Thursday, January 07, 2021

Ruang Kudeta Dalaman Organisasi

 


i

Punca perbalahan dalaman

1.       Berbeza dalam strategi dan pendekatan

2.       Campur-tangan luar

3.       Persaingan antara kem

ii

Ijtihad politik sangat dinamik dan cepat berubah. Hampir pragmatik. Akibatnya menimbul perbezaan pandangan yang agak ekstrem sehingga munculnya kemarahan  dan kebencian yang melampau serta dendam tak berkesudahan. Maka sesuailah kita memahami perkara dibawah bagi mengelakkan kita menjadi manusia pendendam:

 

1.       Perkara tetap, perkara berubah. Prinsip dan matlamat tetap, strategi dan pendekatan berbeza

2.       Setiap keputusan dan tindakan bergantung kepada keutamaan berdasarkan situasi, konteks, masa dan tempat.

3.       Dalam setiap wadah, ada kelompok ekstrem dan kelompok opurtunis. Selain itu, ada sosok berwatak malaikat, wali Allah, munafik, hamman, qarun, firaun, namrud dan syaitan. Berwaspadalah.

4.       Kebenaran dan keadilan bersumberkan ilmu yang sahih bukannya bergantung kepada sosok tokoh yang ditaksub dan puak yang difanatikkan. Ilmu dan semangat sahaja tidak cukup. Ia mesti digandingkan dengan hikmah, adab dan kesabaran.

5.       Kematangan politik bergantung kepada perkembangan umur, pengalaman, pengaulan dan pembacaan. Kekuasaan, jawatan dan harta boleh mengubah hati manusia.

6.       Pilih antara dua mudarat iaitu mudarat kecil atau mudarat lebih besar.

7.       Jasa, ilmu dan amal seseorang tidak kita persoalkan. Tetapi penolakkan kita atas dasar melanggar disiplin organisasi, tiada adab berjemaah dan perbezaan strategi.

Jika pilih puak A, tolak puak B dan berada dalam mana-mana organisasi, masalah persaingan, perbalahan dan pertembungan dalaman sentiasa berlaku dan tidak dapat dielakkan. Ia memerlukan [1] kebijaksanaan ketua menguruskan konflik, [2] pematuhan kepada keputusan dan ketetapan rasmi organisasi yang diputuskan dalam mesyuarat tertinggi dan [3] penghormatan anggota terhadap ketua yang dipilih.

 

Jika [1] matlamat organisasi baik, [2] terdapat ramai pemimpin bertaqwa, berakhlak dan beramal dengan ilmu, [3] disokong oleh ramai ulama dan [4] didokong oleh rakyat yang bertaqwa, baik dan orang miskin, maka tugas kita adalah [1] berSABAR dengan telatah, kerenah,  perangai dan keputusan pemimpin, [2] istiqamah dan setia pada organisasi dan [3] akur dan taat kepada pemimpin. Sebaiknya kita KEKAL dalam organisasi tersebut.

 

Teguran dan perubahan terus dibuat dalam kesetiaan kepada organisasi.

 

iii

 

PAS sendiri mengalami perubahan besar dari segi kefahaman dan strategi dalam pelaksanaan konsep hukum hudud dan konsep negara Islam. Ia mula difahami secara luas mencakupi keutamaan dan situasi semasa serta lingkungan perlembagaan dan undang-undang. Kefahaman PAS pada hari ini berbeza dengan tahun 1980an dan 1990an setelah berlakunya kematangan politik.

 

Dalam pelaksnaan hukum hudud, PAS mengorak langkah memulakan sokongan terhadap kelulusan dan pelaksnaan RUU355 iaitu hukum takzir yang menjadi jalan mula bagi hukum hudud.

 

Dalam konsep negara Islam, PAS mula bereksperimen dengan konsep negara berkebajikan, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WIN) dan kualiti kerja atau tunjuk prestasi tokoh mereka sebagai menteri, timbalan menteri dan exco. Manakal budaya takfir sesetengah pemimpin PAS diganti dengan BPMS. Ini adalah satu  usaha perubahan ke arah lebih baik berbanding era radikal dan bersemangat dulu.

iv

Pemimpin Melayu-Islam seperti PAS wajib menghadami tulisan tokoh dibawah

1.       Syed Hussein Alatas

2.       Syed Muhammad Naquib al Attas

3.       Pendeta Za’ba

4.       Ungku Aziz

5.       Burhanuddin al Helmy

 

Berwaspada memilih tokoh panutan. Pilihlah tokoh yang sudah meninggal dunia yang terbukti kehebatan ilmu, amal dan jasa mereka. Mereka mempunyai pengakhiran yang baik. Mereka beramal dengan ilmu dan berjuang dalam masyarakat. TGHH sering sebak apabila menyebut pengakhiran yang baik kerana diri kita yang kononnya banyak ilmu, amal dan jasa belum tentu mendapat pengakhiran yang baik. Amal kita menjadi sia-sia ekoran sedikit kesilapan ketika akhir usia. Nasihat TGHH, kalau nak pilih ulama, pilihlah ulama yang beramal dengan ilmu dan berjuang menegakkan Islam.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...