dan NGO Melayu terutamanya UMNO-PAS. Setiap parti mesti melakukan pengorbanan dan jangan berbalah sesama sendiri. Apabila dapat kuasa, buat kerja bukannya berbalah merebut jawatan dan projek.

3.       Jauhi Tun Dr Mahathir

4.       Sewajarnya Presiden UMNO, Tengku Razeligh sebagai presiden dalam tempoh transisi dan pemulihan UMNO sebelum dilepaskan kepada pemimpin lebih muda.

 

Selagi UMNO tidak merehatkan pemimpin bermasalah dan lama mereka, perubahan yang berlaku bersifat jangka pendek, ‘hanya melepas batuk ditangga’ sahaja. UMNO tak nak berubah sebenarnya.

 

ii

Penulis tertarik dengan persoalan Dr Firdaus Abdullah, mantan senator dan pensyarah UM,

1.       Sejauhmanakah kewujudan PN didesak oleh keperluan politik jangka pendek parti-parti atau pemimpin berkenaan?

2.       Sejauhmanakah unsur-unsur idealisme perjuangan demi bangsa, agama dan tanah air mendorong mereka bekerjasama?

 

Tulis Dr Firdaus lagi, PN menghadapi dua masalah utama: pertama memastikan keutuhan dalaman agar mewujudkan keseimbangan antara muslihat politik dan idealisme perjuangan. Kedua, menghadapi musuh  politik dari luar secara berterusan akan menggugah kestabilan.

 

PN mempunyai musuh politik yang sama iaitu Anwar dan DAP membolehkan mereka mempunyai persamaan persepsi, memupuk kebersamaan dan mengobarkan idealisme perjuangan berbanding  terus bermain dengan muslihat politik. Tan Sri Annuar Musa menyarankan ekoran Covid 19, sewajarnya PRU 15 diadakan selepas redanya Covid bukannya diadakan segera sebagaimana suara majoriti UMNO. TSAM menyatakan sedemikian kerana UMNO kena kekalkan kerajaan PN sehingga habis baki penggal bagi membuktikan hasil kerja buat PN bukannya menghabiskan masa dengan politik perbalahan. Rakyat tersempit dikala orang politik berebut jawatan dan kuasa.


Kem-kem dalam UMNO bermain muslihat politik. Presiden UMNO dan DS Mohd Najib bermain muslihat politik. Ia sekitar agenda peribadi, keuntungan dan keselamatan diri. Mahu kuasa, mahu jauh daripada penjara. Idealisme perjuangan ditunggangi. Istilah rakyat sehingga dikenali hero atau pejuang ditunggang untuk kepentingan diri sendiri.

 

UMNO-PPBM kena buang ego dan kepentingan peribadi masing-masing. Kerjasama demi idealisme perjuangan Melayu-islam.

 

iii

Dominasi Politik Melayu-Islam bukan bermakna kita serah kekuasaan tanah air kepada UMNO yang bertindak sebagai abang long. Tidak. Tidak sesekali. Dominasi Politik Melayu-Islam tidak kira jenama parti tetapi ia dikira atas nama muafakat parti-parti Melayu iaitu kerjasama antara parti-parti Melayu dalam isu melibat kelangsungan Orang Melayu Islam dan urus tadbir negara berdasarkan Perlembagaan Malaysia dengan menghormati dan menjaga sentimen kaum majoriti berdasarkan sejarah, budaya, adat dan tradisi termasuk dalam isu pendidikan dan bahasa.

 

iv

Jika tidak ada solusi bagi pembahagian kerusi PRU15, PAS-UMNO-PPBM boleh bertanding sesama sendiri di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Di Pahang, hanya PAS dan UMNO bertanding. Perak, Selangor, Melaka dan Perlis, hanya PPBM dan UMNO. Dalam waktu yang sama, PPBM-PAS-UMNO peringkat negeri sedaya mungkin menggelak pertembungan sesama sendiri.

 

PPBM kena sedar diri, jentera mereka paling lemah. UMNO kena sedar diri bahawa PM adalah daripada PPBM. Untuk penggal akan datang, dua tahun pertama PM daripada PPBM kemudiaan UMNO selama 2 tahun dan PAS selama 1 tahun.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...