Friday, January 01, 2021

Ekonomi Tradisional Melayu

 

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

[Usman Awang, Melayu]

 

 

Kesilapan terbesar British ialah mereka menganggap orang Melayu itu sebagai petani. Mereka cuba melatih orang Melayu menjadi petani.

 

Orang Melayu bukan petani. Mereka adalah pedagang. Pada tahun 1885, di News York, orang Melayu dikenali sea nomad. British mahu orang Melayu menjadi petani. Disinilah bermulanya orang Melayu dikatakan sebagai pemalas.

 

Orang Melayu kalah disebabkan oleh modal dan teknologi. Penggunaan kapal api/wap menyebabkan orang Melayu tidak mampu berdagang di lautan. Mereka mula berdagang melalui jalan sungai.

 

Pembinaan jalan kereta api telah merosakkan ekonomi orang Melayu kerana menghapuskan jalan sungai. Ekonomi orang Melayu lumpuh.

 

Perkembangan bandar yang dipenuhi oleh kaum bukan Melayu juga merisaukan British. Pembangunan tertumpu di bandar-bandar. Ini tidak menguntungkan Orang Melayu yang tinggal di desa. Bandar Kuala Lumpur diasaskan oleh Sutan Puasa. Sutan Puasa menjemput orang Cina dari Sungai Ujong ke Kuala Lumpur. Bagi mengatasi ketiadaan orang Melayu di KL, British menubuhkan kampung pertanian yang dikenali sebagai Kampung Baru.

 

[Tulisan diinspirasikan oleh ucapan Prof Khoo Kay Kim]

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...