Friday, January 01, 2021

Baju PAS, Badan PPBM


i

Ramai orang PAS dalam dilema kerana hubungan PAS dengan UMNO dan PPBM. Ia disebabkan sejarah lampau. Kini, terdapat orang PAS dan UMNO sangsi dan kecewa hubungan PPBM kerana ia parti yang pengaruh dan tiada jentera berdasarkan kekuatan PPBM dalam PRU14. Sebahagian besar anggota parlimen PPBM datang daripada kekuatan UMNO dan PH.

 

Sebelum itu, kita mesti memahami dalam sesebuah organisasi terdapat dua kelompok yang paling perlu diwaspada iaitu kelompok opurtunis dan kelompok ekstrem. Kelompok opurtunis suka mengambil peluang dan menipulasi keadaan demi keuntungan diri dan kelompok mereka. Daripada mereka munculnya budaya klik-puak, kronisme dan nepotisme. Kelompok ekstrem melakukan tindakan melampau dan diluar kawalan. Mereka didorong dengan semangat berkobar-kobar dan ilmu didada tetapi tiada hikmah dan kesabaran dalam pelaksanaan. Dua puak ini banyak merosakkan kebaikan sesebuah organisasi.

 

Jika kita menelusuri disebalik tabir dan dalaman PAS, ada kelompok opurtunis. Mustahil nak hapuskan kelompok opurtunis dan kelompok ekstrem melainkan jalan terus melalui kepercayaan kepada pemimpin yang bertaqwa dan berakhlak. Kedua-dua puak tersebut adalah kemuncup dalam perjuangan.

 

ii

 

Kelompok opurtunis dalam PAS pernah muncul disebalik jubah progresif. Mereka bertuankan AI dan berlujnahkan DAP. Tokoh yang bertanding melawan Presiden PAS minta restu daripada AI. DAP melakukan serangan daripada luar bagi menyokong kelompok opurtunis yang menyerang daripada dalam PAS. Mujurlah perwakilan PAS bijak membuat keputusan dengan menggeluarkan mereka secara demokrasi walaupun mereka adalah pemimpin yang berilmu, banyak jasa, popular dan banyak amal. Disiplin berjemaah lebih utama daripada segalanya.

 

iii

PAS mengutamakan prinsip penyatuan ummah antara orang Melayu-Islam melalui muafakat UMNO-PAS-PPBM diikuti dengan kaum-kaum yang lain. Ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah melalui Piagam Madinah yang telah menyatukan Aus-Kharaj kemudian Muhajirin-Ansar diikuti dengan Orang Islam dengan Bukan Islam (khususnya Yahudi) di Madinah.

 

Realiti politik, UMNO dalam keadaan berpecah tiga kumpulan besar dan kepimpinan tertinggi hilang kawalan terhadap pemimpin-pemimpin parti. Wibawa, aura dan pengaruh Presiden UMNO lemah. Walaupun PPBM lemah, mereka adalah wadah kelompok orang Melayu Anti Anwar dan Anti-UMNO bertapak. UMNO dan PPBM mesti didekatkan untuk menyatukan kuasa politik Melayu-Islam. PASlah menjadi perantaraan antara kedua-dua parti ini. Strategi berenang dalam dua kolam tiada masalah. Parti Semangat 46 berenang dalam dua kolam dengan menjadi perantara antara Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Adalah tidak adil memberi kata dua kepada PAS sama ada memilih PPBM atau UMNO. Setiap parti mesti melakukan pengorbanan demi mencapai kemenangan dalam PRU15.

 

iv

Sejak tumbangnya UMNO-BN, terdapat pertimbangan dan perkiraan politik yang mesti diambil kira dalam setiap keputusan dan tindakan. Pertimbangan tersebut ialah

 

1.       Raja-Raja Melayu

2.       Perlembagaan Malaysia

3.       Dominasi Politik Melayu-Islam-Bumiputera

4.       Masyarakat Majmuk

5.       Pengaruh Politik Wilayah Sabah dan Sarawak

 

PAS merupakan sebahagian daripada kerajaan bukannya sebuah kerajaan PAS. Setiap keputusan bukannlah datang daripada PAS sahaja tetapi keputusan kolektif kerajaan yang disertai oleh PAS. PAS terikat dengan keputusan kerajaan yang didokonginya.

 

Dalam konteks hari ini, PAS tidak mampu mendirikan sebuah kerajaan bersendirian tanpa sokongan Bukan Melayu-Islam dan parti dari Sabah dan Sarawak. Ini kekurangan PAS. Kepelbagaian puak dan aliran pemikiran dalam kerajaan perlu ditangani dengan hikmah agar tidak mendapat mudarat lebih besar. PAS mengamalkan apa yang disaran oleh Rashid Ghannousshi sebagai pengkongsian kuasa dan penyertaan terhad dalam kerajaan.

 

Peranan PAS sekarang dalam kerajaan ialah Islamisasi dan cuba mengembalikan ‘Daulat Islam’ secara berhikmah. Adanya PAS dalam kerajaan belum bermakna kembalinya daulat Islam. Secara dalaman dan sebalik tabir, PAS menghadapi tekanan daripada pelbagai puak dalam kerajaan. Rakyat kena doa dan sokong agar kuasa dominasi Melayu-Islam didaulatkan dalam kerajaan. Oleh itu, sokongan yang tuntas mesti diberikan kepada PAS dalam PRU15 agar kerajaan Malaysia stabil dan didominasi oleh kuasa politik Melayu-Islam.

 

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...