Monday, November 18, 2019

Generasi Ketiga Politikal Islam


Model Parti Politik ‘Islam’ Generasi Kedua Gerakan Islam (Gen 2.0) umumnya digerakkan oleh Tayyib Erdogan dan Abdullah Gul di Turki melalui AKP. Erdogan dan Abdullah Gul lebih terpengaruh dengan idea hizmet-Gulen daripada Erbakan dalam merealisasikan Gen 2.0. Kemudian Parti Keadilan Nasional (kemudian Parti Keadilan Rakyat) pimpinan Anwar Ibrahim di Malaysia. Kebanyakan Gen 2.0 di Timur Tengah muncul seiring dengan Arab Springs. Parti an-Nahdah pimpinan Rasid Ghannousshi sendiri bermula lambat.
                PKS Indonesia bukanlah Gen 2.0 walaupun ia mula popular pada awal tahun 2000an. Baru-baru ini, Muhammad Anis Matta bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Partai Gelombang Rakyat (GELORA) Indonesia. Parti Gelora Indonesia memenuhi ciri-ciri generasi 2.0. Di Malaysia, antara Parti AMANAH dengan PKR, PKR lebih tepat memenuhi ciri-cir Gen 2.0.
                Akar kepada Gen 2.0 ialah memenuhi kehendak nilai-nilai kesejagatan dimana nilai-nilai Islam diserapkan dalam urus tadbir negara dan kehidupan politik. Nilai-nilai Islam tanpa syariat lebih mudah diterima oleh masyarakat bukan Islam. Tiada perjuangan menegakkan Negara Islam dan perundangan Islam. Nilai-nilai sejagat Islam dapat diserasikan dengan demokrasi dan sekularisme.
Dr. Dzulkefly Ahmad mendefinisikan bukan sahaja dari segi gagasan pemikiran dan idea tetapi bersekali ‘satu penampilan baru entiti politik’ yang mengalami evolusi hasil interaksi dengan dinamika sosio politik  negara masing-masing. Ia dilakarkan dengan anjakan generasi dalam pemikiran dan pengurusan idea yang melahirkan gerak kerja yang mempunyai kelainan dan berbeza dengan yang lama. Hakikatnya terbit dari kelainan pengolahan pemikiran dan dasar, cita-cita dan penghayatan perjuangan mendepani realiti baru.
Ciri-ciri Generasi Kedua Politikal Islam ialah:
  1. Negara yang bersifat sivil dan tidak kudus, mengiktiraf kedaulatan rakyat berbanding hakimiyyah lillah.
  2. Negara yang bersifat sivil dimana segala sesuatu akan diundang-undangkan melalui perbahasan di parlimen. Tiada yang layak mewakili Tuhan atau bercakap atas nama Tuhan. Tiada amalan teokrasi.
  3. Undang-undang boleh yang dibahaskan di perlimen boleh ditolak walaupun bersandarkan nas dan dalil syarak kerana wujud pelbagai interprestasi dan fahaman tentang kesesuaian, ketepatan, pelaksanaan dan keberkesanan penyelesaian.
  4. Mengiktiraf mesyuarat sebagai kaedah membuat keputusan serta menerima keputusan pilihanraya dalam mengangkat sebuah kerajaan.
  5. Peranan agama dalam konstruk politik lebih jelas suatu yang bersifat sivil dan demokratik serta berpaksi ijtihad bukan bersandar hak kudus yang dimainkan oleh para ulama sahaja.
  6. Memahami dan menerima pluralisme politik dalam amalan sistem multi parti.
  7. Mengungkap ayat al-Quran dan hadith atau pandangan ulama dari kitab turath yang sesuai dengan konteks dan relevan dengan realiti dan keperluan rakyat masa kini.
  8. Mampu menerima kritikan walaupun mengunakan sumber perundangan Tuhan dan tidak mendakwa mewakili ‘kebenaran’.
  9. Mengutamakan kepentingan urus tadbir yang baik
  10. Pengasingan kuasa
  11. Menolak retorik anti-barat dan sedia berdialog serta wacana dengan Barat.
Khabarnya Ahmet Davoitoglu dan Abdullah Gul berura-ura menubuhkan parti baru menentang Erdogan dan AKP. Adakah kemunculan semula Ahmad dan Abdullah dikira politik Islam sudah memasuki era Gen 3.0? Adakah Parti Gelombang Rakyat (GELORA) pimpinan Anis Matta memenuhi ciri-ciri Gen 3.0? Jika betul, apakah ciri-ciri politik Islam Gen 3.0?
Ciri-ciri Generasi Ketiga Politikal Islam ialah
1.       Negara sekular selaras dengan Perlembagaan Negara dan akur kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia peringkat antarabangsa
2.       Hidup dalam semangat dialog peradaban. Kebenaran bukan lagi milik Islam tetapi milik semua kaum dan agama.
3.       Menerima Islam melalui penerapan nilai-nilai kesejagatan Islam bukannya syariat Islam dalam kehidupan.
4.       Republikisme. Menolak feudalisme.
5.       Anarkisme. Walaupun ditarbiah dan dikader oleh jemaah, individu tidak lagi terikat dengan arahan jemaah.
6.       Sekularisasi Islam dan deIslamisme
7.       Sintesis antara rasionalisme Barat dengan  universalisme Islam
8.       Kesalahan moral-akhlak menjadi persoalan peribadi. Kesalahan moral-akhlak tidak dimasukkan dalam pertimbangan semasa membuat keputusan.
9.       Parti tidak terikat dengan Islam. Islam menjadi sebahagian kecil dalam politik. Islam hanya berstatus ‘biro’ sahaja. Islam bukan lagi tunjang perjuangan. Tunjang perjuangan adalah kemanusiaan dan kesejagatan. Keadilan mendahului kebenaran.
Gen 3.0 adalah kesinambungan Gen 2.0. Islam telah dipisahkan daripada politik. ‘Islam suku. Politik suku’ direalisasikan. Jika ada politik dan Islam, ia disifatkan sebagai menunggang dan memperalatkan agama. Mereka mencintai Islam dengan cara ‘menikam’ Islam. Islam dilihat tidak lagi mampu memimpin umat ke arah lebih baik.
Gerakan Islam tidak perlu melayani pembahagian yang seringkali dilakukan oleh para pengkaji atau orientalis Barat. Pemimpin dan anggota gerakan Islam mesti muhasabah diri agar perjuangan dapat diteruskan dengan lebih tersusun dan bertahap-tahap dalam mewujudkan masyarakat Islam yang diredhai Allah dan kemakmuran negara.
Rahsia kejayaan sesebuah gerakan Islam ialah iman dan taqwa, akhlak dan disiplin, syura dan wala’, tsiqah dan pengorbanan, ikhlas dan faham, bijak dan saleh para pemimpin dan anggota gerakan Islam. Sebuah gerakan Islam mesti dimentori oleh ulama. Ulama yang memimpin melalui Syura Ulama atau ulama yang mengetuai gerakan Islam. Dan ulama menjadi penasihat utama seseorang pemimpin.
Jika kita menelusuri perjalanan PAS, kepimpinan ulamanya terletak pada Majlis Syura Ulama diikuti oleh Presiden dan Timbalan dipegang secara tradisi oleh ulama serta keunggulan Dewan Ulama. Kegagalan utama PAS ialah masih gagal mencari Profesional/Teknokrat untuk dijadikan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Presiden dan Timbalan Presiden PAS bukan kalangan ulama ini mesti AKUR kepada MSU. Individu yang TERBAIK  dan sesuai dalam konteks zaman hari ini dalam memimpin PAS ialah seorang daripada kalangan Profesional Ustaz (PROTAZ) atau Ustaz Profesional (USPRO). PAS mesti tarbiah para pimpinan mereka sehingga melahirkan PROTAZ/USPRO. Pemimpin dan anggota PAS pelbagai peringkat mesti sudi menerima pada suatu masa nanti Presiden dan Timbalan Presiden dalam kalangan PROTAZ atau bukan lagi kalangan ulama.
Ustaz Fadzil Nor sering melaungkan slogan ‘memprofesionalkan ulama, mengulamakkan profesional’. Beliau cuba membawa contoh yang terbaik bagi model kepimpinan ini iaitu Ustaz Dato Dr Nasharudin Mat Isa yang dilantik sebagai Setiausaha Agong. Malangnya Ustaz Nasha tersilap langkah dalam gerak politiknya. Pemimpin PAS seperti Dr Ahmad Samsuri, Ustaz Nazri Chik, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah perlu diketengah sebagai pemimpin utama untuk generasi akan datang.
Kita mahu pemimpin seorang Islamis yang bijak dan saleh serta berkemampuan memahami dunia dan konteks dengan faham Islam. Maka, seorang pemimpin Islam mesti banyak membaca buku tentang pelbagai mazhab dalam Islam dan pelbagai ideologi seperti nasionalisme, liberalisme, sosialisme dan pluralisme. Seorang pemimpin Islam mesti mempunyai sifat mahu “mengetahui apa orang lain kata tentang dunia ini”.  Tiada cara lain selain MEMBACA dan MENGEMBARA. Sebelum menjadi pemimpin dan ulama, seorang Islamis mesti banyak membaca dan mengembara untuk memahami dunia. Kemudian, barulah menjadi pemimpin dan ulama Islam.
Pemimpin Islamis yang bijak dan saleh perlu mengemukakan idea-idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah umat dengan Islam. Pemimpin Islam mesti menangani permasalahan rakyat dan negara – peningkatan kos hidup, pengurusan ekonomi dan urus tadbir negara. PAS umpamanya mesti memperbanyakkan perbicaraan dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Pertarungan politik biarlah dalam lingkungan perang idea dalam pembentukan polisi awam dan pembangunan negara bukanlah lagi pertandingan siapa lebih Islam, perundangan Islam dan negara Islam.

Sunday, November 17, 2019

PAS dan Muafakat Nasional



Lazimnya, sebuah gerakan Islam bersifat lurus bendul dalam politik. Mereka mengutamakan keredhaan Allah, ikhlas, tawakal yang tinggi dan selalu bersangka baik sehingga menjerumuskan diri mereka ke dalam lubang penipuan. Sukar sebuah gerakan Islam mendepani kelompok pragmatis dan kelompok ‘matlamat menghalalkan cara’ dalam realiti politk demokrasi ini. Gerakan Islam biasanya gagal memilih dengan tepat untung-rugi dalam politik.
                Muafakat Nasional cuba mendamaikan persengketaan politik puluhan tahun antara PAS dengan UMNO. Persengketaan ini bukannya ‘kaleng-kaleng’. Kampung berantakan, fenomena takfir, keluarga bercerai, ayah tak mengaku anak dan bagai. Bukan mudah untuk mendamaikan kedua-dua pihak pada peringkat pertengahan dan bawahan. PAS bersepakat atas dasar kepentingan Islam, Melayu, Negara dan Rakyat.
                Dilema PAS-UMNO yang pertama, sejauhmanakah anggota bawahan dan pemimpin pertengahan PAS dan UMNO dapat menghulurkan salam pendamaian. Dilema kedua, bagaimana hujah dan dalil PAS yang lama ke atas UMNO suatu ketika dulu dan sebaliknya. Dilema ketiga,  isu-isu kezaliman UMNO suatu ketika dulu dan apakah persepsi rakyat setelah UMNO berbaik-baik dengan PAS? UMNO dan pemimpinnya banyak dipalit dengan korupsi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dilema keempat, kelihatan pemimpin dan anggota PAS lebih bersungguh-sungguh dalam aktiviti MN berbanding pemimpin pertengahan dan anggota bawahan UMNO. Dilema kelima, PAS kelihatan mengikut telunjuk UMNO. Dalam kes pengguguran istilah ‘ummah’ diganti dengan ‘nasional’ merupakan ketundukan PAS kepada UMNO.
                PRK Tanjung Piai membuktikan bahawa PAS sanggup menerima risiko dengan menyokong calon BN daripada MCA yang keras pendirian mereka terhadap Islam. Fenomena anti ektremis Cina dan BMF menjadi arus kebangkitan semula politik Melayu-Islam sebagai teras politik Malaysia melalui dominasi kaum majoriti yakni Melayu dan Islam dalam politik pentadbiran negara kita. Fenomena anti ekstremis Cina dan BMF mewujudkan gerakan massa secara maya atau massa tanpa parti (MASPARTI) sebagai kuasa ketiga. BERJASA cuba memenuhi ‘vakum’ ini. Saat getir ini, PAS sebagai gerakan Islam bagaikan mengadaikan prinsip memberi sokongan kepada BN. PAS sanggup hilang populariti dalam kalangan MASPARTI.
                Pemimpin pertengahan, anggota bawahan dan simpatis PAS risau dengan tipu-daya UMNO. Pemimpin pertengahan dan anggota bawahan PAS terus wala’ kepada arahan jemaah walaupun secara peribadi kurang bersetuju. Simpatis PAS dalam dilema. Pengalaman banyak memberi pengajaran dalam hubungan PAS dengan UMNO. Kebanyakannya tidak menguntungkan Islam, Melayu dan PAS. Dan akhirnya, PAS dikembiri oleh UMNO.
UMNO-BN berbaik-baik dengan PAS apabila mereka lemah. Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail tidak akan mempelawa PAS menyertai Kerajaan Campuran dan Parti Barisan Nasional jika UMNO-Perikatan tidak menghadapi masalah politik pada tahun 1969 di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Setelah menyertai BN, PAS berjaya dijinakkan dalam kandang BN. Pemimpin disibukkan dengan tugas dan mula menjauhi rakyat. BN berjaya melemahkan BN daripada dalam. PAS hanyut dibuai keindahan palsu. Pemimpin PAS semakin lunak mempertahankan  UMNO dan BN.
Pada tahun 2002, kuasa Tun M semakin merosot.  Mahathir terlalu lama berkuasa. Populariti semakin mengucup. Rakyat mula bosan. Pada tahun itu juga (21 Jun 2002), Tun M mengumumkan beliau letak jawatan sebagai PM dalam Perhimpunan Agong UMNO. Untuk memperkuatkan BN, Tun M telah menjemput semua parti pembangkang menyertai BN atas nama perpaduan.  Tun M menjemput PAS, PKR dan PRM menyertai BN. Perbuatan ini sama dengan dengan perbuatan Tun Abdul Razak. Alasan Tun M ialah ‘… sama-sama membangunkan negara dan bersatu menghadapi musuh luar’ manakala Tun Razak menyatakan, ‘demi untuk pembangunan dan perpaduan umat’.
Realiti PRU ke 15, PAS dan UMNO memerlukan MN atas dasar persepakatan blok pembangkang yang kuat. Kedua, menerima mudarat lebih kecil berbanding menerima mudarat lebih besar. PH adalah mudarat yang lebih besar daripada BN. Ketiga, kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera kelihatan diancam dan diacah daripada pelbagai segi. Keempat, prestasi pemimpin kerajaan yang lemah dan tiada kesepakatan dalam urus tadbir. Kelima, tidak menunaikan janji manifesto dan beban ekonomi semakin tinggi.

Bayan

Bayan ulamak Maulana Syamim
5 November 2018, Lokasi Maeps Serdang:
Semua aktiviti keilmuan akan membawa kepada kemuliaan, ketinggian, dan peningkatan. Sebaliknya seluruh usaha dan aktiviti kejahilan akan menjerumuskan para pengusahanya ke lembah kehinaan, kerendahan, dan kemunduran.
Dan kejahilan itu menurut alim ulamak ada 2 bentuk:
1. Seorang yang sememangnya tak tahu akan hakikat sesuatu perkara.
2. Seorang yang memahami sesuatu dengan kefahaman yang salah.
Ini jugak termasuk kejahilan sekalipun adakalanya orang tersebut memiliki maklumat keagamaan yang banyak.
Mengatakan bahawa makhluk boleh buat sesuatu (manfaat dan mudarat) adalah kejahilan kerana pembuat yang sebenarnya adalah Allah swt.
Allah swt mengutuskan seluruh anbiya’ untuk mengeluarkan umat dari kejahilan dan kesalahfahaman ini, kerana seluruh umat yang datang ke dunia ini terkesan dengan hasil usaha masing-masing.
Umumnya umat dewasa ini melihat bahawa segala sesuatu boleh membawa manfaat dan mudarat. Mereka yakin bahawa emas boleh memberi manfaat, perak boleh memberi manfaat. Bahkan setiap umat yakin dengan kelebihan yg mereka miliki, sebahagian umat yakin dengan majoriti, sebagian yakin dengan kekuatan mereka, sebagai nya yakin bahawa pertanian yang diusahakan boleh memberikan sesuatu. Ini adalah kejahilan yang nyata.
Untuk meyakinkan umat tentang kebenaran para Nabi as, maka Allah swt telah mengurniakan mukjizat kepada mereka. Dan hakikat nya bahawa mukjizat adalah dalil nubuwwah bukanlah qudrat Allah.
Mukjizat para Nabi bukanlah matlamat bagi pengutusan mereka (مقاصد النبوة) bahkan mukjizat hanyalah petunjuk atau bukti kenabian (دلائل النبوة) semata-mata, kerana maksud nubuwwah adalah agama.
Sebagai bandingan, sebagaimana alam semesta ini merupakan tanda kekuasaan Allah دلائل قدرة الله dan ianya adalah bukanlah kudrat Allah. Makhluk ini tidak boleh katakan sebagai qudratullah kerana qudratullah tidakkan terpisah dari zat Allah sedangkan makhluk-makhluk ini pasti akan hancur dan binasa.
Oleh yg demikian para Nabi datang untuk mengajar manusia bagaimana untuk mencapai makrifatullah.
Firman Allah swt: tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.
Maksudnya adalah supaya mereka mengenali Allah swt. Maksud ibadah dalam ayat ini bukanlah sekadar rupa ibadah tetapi hendaklah menyembah Allah swt dalam keadaan kalian mengenali dan mengetahui kehebatan dan keagungan Allah.
Hari ini ramai manusia yang beribadah dalam kejahilan, iaitu mereka menyembah Allah tapi keyakinan hati mereka kepada duit, kedai, harta benda boleh beri manfaat.
Hakikat ibadah adalah apabila kita menyembah Allah dalam keadaan hati kita meyakini bahawa zat yang Maha Berkuasa hanyalah Allah swt.
Hanya kepada Mu aku menyembah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.
Untuk mendapat hakikat makrifatullah maka kita kena tutup mata kita dan mula berjalan di dunia dengan yakin dengan khabar yang datang dari Allah dan Rasul.
Oleh sebab itu, Allah swt mulakan Al Quran dengan Alif Lam Mim, iaitu sebelum kita mula mempelajari ilmu agama maka kita hendaknya mulakan pengajian dengan menafikan keilmuan kita merasakan bahawa aku tidak mengetahui apa-apa dan mula belajar dengan meyakini bahwa kami hanya percaya kepada apa yang Allah dan Rasul saw khabarkan.
Maulana Yusuf Kandahlawi rah.alaih:
Seseorang yang membaca Al Quran dalam keadaan keyakinan yang salah. Mereka membaca Quran sedangkan keyakinan mereka adalah kepada nilai dunia maka bacaan sedemikian tidak akan menambahkan apa-apa melainkan kesesatan.
Untuk dapatkan hakikat ilmu maka kita hendaklah:
1. Berusaha memperbetulkan keyakinan kita kepada zat Allah swt.
2. Beramal sesuai dengan ilmu yang dipelajari.
3. Beramal mengikut misdaq/ bertepatan dengan maksud yang sebenarnya.
Beramal dengan keliru terhadap mafhum ilmu yang dipelajari juga satu kejahilan. Sebagai contoh bilamana dalam satu peperangan seorang sahabat telah melompat masuk ke medan peperangan berseorangan diri, melihat keadaan itu maka seorang tabiin berkata: janganlah kalian mencampakkan diri kalian dalam kancah kebinasaan. Mendengar ungkapan tersebut maka Abu Ayyub Al Ansari ra mengangkat suaranya dalam keadaan marah.
Teman..!! Kamu telah terkeliru dalam memahami misdaq ayat di atas, demi Allah ayat ini turun ke atas kami orang-orang Ansar ketikamana kami orang Ansar yang memohon cuti dari keluar jihad di jalan Allah swt.
Maksud nubuwwah ada 4:
1. Dakwah ilallah
2. Ilmi ilahi
3. Tazkiyah
4. Akhlak
5. Hikmah
Bagaimana kelima perkara ini di amkan dikalangan umat. Ulamak adalah syiar kepada Nabi Muhammad saw hingga apabila umat melihat ulamak mereka terbayangkan Nabi Muhammad saw.

Friday, November 15, 2019

PILIH PEMIMPIN

Pilih Pemimpin
+Pada ambe, syarat pertama memilih pemimpin ialah seorang Islam yang taat pada Islam dan berakhlak dengan Islam, diikuti berikrar mengutamakan Islam dalam setiap urusan kenegaraan dan ketiga kualiti dan prestasi kerja.
Individu atau Parti?
+Individu dikuasai oleh parti atau individu mampu 'melawan' dan menentang keputusan parti?. Dalam konteks negara ini, parti sangat berkuasa. Justeru, buat ijtihad memilih mana-mana parti bernuasakan Islam.
Kesalahan Pemimpin
+ Sepanjang pemerintahan Daulah Islam, ada pemimpin ADIL dan ada pemimpin ZALIM. Sistem Islam masih tidak berubah. Dalam konteks hari ini, adalah tanggungjawab rakyat mengubah kepimpinan berdasarkan kemampuan yang rakyat ada yakni dengan UNDI. Sesungguhnya, senjata ampuh menjentik hati manusia adalah DOA dan tunjuk AKHLAK baik kepada mereka.
+Sepanjang sejarah, korupsi, kronisme, nepotisme dan kleptokrasi sentiasa berlaku. Sesiapa jua mesti disiasat, didakwa dan diadili oleh mahkamah. Jika selamat di mahkamah dunia, belum tentu selamat di mahkamah akhirat. Serah penghukuman kepada Yang Maha Adil.

PENTAFSIRAN

Pentafsiran
Satu sumber. Dua pentafsiran.
Kefahaman. Kerangka pemikiran. Kaedah ilmu. Latarbelakang pentafsir. Konteks. Semua perkara ini mempengaruhi pentafsiran.
Hormat, raikan dan hargai perbezaan pandangan.
...
Dalam kes poster keratan bicara ustaz fawwaz telah membawa kritikan kepada pandangan ustaz fawwaz berdasarkan poster tersebut.
Ustaz fawwaz sendiri dalam komen awal menyaran pihak Amanah menambah ayat tertentu bagi melengkapkan keratan bicara beliau agar tidak mengelirukan masyarakat.
..
Pentafsiran mudah dimanipulasi pihak berkepentingan demi memenuhi agenda tertentu.

DR. ALI JUMUAH : GURU YANG KUKENALI


Oleh : Ustaz Dr WM Yusof Wan Chik
Sheikh Ali Jumuah : Seorang ulamak besar yang punyai peminat dan juga pembenci. Apapun saya ingin ceritakan serba sedikit pengalaman saya belajar denga beliau di Fakulti Pengajian Islam dan bahasa Arab, Kaherah dan Maahad Dirasat Islamiyyah Zamalek. Untuk makluman awal saya hanya belajar dengan beliau dalam konteks sistem pengkuliahan bukan talaqqi. Jadi tasawwur tentang beliau mungkin agak berbeza dari sistem talaqqi yang dilimpahi tradisi menghomati guru.
Saya mula belajar dengan beliau pada tahun empat (1993), Subjek Usul Fiqh. Buku yang digunakan adalah buku guru beliau Dr Shaaban Muhammad Ismail. Topiknya Qiyas dan Ijmak. Apa yang menarik semua pelajar akan diberikan buku percuma. Bawwab (jaga) akan pikul buku tak silap saya tak kurang dari 500 buah. Jadi boleh bayangkan kepemurahan beliau. Begitu juga semasa kami belajar master, untuk subjek beliau kami tak perlu beli sebarang buku. Pergi ambil sahaja di kedai yang disuruh.
Dalam sesi kuliah beliau agak menarik kerana tampil dengan pelbagai kategori pakaian. Ada hari dia akan pakai lengkap berkod bertail dan rambut bersikat kemas, pakaian kasual kadangnya seluar jeans dan kadangnya pakaian sempurna ulamak Azhar. Dalam kelas beliau akan mengajar direct kepada tajuk, suka bergurau dan amat terbuka untuk bersoal jawab. Jadi kelas beliau memang penuh dan meriah. Kalau nak kira kalah pun mungkin hanya dgn dengan kelas Dr Sahlul.
Antara peristiwa penting yang saya ingat apabila seorang pelajar salafi menguji dan mempertikaikan tentang “isu kedudukan dalam iktidal” . Dia jawab agar detail siap suruh rujuk kitab majmuk, jilid berapa dan muka surat dari sekian kesekian. Yang ajaib bila kami rujuk memang tepat. Peristiwa ini seperti bukan sekali berlaku. Bayangkan ingatan dan kefahaman beliau.
Untuk peringkat master (tamhidi) di al Azhar, kami sempat belajar dengan beliau selama dua tahun. Sekali subjek Usul Fiqh dan satu lagi subjek Kajian Tokoh Mujtahid. Kalau peringkat degree, mungkin sebagai anak mentah kita tak tahu menilai antara kaca dan permata..Begitupun di peringkat master, saya mula perasan ilmunya bukan sekadar sebiji mentol tetapi secerah matahari. Saya pernah tulis perkara ni sebelum ini saya ringkaskan. Pertama : bayangkan dari matan Baidhawiy Usul Fiqh, dia syarahkan dari sudut bahasa, sastera, Usul Fiqh, kewangan, tasawwuf dan gerakan Islam. Pelik juga kalau orang kata dia tidak memahami tentang Ikhwan dan gerakan Islam kerana dalam kuliah-kuliah kami beliau menjelaskan banyak isu dengan agak menarik dan positif, sehingga saya dan kawan2 tersangka dia ni ada bias-bias ikhwan. Antara keistimewaan beliau juga, beliau amat memahami kondisi pelajarnya dari sudut duit, jurang generasi, kenaifan ilmu dan sebagainya. Saya dengar sembunyi-sembunyi beliau memberikan bantuan makanan kepada pelajar melalui kesatuan pelajar fakulti.( sedangkan masa tu kami tidak tahu)
Kedua : Dalam kelas yang diadakan di bilk pensyarah, sepanjang pengajaran beliau kami perhatikan semua pensyarah2 tua-tua akan fokus, seolah mereka juga belajar. Suasana yang cukup syahdu. Bayangkan berada dalam suatu bilik orkstra ilmu dengan Pengrah yang hebat. Dalam kelas pensyarah lain hal ini tak berlaku Saya sendiri bila belajar dalam kelas beliau rasa macam debu di lambung ombak lautan.
Dalam kuliah-kuliah beliau dan dr Muhammad Hashim di Maahad Zamalek (macam oum) memang meriah dan gamat dengan pertanyaan dari pelajar dan orang awam dari pelbagai bidang berbanding kuliah pensyarah lain.
Di samping itu, seingat saya beliau ketika itu aktif juga dengan Wamy dan IIIT. Saya dengan arwan guru saya Ustaz Hamdan Muda kerap menghadiri daurah dan pembentangan beliau, banyak berkitar isu pemikiran. Justeru beliau juga ada latarbelakang yang kuat tentang pemikiran. Masa tu saya agak hairan .. bagaimana seorang sheikh besar boleh duduk sebaris dengan pemikiran apa yang saya sebut sebagai Islamiyyah Amirikiyyah. Begitupun saya dapat maklumat dari seorang saya yang belajar di mesir beberapa tahun kemudian beliau menolak dan untuk terlibat dengan aktiviti seperti itu. (Isu ini amat perlukan saya ingat satu-persatu). Alhamdulillah.
Menjelang isu reformasi di Mesir dengan fitnah-fitnah yang berlaku dan rakaman suara. Saya kata saya tawaqquf. Masa tu ada yang kata itu suara orang lain, saya condong tidak kerana suara dan gaya memang sebijik macam sheikh. Semasa tu ada rakan FB yang mengutuk saya ni wala’ buta kepada beliau. Saya jawab saya kenal guru saya dan hati budinya. Alhamdulillah masa sudah menzahirkan kebenaran dan pandangan jauh beliau dalam isu yang berlaku. Fitnah tetapi fitnah walaupun dia sudah meruntuhkan kekuatan ummah di pelbagai negara umat Islam. Ya bagi saya dunia akhir zaman adalah dunia untuk memilih antara dua mudarat bukan antara dua maslahah.
Untuk isu spritual dan adab tentulah mereka yang pernah berguru dengan beliau lebih memahami, tetapi sebagai seorang yang belajar dalam acuan sistem moden, saya tidak boleh untuk tidak menyatakan kealiman beliau adalah dalam pelbagi bidang dari turath, pemikiran mahupun isu semasa. Beliau juga seorang yang sentiasa mengikuti isu-isu semasa. Mungkin kepada muridin beliau, mereka akan fokus kepada kealiman beliau dalam bidang turath, tetapi untuk saya, saya lebih melihat ketajaman minda dan jiwa beliau dalam aspek memahami uruf dan mengaplikasi konsep sadd al-dhara’ik.
Ringkasnya : Saya ingin nyatakan sepanjang belajar -selama 3 tahun dari 4 tahun saya berada di Mesir- saya simpulkan bahawa beliau adalah tokoh yang ada keunikan yang tersendiri, tak perlu disanjung tapi berhati-hati kalau mahu merendahkannya, Beliau yang saya kenali adalah manusia yang boleh disebut “ لا يخافون لومة لائم “ dan “ لا خوف عليهم ولا هم يحزنون” . Pesanan saya untuk adik adik di Mesir, belajarlah dari beliau. Beliau manusia biasa ada kelebihan dan kekurangan. Tetapi ini tidak boleh jadi sebab untuk kita menghormati dan belajar dari beliau. Jangan jadi macam saya yang tak sempat untuk merasai keteduhan dan keberkatan bertalaqqi dengan beliau. Moga Allah merahmati beliau.

PILIHAN RAYA

Pilihan Raya: konsep first-past-the-post (FPTP) atau proportional representation(PR).
Setiap konsep pilihan raya sudah tentu ada pro dan kontra.
Paling penting ia sesuai dengan realiti sesebuah negara.
Ambe peringkat awal tidak menyokong pemerintahan berasaskan beraja. Tetapi berubah fikiran. Begitu tentang konsep pilihan raya, ambe peringkat awal memang menyokong konsep PR. Tetapi kini menyokong FPTP. Kenapa? Realiti masyarakat dan konteks semasa.
Dalam politik kenegaraan, paling penting ialah kestabilan politik. Diikuti oleh kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Kemenangan PH dilihat mengancam kuasa politik Melayu-Bumiptera, masyarakat luar bandar dan masyarakat Islam yang menjadi tulang belakang kestabilan politik negara ini. Polisi dan pendekatan PH terutamanya DAP dalam memerintah dan politik tidak disenangi oleh majoriti rakyat.
Konsep PR boleh menjerumuskan kepada ketidakstabilan politik. Politik Sabah umpamanya pernah tidak stabil. Akhirnya, SPR mewujudkan kerusi bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan bukan Bumiputera. Dan kerusi Ketua Menteri Sabah pernah digilirkan oleh Tun M.
Politik Lebanon juga sama tidak stabil ekoran komposisi kelompok agama dan mazhab.
FPTP perlu dikekalkan bagi menjamin kestabilan politik. Cuma janganlah melakukan persempadan semula demi kemenangan pihak pemerintah
Kemenangan dalam Pilihan raya yang boleh menjerumuskan ke arah konflik, bukanlah satu yang baik bagi rakyat jelata.

kONTEKS (4)

Fiqh-fiqh melahirkan keputusan yang berbeza(perubahan) berdasarkan konteks.
Politik kepartian mempunyai pemikiran sempit dalam menilai kebenaran ekoran sikap berpihak.
Berpihak itu tidak salah. Tiada adab dalam berpihak dan tidak meraikan pandangan itu salah.
Kita masih bermain politik dalam ruang kaum dan agama walaupun ia kekal sebagai asas politik utama di tanah air ini. Kelompok anti politik identiti ini sendiri tidak berbicara politik berasaskan polisi tetapi diri sendiri terperangkap dalam politik identiti.

Benarkan akidah Imam al-Bayhaqi adalah akidah ahli hadith?

Soalan cepu emas yang diajukan kepada saya semasa di berkunjung ke Melaka minggu lepas ialah: “Benarkan akidah Imam al-Bayhaqi adalah akidah ahli hadith? Bukankah akidah beliau sebenarnya adalah akidah Ash’ari?”
Soalan ini berkaitan dengan tajuk buku terjemahan saya “Akidah Ahli Hadith” yang diterbitkan awal tahun ini. Tajuk asal buku ini ialah al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil al-Rashad karya Abu Bakar Ahmad bin Husayn al-Bayhaqi.
1. Perlu saya sebutkan bahawa soalan seperti ini sangat saya sukai. Kesamaran hanya boleh dijelaskan dengan perbincangan. Cakap belakang tidak membawa apa-apa selain dosa mengumpat. Dengan soalan ini, saya boleh tahu apa yang menjadi keperihatinan pembaca, sekaligus membuka peluang bagi saya untuk menjelaskan hujah dan sudut pandang saya.
Siapa yang membaca buku tersebut akan mengetahui bahawa saya telah menghuraikan analisis dan sudut pandang saya di mukadimah buku. Bagaimanapun, selepas itu saya terus melakukan kajian (learn), mengkritik pandangan saya sendiri (unlearn), dan mengkajinya semula (relearn). Saya yakin, pendekatan lama hanya akan melahirkan kesimpulan yang sama. Justeru, selain meluaskan bacaan, saya turut mempraktikkan pelbagai pendekatan baharu yang boleh diaplikasi untuk mengkaji permasalahan ini.
2. Rumusan penjelasan saya adalah seperti berikut:
Ia bermula apabila Khalifah al-Ma’mun (m. 218 H) melaksanakan mihnah Khalq al-Quran. Dengan sokongan Mu’tazilah, beliau menghukum setiap ahli hadith yang menolak ketetapan bahawa al-Quran adalah makhluk. Selama 15 tahun, ulama ahli hadith menjadi mangsa keganasan polisi ini antara yang dibunuh, dipenjara, disekat daripada mengajar, dan lain-lain. Keadaan berubah selepas Khalifah al-Mutawakkil membatalkan mihnah pada tahun 233 H. Kali ini, kalangan ahli hadith menduduki posisi tertinggi di mata kerajaan dan rakyat. Mereka menjadi rujukan terpenting dalam menentukan Sunnah/bidaah sesuatu pemikiran. Oleh kerana kedudukan Imam Ahmad yang teguh bertahan dalam mihna, salah satu produk pasca mihnah ialah kemunculan mazhab Hanbali sebagai satu-satunya mazhab fiqh dan akidah sekaligus. Mazhab ini berpusat di Baghdad, namun pengaruhnya menyebar ke seluruh dunia Islam.
Pengalaman ditindas di bawah mihnah yang berlangsung selama 18 tahun membuat ahli hadith seolah trauma terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan rasionaliti. Mereka mengembangkan konsepsi akidah yang mudah difahami tanpa teori-teori akademik yang rumit. Menurut mereka, pegangan akidah yang terbaik adalah akidah perempuan-perempuan tua (din al-‘aja’iz). Justeru, mereka bukan hanya membenci ilmu kalam, bahkan turut berpandangan negatif kepada semua bentuk rasionaliti termasuk qiyas fiqh dan analisis linguistik (nahwu). Al-Khatib al-Baghdadi (m. 463/1071) menceritakan bahawa para pelajar hadith di zaman beliau “enggan menghadirkan diri di majelis fuqaha, dan mencela ulama yang menggunakan qiyas kerana tidak dapat membezakan antara pemikiran (ra’y) yang terpuji dan yang tercela.” (al-Faqih wa al-Mutafaqqih)
Meski lemah dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan rasionaliti, ahli hadith tetap menjadi rujukan akidah dan hukum. Kaedah mereka dalam berdepan dengan kalangan yang berlainan pandangan adalah menutup peluang diskusi dan beralih kepada penggunaan kekuatan. Kalangan tersebut dilebel dengan gelaran ahli bidaah lalu dipulaukan. Kes pemulauan Ibn Jarir al-Tabari (m. 311 H) di Baghdad dan pengusiran Ibn Hibban (m. 354 H) dari Sijistan adalah salah satu contoh aplikasinya.
Kalaupun kalangan ahli hadith berhujah, hujah mereka tidak meyakinkan kerana tidak menguasai kaedah-kaedah rasionaliti. Abu Muhammad al-Ramahurmuzi (m. 360 H) pernah mengkritik fenomena ini dengan katanya: “seorang perawi hadith sahaja (al-rāwī al-mujarrad) sepatutnya tidak berbincang tentang disiplin ilmu yang bukan penguasaannya.”
Beliau lalu mengulas tentang kes Ḥarb bin Ismā‘īl al-Sirjānī/al-Kirmani (m. 280 H), yang dinilai banyak menulis hadith namun kurang memahami kandungannya. Al-Sirjani berbincang tentang ilmu kalam tanpa penguasaan yang memadai dalam bukunya al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Perbuatan ini lalu mengundang bantahan daripada seorang pakar ilmu kalam dari Khurasan. Tokoh kalam ini bukan hanya meruntuh hujah2 al-Sirjānī, malah turut mencela secara pukal semua ahli hadith sebagai kalangan yang tidak berilmu dan jumud.
Al-Rāmahurmuzī lalu berkata: “Sekiranya Ḥarb melengkapi periwayatan hadith dengan kefahaman, beliau tentu akan menahan diri dan menjaga lidahnya.” (al-Muhaddith al-Fasil h. 311)
3. Pada abad 4/10, keadaan politik dunia Islam mengalami perubahan. Khalifah Abbasiyah semakin hari semakin kehilangan kuasa. Sebaliknya, kuasa politik Syiah semakin hari semakin bertambah besar. Sila rujuk gambar yang saya sediakan di bawah. Ia menggambarkan bahawa kuasa politik Syiah mendominasi hampir semua dunia Islam pada abad 4/10. Setengah pengkaji bahkan menamakan masa itu sebagai "The Shia Century".
Pada masa itu, teologi Syiah adalah sama dengan teologi Mu’tazilah. Di bawah dominasi politik Syiah, teologi spekulatif Mu’tazilah bangkit semula. Salah satu produk zaman itu ialah kemunculan tokoh rujukan terbesar Muktazilah, al-Qadi 'Abd al-Jabbar (m. 415 H) yang prolifik dan ramai pengikut. Pengaruh mereka tersebar ke pelbagai negeri termasuk Baghdad yang menjadi benteng kuat Ahli Sunnah. Mereka kembali membangkitkan persoalan-persoalan teologis yang menuntut jawapan rasional yang meyakinkan.
Persoalannya, bagaimana kalangan ahli hadith menghadapi cabaran ini? Kebanyakan mereka, terutama kalangan Hanabilah di Baghdad, kekal dengan pendirian anti rasionaliti. Mereka mengharamkam kalam dan perdebatan akidah, dan lebih selesa dengan tindakan sekat dan halau. Bagi ahli kalam, kalangan ini bukan termasuk ulama. Mereka seterusnya menuduh kalangan ini dengan pelbagai label seperti hashwiyya, nabitah, dan muqallidah.
Dalam konteks keilmuan seperti ini, sesetengah ulama hadith mencadangkan pembaharuan. Mereka melihat pendekatan anti rasionaliti yang diamalkan ahli hadith tidak lagi relevan dalam konteks dan cabaran semasa. Pendekatan label-sekat-pulaukan tidak lagi efektif mengekang pergerakan ahli bidaah yang pada saat ini tengah berkuasa dan berleluasa mempengaruhi minda masyarakat. Justeru, tiada cara lain, sunnah mesti dipertahankankan menerusi perdebatan dengan hujah-hujah rasional. Mereka mencadangkan ahli hadith untuk mempelajari kaedah-kaedah nazar (analisis kritis matan hadith) yang membolehkan mereka mempertahankan sunnah dalam konteks ghazwul fikri abad 4 dan 5/10 dan 11. Penguasaan dalam aspek riwayah sahaja tidak mencukupi. Mereka mesti turut menguasai kepakaran dalam bidang dirayah. Pendekatan ini diamalkan oleh ramai ahli hadith termasuk Abu Sulayman al-Khattabi (m. 388 H), Ibn Furak (m. 406 H), Abu Mansur Muhammad bin al-Hasan bin Abi Ayub, menantu dan pewaris ilmu Ibn Furak, dan Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Mahdi.
Bermula pada masa ini, ahli hadith terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan Hanabilah yang mempertahankan tradisi lama dan kumpulan reformis yang mencadangkan pembaharuan. Menurut saya, kedua-dua kumpulan mempertahankan akidah yang sama namun mengaplikasi metodologi dan pendekatan yang berbeza. Kumpulan reformis mencadangkan sebuah pendekatan yang lebih sesuai dengan konteks dan cabaran semasa. Dari sini, Ibn Furak dalam Mushkil al-Hadith membahaqi ahli hadith kepada dua kumpulan ahl al-naql dan ahl al-nazar. Kedua-duanya, menurut Ibn Furak, ibarat bendahari dan pengawal yang bekerjasama mempertahankan harta raja daripada diceroboh musuh. Sebelum beliau, al-Ramahurmuzi (m. 360 H) dalam al-Muhaddith al-Faasil bayna al-rawi wa al-wa’I membahagi ahli hadith kepada kumpulan rawi (sekadar perawi hadith) dan wa’i (pengkaji). Beliau selanjutnya menggalakan kumpulan rawi untuk tidak berpada dengan periwayatan sahaja, namun mesti meningkatkan ilmu dalam dirayah juga.
Abu Bakr al-Bayhaqi (m. 458 H) tidak dinafikan adalah bersama kalangan pembaharu. Dalam membincangkan isu-isu akidah, beliau meninggalkan tradisi anti-kalam dan beralih kepada pendekatan baharu yang lebih sesuai dengan tuntutan semasa. Dengan menggabungkan kepakaran dalam ilmu hadith dan kemahiran dalam nazar, beliau berusaha mengedepankan sebuah kesarjanaan yang mampu menghadapi cabaran teologi dalam konteks kebangkitan ilmu kalam abad 5/11. Daripada madrasah beliau, lahir tokoh-tokoh kalam Sunni hebat seperti Imam al-Haramayn. Daripada Imam al-Haramayn, muncul Abu Hamid al-Ghazali.
Kembali kepada soalan di muka, saya menegaskan bahawa akidah al-Bayhaqi adalah akidah Ash’ari. Dan akidah al-Ash’ari adalah akidah ahli Hadith dengan pendekatan pembaharu. Ya, ia sedikit berbeza dengan pendekatan Hanabilah yang setia berpegang dengan tradisi lama.
4. Setiap pembaharuan akan selalu mendapat penentangan daripada kalangan tradisional. Pembaharuan ahli hadith yang dicadangkan kumpulan reformis mendapat tentangan hebat daripada kalangan ahli hadith-Hanabilah yang berpusat di Baghdad. Mereka menuduh gerakan ini sebagai penyimpangan daripada jalan Salaf al-Saleh bahkan “musuh dalam selimut”. Dalam surat beliau kepada ahli Zabīd, Abū Naṣr al-Sijzī (m. 444 H) mengatakan bahawa al-Ash‘arī berpura-pura menentang Muktazilah padahal beliau mengikuti pandangan mereka bahkan lebih teruk daripada mereka. Sentiment negatif kepada Asha’irah turut ditunjukkan oleh Abū Ya‘lā al-Farrā’ (m. 458 H) dalam Ibtal a-Ta’wilat.
Menurut saya, semua komen negatif yang ditujukan kepada Ash’ariyyah pada abad 4 dan 5/10 dan 11 mesti diletakkan dalam bingkai sosio-religius yang saya sebutkan di atas. Ia adalah sentimen yang tercipta daripada perseteruan antara pembela tradisi dan penyokong reformasi. Dalam bahasa kita hari ini, antara kaum tua dan kaum muda. Pembaharuan agama memang selalu mencetuskan sensitiviti yang melampau, terutamanya apabila berkaitan dengan wacana akidah. Justeru, para pengkaji pada hari ini perlu meletakkan setiap ucapan pada konteksnya.
Saya turut mencadangkan untuk melihat perpecahan ini sebagai realiti sejarah yang perlu diambil pengajaran. Kita dapat melihat bahawa unsur kontekstual memainkan peranan penting dalam perubahan pendekatan dalam wacana akidah. Tidak dinafikan, konteks kita pada hari ini (abad 15/21) telah sangat jauh berubah. Terutamanya di tengah perdebatan tentang cabaran yang akan kita hadapi dalam revolusi industri 4.0. Keadaan ini, saya yakin, memerlukan flexibility dalam setiap perbincangan kita tentang akidah dan hukum Islam, bahkan memerlukan sebuah pendekatan baharu yang lebih sesuai dengan logik semasa. Wallahu a’lam.

kONTEKS (5)

ijtihad politik mengikut konteks masa, waktu, realiti. Nampak macam pragmatis tetapi tidak bagi orang memahaminya.
Ulama membahaskan kefahaman kefahaman tertentu dalam membuat ijtihad politik iaitu melihat kepada faham nas dan taklif syarak, faham keutamaan, faham perbezaan pandangan, faham realiti, faham transformasi, faham dakwah dan maqasid. Ia dibincangkan melalui syura ulama.
Sesuatu ijtihad politik sudah tentu mengambil kira faham-faham di atas bagi bersifat pragmatik dan mengelakkan matlamat menghalalkan cara.
..
Sentimen kepuakan seringkali memandul hikmah yang terhasil daripada kerangka, sumber dan kaedah ilmu Islam.

kONTEKS (3)

Dalam hidup, kita berhadapan dengan perkara yang tetap dan perkara yang berubah.
Perkara tetap itu jelas.
Perkara yang berubah seringkali menjadi perdebatan dan perbezaan. Setiap perubahan perlu dalil dan hujah.
Dalam menangani perubahan ini, kita bertemu istilah-konsep dibawah
Fiqh al nusus dan taklif syarak
Fiqh keutamaaan
Fiqh ikhtilaf
Fiqh waqi'
Fiqh transformasi/taghyir
Fiqh al maqasid
Fiqh al muwazanat
Fiqh al Mizan
Ambe tak asas ilmu di atas. Dalam pembacaan yang ciput, ambe lihat akar kepada persoalan ilmu di atas ialah
1. Berdasarkan Konteks. Konteks zaman, situasi, masa, tempat, masyarakat, cabaran, masalah dan saat itu.
2. Tujuannya untuk kebaikan/kepentingan umat Islam. Dan mengurangkan kemudaratan/keburukan/kerugian kepada umat.

konteks (2)

Setiap situasi dan konteks semasa berubah mempengaruhi pendirian, pendekatan dan keputusan sebelum ini mesti ada hujah dan dalil. Dalam perbincangan sudah tentu ada hujah pro dan kontra. Kemudian keputusan diambil berdasarkan syura dan kolektif setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan.
"setiap keputusan dan pendekatan berubah berdasarkan konteks yang berubah mempunyai dalil/hujah yang diputuskan secara syura berdasarkan pelbagai pertimbangan "

Pertembungan Tanpa titik

Pertembungan dua puak ini iaitu puak tradisionalis-ASWJ vs Salafi-Wahabi tiada titik pertemuan dan akan terus bertempur berpanjangan tidak bertebing.
Jalan penyelesaiannya ialah hormat berbeza dan jaga adab.
..
Mana nak bertemu titik pertemuan. Sebagai contoh, satu puak berpandangan bidaah ada dua iaitu bidaah baik dan bidaah tidak baik. Manakala puak lagi tiada bidaah baik. Yang ada ialah bidaah atau tidak bidaah.
..
Kini, kita berdebat dimana Allah? Satu perdebatan yang sia sia. Setelah ribuan tahun, kita masih berdebat soal ini.

BN

Faktor utama tumbangnya BN ialah
1. 'Beban' yang dihadapi oleh rakyat melalui peningkatan kos sara hidup.
2. Manipulasi maklumat.
Kesempurnaan tercapai apabila
1. PH mengemukakan Tun Mahathir sebagai calon alternatif PM. Kewibawaan dan jasa Tun M membuatkan rakyat menyakini kemampuan Tun M.
2. Kelemahan DS Mohd Najib, DS Rosmah dan pimpinan UMNO yang hidup dengan penuh kemewahan dan skandal penyelewengan serta kenyataan kurang cerdik menguris hati rakyat.
Jika suasana ekonomi baik dan beban rakyat tidak ada, rakyat masih memilih BN walaupun pimpinan BN masih korup dan terpalit dengan pelbagai skandal.
DS Anwar Ibrahim?
Faktor 'wow' beliau sebenarnya tiada. 1. Beliau masih dipenjara. 2. Majoriti rakyat menganggap beliau bukan calon PM yang baik.

Rasulullah SAW


Semua orang menyakini baginda sebagai Rasul dan Nabi.
Semua orang mengaku mencintai baginda.
Baginda simbol penyatuan ummah. Buang kesombongan dan ego. Semua anak bangsa merentasi sempadan politik kepartian, jemaah, dan aliran dalam beragama, bersatulah atas nama cinta kepada Rasulullah SAW.

Adab

I
Rukun Islam dan Rukun Iman. Jika kita fahami betul-betul kedua-dua rukun ini, sukar untuk kita tersesat. Ini asas Islam.
Tak kira anda salafi atau ASWJ 'Sifat 20', pegang kukuh Rukun Islam dan Rukun Iman, insya Allah, Allah jauhkan diri kita daripada tersesat kecuali kita PILIH untuk sesat.
Berkobar cerita soal ketuhanan dan tasawuf tetapi tidak solat, kita boleh tolak tepi orang seperti ini.
Tak kan kita nak ikut 'Islam' ala Ayah Pin atau Lepat.
II
Datang cerita menerima kebenaran berdasarkan MIMPI dan logik aqal. Tolak tepi orang seperti ini. Kita MESTI dahulukan al Quran dan Hadith.
Orang mahir dengan ilmu al Quran dan hadith adalah ulama. Belajar dengan RAMAI ulama dan baca buku untuk menjadi ulangkaji.
III
Apa jua pentafsiran ulama (ijitihad) dalam perkara yang tidak tetap, kita boleh terima atau tolak. Yang wajib kita yakini dan lakukan ialah seperti dalam rukun Islam dan Rukun Iman.
Dan jaga akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan. Jagalah ukhwah dalam setiap perseteruan.
Persaudaraan Islam dan penyatuan ummah MESTI diutamakan.
IV
Phd atau tidak, tok guru atau tidak, berilmu atau tidak, buah yang ranum terletak pada AKHLAK.
Tanpa akhlak, Phd, tok guru atau berilmu hanyalah buah buruk nan busuk.
ILMU membuahkan AKHLAK
ILMU menambahkan KEHAMBAAN kita kepada Allah SWT bukannya menambahkan KESOMBONGAN kita dengan ilmu dan AQAL yang kita ada.

Konteks (1)



Asasnya dalam perkara yang tidak tetap, setiap orang boleh berijtihad berdasarkan kemampuan ilmu dan konteks masing masing.
Cuma sebagai orang awam yang sedar diri, ikutlah ijtihad ulama yang pakar dalam bidangnya. Itu lebih baik.
II
Rokok dan ASB, kita memilih sama ada bersetuju atau tidak. Yang lebih warak dan tegas, tidak bersetuju. Yang agak terbuka, bersetuju ada sebab tertentu.
III
Kepelbagaian fiqh seperti fiqh waqi', fiqh keutamaan dan bagai digunakan dalam memahami konteks. Keputusan itu membezakan hujah ulama dengan pragmatis.
IV
Kelebihan ulama haraki ialah aplikasi ilmu-ilmu ini dalam politik dan pentadbiran.
Dalam konteks politik ketika PRU dengan PRK tanjong piai, sudah tentu isu hudud tidak relevan di tanjung piai.
Segala tindakan, hanya Allah tahu niatnya.

Jalan Penyelamat

1. Tujuan utama hidup ialah pengabdian DIRI kepada Allah SWT. Maka turutilah al Quran dan as Sunnah. Fahami Islam sebagaimana Rasulullah SAW memahami Islam. Islam satu cara hidup yang menyeluruh dan lengkap. Islam itu fitrah kehidupan yang dijamin oleh Allah kebenarannya. Islam merangkumi aqidah, syariat dan tasawuf. Islam sebagai jalan penyelesaian semua permasalahan. Kehidupan yang tertakluk pada pahala dan dosa, syurga dan neraka. Bukannya Islam mengikut kehendak nafsu dan fikirann kita, bukannya Islam ala Lepat atau ayah pin.
2. Setiap amalan yang kita lakukan mesti SAHIH daripada al Quran dan hadith. Ini jalan paling selamat untuk kita amalkan.
3. Setiap pendirian dan tindakan mestilah sederhana, tidak ekstrem dan melampau. Mudah dan ramah tetapi tidak longgar, tegas dan keras tetapi tidak melampau.
4. Jaga akhlak. Jaga adab. Jaga ukhwah. Utamakan penyatuan ummah. Hormati dan raikan perbezaan sebagaimana warisan fiqh yang tegas ibnu umar dan kelonggaran /keterbukaan ibnu Abbas.
5. Ilmu dan konteks mempengaruhi perubahan setiap keputusan. Kepelbagaian fiqh mendepani pelbagai konteks.
6.banyakkan berdoa agar Allah pelihara iman dan akhlak kita. Mati dalam keimanan. Dan sentiasa berada di jalan yang lurus

Metod Takwil Asya'irah Lebih Ahkam untuk Keperluan Pertahan Akidah Zaman Khalaf

Dari FB Dr Hapiz Kondiang
Metod takwil makna ayat-ayat sifat ulama Asya'irah adalah ahkam pada zaman khalaf mewakili manhaj pemikiran akidah ahlussunnah untuk mentanzihkan Allah SWT daripada penyerupaan makhluk.
Ia tidak berbeza dgn metod salaf yang mentafwid makna ayat-ayat berkenaan kepada kehendak (muraad) Allah dengan kepercayaan mentanzihkan Allah sama ada secara zahir atau batin daripada unsur kemakhlukan. Kerana itu, dalam pengajian akidah ASWJ meanstream (tolak fahaman Hasyawiyyah yg dipegang oleh ahli hadis segelintir Hanabilah [1]), kedua-dua metod tafwid dan takwil diterima sebagai metod ASWJ sepanjang zaman sebelum kemunculan ajaran salafi-wahhabi dalam ayat-ayat sifat yg didakwanya original salaf. Biarkan mereka dgn kepercayaan itu krn situasi yg sama dahulu pernah berlaku sesama ulama ASWJ (ahli hadis Asyairah dgn pengikut literal Hanabilah).
Metod takwil khalaf bukanlah penyimpangan daripada ajaran salaf sehingga menimbulkan bid'ah akidah. Malah ia mentashihkan kecelaruan pemikiran umat Islam awam waktu itu akibat pertembungan pentaqdisan akal (Muktazilah), faham literal teks (musyabbihah), terlajak tanzih (mu'attilah) dan penyerapan fikrah penyerupaan makhluk (agama Yahudi dan Nasrani) dalam wacana ketuhanan.
Pertembungan ideologi2 di atas melunturkan kefahaman murni ayat-ayat sifat seperti generasi salaf dalam kalangan khalaf. Hilangnya saliqah (kemahiran semulajadi) dalam menjiwai bahasa Arab (termasuk al-Quran). Sudah tentu kefahaman penutur asal BA berbeza dgn penutur bukan Arab. Faktor ini bersifat global yg mempengaruhi bidang pengajian Islam secara keseluruhan, yakni bukan ilmu kalam sahaja. Penulisan al-Risalah oleh Imam Syafie juga bertujuan untuk menyelesaikan konflik hukum (ahlil hadis vs ahlil ra'y) tanpa adanya satu prosedur standard menentukan betul salahnya sesuatu ijtihad. Salah satu syarat mujtahid ialah menguasai bahasa Arab. Usaha imam Syafie bukanlah bid'ah tapi tidak lain hanyalah ingin menunjukkan kpd umum kemahiran semulajadi para sahabat dan generasi salaf berijtihad atau seni ijtihad mereka dalam penulisan yg boleh dikaji semua orang.
Kembali kepada unsur tasybih, pemikiran tuhan serupa makhluk dan kerap ditaswirkan bersila atas pelantar adalah iktikad agama dunia termasuk iktikad Judeo-Kristian.
Yahudi dan Nasrani yang dikatakan ahlil kitab itu pun akidah mereka dibentuk Tuhan menyerupai makhluk pada rupa dan perbuatan. Contohnya kisah Tuhan muncul depan Abraham [2], Yaakob bergusti dan mengalahkan Tuhan [3], Tuhan menyesal kerana mencipta manusia [4], Tuhan kelihatan mabuk [5], Tuhan berehat selepas penciptaan alam semesta [6], bahagian belakang Tuhan boleh dilihat, bukan muka [7], Tuhan turun lihat dunia [8], Tuhan menghidu bau [9], Tuhan menciptakan Adam mengikut rupaNya [10] dan Roh Tuhan melayang atas air [11]. Teks-teks ini memang dibaca sebelum zaman Rasulullah SAW. lagi tau!
Bayangkan dahulu, jika golongan ini memeluk Islam atau cuba mendiskusikan soal ketuhanan dgn ulama Islam di Baghdad, apakah metod huraian ayat-ayat sifat dalam QS?. Kalau di Madinah dan Mekah, metod tafwidh memang diterima. Tapi di Baghdad, kota pertembungan tamadun sudah tentu metod takwil Asya'irah paling ahkam utk mendepani cabaran. Jika metod tafwid digunakan, sudah tentu golongan musuh akan cuba memanipulasi makna ayat sifat mengikut kepercayaan kitab mereka.
Ada orang menghujahkan Imam Ahmad menentang takwil. Maybe dia terlupa bahawa aliran Imam Ahmad (yg cenderung pada madrasatul hadis) bukanlah dominan di Baghdad kerana wacana akidah dirujuk pada tokoh Mutakallimin ASWJ Asya'irah Maturidyyah. Dlm bahasa lain, metod Imam Ahmad betul tp ia bukan metod majoriti ulama mutakallimin ASWJ khalaf di Badgdad.
Ia semacam Salafi di Malaysia yang elergik utk taqlid mazhab atau anti Asya'irah tetapi yang dominan di sini ialah bermazhab Syafie dan beraliran Asya'irah. Sembang hebat setera mana pun, pendapat mereka bukannya valid untuk menggambarkan realiti sebenar praktis fiqh dan kefahaman akidah tempatan. Mereka ini ibarat wujud di tempat yg tiada (makaanul adami).
Justeru, ulama ASWJ kalangan Asya'irah telah berjaya mempertahan kesucian Allah SWT daripada penyamaan dgn makhluk melalui takwil ayat-ayat sifat Allah dgn makna yg tidak membawa kepada tasybih dan ta'til.
Menghadapi pertembungan akidah sesat dari luar yg meresap dalam soal ketuhanan, maka sebab itu ulama menyatakan tafwidh salaf adalah aslam manakala takwil khalaf adalah ahkam. Kerana itu akidah umat Islam sentiasa terpelihara.
Saya katakan bahawa kelompok shaz hari ini yg masih menganggap Allah bersemayam atas Arasy, Allah mempunyai tangan, muka dll dengan metod tafwid kaifiyat (???) iaitu tangan dan muka yg "layak" bagi Allah, fikrah mereka ini dikhuatiri akan membuka ruang masuknya idea penyamaan dgn makhluk dalam minda orang awam yg lemah akidahnya. Ia perlu dikawal supaya tidak menjadi manifestasi akidah ASWJ yg selamat. Fikrah seiras Asree Sobri dan Maulana tah apa tu maybe sesuai dihidupkan di Saudi yg 100% Islam. Berhijrahlah ke sana, sini tidak sesuai untuk hampa!
Nota Kaki
------------------------------------
[1] Puak Salafiyyah akan mendakwa bahawa tuduhan Hasyawiyyah itu dilempar pada semua ASWJ, bukan segelintir ulama hadis mazhab Hanbali. Kononnya itu tuduhan Muktazilah. Mereka akan nukilkan kata-kata Ibn Taimiyyah dalam hal ini. Bab twist statement asal ulama, memang mereka pakar.
[2]"Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik" (Kejadian, Fasal 18, ayat 1).
[3] Lalu tinggallah Yakub seorang diri. Dan seorang laki-laki bergulat dengan dia sampai fajar menyingsing.
Ketika orang itu melihat, bahwa ia tidak dapat mengalahkannya, ia memukul sendi pangkal paha Yakub, sehingga sendi pangkal paha itu terpelecok, ketika ia bergulat dengan orang itu.
Lalu kata orang itu: "Biarkanlah aku pergi, karena fajar telah menyingsing." Sahut Yakub: "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku." (Kejadian, Fasal 32, ayat 24-26)
[4] maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya (Kejadian, fasal 6, ayat 6).
[5] Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah TUHAN dalam hati-Nya: "Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan (Kejadian, fasal 8. ayat 21).
[6] Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Ia berhenti bekerja untuk beristirahat." (Keluaran, fasal 31, ayat 17).
[7] Kemudian Aku akan menarik tangan-Ku dan engkau akan melihat belakang-Ku, tetapi wajah-Ku tidak akan kelihatan." (Keluaran, fasal 33, asal 23).
[8] Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu (Kejaduan, fasal 11, ayat 5)
[9] Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah TUHAN dalam hati-Nya: "Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan. (Kejadian, fasal 8, ayat 21.
[10] "Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."
"Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka" (Kejadian, Fasal 1, ayat 26-27).
[11] Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air. (Kejadian, Fasal 1, ayat 2).
--------------------------------
Dr HK al-Syafi'i al-Asy'ari al-Azhari
16/11/2019

Ulama dan Kearifan Tempatan

1. Ulama tempatan terlebih dahulu alim di tempat asal sebelum sambung belajar ke Timur Tengah. Ulama pondok kita yang belajar di Timur Tengah sudah belajar bertahun tahun di Alam Melayu. Setelah alim dan penuh ilmu didada, baru mereka sambung belajar di Timur Tengah dan India.
2. Tuan Guru Ismail Sepanjang dikatakan 6-7 bulan sahaja belajar di Mekah.
3. Kematangan fikiran, kefahaman konteks dan ilmu sangat penting bagi seorang ulama.
4. Ada sarjana dan ulamak hanya belajar di tempat asalnya. Ilmu, amal dan kealiman mereka hebat. Mereka faham Bahasa Arab dan menulis BA walaupun kurang fasih BA. Ramai ulamak besar India lebih alim daripada ulama Arab sendiri. Bab ini ambe kagum dengan keluasan ilmu Dr Siddiq Fadzil hanya lulusan universiti tempatan. Begitu juga ustaz idrus romli.
5. Belajar di tempat asal tanpa keluar negara memerlukan guru yang hebat. Itu asas. Diikuti dengan silibus dan prasarana ilmu di tempat belajar.
6. Kearifan tempatan merangkumi budaya tempatan mesti difahami oleh para ulama. Punbegitu tidak mereka menjadi Islam Jawa yang bercampur dengan adat kejawaan yang bertentangan dengan Islam.
7. Islam Nusantara sendiri perlu kefahaman ilmu dan konteks budaya masyarakat tempatan. Ia tidak boleh melibatkan perkara aqidah.

Perbahasan al Asma' wal al Sifat

Dari FB Dr Yusuf Muhammad

Dari pemerhatian saya, kelompok asatizah yang melibatkan diri dalam perbahasan al-Asma' wa al-Sifat terbahagian kepada 4 bahagian
a. Kelompok yang menolak manhaj salafiyyah dan mempertahankan 'asyairah.
b. Kelompok yang menolak manhaj asyairah dan mempertahankan salafiyyah.
c. Kelompok yang menganggap kedua-duanya manhaj boleh diterima tetapi memilih salafiyyah.
d. Kelompok yang menganggap kedua-duanya boleh diterima tapi memilih 'asyairah.
Kesemua kelompok ini ada hujah-hujah mereka tersendiri. Sememangnya perdebatan dalam hal ini akan berpanjangan.
Apapun kritikan, perdebatan, khilaf yang berlaku, kita selaku orang awam jauhilah bermudahan dalam mengkafirkan individu secara membuta tuli. Dikhuatiri kita termasuk dalam larangan hadith nabi
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasiq, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan. [Bukhari]

Ulama

1. Ulama dan sarjana dulu bukan sekadar mengajar. Mereka mendidik murid murid dengan kehidupan Islami di pondok.
2. Ulama dan sarjana dulu hatta tok guru pondok dulu banyak menulis dan menterjemahkan kitab.
3. Sayang lulusan luar negara yang mahir ilmu, ada kelebihan bahasa dan ada pengalaman hidup di negara tertentu tidak menterjemah buku buku daripada negara yang mereka pernah tinggal.
4. Seorang guru yang hebat, paling kurang menulis sebuah buku sendiri seperti TG Abdullah Lubok Tapah dan TG Ismail Sepanjang.

Perbezaan

1. Islam kaya dengan perbezaan. Perbezaan ini penting kerana dalam perbezaan ada kemudahan dan kesesuaian berdasarkan kontek. Perbezaan dalam Islam bukanlah perbezaan kosong. Ia berdasarkan ilmu. Kefahaman yang nas, dalil dan hujah berdasarkan menilai konteks.
2. Kita tidak perlu takut dengan perbezaan yan ada hujah. Perbezaan yang ditangani dengan ilmu bukannya emosi dan sentimen. Lihat cara TG Ismail Sepanjang mendepani persoalan wahabi. Ilmu dan adab seiring bukannya cacian, maki, hentam, label dan takfir.
3. Kita menghormati juga para ulama mengunakan pendekatan keras dalam mendepani sesuatu isu. Pendekatan keras untuk menyelamatkan. Apatah lagi persoalan aqidah. Punbegitu kita melepaskan diri daripada mengikutinya.
4. Belajar beradab dalam menangani perbezaan. Fiqh Abu Bakar vs Umar dan Fiqh Ibnu Umar vs Ibnu Abbas itu ada hujah dan dalil. Perbezaan dalam persoalan pelaksanaan kerana kefahaman terhadap konteks berbeza. Berbeza daripada pertimbangan yang perlu diambil, keutamaan, realiti pada waktu itu dan lain lain.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...