Wednesday, January 06, 2021

TS Anuar Musa Dipecat!!

 

i

Kontroversi TS Anuar Musa dipecat daripada SUA BN. Dalam kenyataan media, TS Anuar Musa mendakwa

1.       Hanya 99 bahagian yang ada unsur tolak bersama PPBM. Dakwaan akhbar 143 daripada 149 dan ada akhbar mendakwa 143 daripada 189 kerusi Bahagian UMNO. Yang hadir dalam mesyuarat 120 Ketua Bahagian menyokong UMNO bersama Presiden UMNO menolak PPBM.

2.       UMNO tak nak daftar MN dengan arahan Presiden UMNO. Kekal sebagai wadah permuafakatan.

3.       Individu-pemimpin UMNO yang berunding dengan DS Anwar Ibrahim dan DAP.

4.       Individu-pemimpin UMNO yang menulis surat kepada DS Anwar Ibrahim.

5.       TS Anuar Musa mendakwa antara tarikhnya 17 Oktober 2020.

 

Pemecatan ini menyebabkan keikhlasan UMNO dalam MN mula dipersoalkan. Adakah ini punca PAS memilih berada dalam dua kolam?

 

ii

TSAM bertindak bijak meratibkan slogan ‘no Anwar, no DAP’ kerana slogan ini akan mematikan kumpulan UMNO yang mahu bersama DSAI dan DAP. Anggota UMNO dan Orang Melayu tidak boleh terima DAP dan Anwar Ibrahim. Kebanyakan pemimpin kumpulan UMNO bersama DAP dan Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang ada kes dengan mahkamah.

 

Mereka ada dua cara [1] runtuhkan kerajaan PN dan berpakat dengan DAP dan Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru sebelum PRU15. Risikonya besar, orang Melayu dan UMNO sendiri akan menolak mereka dalam PRU15. Mereka sudah tentu bimbang kehilangan undi jika melakukan pakatan sebelum PRU15. [2] mendesak PRU segera dilakukan dan melakukan penjajaran semula selepas keputusan PRU15.

 

Ketakutan terhadap kes mahkamah boleh dilihat dalam kenyataan Dato Ahmad Mazlan, SUA UMNO/BN “Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?”

 

iii

Kumpulan UMNO bersama DSAI didalangi oleh gandingan Ahmad Zahid-Najib. Kumpulan ini mahu pilihanraya diadakan dengan segera dan menumbangkan kerajaan PN. DS Mohd Najib adalah ikon popular UMNO boleh mempengaruhi rakyat dan anggota UMNO. Dengan kekuatan Najib, UMNO-BN mampu menang dalam PRU akan datang.

 

Kumpulan ini kelihatan bijak tidak mahu menonjolkan pakatan sulit mereka dengan DAP dan DSAI sebelum PRU 15 dan mahu PRU 15 dilakukan segera kerana [1] menyelamatkan diri mereka daripada kes yang didakwa ke atas mereka dan [2] melakukan penjajaran semula parti politik selepas PRU15. Ketika itu rakyat barangkali dikencing lagi oleh politikus melalui pakatan sulit “Najib-Ahmad Zahid-Anwar Ibrahim-DAP”

 

iv

UMNO bakal berpecah.  Kegagalan UMNO paling besar ialah apabila mereka masih mengekalkan pemimpin yang bermasalah sebagai pemimpin mereka. Pemimpin yang bermasalah kelihatan kurang ikhlas kerana tidak mahu berundur. Paling kurang berehat untuk satu musim/penggal. Mereka tidak insaf dan masih ingat rakyat boleh diperbodohkan.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...